Wednesday 11 January 2012

KENAPA TINGGALKAN ANWAR...???

Ismail Mina : Tinggal Anwar Sebab Akidah

AIDCNews – 11/01/12 – Ismail Mina, 62, yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970 mengambil keputusan meninggalkan sahabat lamanya itu berpunca dari persoalan akidah.
Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, dari zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM (Angkatan Belia Islam) hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.
Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setalah merawat di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown.
Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.
Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan “Islam dan Demokrasi”.
Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”, benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.
Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.
IKUTI BERITA SELANJUTNYA...... DI SINI

SIAPA YANG ANGGAP ANWAR MACAM NABI..????????


"Rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa. 

Sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar .....

BACA SETERUSNYA....... DI SINI

KERAJAAN SELANGOR AKAN CATU AIR..???????

http://www.hmetro.com.my/articles/2012011005474220120110054742/


1. Akibat Dasar Besar Kepala Kerajaan DAP Negeri Selangor, beberapa kawasan di negeri Selangor akan mengalami Catuan Bekalan Air. Penduduk diminta membeli Baldi yang lebih besar, dan membersihkan bekas-bekas yang boleh menampung air. Ini kerana pihak SYABAS dijangka akan memberikan bantuan sosial responsibiliti mereka dengan memberikan air percuma. Lori-lori tangki air SYABAS diharapkan bersedia dalam jumlah yang banyak terutama kepada penduduk Selangor yang duduk di flat dan apartment.

2. Penduduk Selangor diharap bersedia kerana akan banyak kesusahan yang akan berlaku. Memandangkan sampah-sarap di Selangor pun semakin berbau busuk kerana tidak diangkut oleh lori-lori sampah (kegagalan Kerajaan DAP Selangor mengatur pemungutan sampah), maka dijangka baub itu akan bertambah meloyakan memandangkan, air pula akan dicatu dan sekejap ada sekejap tiada.

3. Para peniaga makanan dan gerai makan di Selangor dijangka akan mengalami kerugian melampau. Apapun mymassa berharap agensi-agensi kerajaan persekutuan mengambil langkah awal untuk berhadapan dengan bencana akibat Kegagalan Kerajaan DAP Selangor mengurus sampah, dan kini air.
SUMBER : MYMASSA

KARPAL SUDAH PANGKAH ANWAR....???

LIHAT VIDEO BERIKUT :



Karpal menyatakan Anwar tidak layak memimpin Pakatan Pembangkang dan suruh bertaubat, Karpal mengatakan Anwar peliwat suka sama suka di dalam mahkamah, Karpal memangkah kenyataan Anwar bahawa kerajaan bimbang TETAPI Anwar tak berani nak ambil tindakan disiplin terhadap Karpal. Tapi bila Hassan Ali sebut sikit je pasal moral Anwar terus kena buang PAS. Kenapa??? Siapa boleh jawab?


Karpal Singh sebenarnya telah menunjukkan kepada umum "WHOS THE BOSS" dengan memangkah kenyataan Ketua Umum PR sendiri iaitu Anwar Ibrahim didepan orang ramai walaupun Anwar baru dibebaskan (tak bagi can langsung). Dan Karpal Singh tahu Ketua Umum tidak akan berani buat apa2 terhadapnya sebab dia sudah pegang itu "TRUMP CARD". Kalau Anwar buat hal terhadapnya, Karpal Singh dengan sukarela akan beri keterangan yang akan mencukupkan keterangan Saiful yang liwat itu terjadi di mahkamah rayuan nanti, maklumlah Karpal Singh yang mengeluarkan hujah liwat suka sama suka yang telah direkodkan dalam perbicaraan lepas. Maka Karpal Singh boleh buat/cakap apa saja dia nak terhadap Anwar, sebab Karpal sudah jadi untouchable....


SETERUSNYA DI SINI



PAS PASTI SOKONG, ANWAR HALALKAN LIWAT dan SEKS BEBAS..!!!


Apabila Anwar dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal mensabitkan perbuatan LIWAT dengan bukti yang dikemukakan, sebenarnya ada pihak yang merasa KECEWA yang amat sangat.

Pihak ini sebenarnya sangat berharap apabila Anwar dipenjarakan kerana meliwat, simpati rakyat boleh dijana untuk menumbangkan Kerajaan BN dan akhirnya meminda undang-undang yang mengharamkan perbuatan liwat dan seks sejenis ini. Tetapi Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia masih sayangkan Malaysia.

Jadi persoalan yang perlu rakyat faham adalah adakah perbuatan LIWAT itu benar-benar berlaku? Dan adakah kita ini semua bersedia untuk menerima seorang pemimpin yang mengamalkan seks songsang dan zina?



Ketika kami berkesempatan untuk meninjau ceramah saat-saat akhir Anwar di Kampung Bharu dan Kampung Pandan, kami perasan walaupun tema ceramahnya untuk menolak fitnah dan konspirasi LIWAT, tetapi cerita kesnya hanya disebut tidak sampai seminit. Selebihnya beliau hanya membebel menabur fitnah kononnya Menteri UMNO itu dan ini bermewah dan kaya dengan hasil penyelewengan duit rakyat.

Dan sebenarnya kami juga merasa risau apabila hadirin yang hadir hanya ternganga mengiyakan apa yang dihamburkan oleh Anwar tanpa sedikit pun menimbangkan fakta dan kebenaran. Mereka hanyut dalam pidato api kebencian UMNO dan GAGAL membuat timbang tara dengan apa yang telah mereka nikmati setelah fuckatan menguasai LIMA negeri selepas PRU-12 yang lalu.

Malah, yang hadir pada malam itu jelas terdiri daripada orang Melayu kebanyakan yang rata-ratanya hidup di atas sedikit daripada paras kemiskinan, tidak langsung mahu bertanya kepada Anwar dan konco-konconya di atas pentas tentang deretan kereta mewah yang membawa mereka hadir untuk berceramah malam itu. Apa yang mereka tahu, UMNO seleweng, UMNO makan duit rakyat dan UMNO mesti ditumbangkan.


Mereka tidak mahu langsung berfikir sejauh mampukah kemampuan PAS dan PKR untuk bertanding dan menang di atas kesemua kerusi wakil rakyat Islam BN?!! Dan kalau dilihat dari petanda Pilihanraya Sarawak yang lalu, nampaknya DAP yang akan menjadi dominan dalam fuckatan selepas PRU-13 ini.

Persoalannya, sudah bersediakah Melayu-melayu yang melalak-lalak mencaci UMNO dan BN pada malam 901 itu hidup bertuankan DAP?!! Sudah cukup kuatkah mereka itu untuk tidak dihalau dengan jentolak DAP apabila Cina-cina kapir ini semua dahagakan tanah pembangunan kelak? Dan sudahkah mereka ini semua menjumpai satu negeri/negara lain yang boleh dijadikan tempat berteduh andai DAP menggerakkan tentera untuk menghapuskan orang Melayu satu hari kelak?!!

Fikir-fikirkanlah...

CREDIT TO MYMASSA

PEMBEBASAN ANWAR GUSARKAN DAP..???

 PEMBEBASAN ANWAR MENCURIGAKAN, 
PEMECATAN HASSAN ALI JUGA MENCURIGAKAN

1. KEPUTUSAN sudah diumumkan. Sekiranya Saiful berhajat untuk membuat rayuan, masa 14 hari diberikan kepadanya. Keputusan tersebut membuktikan tidak wujud konspirasi Kerajaan Pusat BN dalam kes peribadi Anwar ini.

2. Di sebalik pembebasan Anwar, kumpulan heirarki tertinggi DAP merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Karpal Singh, walaupun mengetuai pasukan peguam Anwar, namun diakhir hari-hari pembelaan berkata Mahkamah mesti membebaskan Anwar kerana sodomi itu suka sama suka bukannya paksaan oleh Anwar. Ia mengulangi tuduhan Karpal pada tahun 1998 dahulu di mana beliau sangat yakin berlakunya kes liwat Anwar ke atas Sukma. Semalam Karpal menyanggah lagi Anwar yang menuduh pembebasannya kerana kebimbangan kerajaan ditekan oleh pihak asing, bagi Karpal keputusan itu mengejutkannya, tetapi beliau juga percaya keputusan itu keputusan mahkamah, bukan keputusan yang dipengaruhi oleh kerajaan.

3. Kenapa Karpal bimbang dan gusar dengan pembebasan Anwar? Anda harus ingat, kumpulan totok DAP hanya mahu menggunakan Anwar sebagai second player untuk menjatuhkan UMNO, atau lebih tepatnya menghapuskan dominasi orang-orang Melayu, umat Islam dan Raja-Raja di negara kita. Karpal sangat tidak suka dengan Sistem Raja, sebab itu Karpal pernah hendak menyaman Raja Perak tempohari.

4. Jika bukan Anwar siapa pula? Sebenarnya Gagasan DAP selepas PAP dihalau dari Malaysia ialah Lee Kuan Yew. Dalam buku Memoir Lee Kuan Yew, dia berkata dia sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dia kata dia lebih pandai daripada Tunku Abdul Rahman. Selepas berpisah dengan Malaysia, projek seterusnya ialah  Chen Man Hin penasihat seumur hidup DAP dan Lim Kit Siang.

Bagi DAP, yang paling layak menjadi Perdana Menteri ialah Lim Guan Eng. Sebab itu Pulau PInang sedang menjalankan modus oprenadi yang hampir sama dengan Singapura. Contohnya, menghapuskan kampung-kampung Melayu atas sebab pembangunan, dan hasilnya pembangunan itu dijual dengan harga yang orang Melayu tidak mampu beli, akhirnya diberikan kepada mereka dengan apa cara sekalipun.

5. PEMECATAN Dr. Hassan Ali lagi-lagi mengejutkan para totok DAP. Lim Kit Siang sekeluarga dan Karpal Singh sekeluarga terkejut, bimbang dan semakin gusar. Kenapa sekarang? Fikiran mereka ialah Anwar akan disumbat ke dalam penjara, Karpal Singh sangat terkejut apabila Anwar dibebaskan.

Mereka tidak lagi melihat kepada keputusan kes Anwar. Bagi mereka pemecatan Dr. Hassan Ali dan Pembebasan Anwar adalah satu gentlemen talk between Anwar - Hj. Hadi - dengan pihak UMNO. Bagi mereka ianya satu high level conspiration untuk melemahkan DAP. Bagi mereka, matlamat DAP untuk membina The Chinese Belt from Singapore to Penang tergugat. Karpal, Chen M Hin dan Lim Kit Siang merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Mereka tahu Dr Hassan Ali adalah salah seorang proksi Anwar di dalam PAS selain Kamarudin Jaafar. Tidak mungkin Hassan Ali membelasah Anwar dan Anwar diam diri sahaja, mereka kata mesti ada give and take.

6. Sumber dalaman DAP berkata, mereka sedang memerhatikan pergerakan ini. Mereka juga memerhatikan proses kemasukan pemimpin-pemimpin Melayu ke dalam parti DAP. Mereka menerima kemasukan satu dua ahli UMNO ke dalam DAP tetapi mereka tidak mempercayainya. Mereka sedang memerhatikan pergerakan  Anwar dan Hj. Hadi juga PM Najib.

Mereka tidak lupa bahawa cita-cita United Government between PAS and UMNO dipersetujui oleh Presiden PAS. Dr. Hassan Ali, Nasharudin dan lain-lain pro-Ulama yang menyokong Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS ini semuanya bergerak dengan restu Presiden PAS.

DAP semakin bingung, mengapa Cikgu Mustapha Ali yang turut berjumpa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sekarang menyerang Dr. Hassan Ali. Mereka berdua semuanya satu kapal, dan nakhoda Kerajaan Perpaduan ini ialah Presiden PAS. DAP melihat semua ini adalah konspirasi ke atas mereka membunuh cita-cita DAP.

Cikgu Mustapha Ali dan Dr. Hassan Ali di akhir drama mereka, masing-masing menutup mulut kerana kedua-dua mereka sama-sama berunding dengan UMNO.

Kebimbangan Karpal Singh dan Lim Kit Siang kini semakin menjadi-jadi. Pembebasan Anwar tidak menggembirakan mereka. Pemecatan Dr Hassan ALi tidak menggembirakan mereka. Bagi mereka, orang Melayu dan umat Islam di dalam UMNO, PAS dan PKR sedang membuat sesuatu.

MyMassa

BOM DI BAWA OLEH PESERTA DEMO..!!!



Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.


Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.


Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.
“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.


“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.


“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau menambah, polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.


Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.
Kesemua peserta perhimpunan mula berada di kawasan terbabit sejak pukul 4 pagi manakala kafeteria dibuka pada waktu pejabat.


Sementara itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan tiga letupan yang berlaku semalam berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.


Antara bahan-bahan yang ditemui di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri, katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.


“Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Mohmad.



KONSPIRASI LIWAT....!!!

Walaupun Anwar dh bebas, namun kenyataan Anwar dalam keterangan membela diri  mengatakan bahawa tuduhan liwat yg beliau hadapi adalah SATU KONSPIRASI UNTUK MENJATUHKANNYA masih segar dlm ingatan....




3 tahun kes liwat ini berlangsung.
3 tahun, siang malam anwar mengatakan liwat ini konspirasi kerajaan.

malah dalam keterangan membela diri pada 22 ogos 2011, anwar membebel dalam kandang mahkamah menyatakan tuduhan liwat ini satu konspirasi.

semalam anwar sudah bebas. namun bebas ini baru langkah permulaan. saiful boleh merayu di mahkamah rayuan yang boleh memperuntukkan lebih daripada seorang hakim untuk menilai semula justifikasi mad diah.

konspirasi liwat.
3 tahun bising mengenai konspirasi liwat.
semalam bebas, tak kedengaran langsung akan ayat konspirasi liwat.

di bawah merupakan penutup pembebelan anwar sewaktu menggulungkan ceramah mahkamah mengenai teori konspirasi liwat.

jelas anwar sebenarnya sudah terpasung dengan keputusan pembebasan, jurus menolak secara total teori basi konspirasi.

transkip di bawah merupakan BAHAN BUKTI/ FAKTA SEJARAH akan kekantoian terbesar dalam sejarah politik negara. 

mahkamah bukan pemain konspirator sepertimana dakwaan si pelaku liwat anwar ibrahim.

TRANSKRIP UCAPAN ANWAR SEWAKTU MEMBELA DIRI DALAM KANDANG MAHKAMAH PADA 22 OGOS 2011 YANG MENUDUH KERAJAAN BERKONSPIRASI DALAM ISU LIWAT.

KESIMPULAN
'ANWAR IBRAHIM'

Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya. Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi ini bukanlah perbicaraan jenayah.

Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan saya tidak mencabar mereka dari terus berkuasa.
Pada tahun 1998, Tun DrMahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban saya ke penjara selama 15 tahun sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang dikenakan ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan.
Dato’ Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat kekusaan samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang.
Usaha untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila sekatan undang-undang yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan saya bertanding kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh itu disusuli pula dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan selepas kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum saya bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok daripada skrip fitnah 1998.

 Hanya pada episod terbaru ini, tiada episod hitam mata lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para konspirator telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah terbaru kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya. Ini dibuat setelah menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk yang dilakukan sebelum ini sukar diterima malahan dicemuh rakyat.
Kerana itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa sedaya upaya berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak berdosa. 

Si pengadu digambarkan sebagai seorang yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya perlu dipercayai walaupun bukti menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang disingkir dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya dan semata-mata digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap saya. Namun mahkamah memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia sesungguhnya seorang saksi yang benar.
Konspirasi ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan isterinya Rosmah Mansor. Berdasarkan pengakuan si pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya di kediaman mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah seksual. 

Kenyataan awal Dato’ Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu semata-mata untuk berbincang mengenai biasiswa merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas pendedahan dibuat melalui media sosial dan blog-blog internet. Dato’ Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah dibangkitkan di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan. 
Ternyata pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana teliti agar tidak menemui jalan buntu.Kemungkinan tersebut lebih nyata manakala BN yang dipimpin UMNO kian tergugat dan mungkin kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat.
Pertuduhan utama konspirasi ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap saya kononnya melakukan liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan kewibawaan saya menjelang kempen menjelang pilihanraya kecil tersebut. Bagi mencapai tujuan ini, serangan media ganas dan jijik dilancarkan serentak, antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan itu bukanlah berkaitan isu-isu sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan fitnah terhadap diri saya dengan tujuan  mencemar akhlak saya di mata rakyat.
Para dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak pendakwaan yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh negara secara jelek dan lucah untuk membunuh keperibadian saya secara terancang sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar keperibadian saya demi memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah Maha Besar, Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak 15,000.
Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar sama sekali. Dato’ Sri Najib menyangka dengan menghancurkan masa depan saya, maka sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.
Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke penjara sekali lagi serta memastikan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO terus memerintah.
Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun maksud dan tujuannya hanyalahsuatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya membenci Yang Arif atau menyimpan dendam terhadap sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang tertuduh ini adalah apa yang saya yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari berkhidmat demi rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di Pusat Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh.
Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan tetapi kerana keyakinan saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad.
Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk bercakap apa yang saya tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap kebenaran.

 Dan keyakinan ini dibawa  setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada empat puluh tahun dimana suku daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh. Hakikatnya saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada tahun 1998, saya telah menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad itu.
Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub. 
Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya. Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan.

itulah penutup kata anwar dalam keterangan membela diri.
tarikh 22 ogos 2011.

< GAP >