Tuesday 10 April 2012

MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE 14

Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong Ke-14

Oleh Rais Yatim
KUALA LUMPUR – Rabu, 11 April, 2012 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menaiki takhta menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Ini adalah satu-satunya peristiwa kenegaraan tertinggi bagi Malaysia. Peristiwa ini menepati kehendak Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan…”
Frasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Peruntukan ini yang telah sedia sedemikian semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, susulan kepada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Lord Reid selaku pembentuk kerangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada masa yang sama, Perkara 32(2) pula memperuntukkan bahawa “Permaisuri Yang di-Pertuan Agong yang digelar Raja Permaisuri Agong adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.”
Sementara Perlembagaan Persekutuan menentukan format dan bentuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang terkandung di Jadual Keempat, Permaisuri Agong tidak dikehendaki melafaz apa-apa bentuk sumpah jawatan sekalipun Baginda diberi penarafan dan kedudukan tertinggi selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA).
Tuanku Abdul Halim adalah satu-satunya Sultan yang berpeluang ditabalkan sebagai SPBYDA bagi kali kedua. Baginda menduduki takhta SPBYDA kelima bagi tempoh 1970 hingga 1975, tempoh yang ditransisikan masing-masing oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein. Tuanku Abdul Halim adalah kemanakan kepada Tunku.
Dalam konteks sejarah, Tuanku Abdul Halim juga menempa sejarah. Perdana Menteri dalam tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum ini ialah Tun Abdul Razak. Kini anakandanya, Datuk Seri Najib pula sebagai Perdana Menteri.
Baginda adalah SPBYDA pertama yang mula bersemayam di Istana Negara Baru. Pada majlis gilang-gemilang 11 April, SPBYDA yang ke-14 akan menjalani semua acara tradisional diraja pada sebelah pagi hingga malam apabila santapan pertabalan diraja berlangsung.
LUNAS SEJARAH
Sebagai lunas perbandingan sejarah, jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan beliau setelah meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan.
Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan para Undang Yang Empat sebagai “Rulers” atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
Apabila semua pihak yang mewakili Raja-Raja Melayu, Umno dan Perikatan serta pandangan pelbagai pihak, panggilan Yang di-Pertuan Besar diganti dengan Yang di-Pertuan Agong atas alasan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dengan Raja yang memerintah di negeri beradat itu.
Daripada sudut sejarah juga jelas bahawa jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah lahiran Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan kemudiannya disambung oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia (1963).
SPBYDA adalah berasaskan konsep Raja Berperlembagaan atau “Constitutional Monarchy” yakni Raja yang sentiasa kena mematuhi nasihat Jemaah Menteri atau salah seorang yang mewakilinya (biasanya Perdana Menteri) seperti yang dikehendaki Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.
Daripada sudut kuasa legislatif, SPBYDA adalah satu daripada tiga komponen yang mewujudkan Parlimen (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan SPBYDA). Parlimen di Malaysia tidak lengkap tanpa SPBYDA sebagai salah satu komponennya. Justeru, Seri Paduka wajib menandatangani semua Rang Undang-Undang yang diluluskan kedua-dua Dewan.
SPBYDA perlu dianggap sebagai mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi lagi utama. SPBYDA sebagai Kepala Utama Negara merupakan mercu kedaulatan Malaysia.
Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap SPBYDA. Benar, Seri Paduka adalah Raja berketurunan Melayu yang beragama Islam tetapi daripada sudut kenegaraan, SPBYDA adalah Raja bagi Malaysia dan rakyatnya.
Larasan yang paling mudah ialah Ratu Elizabeth di United Kingdom yang melambangkan pihak diraja bagi semua rakyat Britain yang sebahagian besar kini mewakili pelbagai kaum dan etnik.
Cuma Ratu Elizabeth tidak digilirkan kedudukan diraja baginda lantaran pemerintahan beraja secara Anglo-Saxon menjangkau 400 tahun lampau manakala Diraja Scotland dan England bersatu pada tahun 1603.
Selepas 11 April nanti, gambar rasmi SPBYDA Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan SPB Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan dipaparkan di semua pejabat rasmi Kerajaan di setiap negeri. Begitu juga halnya di semua 104 kedutaan Malaysia di seberang laut.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
Konsep dan amalan Raja Berperlembagaan di Malaysia diterima dan disahkan oleh pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Reid sebagai paling sesuai bagi negara ini.
Ini adalah kerana sebelum mencapai kemerdekaan, Raja-Raja Melayulah yang memegang tampuk kekuasaan dan kedaulatan bagi setiap negeri.
Walaupun dalam proses pergolakan bersejarah, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah berakhir dengan ketiadaan Raja, pemerintahan beraja terus-menerus beroleh pengiktirafan, khasnya di bawah pentadbiran kolonial British.
Selepas 1963 semua negeri yang tiada Raja (Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan) secara automatik menerima SPBYDA sebagai Raja Berperlembagaan walaupun tiada perisytiharan dibuat bagi maksud itu.
SPBYDA merupakan Raja yang memerintah mengikut nasihat cabang Eksekutif. Seri Paduka sebenarnya mempunyai senarai tanggungjawab dan fungsi yang panjang lagi rumit bagi ketiga-tiga cabang Kerajaan – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.
Seri Paduka melantik Perdana Menteri, para Menteri dan Timbalan Menteri, Peguam Negara, para hakim mahkamah semua peringkat (kecuali mahkamah majistret) dan mentauliahkan para duta Malaysia untuk bertugas di kedutaan seberang laut.
SPBYDA menurut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia di samping bertindak sebagai pihak yang boleh mengampunkan atau menangguhkan hukuman bagi semua kesalahan yang dijatuhi mahkamah tentera dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Semasa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih berkuatkuasa, Seri Paduka boleh bertindak atas hal berkaitan rayuan daripada Lembaga Penasihat ISA.
Seri Paduka berkuasa, atas nasihat, mengisytiharkan sesuatu keadaan darurat menurut kehendak Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)
Majlis Raja-Raja (MRR) yang merupakan badan tertinggi diraja dan yang memilih SPBYDA dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan di bawah Perkara 38.
Walaupun hal-hal dasar kenegaraan juga boleh diagendakan untuk MRR, kebanyakan hal yang dipertimbangkannya adalah berkisar pada perkara-perkara kedirajaan, pengampunan, menangguhkan dan meringankan hukuman, adat-istiadat Melayu dan hal-hal yang berkaitan agama Islam.
Biasanya MRR juga memberi perhatian kepada pelantikan-pelantikan tertentu seperti para hakim dan peraturan-peraturan yang diperbuat di bawah Perkara 32 mengenai perkhidmatan awam. Pendeknya SPBYDA terlibat dalam banyak hal dan urusan berkaitan jawatan SPBYDA sebagai Kepala Utama Negara.
PROGRAM
Program-program khas dari 11 April hingga 21 April tentunya mendapat perhatian rakyat. Walaupun daripada segi amalan dan susunannya tidak banyak berbeza daripada amalan perayaan yang dijalankan pada masa lampau lantaran perlu menjejak turutan tradisi, penegasan Jawatankuasa Induk Pertabalan SPBYDA tertumpu kepada tema “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.
Istiadat pertabalan yang bakal dihadiri semua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri pada 11 April akan diadakan mulai pukul 9 pagi.
Ringkasnya, tema ini menegaskan perihal “tiada rakyat tiada Raja” dan hubungan antara kedua-dua entiti itu harus dipelihara dengan cermat lagi berkesan dalam ertikata kepentingan rakyat tidak diabaikan. Sementara itu institusi Raja Berperlembagaan sentiasa dipelihara dan dihormati.
Pada 12 April (Khamis) diadakan bacaan Yassin di Masjid Negara dan disusuli dengan khutbah khas pada Jumaat 13 April. Dijadualkan juga acara-acara keagamaan lain yang memberi ucap selamat untuk SPBYDA melalui sesi agama kaum masing-masing.
Satu pertandingan golf akan diadakan pada 14 April (Sabtu) di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, mulai pukul 7.40 pagi.
Pameran Raja Kita pada 15 April (Ahad) mulai pukul 11 pagi di Istana Negara Lama dijangka menarik minat rakyat. Pameran ini memuatkan pelbagai aspek pemerintahan beraja dan institusi SPBYDA semenjak merdeka 1957 hinggalah ke hari ini.
Sempena pertabalan ini, kira-kira 50,000 buku kecil “Raja Kita” akan diedarkan khasnya bagi pelajar sekolah serta generasi muda untuk mengenal dan memperhalusi ilmu pengetahuan darihal institusi diraja khasnya SPBYDA.
SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan meraikan sekumpulan kanak-kanak di Dewan Serbaguna Istana Negara Baru pada 21 April mulai pukul 9 pagi. Pelbagai acara keceriaan kanak-kanak akan berlangsung sekali gus menggagaskan kepentingan kanak-kanak yang dilayani dengan penuh mesra.
Program raksasa “Persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” sebelah malam 21 April di Dataran Merdeka adalah kemuncak perayaan pertabalan.
Pada malam itu diketengahkan pelbagai persembahan budaya pelbagai kaum, hiburan muzik serta nyanyian dan acara-acara selingan yang setimpal dengan malam kemuncak kepada perayaan Raja Kita.
KEUNIKAN
Apa yang akan dilangsungkan bagi tempoh 11 hingga 21 April tentunya akan menonjolkan satu keunikan bagi masyarakat yang berpaksikan Komuniti 1Malaysia: kita satu dalam kepelbagaian.
Kita satu dalam menentukan matlamat kenegaraan dan kita berani berbeza pendapat untuk melahirkan yang terbaik untuk Malaysia. Dalam usaha inilah institusi diraja – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi paksi keutuhannya.
Seri Paduka bukan sahaja lambang kenegaraan, keutuhan dan kesatuan tetapi juga simbolisme yang penuh daulat.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Rakyat dan Raja Berpisah Tiada.
(Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, adalah Pengerusi Pertabalan SPBYDA ke-14). – BERNAMA

UNTUNGNYA CINA DI MALAYSIA TAK PERLU BAWA ADIK KE SEKOLAH....

Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesimpitan Hidup

Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesempitan Hidup


Gambar-gambar di atas dan di bawah mencerminkan satu suasana kehidupan di wilayah Hunan di negara China.
Mengikut laporan-laporan media, apa yang dilihat ini bukanlah sesuatu yang ganjil di wilayah berkenaan atau di seluruh negara itu  sendiri.
Sudah menjadi satu amalan yang diterima di negara China untuk salah seorang ahli keluarga yang bersekolah membawa bersama ahli  keluarganya yang lain ke sekolah.
Baik pihak sekolah mahupun kerajaan negara komunis itu tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang perkara berkenaan.
Ini kerana, ibu bapa murid seperti dalam gambar itu terpaksa berkerja untuk memastikan satu keluarga tidak mati kebulur. Jika anak  mereka mahu ke sekolah, dia terpaksa membawa saudaranya bersama kerana sudah tentu keluarganya tidak mampu untuk mengajikan pengasuh.

Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesimpitan Hidup

Walaupun data dan statistik memperlihatkan China negara ekonomi kedua terbesar dunia, namun hakikatnya ialah rata-rata rakyatnya yang  berjumlah 1.3 bilion orang hidup dalam kemiskinan yang teruk.
Tidak keterlaluan jika kita berkata masyarakat Cina di Malaysia sangat-sangat bertuah dan hidup dalam kemewahan. Pun begitu ada juga  kumpulan seperti Dong Jiao Zong yang berterusan menekan kerajaan atas dorongan politik semata-mata.
Kalau ada masyarakat Cina Malaysia yang susah pun, belum ke tahap perlu bawak adik beradiknya ke sekolah. Bersyukurlah sikit kan.

Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesimpitan Hidup

PETIKAN : MyNewsHub

DAULAT TUANKU : PERTABALAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA KE 14


Upacara Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Sultan Kedah) telah berlangsung pagi ini (13 Disember).



Sultan Abdul Halim 84 tahun, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.






Tuanku Halim mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan baginda  dengan Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman – kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri DiRaja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.

Tunku Sarina mangkat pada tahun 1991 manakala Sultanah Bahiyah mangkat pada tahun 2003 pada usia 73 tahun.   Tuanku Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada bulan Disember 1975 dan diisytiharkan sebagai Sultanah pada bulan Januari 2004.



Pertama kali dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabalkan  buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975 semasa berusia 43 tahun.





Baginda menyatakan kegembiraan kerana telah berkhidmat pada tahun  70-an apabila Tun Abdul Razak menjadi  perdana menteri dan kini baginda  kembali bertakhta untuk kali kedua semasa anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib  pula menjadi  perdanan menteri.

Dengan pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 ini, maka Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.






Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.





Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November  lepas.




Kompleks Istana Negara yang baru ini terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana baru ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.




Istana ini menelan belanja sebanyak RM812 juta dengan Maya Maju Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama yang dilantik dengan kontrak bernilai RM650 juta, manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju ke gerbang masuk istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn. Bhd. pada nilai RM130 juta.











DAULAT  TUANKU

dipetik dari http://www.dapursinar.com/ (Terima Kasih)

BERSIH 3.0 DARI SEGI AGAMA

Video Terkini!! Bersih 3.0 Dari Segi Agama. Orang PAS Kene Baca

Kecewa dan sedih dengan demonstari jalanan yang diadakan baru-baru ini bagi memansuhkan ISA masih terasa. Pertama, majoriti yang menyertainya adalah muslim.
Adakah demonstrasi yang diikuti itu atas kerelaan dan kepercayaan sendiri atau mereka tertipu dengan dakyah sebahagian yang berkepentingan?  

Jika ia adalah hasrat majoriti masyarakat Malaysia yang ingin berlaku satu perubahan membawa keadilan… mengapa terlalu ramai orang Melayu yang menyertai tetapi bilangan terlalu kecil sangat bagi kaum cina dan india.
Lihatlah berapa ramai yang rugi atas kelakuan berdemonstarsi jalanan itu. Ia akan membawa impak kepada kedaulatan Negara, ekonomi dan agama sendiri.

Benarlah kata-kata Tun Mahathir bahawa cara berdemonstasi bukan amalan pemimpin melayu melainkan apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Pemikir Negara menyatakan apa yang ikhlas. Kerana dia sudah tiada kuasa dan taring. Tetapi apa orang nak dengar kata-katanya lagi. Ingat apa yang selalu beliau katakan “MELAYU MUDAH LUPA”.




KERANA KASIHNYA KEPADA ANWAR, IBU PUN SANGGUP DISISIHKAN..!!!


PETALING JAYA: Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.
Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.
"Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.
"Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.
"Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat. - myStar Online
BACA SETERUSNYA ... DI SINI

MENGEJUTKAN...!! 45K BUDAK DI MALAYSIA ADALAH PENGHIDAP DISLEKSIA..!!!


Menurut berita yang dilaporkan, kira-kira 50% daripada lebih 90,000 kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia. Perangkaan diterima Persatuan Disleksia Malaysia daripada Kementerian Pelajaran mendapati nisbah menunjukkan lima daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan.

Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata pihaknya kini dalam usaha merancang bersama kementerian bagi mewujudkan satu program khusus untuk kanak-kanak yang menghidap Disleksia supaya ditempatkan dalam kelas khas dan diajar guru khas. Kebanyakan sekolah tidak dapat mengesan penghidap Disleksia selagi kanak-kanak itu belum menjalani pemeriksaan, justeru mereka cenderung meletakkan mereka dalam kelas pendidikan khas dengan alasan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.

Menurut Sariah lagi, program dalam pendidikan khas kurang sesuai untuk penghidap Disleksia, sebaliknya mereka memerlukan program dan kaedah pembelajaran khusus bagi mengatasi masalah ini. Adalah difahamkan, ada sesetengah sekolah memberi kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pelajar Disleksia, sedangkan mereka bukan mengalami penyakit yang kronik, tetapi hanya keadaan mereka yang sukar mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

 


Apa itu disleksia?

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

 

Ciri-ciri penghidapnya

♥ Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
♥ Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
♥ Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
♥ Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
♥ Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
♥ Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
♥ Sering berlaku di kalangan lelaki.
♥ Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
♥ Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca disleksia

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

• Keturunan atau genetik
o Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

• Biologi
o Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

• Kematangan
o Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Rawatan untuk kanak-kanak disleksia

Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.

1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.