Thursday 28 March 2013

SISI GELAP SEORANG MAK NYAH SEBELUM INSAF DAN BERTAUBAT.....

Foto


Bayan Lepas : “Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.
“Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.

IKAN YU BERKEPALA 2 DI TELUK MEXICO KESAN RADIASI LYNAS...!!!


detail berita

MASIHKAH anda ingat dengan kenyataan dari Fuziah Thoron (Ahli Parlimen PKR - Kuantan) yang menuduh bahawa pencemaran dari kilang Lynas boleh menyebabkan ikan tumbuh dua kepala dan banyak spesis ikan akan pupus di sekitar Laut China Selatan.

Baru-baru ini para peneliti berkaitan laut di Michigan State University, Michael Wegner, menginformasikan untuk pertama kalinya telah menemukan anak ikan yu (dari jenis bull shark) berkepala dua.  Anak ikan ini dikhabarkan bukan disebabkan kembar siam. Adakah kerana kesan radiasi dari kilang Lynas di Gebeng, Kuantan? Jika ia....maka Fuziah Thoron adalah individu yang akan melompat paling tinggi..!!!! 

(VIDEO) : SKANDAL SULIT BAPA SAIFUL DAN ANWAR, TERBONGKAR..!!!!

SEBELUM ke video Ummi Hafilda yang membongkar skandal sulit tersebut, mari kita lihat dulu strategi yang akan Anwar gunakan untuk melindungi dan sekaligus menyelamatkan dirinya dari terus dibenci dan dicemuh oleh masyarakat dan rakyat negara ini.... Rujuk juga ...di sini



PENDEDAHAN !!! 3 SEBAB SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR....

Post Pic

SHAH ALAM : Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba semalam mendedahkan tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu.
 
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar mengatakan masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau enggan bersama bekas rakan karibnya itu.

GADIS CINA PELUK ISLAM SETELAH ALAMI 2 PERISTIWA MENARIK



Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap peluk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

( VIDEO ) : MENYINGKAP SEJARAH TRAJEDI MEMALI


Bahagian 1

Lihat bagaimana PAS memperisaikan wanita sebagai benteng pertahanan mereka.....

SETERUSNYA.... BACA DI SINI

ANWAR LAHIRKAN GERILA MENENTANG KERAJAAN BN DI MARKAS UTAN KAYU...???


Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan ‘gerila’ sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan ‘seperguruan’ dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan ‘gerila’ buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.

PENDEDAHAN : KISAH SEBENAR DI SEBALIK INSIDEN LAHAD DATU....


Berikut adalah pendedahan RPK di dalam blognya....

Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.

Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.

JMM BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS JENERAL PENCEN TUA NYANYUK PEMBANGKANG


Badan Bukan Kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia, JMM siang tadi (semalam) membuat laporan polis terhadap dua bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana mendedahkan rahsia ketenteraan serta membuat tohmahan terhadap ATM. Mereka ialah bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim Hussein dan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir Abdul Hamid.

DATUK K. RAJAGOBAL AKAN DIDAKWA LANGGAR ARTIKEL 88

FAM: Datuk K Rajagobal Bakal Didakwa Minggu Depan - Terbakor

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.
Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.

PENGGANAS KIRAM ADA CHALET DI KUNDASANG...???

1
This is the place.. Kiram’s Village at Mesilau Kundasang.

Semasa membaca beberapa blog mengenai pelancongan, teman ternampak satu blog yang memaparkan percutian empunya blog bersama familynya yang menginap di salah sebuah chalet  dengan nama KIRAM'S VILLAGE.

Kiram's Village Chalet terletak di Mesilau, berdekatan dengan Desa Cattle Farm dan Kinabalu Golf.

Dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa 90 minit untuk sampai di sini.

***Mungkin sekadar mengambil nama Kiram sahaja dan tiada kaitan dengan pengganas Sulu tersebut... Mungkin juga pemiliknya adalah saudara mara atau keturunan pengganas itu.... Mungkin..mungkin...

PENGGANAS KIRAM OFFER PENDUDUK KAMPUNG JADI AHLI KESULTANAN SULU DENGAN CAJ RM50 UNTUK SARA HIDUPNYA...!!!

INILAH KAD PENGENALAN pengganas Sulu milik Komander Habib Musa A. Abdullah yang mati ditembak pasukan keselamatan Malaysia pada 7 Mac lalu.

SEMPORNA - Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.

PUSARA SENIMAN AGUNG P.RAMLEE, SALOMA DAN AR TOMPEL HANCUR DI TIMPA POKOK...

Astro Awani semalam melaporkan kubur seniman negara Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan AR Tompel musnah akibat ditimpa pokok yang tumbang di Tanah Perkuburan Islam Ampang. Turut musnah ialah beberapa makam lain yang berdekatan. Kesian pula kami melihatnya. 

Al-Fatihah buat mereka...semoga roh-roh mereka berada di kalangan roh orang-orang beriman dan beramal soleh...