Monday 12 October 2015

KHAIRUDDIN, MATHIAS DIDAKWA CUBA SABOTAJ SISTEM PERBANKAN DAN KEWANGAN NEGARA



KUALA LUMPUR 12 Okt - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang Wen Chieh, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan cubaan melakukan sabotaj terhadap sistem perbankan dan kewangan negara, antara Jun dan Ogos lalu. 

Khairuddin, 53 dan Mathias, 65, bagaimanapun hanya menjawab "saya faham" sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin, sebentar tadi. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang hadir ke mahkamah memakai baju lokap berwarna oren, kerana kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

No comments: