Thursday 26 April 2012

SENJATA SULIT ANWAR TERBONGKAR..!!!


AIDCNews  – Senjata utama faktor kekuatan dan kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikenalpasti oleh ‘kumpulan pemikir bebas’ yang mengadakan pertemuan tertutup minggu lepas.
Kumpulan pemikir bebas yang tidak mahu nama ahli-ahli mereka didedah merumuskan satu-satu senjata yang menjadi faktor kekuatan dan kelemahan Anwar adalah ‘Faktor X’ yang salah satunya daripadanya adalah ‘Faktor Janji’.
Faktor ini hampir sama dengan pendapat Profesor Dr Chandra Muzaffar yang ditemui pada 30 Jun 2011 yang merumuskan kekuatan Anwar adalah ’2 D’ iaitu ‘Demagogue’ dan ‘Demonstrasi’
‘Demagogue’ merujuk tentang pidato-pidato yang berkarisma menyentuh emosi, prasangka dan pujuk rayu serta janji-janji yang membina pengharapan.
Manakala ‘demonstrasi’ pula merujuk kepada satu perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan ‘kekacauan’ dalam masyarakat untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
Dengan harapan melalui siri-siri demonstrasi itu akan dapat mengugat kestabilan negara dan menggulingkan negara melalui ‘kumpulan minoriti’ jalanan.
Siri-siri perhimpunan BERSIH, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan Occupy adalah sebahagian daripada strategi untuk mencapai objektif tersebut.
Kajian UIA
Kajian Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM yang bermula dari Mac 2008 hingga Julai 2011 merumuskan populariti Anwar mula merudum sejak Oktober 2008.
Menurut rekod, dari Mac hingga Oktober 2008, terdapat dua peristiwa besar yang berkaitan dengan Anwar iaitu kes liwat yang membabitkan dirinya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan ‘Janji Agung Anwar’ membentuk kerajaan 16 September.
“Pada waktu itu (2008), dia (Anwar) janji macam-macam..bila datang isu skandal (kes liwat yang membabitkan dirinya), dia tidak mampu nak jawab.
“Dia jawab dia kilas ke lain..dia tidak menjawab sebenarnya”, kata Azrul Hisyam Wakichan, pembantu penyelidikan kepada Prof. Datuk Syed Arabi Idid.
Bekas inner circle Anwar, YB Datuk Zulkifli Noordin memberi pendapat yang hampir sama.
“Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong.
“Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar.
“Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.”, kata Zulkifli yang ditemui pada 14 Jun 2011. Klik di sini.
Rakaman video di sebelah merupakan kompilasi janji-janji Anwar yang ‘mengembirakan’ dan ‘menakutkan’ rakyat yang disusun sejak 14 April 2008 hingga 13 Oktober 2008.
Faktor janji agung Anwar untuk membentuk kerajaan baru 16 September, bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa seperti yang dibuktikan rakaman video kiri (bawah).
“Saya dengan restu Tuhan..Insya Allah..buktikan kepada ‘mereka’..buktikan kepada ‘mereka’..bisnes kami..kami ada ‘number’..negara ini perlu perubahan”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta komitmen oleh wartawan Bloomberg tentang pengambilalihan kerajaan selepas kegagalan melaksanakan janji menukar kerajaan pada 16 September 2008.
Faktor India dan Cina
Kajian UIA yang membuat analisis secara menyeluruh berdasarkan pola kaum juga turut menarik diberi perhatian.
Azrul Hisyam Wakichan berkata kemerosotan utama Anwar di kalangan masyarakat kaum India disebabkan gagal melaksanakan janji Kampung Buah Pala.
Manakala kepada masyarakat Cina pula berasaskan faktor kegagalan Anwar dalam melaksankan janji-janji berkaitan dengan ekonomi.
“kalau ada orang India, (isu) kampung Buah Pala, kampung India…”Dia (Anwar) janji tak betul. Dia tak deliver pada janji”, kata Azrul Hisyam Wakichan tentang kemerosotan Anwar di kalangan masyarakat India dan Cina.
Ketika ditanya, sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melaksanakan satu lagi transformasi, Azrul menjawab, “Laksanakan apa yang Najib Janji..boom..terus (Anwar) bungkus..tapi berhati-hati Anwar ada simpan senjata dia”.
Senjata Rahsia
Perbincangan tertutup ‘kumpulan pemikir bebas’ berusaha merungkai senjata apakah yang dimaksudkan oleh pembantu penyelidik Prof. Syed Arabi Idid itu.
Rumusan yang disimpulkan adalah ‘sabotaj ekonomi’ sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat jelata.
Sebelum pilihanraya ke-12, rakyat ‘memprotes melalui undi’ apabila kegagalan kerajaan menangani ‘sabotaj ekonomi’ yang menyebabkan keperluan harian rakyat.
Minyak masak, gula, beras, tepung dan lain-lain keperluan asas di’sabotaj’ oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan rakyat kesusahan.
Menurut sumber, teknik ini pernah digunakan oleh CIA di negara-negara tertentu dengan membayar kepada taikun-taikun pengeluar barangan asas untuk melakukan sabotaj.
Apabila taikun-taikun melakukan sabotaj, rakyat mula memberontak dan menyalahkan kerajaan yang sedang memerintah.
Senjata rahsia ini paling berkesan kerana ia melibatkan keresahan setiap individu rakyat yang bakal memberi undi di setiap pelusuk negara.
Mungkinkah Anwar akan melaksanakan resipi CIA itu sebagai senjata terahir untuk memastikan cita-citanya melakukan ‘regime change‘ dan menawan Putrajaya tercapai …










BERSIH ADALAH LAMBANG KEKECEWAAN PEMBANGKANG...!!!


SETELAH gagal mempengaruhi rakyat menyokong mereka, pihak pembangkang kini mahu mengadakan perhimpunan haram Bersih bagi kali ketiga.
Di belakang segala perancangan ini sudah tentunya, Anwar Ibrahim yang memperkudakan rakyat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Strategi beliau untuk melancarkan demonstrasi jalanan disokong pula oleh PKR, PAS dan DAP dengan menggunakan landasan Majlis Peguam.
Peguam Ambiga Sreenavesan pula di letakkan sebagai jurucakap Bersih kononnya golongan pendesak pilihan raya bersih berpaksikan kepada undang-undang negara.
Realitinya perhimpunan haram Bersih samada ia diadakan dalam bentuk perarakan, demonstrasi, bantah duduk atau dalam apa-apa posisi sekali pun adaalh satu mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini.
Sejak merdeka, negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam kerangka konsep raja berperlembagaan tidak pernah gagal mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
Malaysia antara satu-satunya negara membangun dan negara Islam contoh yang diiktiraf dunia menghayati sistem demokrasi dalam ertikata sebenar.
Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua proses perjalanan 12 PRU sebelum ini telah berjaya mengekalkan integritinya sebagai sebuah badan yang bebas dan berwibawa.
Kerajaan melalui parlimen telah pun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan dianggotai secara adil oleh semua pihak – wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan juga bebas.
PSC akhirnya menggemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya untuk dipertimbangkan oleh SPR.
Malangnya pihak pembangkang tidak berpuas hati dan mahukan kerajaan dan SPR tunduk kepada semua tuntutan mereka dan apabila gagal, ia seperti biasa memangsakan rakyat untuk dijadikan kambing hitam dalam politik kotor mereka.
Taktik pembangkang adalah mudah untuk dibaca – segelintir rakyat yang terpengaruh dengan dendangan dakyah dan cerita dongeng pembangkang akan terheret dalam perhimpunan haram pada 28 April nanti, dan apabila tindakan undang-undang diambil, pembangkang akan menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak demokratik dan tidak adil.
Jika dilihat realiti pilihan raya pada 2008, hakikatnya adalah 360 darjah berlainan daripada yang didakwa pembangkang.
Lupalah pembangkang telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan?
Mengapa pembangkang tidak mempertikaikan proses pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai pincang?
Adakah apabila pembangkang memenangi kesemua kerusi parlimen dan negeri, barulah pilihan raya itu dianggap bersih, adil dan tidak tercemar.
Sebenarnya pembangkang tergolong dalam kumpulan yang kecewa kerana rakyat terus menerus sejak 55 tahun dahulu menolak gaya politik yang inginkan diserapkan ke dalam sistem politik negara.
DAP dengan sikap rasis dan cauvinis ekstrim Cinanya, PKR yang dikuasai golongan Kristian dan liberal dan PAS dengan cara pemiliran Islam yang kolot dan kuno cuba menggabungkan kesemua elemen politik mereka dalam apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat.
Kononnya rakyat menjadi teras perjuangan mereka tetapi apabila dilihat kepada agenda di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas agenda rakyat hanyalah untuk dipergunakan bagi mereka terus kekal berkuasa.
Bersih kali ketiga bukanlah cerminan aspirasi rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi lebih merupakan sifat tamak haloba dan kerakusan pembangkang yang mahu mewujudkan tanggapan negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najih Tun Razak.
Pembangkang sedar semua dasar dan program pembangunan dan kebajikan yang digerakkan oleh Perdana Menteri telah berjaya dan memberi manfaat dan kesan positif secara langsung kepada rakyat.
Perhimpunan haram Bersih hanyalah satu taktik murahan pembangkang untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat kepada usaha yang pastinya menemui kegagalan.
Yang pasti, rakyat sudah lama bijak memilih antara kaca dan intan.
Lantas, usaha pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan bantah duduk dilihat rakyat sebagai sesuautu yang sia-sia, lucu, membuang masa dan tidak mendapat sambutan.
- BERUANG BIRU

NAIB PENGERUSI DAP PUN BANTAH BERSIH 3.0, TAPI PAS...????

Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim membantah penganjuran BERSIH 3.0, “Duduk Bantah’ yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.
“Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?
Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang,” katanya, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Menurutnya bantahan itu telahpun disuarakan kepada pucuk pimpinan partinya.
“Saya membantah. Ia berdasarkan prinsip dan pendirian individu, dan saya telah memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkara ini, apa sahaja tindakan parti, itu keputusan mereka,” katanya.
Katanya, ada banyak cara lain yang boleh digunakan selain mengadakan demonstrasi jalanan.
“Matlamat utamanya adalah untuk mengadakan tunjuk perasaan. Perlukah timbulnya isu lokasi demonstrasi tersebut? Pihak berkuasa sudah keluarkan kenyataan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) adalah pemilik Dataran Merdeka, saya rasa ia tidak bertanggungjawab jika kita menentang mereka.
“Kita menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang apabila berdemonstrasi. Sedangkan kita bakal memimpin negara. Kita ajar orang menentang undang-undang, ada sesetengah undang-undang yang tidak baik, tapi ada caranya, kita ada Parlimen … sedangkan kita adalah wakil rakyat, di situ sudah berlakunya pertentangan,” katanya lagi.
Tunku Abdul Aziz bagaimanapun tidak mengetahui sama ada terdapatnya pendapat serupa sepertinya di dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Saya tidak libatkan pihak lain. Ini adalah pendapat peribadi saya, kami mungkin satu organisasi, tapi tak bermakna kami abaikan pendapat masing-masing.
“Sesetengah perkara kami sokong, tapi ada sesetengahnya kami bantah,” katanya.
Ianya setara dengan yang telah dikatakan oleh PRESIDEN Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat).  Ismail Mina Ahmad berkar : adalah HARAM bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi  Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
 
Sehubungan dengan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
'Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan yang lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntuk sesuatu perkara', katanya di sini hari ini.

KENYATAAN YANG BERBEZA DARI ULAMA SEMAK  YANG MENYESATKAN :


Tapi, si tua bangka ni yang mengelarkan dirinya 'ulama tersohor' dan terus menyeru dan mengeluarkan FATWA barunya kepada ahli-ahli PAS bahawa WAJIB  hadir ke perhimpunan Bersih 3.0. Ituadalah satu jihad katanya. Apa pun fatwa dah. 


HAIRAN... kenapa umat Islam begitu mudah dipengaruhi dan dipijak-pijak oleh penganut agama lain lebih-lebih lagi ianya adalah wanita.... Apakah umat Islam yang meletakkan tulisan Islam dalam partinya sudah menjadi bacul dan dayus..!!!!. Mereka yang kononnya bertaraf ulama (seperti yang dilaung-laungkan oleh para pengikut taksubnya) seperti Nik Aziz ni boleh menghancur dan menyesatkan akidah umat Islam. Bayangkanlah sekirnya muka-muka atau'ulama-ulama semak' seperti Nik Aziz ini menjadi salah sorang pemimpin negara..apa akan jadi?...rosak..rosak. Untuk membuktikan apa yang  dituliskan di sini, betapa songsang dan kuningnya 'otak' Nik Aziz, seperti baju yang dipakainya, baca kenyataan beliau di bawah ini. Nik Aziz menghalalkan yang haram. Wajib hadir perhimpunan Bersih 3.0, katanya :



Sumber :  IBM
 
Kalau dikatakan Ambiga itu adalah peguam yang bodoh... pengikutnya juga berpuluh-puluh ribu kali lebih bodoh!!!!

AL-FATIHAH - MENINGGAL DISERGAH HARIMAU...!!!!

Gadis Disergah Harimau Meninggal

KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.
Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.
Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.
Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.
Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.
Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.
Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.
BACA SETERUSNYA ..... DI SINI