Wednesday 15 May 2013

WARGA TEMPATAN ANTARA 10 PENGGANAS KIRAM YANG DIDAKWA


TAWAU 14 Mei - Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau hari ini.

ADUN PENGKALAN KUNDOR LETAK JAWATAN TIMB. PESURUHJAYA 1 PAS KEDAH



ALOR SETAR  :  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah. 

Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas PAS Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak. 

DALANG ISU LAHAD DATU : ANWAR AKAN KE TALI GANTUNG....???


Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim. 

Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai. 

SENARAI LENGKAP MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KABINET PENGGAL 2013 - 2018


PERDANA MENTERI & MENTERI KEWANGAN  1

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

TIMBALAN PERDANA MENTERI 


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN 

SIAPA AHLI PARLIMEN BN AKAN LOMPAT KE PKR...???

Lagu 'Lompat Si Katak Lompat' dah mula berdesing-desing di cuping telinga masing-masing....!!!!

Sudah pecah berita...

Seorang ahli parlimen Barisan Nasional sudah pun bersiap-sedia untuk menyeberang masuk ke Pakatan Rakyat. Parti yang bakal disertainya adalah PKR.

Tidak pula dapat dipastikan, berapakah jumlah yang dibayar oleh Anwar Ibrahim sebagai 'yuran' perpindahannya itu tetapi daripada maklumat yang kami terima, Ahli Parlimen itu, telah menjanjikan sebilangan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan menyertai PKR, DAP dan PAS.

LAPAN EXCO KEDAH ANGKAT SUMPAH



ALOR SETAR : Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO), di Istana Anak Bukit, di sini, sebentar tadi. 

Kelapan-lapan ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan keempat-empat Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. 


Kesemua EXCO yang dilantik adalah muka baru di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah ke-11, Datuk Mukhriz Mahahthir. 

Mendahului senarai ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ibrahim diikuti oleh Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjong Dawai) dan Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abd Hamid, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).

BEKAS MB KEDAH..... SEPERTI YANG DICERITAKAN.......


Semua orang tahu mengenai keadaan kesihatan bekas MB Kedah....lihat di sini dan  di sini....
Mari kita ikuti catatan yang agak menyayat hati, sebelum beliau kehilangan kedua-dua belah kakinya... 

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon).

SENARAI AWAL MENTERI KABINET 2013

Berikut adalah senarai awal Menteri Kabinet 2013 yang baru dilantik.... Sama ada senarai berikut adalah benar atau ada perubahan...Apa-apa pun kita tunggu pengumuman dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok jam 10:00 am...

Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

3 SEBAB KHALID KEKAL MB SELANGOR


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa memberikan tiga sebab baginda memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua.

DR. MAZLAN CABAR ANWAR KIRA SEMULA UNDI DI PERMATANG PAUH


Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh.