Tuesday 29 April 2014

SIAPA PELAKON WANITA KACUKAN INGGERIS MABUK GILER DI SYDNEY ???

ERA fm (29 April) :
Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

PAS TIDAK BERANI BAWA DRAF HUDUD KE PARLIMEN BIMBANG DIPERSALAHKAN DAP ???


Masih berkisar tentang cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan draf undang-undang hudud di Dewan Rakyat.Semua pihak sedia maklum bahawa PAS kini telah memutuskan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri Kelantan malahan cadangan itu telah di sambut baik oleh para pimpinan UMNO sebelum ini.

JURUTERBANG TEMUI #MH370 TERHEMPAS BERHAMPIRAN PANTAI THAILAND..... ???


Ketika baru hilang pada 8 Mac lalu, MH370 dikatakan terhempas di Laut Andaman. Pemantauan turut dilakukan di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Jejak pencarian diteruskan ke Koridor Utara, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan bangkai pesawat di situ.. Lantas tumpuan kemudiannya terarah ke Lautan Hindi, selepas imej besar menyerupai sebuah  pesawat dikesan satelit China di kawasan tersebut.... Kawasan yang paling mendapat tumpuan selepas itu adalah Selatan Lautan Hindi...tetapi sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk yang ditemui yang boleh dikaitkan dengan MH370 walaupun secebis baju...usahkan sebuah kotak hitam pesawat yang sangat diharapkan untuk ditemui.

PULAU PERHENTIAN RAGUT 5 NYAWA SEJAK AWAL TAHUN INI


KAMPUNG RAJA – Seorang lagi pengunjung mati lemas ketika mandi di Pulau Perhentian, petang kelmarin, menjadikan keseluruhan yang mati lemas seramai lima orang tahun ini.

ENJIN TERBAKAR, PESAWAT SELAMAT BERPATAH BALIK KE LAPANGAN TERBANG PERTH


PERTH : 
Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

AWAS !!! PENGUTIP DERMA MENGGUNAKAN NAMA PUSAT TAHFIZ AMAL, KUALA KEDAH.... !!!


AWAS ye para pembaca semua....

Jabatan agama negeri dan pihak polis boleh mengambil tindakan tegas dengan menahan mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan nama Pusat Tahfiz Amal, dekat Yan, Kedah untuk mengutip derma kerana Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sudah mengeluarkan notis penutupan operasinya sejak 10 Februari lalu. 

SELANGOR : HUJAN DAN BANJIR KILAT DI SANA SINI, TAPI AIR DICATU JUA....


“Oh petang ini hujan lagi …. Lebat ….. Banjir lagi,”kata @Hamidzun yang diretweeted oleh Abang Bro mengambarkan kekecewaan anak negeri Selangor yang kecewa dengan langkah kerajaan negeri meneruskan pelan catuan air di negeri itu.

HARTA KARUN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PULAU NANGKA JADI PERHATIAN UMUM....



MELAKA : 
Harta karun yang dipercayai tertanam di Pulau Nangka adalah lambang kepada kemakmuran dan kekayaan Kesultanan Melaka suatu ketika dulu, kata Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) berkata, ketika itu, pelabuhan Melaka sentiasa sibuk dengan kehadiran ribuan kapal dagang yang akan menghadiahkan pelbagai barangan, termasuk emas kepada sultan sebagai cukai.

KEJAM !!! POLIS GEORGETOWN BAKAR 'ANU' BUDAK LELAKI BERUMUR 14 TAHUN !!!


GEORGETOWN - Penduduk Guyana terkejut dan marah selepas kemaluan seorang budak lelaki berusia 14 tahun melecur akibat dibakar dalam insiden terbaru melibatkan kekejaman polis di negara Amerika Selatan itu, lapor sebuah akhbar semalam. 

CERAI TALAK SATU : ADAM HARAP DAPAT KEMBALI PADA FIZA.....


SHAH ALAM 28 April - Penyanyi kelahiran daripada program realiti, Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau kenali sebagai Adam AF memberitahu terdapat masih terdapat lagi masa untuk perbaiki kelemahan diri masing-masing selepas melafaz cerai talak satu terhadap pasangan beliau, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza Elite, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

PEMILIHAN PKR : 'MENGATA DULANG PAKU SERPIH... MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH... MENIPU' !!!


Jika selama ini pembangkang asyik menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menipu kira undi termasuk dakwaan kononnya berlaku ‘blackout’ di beberapa kawasan ketika proses kira undi PRU13 lalu.

SYARIKAT GEORESONANCE DAKWA TEMUI SERPIHAN #MH370 DI DASAR LAUT TELUK BENGAL ???


Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000KM jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa.

ANWAR 'MENGADU HAL' PADA SUSAN RICE..... 'SEPATUTNYA SEKARANG SAYA JADI PERDANA MENTERI'.......


Anwar Ibrahim berkata beberapa rundingan telah dibuat antara beliau dengan Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, Susan Rice dimana beliau mengadu bahawa gabungan pakatan haram iaitu PKR, Pas dan DAP yang sepatutnya menjadi kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13 yang lalu bukannya BN.

MISTERI KEHILANGAN #MH370 - APA KATA TUN M (VERSI BAHASA MELAYU) .......


#MH370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

GEMPAR !!! ALASAN KENAPA OBAMA DATANG KE MALAYSIA !!!


Sekarang ini sedang hebat viralnya Whatsapp seperti yang anda dapat saksikan di atas. Anehnya, walaupun karangannya seperti budak gagal matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM, ramai pula yang percaya dan mengimani karangan tersebut sampaikan ada yang berkata, disebabkan itulah Barrack Obama datang ke Malaysia.

44 NGO CINA BERGABUNG TUMBANGKAN DAP DI #PRKBUKITGELUGOR ???

Pengerusi penaja Penang Front Party, Datuk Go Chui Tiong (kiri) berbincang sesuatu dengan jurucakap parti berkenaan, Saw Chong Tatt semasa mengadakan sidang akhbar mengenai penubuhan parti baru itu yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

 GEORGE TOWN : 

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu ditubuh untuk ‘menyelamatkan’ Pulau Pinang daripada DAP. Dikenali sebagai Penang Front Party (PFP), ia dianggotai 44 organisasi Cina, demikian menurut pengerusi penaja, Datuk Go Chui Tiong pada Isnin.

Katanya parti itu juga akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini. Parti itu juga mendakwa DAP lebih membebankan berbanding tugas sebenar untuk membantu rakyat.