Friday, 22 February 2013

MAHUKAH NIK AZIZ MINTAK MAAF...?

ZAIDI ABU BAKAR.... Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Pulau Pinang.
PULAU PINANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa memohon maaf kepada kira-kira empat juta rakyat negara ini yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atas keceluparannya menyamakan penerima bantuan berkenaan dengan haiwan.

Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Zaidi Abu Bakar berkata, sebagai seorang bergelar ulama tidak sepatutnya Nik Aziz menggunakan kapasitinya itu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang keterlaluan.

FITNAH : KENYATAAN MEDIA DR. FADZILAH KAMSAH


Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

SERAHKAN TANAH TERBIAR KEPADA FELCRA UNTUK DIMAJUKAN....



RAUB – Penduduk yang mempunyai tanah terbiar dan tidak berupaya mengusahakan kawasan tanah tersebut disaran memberi kebenaran kepada Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) mengusahakan tanah itu dengan tanaman sawit atau getah.

REUTERS DEDAHKAN PR JEMPUT PENCEROBOH..... ANWAR MAMPOS TAKKAN MENGAKU...!!!


Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 150 orang di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang Malaysia. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno dan bukannya Reuters. “Itu kenyataan Umno bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya,” katanya selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam.

LAGI KISAH FIZZ FAIRUZ - AZLYN MASSIELA


Lelaki yang mengaku sebagai suami Azlyn Massiela semalam telah dihubungi oleh Harian Metro dan sekali lagi menegaskan Azlyn ialah isterinya.
Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia.
Menurut lelaki itu, dia membaca tentang berita pertunangan Azlyn dan Fizz di sebuah blog, dan kemudiannya cuba menghubungi Fizz.


Dia menambah yang dia mempunyai bukti yang kukuh berkenaan perkahwinannya dengan wanita itu, namun enggan menunjukkannya kerana enggan memanjangkan kontroversi. Namun begitu, dia menyatakan dia telah memberi sesalinan sijil nikah itu kepada Fizz Fairuz.

NIK AZIZ MENANGIS SALAHKAN AYAM DAN LEMBU....???


Nik Ajis menangis lagi.

Tak tahulah dia sedar atau tidak bahawa dirinya dah tidak dimahukan rakyat lagi sebagai Menteri Besar. Nik Aziz dilihat menitiskan air mata di stadium tadi. 

Nik Aziz balik dari umrah untuk menggunakan kemudahan berjalan sebagai Menteri Besar buat kali terakhir sebelum pilihanraya. Dia disambut di lapangan terbang dan terus di bawa ke stadium untuk satu majis menyambut kepulanggannya.

MUFTI PERAK ANGGAP NIK AZIZ KETERLALUAN.... !!!




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat seperti haiwan sebagai keterlaluan.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan tersebut juga secara tidak langsung menghina golongan berpendapatan rendah yang menerima bantuan itu.

Tegas beliau, tidak salah jika sesebuah kerajaan mahu memberikan bantuan kepada rakyat dalam apa bentuk sekalipun termasuk wang ringgit kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan.

"Adakah apabila kita bersedekah kepada seseorang, orang itu juga seperti haiwan. Ini tidak betul. Jangan menghina mereka yang kurang berkemampuan.

"Lainlah kalau kerajaan hanya beri bantuan kepada orang tertentu. Baru salah. Ini terbukti semua rakyat dapat bantuan tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun 'warna baju'," tegasnya ketika dihubungi. Utusan