Saturday 10 March 2012

GEMPAR!!! NIK AZIZ GILER GLAMOUR... !!!


Nak faham apo pok nik..... Dulu kata UMNO kafir sbb bersama dgn MCA dan MIC... 
Sekarang PAS bersama DAP.... tak kafir pulak dah!!!
Pok Nik dok kata... kelahiran Nabi Muhammad SAW sama mcm kelahiran mamat2 kampung yg lain....
Sambut Maulidurrasul tu kerja tak sudah....!!!
Tu lagu apa tu pok nik.....
TEMAN nk cakap la Pok Nik..... PAS LEBIH ASSOBIYYAH DARIPADA YANG DITUDUH ASSOBIYYAH OLEH PAS!!!!

ISU ALTANTUYA : AKHIRNYA HADI AWANG AKUI ANWAR FITNAH NAJIB!!!

"MERDEKA CENTER LAKUKAN SURVEY PALING TELUS." Anwar Ibrahim. Hadi Awang selaku Pencetus idea Kerajaan Perpaduan bersama UMNO mungkin hari ini sedang menyesal kerana termakan hasutan Parasit2 PAS yang menjanjikan intan dan permata kuasa diberikan kepada beliau jika terus bersama Anwar dan kuncu2 nya. Sehingga kesannya hari ini, Parasit2 PAS tidak terkawal mencantas seorang demi seorang Pimpinan Ulama' PAS.



Fitnah Altantuya yang dibawa Anwar sejak bermulanya Kempen PRU12 menghina Najib selaku Pemimpin Negara sehingga disebarkan seantero dunia akhirnya memakan diri. Ini salah satu Dosa paling Besar yang PAS sanggup gondol demi kuasa menakluk Putrajaya bersama Anwar.

Merdeka Center. Yang dipuji Anwar sebagai rujukan paling telus dari aspek bancian terkini dalam membuat survey berkenaan isu2 politik tanah air semalam memaparkan keputusan  Rating sokongan rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak.



Keputusan yang membuatkan Anwar buntu dan terduduk seketika kerana perancangan jangka panjang mengaplikasi 'fitnah jahat' ini hampir berkecai. Statistik Merdeka Centre for Opinion Research. melaporkan Sokongan rakyat terhadap PM meningkat secara mendadak  berbanding setahun yang lalu.



Hampir 70 Peratus secara keseluruhan. Peningkatan mendadak berbanding tahun lalu yang tidak mencapai 60 Peratus.  Merdeka Center menerusi tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb, sokongan terhadap PM paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.

Peningkatan sokongan ini didakwa berlaku atas faktor mood rakyat yang melihat Najib sangat komited dalam membantu rakyat dan meningkatkan ekonomi Negara secara efisyen dengan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.



Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan PM adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.

Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan PM.



"Pada hemat kami, meningkatnya rasa puas hati orang ramai barangkali disebabkan kesedaran meluas tentang inisiatif mesra rakyat dan cadangan menambah baik kedudukan demokrasi Malaysia, seperti penggantian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti, dan langkah-langkah bagi meningkatkan ketelusan proses pilihan raya," kata pusat itu.

Rasa positif terhadap kerajan adalah lebih tinggi di kalangan pengundi lebih tua dan paling rendah di kalangan pengundi muda, menurut tinjauan itu yang dijalankan bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

Selain itu, Rakyat juga secara jelas melihat simpa ti yang cuba dibawaAnwar menerusi kes Liwat beliau yang didakwa dengan dendam dirancang Najib merupakan satu helah penipuan setelah keputusan Mahkamah memberi 'respons' bercanggah dengan dakwaan Ketua Pembangkang itu.

Malah, rakyat melihat isu Altantuya yang dimainkan Anwar sekian lama merupakan fitnah Anwar susulan Kempen berkenaan kes ini dibawa beliau disebarkan sehingga ke peringkat Negara2 luar.




Hadi Awang... Anda tersilap langkah. Anda bukan sahaja terus membiarkan diri anda dikelilingi puak2 yang bakal membunuh Perjuangan anda, malah anda tergamak membiarkan Pemimpin2 kanan yang anda pernah bawa merealisasi Kerajaan Perpaduan ini dicantas dan dihina parti sendiri.

AMBIGA BAKAL JADI 'MEM BESAR' DALAM PAS....???!!!

KUALA LUMPUR 9 Mac - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam Pas yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.

Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.

Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti Pas.

"Justeru saya meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum.

"Berita ini boleh dipercayai dan memerlukan penjelasan daripada pucuk pimpinan Pas kerana rakyat mengetahui parti itu memberi sokongan kepada Ambiga semasa demonstrasi Bersih," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor semasa menjadi ahli panel dalam wacana terbuka mengakui Pas sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi jika persekitaran politik menuntut sedemikian.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat beliau menyalahkan media kononnya sengaja memanipulasi kenyataan berkenaan selain turut menyelar tindakan segelintir pemimpin Pas yang didakwanya mudah terpengaruh.



PAS tuduh UMNO Assobiyyah..... tp PAS sendiri assobiyyah.... ada cermin diri tak???

PANAS!!! 2 MANTAN S/U SULIT ANWAR DEDAH DANA YAHUDI BIAYAI PKR..!!!

AIDCNews -10/03/12 – Dua orang bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sumber dana Ketua Umum PKR yang diragui sumbernya.
Muhamad Rahimi Osman berkata semasa pilihanraya umum ke-12, Anwar telah membelanjakan kewangan yang besar yang dicurigai sumbernya.
“Contohnya masa pilihanraya..tengok berapa banyak Anwar belanjakan duit..sedangkan semua calon PKR, semua yang bertanding, dia yang biaya wang pendahuluan.
“Saya pun terfikir mana Anwar dapat duit banyak ni..di dalam PKR dia tak pernah sebut, bagaimana dia dapat dana..sedangkan kalau tanya Bendahari PKR, dia sendiri tidak tahu PKR ini ada berapa banyak duit..daripada mana datangnya duit-duit PKR”, katanya.
Anuar Shaari turut mendedahkan Ketua Umum PKR itu mempunyai sebuah syarikat perniagaan yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan menerima pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan tertentu.
“Kita dapat tahu bahawa dana ke dalam syarikat ini dibiayai oleh kumpulan-kumpulan tertentu dari luar negara untuk menaikkan imej beliau di mata dunia”, katanya.
Turut dipersoal adalah dua pucuk surat yang dikirim Anwar kepada dua tokoh Yahudi, iaitu George Soros, pengurus dana Open Society Institute (OSI) dan Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy).

SAHIH..!!! ANWAR MINTA CAMPURTANGAN ASING !!!

Jawapan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dengan tiga pucuk surat Anwar Ibrahim kepada pengurus-pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu memang meminta campur tangan asing untuk mencampuri urusan politik negara Malaysia.
Nik Nazmi begitu yakin mengesahkan surat-surat itu adalah milik Anwar kerana pada tahun 2006-2007, iaitu dalam tempoh surat-surat itu dihantar, dia merupakan salah seorang pegawai khas Anwar.
Sebagai pewaris ‘diari merah’, dia tahu semua urusan surat menyurat Anwar termasuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi luar yang dianggotai oleh bosnya itu.
Maka jelaslah, sekiranya Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya, kemenangannya bukan di atas faktor kekuatan dirinya dan partinya, tetapi kerana faktor campur tangan pihak asing khususnya dalam penajaan dana.
Dalam erti kata lain, benarlah momokan yang diberi selama ini bahawa Anwar Ibrahim adalah ‘Perdana Menteri boneka asing’.
Tiga pucuk surat yang diutuskan Anwar itu, dua pucuk kepada Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) dan sepucuk kepada penyangak mata wang Yahudi, George Soros, Pengerusi Soros Fund Management.
Kedua-dua tokoh yang diutus surat oleh Anwar itu berbangsa Yahudi yang sering terlibat dalam penajaan dana kepada tokoh-tokoh proksi pro-AS di seluruh dunia.
Globalist-stooge
Tony Cartalucci, seorang wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report yang berpangkalan di Thailand mula dapat mengesan Anwar Ibrahim alat asing kerana Ketua Umum PKR itu telah menghantar satu mesej jelas kepada dunia, iaitu BERSIH ~ 2.0.
Dengan adanya BERSIH ~ 2.0, Cartalucci dapat membuat kesimpulan apa yang dilakukan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah sama dengan apa yang dilakukan Thaksin Shinawatra di Thailand dan Mohammed ElBaradei di Mesir.
“Anwar Ibrahim seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, atau pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Mohammed ElBaradie dari Mesir, masing-masing mempunyai kaitan mendalam dengan sistem pemerintahan ‘corporatocracy‘ anasir-anasir pincang Wall Street-London yang wujud sejak beberapa tahun lalu,” katanya dalam laporan bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia
Menurut wikipedia ‘corporatocracy‘ merujuk kepada hubungan erat di antara bisnes dengan politik.
Hubungan tidak sihat ini, termasuklah usaha-usaha melobi, atau pembiayaan kempen politik, atau menyelamatkan secara ‘bailouts’ apabila syarikat dilihat akan menemui kegagalan teruk yang merupakan satu usaha yang berlawanan dengan prinsip demokrasi.
Dalam mengesan titik persamaan antara ketiga-tiga tokoh itu, Cartalucci menyimpulkan Anwar Ibrahim adalah salah seorang ‘globalist-stooge‘ yang pernah ditaja kuasa asing (globalist) di seluruh dunia.
Globalist stooge bermaksud ‘tokoh yang merelakan dirinya diperalatkan (puppet) kepada pihak globalist‘, iaitu sekumpulan tokoh yang bermatlamat merealisasikan polisi ekonomi asing di seluruh dunia demi untuk menjayakan New World Order.
Dalam konteks ini, Carl Gershman dan George Soros adalah globalist, dan Anwar Ibrahim adalah stooge.
Justifikasi globalist-stooge
Cartalucci memberi tiga ciri indikator yang membuktikan Anwar Ibrahim adalah globalist stooge.
Pertama; penglibatannya dengan Bank Dunia dan IMF, kedua; pernah diasuh di Universiti John Hopkins AS dan ketiga; terlibat dalam NED.
“Anwar dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998. Selain memegang beberapa jawatan lain termasuk sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies, John Hopkins University (sebuah lubuk di mana anasir dan puppet @ petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh), dia juga sebagai perunding kepada Bank Dunia.
“Pada 2007, Anwar menjadi ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan neocon, selain menjadi ahli panel dalam satu majlis penyerahan bantuan NED.
“Tepat sekali jika dikatakan pergerakan politik pembangkang Anwar yang wujud sekarang ini di Malaysia mendapat sokongan daripada gerombolan-gerombolan petualang tersebut (globalist) yang beliau dampingi sejak sekian lama”, katanya.
Dalam artikelnya, “A foreign-funded movement for a foreign-serving agenda“, Cartalucci meletakkan bukti foto penglibatan Anwar dalam majlis penganugerahan “Democracy Award 2007” tajaan NED di Washington sebagai bukti kukuh Ketua Umum PKR itu adalah globalist-stooge .
Bukti rakaman foto itu diambil dari buletin ‘NED News and Events‘ 2007.
“Tidak menghairankan jika NED menajanya kembali untuk meraih kuasa di Malaysia… Realitinya, pemimpin BERSIH~2.0 bersekongkol dengan Anwar bersama para penaja luar dalam usaha mengeksploitasi keresahan rakyat Malaysia bagi meletakkan dirinya di persada kuasa”, katanya.
Kaitan BERSIH~2.0, NED & OSI
Dalam artikel “Globalist Sedition takes to Malaysian Streets“, Cartalucci merumuskan pengakuan Ambiga Sreevenasan dalam The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011 bahawa BERSIH ~2.0 ditaja oleh dua badan dana yang berpangkalan di AS iaitu National Democratic Institute (NDI), salah satu cabang daripada NED dan Open Society Institute (OSI) adalah bukti kukuh yang mengaitkan campur tangan asing tersebut.
NED milik Carl Gershman, NDI milik Madeline Albright, manakala OSI pula milik George Soros. Ketiga-tiga Yahudi ini berkait rapat dengan Anwar Ibrahim.
“Dalam pada itu, Ambiga Sreevenasan yang pernah mendakwa “kami berjuang untuk pilihan raya bebas dan adil” sebelum ini, turut mengaku sekurang-kurangnya sekali bahawa NGO BERSIH menerima wang daripada kerajaan Amerika Syarikat melalui National Democratic Institute (NDI), satu komponen NED, selain daripada Open Society (OSI) yang dikuasai petualang kewangan antarabangsa, George Soros.
“Bukti pembabitan kumpulan-kumpulan tersebut terpapar pada laman web NDI sehingga lah baru-baru ini ianya telah dipadamkan.
“Perlu diingat, walaupun NED dan komponen-komponennya seperti NDI, Freedom House dan International Republican Institute (IRI) mendakwa mempromosikan “demokrasi” di arena antarabangsa, namun hakikatnya ahli-ahli lembaga pengarahnya ketara dianggotai petualang-petualang korporat, pencetus dan penjenayah perang..”,katanya.

CFR & ICG
Dalam artikel “Thailand: Globalist Stooge Returns to Power“, Cartalucci melihat penglibatan Thaksin Shinawatra dalam CFR ( Council on Foreign Relations) sebagai bukti bekas Perdana Menteri Thailand itu sebagai globalist-stooge.
Dalam konteks ini, Anwar juga adalah Visiting Diplomat CFR, New York.
Bukti penglibatan Anwar dengan CFR didedahkan sendiri oleh Ketua Umum PKR itu dalam writ samannya kepada Dr Chandra Muzaffar bertarikh pada 7 Mac 2008.
Pemahaman lanjut tentang CFR, sila klik di sini dan sini.
Dalam artikel, “Egyptian Protesters: US Stooge “ElBaradei for President“, Cartalucci mengaitkan penglibatan ElBaradei dengan ICG (International Crisis Group) indikatornya sebagai globalist-stooge.
Begitu juga pendedahannya tentang penglibatan dua orang kuat ICG, Soros dan Zbiginiew Brzezinski dalam proses pengambil alihan kerajaan Thailand.
Semua ini juga berkait rapat dengan Anwar Ibrahim.
Ketua Umum PKR itu turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG sekitar Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.
Anwar sendiri turut hadir dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, sekitar Mac 2007, yang turut bersetuju dengan konsep ‘Two State Solution’ dalam penyelesaian konflik Israel Palestin.
Konsep ‘Two State Solution’ inilah yang menjadi prinsipnya dalam wawancara dengan The Wall Street Journal baru-baru ini.
Jadi berdasarkan lima ciri yang diutarakan Cartalucci, maka sahlah Anwar Ibrahim adalah globalist-stooge, jadi tidak hairanlah dia meminta bantuan dengan Gershman dan Soros kerana NED dan OSI jugalah yang menaja ‘regime change‘ di Mesir dan Thailand.

ANWAR : BROKER & BONEKA KUASA ASING DI MALAYSIA...!!!

EDISI 2 - ISI-ISI PENTING


Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com semalam mendedahkan permohonan Anwar bagi tujuan tersebut kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman yang juga merupakan seorang tokoh Yahudi.


Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Arafat Muhabat, Anwar begitu terdesak untuk mendapat Putrajaya sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual negara ini.

"Apabila kita melihat negara yang mengalami campur tangan asing, semua kekayaan ekonomi akan diperah oleh orang luar sehingga rakyat sendiri tidak dapat merasa apa pun.

"Masyarakat perlu tahu bahawa Anwar adalah risiko besar kepada negara kerana sekarang ini pun dia sanggup memburuk-burukkan Malaysia setiap kali berada di luar negara," katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pendedahan surat berkenaan membuktikan memang wujud hubungan di antara Anwar dengan tokoh Yahudi serta ahli neokonservatif Amerika Syarikat (AS).
“Berdasarkan surat-surat itu juga, kita sedar Anwar mempunyai hubungan dan menjalin kerjasama dengan penyangak mata wang dunia, George Soros. Situasi itu amat tidak baik kepada rakyat Malaysia.
“Pendedahan demi pendedahan yang dibuat kebelakangan ini mengenai hubungan Anwar dengan Israel serta tokoh Yahudi memberikan kita satu kesimpulan iaitu beliau merupakan ancaman kepada rakyat khususnya umat Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr. Zaheruddin Othman berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan Anwar begitu terdesak untuk menawan Putrajaya sehingga sanggup meletakkan negara dalam risiko yang besar.
“Saya tidak faham mengapa dia menyalahkan sistem demokrasi yang ada sekarang ini sedangkan sebelum ini dia yang mendapat manfaat serta nikmat yang begitu banyak sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Sekiranya Karpal Singh atau Lim Kit Siang, mungkin saya boleh faham kerana mereka tidak pernah berada dalam kerajaan, tetapi Anwar pernah mendapat segala nikmat dan kelebihan.
“Pada pendapat saya, soal negara tidak begitu penting kepada Anwar, apa yang lebih penting adalah cita-cita politiknya untuk mendapatkan kuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan dua pucuk surat yang didakwa ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 bagi meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut Zaheruddin, perbuatan Anwar itu berbahaya kerana sejarah menunjukkan banyak negara yang dikuasai negara asing menerusi pemimpin boneka.
“Kalau dia fikir pendedahan ini salah, Anwar boleh menafikannya tetapi kita semua sedar Anwar memperoleh kemudahan begitu banyak daripada pihak tertentu sehingga boleh pergi ke mana-mana negara untuk menyampaikan ucapan dan mengadakan perjumpaan di sana-sini,” katanya.
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sham Rahayu Abdul Aziz berkata, perbuatan Anwar memberi implikasi serius kepada reputasi kerajaan dan negara di peringkat antarabangsa dengan memberi gambaran buruk terhadap sistem demokrasi yang diamalkan selama ini – Utusan Malaysia, 9 Mac 2012.
ANWAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN ISRAEL.....
PADAHAL DIA KETIKA ITU HANYA MENTERI KEWANGAN......DAN KEMUDIANNYA TIMBALAN PERDANA MENTERI....








AWAS!!!! GULA-GULA LOLIPOP ADA BAHAN KIMIA!!!

Anda suka gula-gula lolipop? Jika tidak anda mungkin anak-anak anda dan kanak-kanak lainnya pasti teruja bila melihat gula-gula lolipop yang pelbagai warna, bentuk dan rasa.

Tapi AWAS!!! Adakah kelazatan gula-gula lopipop yang menjadi kegilaan kanak-kanak itu selamat terhadap kesihatan para pengamalnya di masa akan daang???

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.

Menurut beliau, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

‘‘PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.