Saturday 18 August 2012

SALAM AIDIL FITRI 1433 H / 2012


dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa

YA ALLAH.....
ramadhan yang mulia telah meninggalkan pergi....
ampunkanlah dosa-dosa kami dan terimalah segala sedekah dan amalan kami yang telah dilakukan..
berilah kami kesempatan lagi utk menyambut nikmat ramadhan yang akan datang...

SALAM AIDIL FITRI 
UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BICARA PERJUANGAN YANG SANGAT DIHARGAI...
SEMOGA KITA SEMUA AKAN SENTIASA MENDAPAT BERKAT DAN HIDAYAH DARI ALLAH SWT....

ukhuwah yang terbina ini bagai seutas tasbih...
tiada awal tiada penghujungnya...
dicipta utk mengingati Yang Maha Esa..
di ratib demi mencari keredhaanNya....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS... MAAF ZAHIR DAN BATIN
 SYAWAL 1433 H

KARPAL : USTAZ NASHA HANYALAH IKAN BILIS DALAM PAS....

Karpal Saman Nasharudin

Isu Hudud: Karpal Saman Nasharudin

KUALA LUMPUR – Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.
“Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang ‘menentang Islam’.
Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, “Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam”.
Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.
Nasharudin, katanya, kini hanyalah ‘ikan bilis’ dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.
“Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,” katanya. – BERNAMA