Thursday 5 April 2012

KEMPEN PRU : PAS TETAP GUNA SYURGA DAN NERAKA


RESPONS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Wacana Sinar Harian yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi disokong oleh Dr. Rani dan Ir. Khalid Samad iaitu pemimpin Pas Selangor dengan menyatakan UMNO sejak dulu lagi tidak faham konsep yang dibawa oleh Pas.
Penulis tidak fikir Abdul Rahman mempersoalkan isu syurga dan neraka. Setiap orang Islam Pas dan UMNO tahu bahawa perkara syurga dan neraka harus diimani.
Yang sekian lama diamalkan oleh Pas sewaktu pilihan raya ialah kenyataan iaitu ”undi Pas masuk syurga”. Apakah ada hujah syarie menyatakan begitu? Dalam bahasa lain undi UMNO masuk neraka. Apakah ia juga ada hujah syarie?
SETERUSNYA...... BACA DI SINI

NIZAR JAMALUDDIN MUKA TEMBOK..!!!





KALAU sudah memang dasar muka tak tahu malu, di‘kantoi’kan sebesar mana sekali pun dia tidak akan rasa malu. Kalau sudah muka tembok, mukanya akan sentiasa tebal meskipun dia dibuktikan berbohong dengan jelas.
Dia yang tak tahu malu yang dimaksudkan itu ialah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri ‘Boneka’ Besar Negeri Perak.
Pada Sabtu baru-baru ini, Nizar ditemani oleh “master-master”nya iaitu Ngeh dan Sivakumar bersama beberapa pengikut yang dipercayai diupah telah mengadakan satu demonstrasi membantah operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.
Ngeh di dalam sidang DUN Perak, mempersoalkan kewajaran kerajaan pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang kononnya meluluskan projek Vale berkenaan di kawasan Teluk Rubiah dan tidak di Tanjung Hantu di Bagan Datoh yang kononnya lokasi sebenar projek tersebut.
Berani sungguh puak-puak pembangkang itu mempersoalkan projek tersebut tanpa mengimbas kembali perkara sebenar.
Dan berani itu saya sifatkan sebagai ‘berani bodoh’, serbu tak pakai helmet! Tanpa mereka sedar, mereka sedang ‘membogelkan’ diri sendiri…
Sepucuk surat telah didedahkan oleh Dr Zambry mengenai projek tersebut. Surat yang bertarikh 17 Disember tersebut adalah berhubung kelulusan dan sokongan penuh Kerajaan Negeri Perak ketika itu yang diketuai oleh Nizar sendiri.
Paling menariknya, surat tersebut menyebut bahawa lokasi yang dipersetujui bagi projek Vale itu ialah di Teluk Rubiah dan bukannya di Tanjung Hantu di Bagan Datoh sebagaimana yang didakwa oleh Nizar dan Ngeh. Malah, surat itu ditandatangani oleh Nizar sendiri.
Mengetahui ‘auta’nya sudah terbongkar, Nizar kononnya mahu dilihat “gentleman” dengan membuat pengakuan bahawa memang benar dia yang menandatangani surat itu dan meluluskan projek Vale.
“Gentleman”? Untuk dianggap sebagai “Gentleman”, cukupkah sekadar dengan pengakuan tersebut? Rasanya tidak..!
Pada saya, bukan sekadar pengakuan, Nizar perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, ADUN Pasir Panjang dan melepaskan semua jawatan partinya. Itu baru boleh dianggap “gentleman” kerana dia bertanggungjawab sepenuhnya dengan penipuan, fitnah dan cubaan memburuk-burukkan Dr. Zambry dan Kerajaan BN Negeri Perak!
Seorang Ketua Pembangkang perlu menghormati sidang DUN dan tidak menabur pembohongan kerana ia boleh dianggap menghina Dewan. Seorang ADUN pula perlu kekuatan intergriti yang tinggi dan tidak boleh menipu atau membuat sebarang tohmahan tidak benar.
Dan sebagai seorang yang berjawatan tinggi di dalam parti PAS yang kononnya mewakili ‘perjuangan Islam’, dia tidak boleh menipu, berbohong, memburuk-burukkan atau menabur sebarang fitnah terhadap pihak lain. Tindakan tersebut jelas mengkhianati ‘perjuangan Islam’ sebenar! Dia patut letak jawatan serta merta dari terus memalukan Islam!
Nizar sepatutnya malu pada dirinya sendiri. Nizar sepatutnya malu pada rakyat Perak. Nizar patutnya malu pada Dr. Zambry. Nizar patutnya malu pada DYMM Sultan Perak. Nizar patutnya malu pada partinya. Nizar patutnya malu pada seluruh negara. Tapi, apakah Nizar punya rasa malu?
Dari insiden ini, jelaslah bahawa Nizar dan pihak pembangkang di Perak sanggup melakukan apa saja pembohongan dan fitnah demi memburuk-burukkan BN Perak walau dengan menggunakan cara yang keji dan kotor. Persoalannya, apakah rakyat Perak memerlukan pemimpin sebegini?
Kebusukan hati Nizar dan pihak pembangkang Perak jelas kelihatan pada insiden ini. Di manakah mereka meletakkan harga maruah mereka di mata rakyat? Tak malukah mereka apabila ‘kantoi’ sebegini hina?
Saya serahkan persoalan ini kepada seluruh rakyat Perak. Sekiranya mahu Perak dihuru-harakan sekali lagi oleh “MB Boneka Komunis” seperti Nizar, maka serahkan Perak kepada Pakatan Haram pada PRU13 ini.
Namun sekiranya rakyat Perak sayangkan negeri Darul Ridzuan ini, maka rasanya wajarlah memihak kepada Kerajaan BN Negeri Perak yang sedia ada kerana jelas sekali selepas mengambil alih Perak dari ‘neraka’ Pakatan Haram, negeri Perak kembali aman, teratur dan maju di bawah kepimpinan Dr. Zambry. Itu fakta, bukan auta.

CHELSEA DAN REAL MADRID MARA KE SEMI-FINAL LIGA JUARA-JUARA


'the blues'

LONDON - Chelsea berjaya mara ke separuh akhir Liga Juara-juara selepas menewaskan Benfica 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua di sini dan sekali gus mencatat kemenangan agregat 3-1.

Sepakan penalti oleh Frank Lampard Chelsea mendahului pada separuh masa pertama sebelum pasukan pelawat kehilangan seorang pemain selepas kaptennya Maxi Pereira dibuang pada pada minit ke-40 akibat menerima kad kuning kedua oleh pengadil Slovenia, Damir Skomina.

Bagaimanapun, Javi Garcia menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan sehinggalah Raul Meireles memastikan kemenangan kelab London pada masa kecederaan.

Chelsea akan bertemu juara bertahan Barcelona yang menyingkirkan AC Milan semalam di separuh akhir.

Sementara itu di MADRID, juara sembilan kali, Real Madrid turut mara ke separuh akhir selepas membenam APOEL Nicosia 5-2 menjadikan kemenangan agregat 8-2.

Jaguh Sepanyol itu akan bertemu Bayern Munich dari Jerman dalam satu lagi pertemuan separuh akhir. - AFP

PERANCIS PUN BANTAH PEMBINAAN PATUNG SPONGEBOB BESAR.... TAPI KELANTAN..????


MARSEILLE  - Perancis hari ini menolak cadangan untuk membina patung gergasi kartun popular, Sponge Bob di kawasan persisiran pantai terkenal negara ini selepas mendapat bantahan kumpulan aktivis tempatan.




Rangkaian televisyen kanak-kanak, Nickelodeon berhasrat untuk membina patung berukuran empat meter di kawasan pantai Calanques dekat selatan bandar Marseille.

Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa dibatalkan selepas kumpulan aktivis mendakwa kawasan pantai itu tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial. - AFP

TAPI DI KELANTAN....... NAHHHH!!!!








AWAS!!! JIKA ADA MUBALIGH KRISTIAN SERING BERKUNJUNG KE TEMPAT ANDA BEKERJA..!!!

JIKA ANDA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM.....  JANGAN FIKIR CERITA BERIKUT ADALAH MENGARUT....



PEGAWAI BANK KINI JADI GELANDANGAN SELEPAS MENUKAR AGAMA



“Sebelum ini semuanya berjalan lancar, malah kehidupan saya sebagai pegawai bank agak stabil, tetapi semuanya hancur berkecai selepas menjadi mangsa pukau sebelum dipaksa menganut agama lain,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Anwar, 30-an, di sini, semalam.

Anwar, lulusan ijazah sarjana muda kewangan dari sebuah universiti tempatan pada 1993, kini mendapatkan perlindungan di Anjung Singgah, di sini, dan kini dalam proses mencari kerja bagi membina kehidupan baru.

Dia seorang dari beberapa gelandangan berkelulusan universiti yang hidup merempat dengan mendapatkan bantuan makanan dan tempat tinggal daripada beberapa pertubuhan sukarela di ibu kota.

Menceritakan kejadian yang memusnahkan hidup dan kerjayanya, Anwar berkata, kerjaya perbankan diceburi hampir 13 tahun musnah selepas dipukau sebelum dibawa ke merata negeri termasuk negara jiran, dua tahun lalu.

Masalah itu, katanya, bermula dengan perkenalan dengan seorang mubaligh kristian yang kerap datang berurusan di bank tempat kerjanya.


Sumber: Harian Metro...........kira-kira 3 bulan yang lalu...
Terima kasih Sungai Rapat Online
**** Jangan fikir isu murtad yang diperjuangkan oleh Dr. Hassan Ali adalah sekadar rencah penyedap ceramah sahaja..!!!!!

ADAKAH MALAYSIA TERSENARAI DALAM 15 NEGARA YANG MEMPUNYAI HUTANG PALING TINGGI...???

Jom lihat berita bergambar ni...



15. Portugal (83.2%) Dari KDNK




14. Perancis (83.5% KDNK)


13. Sri Lanka (86.7% KDNK)


12. Sudan (94.2% KDNK)


11. Ireland (94.2% KDNK)


10. Belgium (98.6% KDNK)


9. Singapore (102.4 KDNK)


8. Italy (118.1% KDNK)


7. Jamaica (123.2% KDNK)


6. Iceland (123.8% KDNK)


5. Greece (144% KDNK)


4. Zimbabwe (149% KDK)


3. Lebanon (150.7% KDNK)


2. Saint Kitts and Nevis (196% KDNK)


1. Jepun (225.8% KDNK)

Amacam juak pakatan, kalau tengok senarai diatas banyak negara maju yang tersenarai termasuklah negara poojaan DAP iaitu Singapore!

Malaysia ada? Malaysia di tangga ke berapa ye??? Kalau dengar cakap pembangkang... digambarkan seolah-olah Malaysia ni negara juara hutang dunia!!!!

Tu aku kata, korang jangan risau, kita di malaysia ni ramai pakar ekonomi yang membantu PM dalam merencanakan ekonomi negara. Jangan duk buka kelam kabut tak ketahuan dengan menakut-nakutkan raakyat.

Malaysia kalau tak salah aku baru 54% dar GDP, suatu paras yang masih munasabah dan boleh dikawal.

ALERT!!! TAKTIK PENCULIKAN BUDAK DI PASARAYA..!!!



Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!
TQ AKUFACEBLOGGER
***Lima enam tahun dulu, hal seperti ini memang dah heboh di seluruh negara. Penulis percaya, ianya memang benar berlaku....cuma bagi sesetengah pihak yang tidak mengalami sendiri kejadian demikian, akan mengatakan ianya sekadar propaganda untuk menakut2kan orang ramai. Terpulanglah.....tetapi penulis berasa sangat gerun dengan apa yang diceritakan di atas.... dalam masa kurang 10 minit semuanya boleh berlaku!!! MasyaAllah!!!

ORANG DALAM PKR SENDIRI DESAK AZMIN JAWAB SEMUA TUDUHAN TERMASUK DAYUS!!!

pkr-ampangxx

pkr-saidixx

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kena dengar ini baik-baik.Ini bukan suara orang luar tetapi ahli PKR sendiri yang tidak puashati dengan 'penafian kosong' terhadap pelbagai dakwaan terhadapnya termasuk seorang dayus.
Agak mengejutkan kerana ini pertama kali seorang yang berjawatan dalam parti itu tampil menerusi satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Rabu bersama beberapa orang ahli parti mahu Azmin membuat penafian yang lebih meyakinkan lagi.
Ketua Penerangan PKR Bahagian Ampang,Selangor, Mohd Isa Mohd Saidi berkata langkah ini wajid diambil Azmin agar benar-benar bersihkan dirinya,keluarganya dan menjaga nama baik parti.
Beliau bimbang orangramai tidak akan menyokong PKR dalam pilihanraya umum akan datang selagi isu ini tidak selesai secara konkrit.
BUTIRAN LANJUT.... DI SINI

NAMA 'ALLAH' DITEMUI DI BENUA AFRIKA MELALUI KAMERA SATELITE NASA



Gambar di atas ini menunjukkan  Nama Allah dikesan oleh satelit NASA di  kawasan  Benua Afrika . Negara yang berada dalam lingkungan itu adalah Mesir dan  Tunisa . Allah Maha Besar ..Allahuakhbar



SUMBER