Wednesday 22 August 2012

SURUHANJAYA BERAT SEBELAH


YANGON 21 Ogos - Beberapa anggota suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine baru-baru ini, didakwa bersikap berat sebelah terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Dakwaan terbaru itu dinyatakan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh gabungan sembilan persatuan etnik Rohingya di United Kingdom, Jepun, Jerman, Australia, Thailand, Denmark, Norway dan Liga Demokrasi Rohingya di Myanmar.

Menurut kenyataan gabungan tersebut, beberapa anggota suruhanjaya itu merupakan penyokong kuat kerajaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan telah memburukkan lagi krisis terbabit melalui kenyataan media yang mereka keluarkan sebelum ini.

Katanya, pengerusi suruhanjaya, Dr. Aye Maung telah mengusulkan untuk mengasingkan masyarakat Rohingya daripada pekan dan kampung yang dikuasai oleh penduduk Buddha.

Seorang anggota suruhanjaya, Ko Ko Gyi, pula secara terbuka melabelkan penduduk Rohingya sebagai pendatang haram dan perlu diusir dari Myanmar, manakala Pengerusi Parti Barisan Depan Demokratik, Khin Maung Swe pula merupakan seorang penyokong kuat kempen anti Rohingya.

"Wakil kumpulan demokrasi dan parti politik yang turut dilantik menganggotai suruhanjaya itu, tetapi wakil etnik Rohingya tidak dipanggil menyertai suruhanjaya siasatan tersebut.

Semalam, kerajaan Myanmar mengumumkan pembentukan suruhanjaya terbabit selepas didesak oleh kumpulan hak asasi antarabangsa dan negara-negara lain untuk menyiasat konflik etnik di Rakhine pada Jun lalu yang mengorbankan 87 orang dan menyebabkan lebih 5,000 rumah musnah.

Menurut kenyataan gabungan itu, meskipun 27 anggota suruhanjaya terbabit terdiri daripada wakil daripada kumpulan agama termasuk Islam yang bukan daripada etnik Rohingya, Kristian, Buddha dan Hindu tetapi siasatan yang dijalankan mungkin tidak boleh dipercayai dan tidak telus.

"Kami menyeru masyarakat antarabangsa menyokong cadangan agar siasatan tersebut dilakukan sepenuhnya oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kami juga menggesa cadangan penubuhan jawatankuasa siasatan PBB itu dimasukkan di dalam teks Perhimpunan Agung PBB yang akan datang berhubung resolusi mengenai Myanmar dan dalam teks Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang akan datang mengenai Myanmar,'' jelas kenyataan itu. - AGENSI

MALAYSIA BOLEH : MISI MENENTANG ARUS SEJUK SELAT INGGERIS


SEPANG  - Seramai 15 perenang dan krew berlepas ke Dover, United Kingdom malam ini untuk melakukan persediaan terakhir sebelum memulakan Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI 1Malaysia) pada 16 September ini.

Penganjur program itu, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, aktiviti di Dover akan menumpukan kepada ujian ketahanan sejuk dan latihan renang selama enam jam yang akan mengukuhkan lagi stamina perenang.

``Latihan ini adalah penting sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk suhu air sekitar 16 hingga 18 darjah celsius dan arus Selat Inggeris yang deras.

``Setiap perenang juga perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai keadaan luar jangka seperti cuaca yang tidak menentu," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Dover di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles yang juga penasihat ekspedisi tersebut turut hadir untuk memberi kata-kata semangat kepada kumpulan pertama perenang dan krew terbabit.

Dalam pada itu, Akmar Hisham berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan penaung program mendoakan kejayaan ekspedisi tersebut yang diadakan sempena Hari Malaysia.

Kumpulan perenang dan krew RPSI 1Malaysia yang kedua dijangka bertolak ke Dover pada 24 Ogos ini untuk menyertai latihan bersama. - Utusan.

TENGKORAK BERUSIA PULUHAN RIBU TAHUN DITEMUI

Tengkorak berusia antara 43,000 hingga 63,000 tahun 


GAMBAR menunjukkan bahagian-bahagian tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite di Laos.


CHICAGO - Satu tengkorak yang ditemui di dalam sebuah gua di Laos mungkin merupakan fosil manusia yang paling tua pernah ditemui di Asia Tenggara, menurut satu kajian yang disiarkan kelmarin.
Tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite itu dipercayai berusia antara 46,000 hingga 63,000 tahun.
Penemuan itu memperkukuhkan kajian genetik sebelum ini yang mempercayai manusia moden tinggal di kawasan tersebut sejak 60,000 tahun lalu.
Tengkorak itu ditemui pada kedalaman lebih dua meter di gua tersebut pada tahun 2009.
Kajian tentang tengkorak itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. - AFP

GAMBARAN MEKAH PADA MASA HADAPAN

Ini adalah gambaran beberapa buah projek mega seluruh Saudi yang menelan belanja hampir SR100 Trillion.
 Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, 
Projek ‘Makkah Expansion & Shades’ iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara paling tinggi di dunia di mana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.









BUAYA BAHAM TUAN


ABIDJAN  - Seorang pemelihara buaya terkenal, Toke Dicko, maut akibat dibaham haiwan tersebut, di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di tasik sekitar Yamoussoukro itu, Dicko maut ketika cuba bergambar dengan haiwan terbabit sebagai tarikan pelancong.

"Buaya tersebut membaham mangsa dan menariknya ke dalam air. Mayatnya masih belum ditemui sehingga kini," kata Gabenor Yamoussoukro, Augustin Thiam. - AFP

ANEH : ANAK KUCING 'DAJJAL' - BERMATA SATU

Sesuatu yang sangat luar biasa apabila seekor anak kucing dilahirkan hanya mempunyai satu mata sahaja..

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang ketika sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin telah menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip seperti kera yang dilahirkan oleh seekor kucing liar di pekarangan stor berkenaan.

Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya  bertahan selama tempoh 24 jam sahaja selepas ia ditemui mati keesokan paginya ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu untuk diminum oleh anak kucing berkenaan. 

Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu telah memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.


UBAT PENGASIH DARI TULANG SINGA AFRIKA


SEORANG anggota renjer memegang tulang singa.


POTCHEFSTROOM, Afrika Selatan - Tulang singa kini menjadi komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional.
Kebanyakan tulang itu dieksport ke Vietnam dan Laos.
Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang.
Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.
Pemburu-pemburu itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.
"Baru-baru ini, terdapat sebilangan besar warga dari Laos yang berminat untuk menyertai aktiviti memburu itu," kata seorang pegawai daripada pertubuhan pemuliharaan singa, LionAid, Pieter Kat.
Tulang-tulang singa itu menjadi popular untuk dijadikan ubat pengasih.
Ia menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan. - Agensi

KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK.... BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM


Umat Islam tanpa mengira pendirian politik di negara ini perlu bersatu menentang golongan yang cuba menghina atau mencabar agama mereka.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, umat Islam harus menjauhkan diri daripada bersekongkol dengan golongan berkenaan, khususnya yang secara terang-terangan menentang pelaksanaan syariah (perundangan) Islam secara keseluruhannya.



Malah katanya, adalah menjadi kewajipan untuk menghalang golongan tersebut daripada terus menghina agama Islam dan bukannya mempertahan atau bersama dengan mereka.

"Kita perlu halang sesiapa sahaja yang menentang agama Islam atau golongan yang bersekongkol dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan itu menentang syariah Islam sepenuhnya, mereka harus dijauhi dan tidak boleh didampingi.

"Contohnya, hukum hudud, penentangan pelaksanaannya di sesebuah negara oleh golongan bukan Islam dibenarkan berdasarkan pendapat beberapa ulama tetapi sekiranya golongan itu menentang pelaksanaan syariah Islam secara keseluruhan, mereka perlu ditentang serta dijauhi," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysiadi sini.

Semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan agama Islam.

Mengulas perkara sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyokong sikap Nasharudin yang secara konsisten mempertahankan maruah Islam.

Katanya, pihak yang cuba mempertikaikan agama Islam tidak seharusnya dibiarkan dan mesti diberi penjelasan supaya segala kekeliruan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

BLOG ANWAR DIGODAM OLEH ADMINS SENDIRI....???




 Info dari rakan kita di dalam PKR sendiri menyatakan bahawa posting Perutusan Khas Anwar Memohon Maaf kepada PM DS Najib bukanlah dilakukan oleh orang luar. Ianya dilakukan oleh admin dan orang dalam Pkr sendiri. Seorang petugas lelaki.

Ianya original dan bukan palsu. Perutusan itu kini menjadi kecurigaan besar kepada DAP dan masyarakat Bukan Islam di Malaysia yang kini semakin nampak pembohongan politik Anwar. DAP dan masyarakat Bukan Islam kini sudah mengetahui apa yang ada di dalam fikiran Anwar.

Lebih daripada itu penderma Yahudi dan Israel semakin tidak mempercayai Anwar.

Bagaimana Anwar mahu menjaga keselamatan negara kita jika blog sendiri pun tidak boleh jaga???


~  MyMassa  ~