Thursday 26 July 2012

ANWAR PASTI GEMBIRA BILA...........................

SCOTLAND RANCANG UNTUK BENARKAN PERKAHWINAN SEJENIS.......






LONDON  - Scotland semalam mengumumkan rancangan untuk menjadi negeri pertama di bawah Britain yang menghalalkan perkahwinan gay.


Timbalan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon berkata, satu rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis akan dibentang pada penghujung tahun ini.


Menurut beliau, ia merupakan keputusan yang tepat untuk dilakukan dan kerajaan komited untuk Scotland yang adil dan saksama. - AFP


**** Malaysia juga akan mengikut jejak langkah Scotland sekiranya Anwar Ibrahim berjaya tawan Putrajaya selepas PRU 13.....kemungkinan itu adaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

{FOTO} MALASNYER........................




























KEMPEN TOLAK NAJIB...ZURAIDA KEMPUNAN MENTERI WANITA....


Wanita PKR hari ini melancarkan kempen "Tolak Najib" bagi mendesak perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai pemangku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.



Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu dijalankan kerana Najib masih gagal mengemukakan perancangan bagi hala tuju pembangunan wanita di Malaysia walau telah tiga bulan memangku jawatan itu.


Menurut Zuraida lagi, matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar jelas tidak seperti digambarkan kerana jurang gaji antara gender dan proses kepimpinan wanita di semua peringkat masih belum terlaksana.

"Semenjak 2008, jutaan dana telah diluluskan dan dibelanjakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM). Namun sehingga kini semua pencapaian perlaksanaan dan hasil tidak diketahui.

"Jadi WANITA PKR melancarkan kempen ini bagi memberi pendedahan kepada wanita di luar sana tentang janji yang tak ditepati yang dibuat oleh Najib," katanya pada sidang media pelancaran kempen itu di ibu pejabat PKR hari ini.

Selain itu, Zuraida berkata, pihaknya turut menyeru agar Najib mengemukakan calon bagi jawatan menteri wanita KPWKM.

Zuraida berkata, Najib tidak mampu menggalas tanggungjawab yang banyak kerana presiden Umno itu kini sudah memegang "puluhan jawatan".

"Antara puluhan jawatan yang dipegang perdana menteri ialah menteri kewangan, pengerusi Khazanah Nasional, pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengerusi projek berimpak tinggi.

"Adakah dengan puluhan jawatan ini beliau mampu mentadbir KPWKM dengan baik?," soal Zuraida.

Zuraida berkata kempen "Tolak Najib" yang mensasarkan golongan wanita itu akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 28 Julai bermula dengan program mengedar risalah di kawasan bandar sehingga ke pedalaman.

Najib memangku jawatan kementerian pembangunan wanita pada April lalu selepas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan tersebut berikutan desakan serta penglibat keluarganya di dalam isu National Feedlot Corporation (NFC).



SUMBER : Lantak HANGP la...

AIDS BOLEH DIUBATI....???

TIMOTHY RAY BROWN


KAGUM PULIH DARIPADA JANGKITAN HIV



WASHINGTON - Satu-satunya pesakit HIV yang dipercayai sembuh menerusi pembedahan pemindahan sum-sum, Timothy Ray Brown (gambar) memberitahu kelmarin bahawa dia berasa kagum dan kini melancarkan satu yayasan baharu bagi menggalakkan penyelidikan bagi mencari ubat penyakit maut itu.
Brown, 47, yang berasal dari bandar raya Seattle dalam negeri Washington, popular selepas beberapa doktor cuba menggunakan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemianya.

AWAS!!! SEBUAH KOPITIAM DI PASARAYA DI JELUTONG......!!!

Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hi
Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan.


Masak, makan katak di dapur.......

JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

ATLET MENEMBAK MALAYSIA YANG SARAT HAMIL JADI TUMPUAN MEDIA AMERIKA...

Nur Suryani jadi tumpuan media Amerika
Nur Suryani Mohd Taibi yang sarat mengandung anak pertama ditemani suaminya, Marhazli Mokhtar, 27, di KLIA malam kelmarin. - Foto Sinar Harian


NEW YORK - Keazaman atlet hamil Malaysia Nur Suryani Mohamed Taibi, 29, untuk memenangi pingat dalam acara menembak pada sukan Olimpik London, bukan saja menarik perhatian ramai penulis blog, malah akhbar terkemuka seperti New York Daily News, New York Times dan Columbus Despatch.
   

RANGKA MONA LISA HAMPIR DITEMUI

SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa.

FLORENCE - Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant'Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.
Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.
Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.
Rangka-rangka manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.
Selepas identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.
Lukisan itu dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506.
Ketika ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris. - AFP

AWAS...!!! HASSAN BUDU MASIH CURI KERETA WALAUPUN BARU DIBEBASKAN..!!!

Hasan Budu
"Kau tengok muka aku....ada muka pencuri ke..!!!!"

KUALA TERENGGANU – Ketua sindiket curi kereta, Hasan Budu (gambar) bagaikan sudah ketagihan untuk terus melakukan jenayah walaupun baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Machang, Kelantan apabila dia disyaki masih terjebak dalam kegiatan jenayah.
Suspek yang sebelum ini mempunyai 15 rekod mencuri kenderaan dipercayai kembali aktif melakukan jenayah sama selepas dibebaskan dari tahanan pada April lalu apabila banyak kes curi kenderaan kini dipercayai didalangi Hasan Budu atau nama sebenarnya Samsul Bahri Awang Noh, 39.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kegiatan jenayah suspek dari Kampung Padang Luas, Besut itu terbongkar ekoran penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada Isnin lalu
“Suspek berkenaan mendedahkan kaitan Hasan Budu dengan penemuan lori Hino dan Mitsubishi Pajero yang berada di rumah suspek terbabit,” kata beliau.
Menurut beliau, polis kemudian membuat intipan beberapa jam di kawasan rumah tersebut sebelum mengesan Hasan Budu yang memandu Mitsubishi Pajero juga kenderaan curi menghala ke rumah itu.
Bagaimanapun, Hasan Budu yang cuba ditangkap dapat menghilangkan diri.
Menurut beliau, polis percaya sejak dibebaskan, Hasan Budu telah berjaya merekrut beberapa orang anak buahnya untuk melakukan jenayah curi kenderaan di negeri ini, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.
Katanya, modus operandi kumpulan Hasan Budu ialah menggunakan kunci pendua untuk menghidupkan enjin kenderaan yang mahu dicuri.
“Kumpulan tersebut berjaya melarikan kereta dalam beberapa minit tanpa mengira jenis kenderaan,” kata beliau.
Berikutan itu, Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hasan Budu tampil membuat laporan polis bagi menyekat aktiviti penjenayah itu.
KOSMO