Wednesday 18 April 2012

FAKTA PTPTN



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

IMPLIKASI PEMANSUHAN PTPTN !!!



IMPLIKASI PELUPUSAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

IMPLIKASI PENDIDIKAN PERCUMA VERSI PAKATAN HARAM

KIT SIANG HILANG PUNCA DIGELAR RASIS...


KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tertekan serta tidak mampu membalas hujah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang menggelarkan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sebagai seorang rasis.
Bukan setakat itu, Kit Siang yang merupakan seorang anggota Parlimen veteran dilihat hilang punca dan gagal menjawab isu mudah yang ditimbulkan Abdul Rahman mengenai kenyataan pemimpin pembangkang itu di laman Twitter, pada hari kematian Teoh Beng Hock pada 2009.
Tidak cukup dengan itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dilihat marah dan bangkit untuk mempertahankan Kit Siang, namun hujah mereka dipatahkan dengan mudah oleh Abdul Rahman.
Menurut Abdul Rahman, sifat perkauman menebal Kit Siang terbukti apabila pada kira-kira pukul 4.30 petang, 16 Julai 2009 telah menyeru semua menteri berbangsa Cina dari MCA dan Gerakan mendesak Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock.
“Apa kena-mengena menteri-menteri berbangsa Cina dalam Kabinet yang dikaitkan oleh Ipoh Timur?
“Kalau Ipoh Timur rasa perlu ada suruhanjaya siasatan diraja pada waktu itu sudah tentu kena minta dengan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Padang Rengas yang menjaga hal ehwal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) yang dibacakan buat kali kedua.
Ekoran itu, Kit Siang bingkas bangun, namun hujahnya tidak menjurus kepada soalan Abdul Rahman.
Sebaliknya, Kit Siang cuba mengelirukan dewan apabila mendakwa mesej Twitter beliau pada tarikh tersebut turut mengaitkan menteri dalam UMNO serta komponen lain Barisan Nasional (BN), bukan sekadar menteri berbangsa Cina.
Abdul Rahman terus menyangkal penjelasan Kit Siang dan bertegas wakil rakyat DAP itu memang menyampaikan mesej perkauman kerana beliau merupakan `pengikut’ Kit Siang di Twitter.
“Pada masa dan ketika itu Ipoh Timur sengaja membangkitkan semangat masyarakat Cina terhadap pemimpin Gerakan dan MCA. Ipoh Timur, periksa `timeline’ (mesej Twitter pada 16 Julai 2009) anda, jangan `tweet’ seperti Kit Siang” tegasnya.
Justeru, beliau berharap pindaan Akta Keterangan kali ini dapat melindungi ketenteraman masyarakat dan mengingatkan para pemimpin serta rakyat supaya bertanggungjawab dalam penggunaan media alternatif dan sosial.

ORANG ANWAR CUBA BELI GOBALA..???


Agendadaily – Sejak keluar PKR dan jadi Wakil Rakyat Bebas Parlimen Padang Serai, Kedah, N.Gobalakrishnan macam hilang control dan hilang sabar kalau lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun berucap atau berbahas di Dewan Rakyat.
Beliau mesti bangun dan akan mempertikai apa Ketua Pembangkang itu cakap termasuk menuduh Anwar berbohong, penipu dan macam-macam lagi.
Selain Anwar, kerap kena ‘serang’ dengan Gobala adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Gobala ada advantage bangun buat bising dedahkan sikap hipokrit Anwar dan Azmin kerana beliau bukan orang baru mengenali kedua-dua pemimpin pembangkang itu.
Senang cakap, banyak rahsia Anwar dan Azmin ada dalam poketnya.


Barangkali kerana tidak tahan lagi Gobala sering bangun dan kacau ketika di Dewan Rakyat, kini ada dakwaan kononnya Anwar cuba beli semula Gobala dengan tawaran projek serta jawatan di Putrajaya ataupun Exco di Kedah.
Ini didedahkan sendiri oleh Gobala kepada Agendadaily di lobi Parlimen pada Isnin dengan mendakwa, ada orang Anwar berjumpanya menawarkan projek membekalkan minyak dari Arab Saudi ke India bernilai RM440 juta.
Tawaran itu dibuat awal Januari lalu oleh kawan karib Anwar serta seorang lagi bekas kawan karib Gobala sendiri ketika Ahli Parlimen itu berada di Chennai, India.
Menurut Gobala, beliau diminta ‘tutup mulut’ selama tiga bulan dan kemudiannya buat kenyataan minta maaf kepada Ketua Pembangkang tersebut.
Ditanya siapa kawan karib Anwar itu, Gobala enggan mendedahkan identitinya kecuali Anwar mencabarnya berbuat demikian.
“Kalau Anwar cabar dan tanya siapa orang itu, saya akan dedahkan,” katanya.
Menjawab soalan, Gobala berkata, jika tawaran itu tidak betul dan bukan datangnya dari Anwar, mereka tidak akan ke India mencarinya.
Gobala berkata, beliau mahu membuktikan bahawa Anwar yang cuba membelinya kerana sebelum ini Anwar menuduh beliau dibeli untuk keluar PKR.
Selain dakwaan projek RM440 juta, beliau turut mendakwa terima tawaran kekal bertanding di Padang Serai dan akan diberikan jawatan dalam Kabinet jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.
“Mereka juga kata akan runding untuk saya bertanding di DUN Bukit Selambau, kalau menang saya boleh jadi Exco kalau tidak dapat jawatan Kabinet,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mahu Anwar mencabarnya mendedahkan siapa yang menemuinya dengan tawaran tersebut.
“Saya bukan saja akan dedahkan nama tetapi akan buat repot polis,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Gobala mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Padang Serai dan berharap Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di situ.
Kata Gobala, musuh utamanya sekarang adalah Anwar dan PKR.

ADA BORANG KHUSUS UNTUK LAYAK DIREKRUT SEBAGAI PELACUR


KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.

Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.... (promosi HM bukan borang tu... hehe)

SENJATA TEMPUR BUATAN MALAYSIA JADI PILIHAN


KUALA LUMPUR: Beberapa negara ASEAN sudah menyatakan minat membeli senjata tempur keluaran syarikat tempatan, National Aerospace & Defence Industries (NADI), termasuk raifal Colt M4 Carbine pada hari pertama Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia Ke-13 (DSA 2012), semalam.
Raifal Colt M4 Carbine yang dihasilkan menggunakan komponen tempatan selain pemasangan dilakukan di negara ini adalah senjata tempur teknologi Amerika Syarikat (AS) yang kini menjadi raifal tempur standard untuk Tentera Darat Malaysia menggantikan Steyr AUG A1.
Pengarah Eksekutif NADI, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin, berkata DSA kali ini memberi ruang bagi syarikat itu memasarkan senjata tempurnya di kalangan negara ASEAN, menerusi pertemuan dan perbincangan dengan wakil angkatan tentera negara berkenaan.
“Pada hari pertama DSA sudah ada wakil pasukan tentera negara ASEAN bertanya kemungkinan menjalinkan kerjasama bagi membekalkan senjata dan peluru, kita akan membuat susulan,” katanya di sini, semalam.
Mohd Shahrom berkata, raifal Colt M4 Carbine menjadi pilihan ATM dan beberapa negara di rantau ini kerana ia lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri inovatif dan mudah digunakan selain terbukti tahan lasak dalam pertempuran di Afghanistan dan Iraq.
“Sehingga kini, kita sudah membekalkan 35,000 senjata itu kepada ATM,” katanya. – Berita Harian

PAS ANGGAP PKR HANYA PARTI PENGEMIS


Apa yang berlaku di Terengganu adalah kerana PKR mahu tuntut kerusi lebih tetapi PAS tak bagi.

Perbalahan antara pakatan pembangkang menyebabkan label-melabel sesama mereka. Sebab itulah boleh timbul istilah PKR Parti Pengemis.

Tapi...memang layak pun PKR digelar parti pengemis.  Jentera parti takde tapi nak mintak kerusi lebih. Orang PAS penat-penat berkempen, PKR pulak yang jadi wakil rakyat.

***Tak sangka la pulak..... saat2 'cemas' mcm ni, PKR leh ngaku mcm tu... Apa mcm Anwar, PKR dh jadi pengemis ni...???

PERANGAI ARAB YANG TERLAMPAU BANYAK DUIT...!!!


Jangan Ikut Perangai Arab !!

Saja nak berkongsi dengan pembaca sekalian pasal video di bawah ni.

Ini video pasal seorang Putera Arab Saudi yang ke berapa entah (depa kan byk Putera Raja). Berhibur dan membazirkan wang dengan cara begini.



Inilah perangai orang Arab. Mentang²lah kaya, abihkan duit macam tu saje... SUMBER

Apa nk heran kan, mereka memang terkenal kaya dan kalau tgk dari video di atas, kepingan2 kertas yg sangat bernilai buat seseorang mcm penulis ni.... di anggap umpama dedaun kering aja buat putera arab tu.  


Pakaian yang dipakai melambangkan seorang muslim....tp perangai ngalahkan syaitonnirrojim....


Kemewahan yg mereka miliki menjadikan mereka bergelumang dengan harta setiap masa....


Baca seterusnya....


Mereka masuk daftar orang terkaya dunia. Digoyang skandal, dihantui perubahan politik.

Pelabuhan Cannes, Perancis sebelah tenggara. Tahun pada almanak menunjuk 2004. Tak jauh dari pantai kawasan French Riviera yang termasyhur itu, tujuh kapal pesiar super mahal baru saja melemparkan sauh di birunya Laut Mediterania. Musim panas belum lama tiba.

Salah satu yacht panjangnya lebih dari 85 meter, nyaris menyaingi lapangan bola sepak. Pemilik sebelumnya terdaftar atas nama Donald Trump, taipan asal Amerika Serikat, yang tak pernah lungsur dari daftar orang terkaya versi majalah Forbes. 

Bunyi dari mesin jet ski sampai ke haluan, ke tempat pemilik baru yang tengah bersantai di tepi pantai itu. Dia adalah Al-Walid bin Talal bin Abdul Azis bin al-Saud, pangeran dari kerajaan Arab Saudi. “Saya sedang menikmati liburan,” katanya kepada pejabat berita ABC. “Putera dan puteri saya menemani. Mereka sedang asyik bermain jet ski, seperti layaknya keluarga lain.” 

Tak diketahui pasti berapa Al-Walid menebus kapal mewah itu. Dia langganan singgah di Riviera selama lebih dari 30 tahun. Wang seakan tak pernah menjadi masalah. “Kekayaan merupakan berkah,” ujarnya. “Jika tak disia-siakan, tak ada yang salah dengan jadi kaya.” Bagi para anggota kerajaan Saudi lain, ucapan sang pangeran senantiasa bergema.

Forbes mencatat, setidaknya hingga kuartal pertama tahun 2011, nilai kekayaan bersih sang pangeran mencapai US$19.4 billion. Ia ditahbiskan sebagai orang terkaya ke-19 sejagat. Istana dan barisan properti miliknya ditaksir bernilai sekitar US$3 billion. Selain itu, ia punya koleksi perhiasan dengan nilai tak kurang dari US$730 juta. 

Sejumlah logo perusahaan top dunia, tempat dia menanamkan sahamnya, berjejer di ruang kantornya di Riyadh. Misalnya Citicorp, Motorola, Apple, Disney, Time Warner, dan Newscorp. Tentu, itu hanya beberapa saja, karena ia seakan tak terlihat ingin berhenti berinvestasi. 

Ketika bulan puasa tiba, ia tampak legawa menggelar acara buka puasa, dan makan malam bersama ratusan undangan. Acara itu berlangsung di ruang terbuka, dengan hamparan karpet yang berfungsi sebagai alas duduk dan ‘meja makan’. Di kanan-kiri singgasananya ada telepon dan television satelit, demi memantau perkembangan terakhir politik dan ekonomi dunia. 

Di akhir acara, ia akan menerima berbagai permohonan dana yang disampaikan lewat surat. Setidaknya, ia menggelontorkan wang sebesar US$1.5 juta sebagai jawaban atas proposal para undangannya. (Baca lebih lengkap "Al-Walid, Warren Buffet Jazirah Arab")

Pangeran Arab lainnya punya cara istimewa bagaimana menikmati kekayaan. Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan, misalnya. Lelaki 63 tahun itu berasal dari keluarga kerajaan Abu Dhabi. Ia punya koleksi 200 kereta, dengan nilai total US$20 juta.

Itu termasuk tujuh Mercedes 500 SEL bercatkan warna-warna pelangi. Itu sebabnya dia dijuluki Sheikh Pelangi. Untuk menyimpan kenderaannya, ia membangun garaj berbentuk piramid. "Kami tak pernah sekali pun menyimpan wang di bank. Kami selalu menghamburkan wang yang kami dapatkan,” ungkapnya kepada Discovery Channel

Dia memang tak pernah berhenti menarik perhatian. Misalnya, dia mengerjakan projek mengukir namanya sendiri pada sebuah pulau. Di pasir Al Futaisi, demikian nama pulau itu, Hamad mencetak namanya di hamparan sepanjang 3 kilometer. Tinggi hurufnya sekitar 800 meter. Kata itu, yakni sama dengan namanya – Hamad – lantas dialiri air. Konon, ukiran nama itu dapat ditatap dari angkasa lepas. 

Itu bukan pertama kali dia punya kegilaan terhadap sesuatu “yang besar”, atau “yang maha”. Misalkan, pada awal 1980an, ia pernah merakit truk terbesar di dunia. Modelnya adalah tiruan Dodge Power Wagon produksi Amerika Serikat. Truk rancangannya punya ukuran lapan kali lebih besar dari ukuran Dodge biasa. Bobotnya 50 ton. Di dalamnya, ada empat kamar tidur. Di bak truk itu, ada landasan helikopter. Yang mengagumkan, kendaraan itu boleh dioperasikan. 

***

Walid dan Hamad hanyalah sebagian kecil dari ratusan pangeran kerajaan Arab yang terkenal bergelimang harta. Turut ada di dalam daftar: Muhammad bin Issa al-Jabir, Muhammad al-Amudi, Issam al-Zahid, dan Keluarga Bin Laden, untuk menyebut beberapa nama. Pada 2010 saja, seperti dilansir laman Arabian Business, nilai kekayaan 50 orang terkaya di jazirah Arab mencapai US$245 billion. 

Tak semua pundi berisi wang dari minyak, komoditi andalan tanah Arab, di mana Saudi sendiri menyumbang 20 persen cadangan minyak dunia. Rezeki para raja itu juga mengalir dari properti, bisnis konstruksi, investasi di perusahaan multinasional, dan sebagainya. 

Tapi menjadi kaya tak selamanya juga bernama harum. Yang kadang terdengar di kuping orang banyak adalah pelbagai rahsia di balik tembok istana. Masih terang di ingatan, pada penutupan milenium lalu, ada skandal penyeludupan kokain melibatkan seorang pangeran kerajaan Saudi. 

Kes itu luar biasa. Nilai barang haram itu mencapai US$15 juta.  Dari Colombia, negeri dari mana kokain itu diterbangkan dengan Boeing 727 milik peribadi, Pangeran Nayef bin Fawaz al-Shaalan, sang otak di balik penyeludupan, membawanya ke Perancis. 

Tuduhan lebih gawat pun meruyak. Penyidik dari badan penanggulangan narkotik AS (DEA) menyatakan keuntungan penjualan kokain itu konon akan digunakan sang pangeran membiayai teroris. Tak jelas, tudingan itu terbukti atau tidak.

Persidangan Nayef pun berjalan in absentia. Pengadilan menyatakan ia bersalah, dan wajib membayar denda US$100 juta. Tapi di manakah Nayef saat hakim mengetuk palu hukum? 

Tak ada tempat senyaman rumah, demikian kata pepatah. Ia telah berada di Saudi, berkat akal-akalan cukup mujarab: kekebalan diplomatik. Silapnya, Perancis tak punya perjanjian ekstradisi dengan Saudi. Nayef pun tak tersentuh jangkauan hukum internasional. Di negeri sendiri, ia sudah pasti kebal hukum. 

Skandal lain, yang dulunya terdengar lamat-lamat, tiba-tiba menggelegar bak meriam. Akhir tahun lalu, bocoran nota diplomatik AS disebarkan laman WikiLeaks. Dilaporkan soal kegemaran para pangeran Saudi menggelar pesta besar-besaran. Di sana ada ubat-ubatan terlarang, alkohol, dan tentunya seks beramai ramai. 

Seperti dinukil dari laman The Guardian, para pegawai dari konsulat Jeddah melukiskan pesta Halloween diadakan diam-diam oleh para pemuda berdarah biru itu. Tak ada lagi penghormatan atas segala perbuatan yang dilarang di dalam Islam, ajaran yang jadi pegangan bagi seluruh rakyat Saudi, terutama para anggota kerabat diraja. 

Hal ini seturut temuan station television ABC tentang gaya hidup berlebih-lebihan para keturunan kerajaan Saudi dalam investigasi mereka di French Riviera. Dalam penelusuran itu, ABC menemui seorang 'call girl' yang punya koneksi luas ke lingkaran dekat kaum elit, dan berpengaruh Perancis. 

Sang sumber menuturkan dalam semalam, para pangeran sanggup menghabiskan sekurangnya US$50 ribu demi menjemput kesenangan dari 'call girl' tersebut. Abdul Aziz bin Fahd, 38, anak kesayangan almarhum Raja Fahd, adalah salah satu pelanggan utama mereka. Ia tak pernah ragu menghabiskan lebih banyak wang ketika bersama para 'call girl'.

Di Arab Saudi, perilaku semacam itu jelas melanggar hukum, dan dapat diancam hukuman berat. Apalagi jika dilakukan oleh rakyat biasa. Tapi itu tak berlaku bagi anggota kerajaan. “Ketika anda mendengar pelanggar hukum, maka pertanyaannya adalah siapa yang melakukannya,” Mai Yamani, seorang antropologis yang juga anak mantan Menteri Perminyakan, Sheikh Ahmad Zaki Yamani, seperti dikutip dari ABC.
Menurutnya, di Saudi berlaku semacam ketentuan tak tertulis: para pangeran Saudi tak tersentuh hukum. Mereka ada di atas hukum. Mereka di luar hukum. 

Itu sebabnya sanksi hukum seakan muskil dijatuhkan kepada keluarga istana. Tidak hairan Pangeran Nayef, sang penyeludup kokain itu, bebas berkeliaran di tanah Arab. Aksi protes warga, yang rata-rata berasal dari golongan minoriti Syiah, kadang muncul meningkahi tindak-tanduk keluarga istana. 

Tapi protes itu seperti teriakan yang menguap di padang pasir. Kebebasan berbicara dibatasi. Tuntutan warga dihadapi secara personal. Aturan agama yang terlalu ortodoks tetap berlaku, dan petugas keamanan bersenjata lengkap bila pun dapat menindak kaum yang tak diinginkan. Sejauh ini, keluarga kerajaan, yang juga memerintah negeri, mampu menangkis tuntutan reformasi. 

***

Meski begitu, tatkala negara-negara di jazirah Arab itu digoyang oleh gerakan demokrasi, Arab Saudi tak ayal ikut gelisah. Para aktivis pro perubahan lalu menyebarkan di internet tiga petision reformasi politik radikal. Yang paling serius, satu petision diteken 1.500 figur, termasuk kaum liberal dan Islamis. Isinya menuntut agar kerajaan menjalankan 12 langkah reformasi menuju sistem monarki konstitusional.(Lihat infografik profil politik "Para Raja di Jazirah Arab") 

Selain itu, terilhami revolusi Mesir, para tokoh itu berkempen lewat Facebook. Mereka mengundang warga Saudi bergabung dalam “day of rage” pada March lalu. Tentu, dengan 39% populasi didominasi anak-anak muda berusia 20-24 tahun—dan ramai antara mereka dalam keadaan menganggur, Arab Saudi harus khawatir.

Kerajaan lalu bereaksi. Laman petision online itu pun disekat. Seperti dilaporkan The Economist, seorang kiai Syiah ditangkap karena khutbah Jumaatnya mendukung monarki konstitusional. 

Agar keadaan lebih tenang, raja lalu memberikan semacam sogokan kecil, suatu formula standard menghadapi tekanan dari rakyat bawah. Dia mengeluarkan paket bantuan sebesar US$35 juta, berisi subsidi hutang rumah tangga, kredit rumah lebih besar, dan kenaikan gaji sebesar 15% bagi pegawai negeri.

Tak hanya di dalam negeri, pemerintah Saudi pun serius menghadapi ancaman ‘revolusi’ di luar wilayahnya. Business Week menulis pada awal Ogos tahun ini, kaum Sunni di Saudi curiga Iran terlalu jauh menebarkan pengaruh ke negara-negara Arab, seperti Bahrain dan Irak. 

Itu sebabnya, mereka mencuba melemahkan Iran lewat perdangangan minyak. “Sektor perminyakan Iran teramat rapuh. Saatnya mendesak pemerintahan mereka bergabung dalam upaya dunia mewujudkan perdamaian,” Pangeran Turki al-Faisal, mantan kepala badan intelijen Arab Saudi, menegaskan dalam pidatonya.

Kini, Arab Saudi juga tengah menyaksikan 24 juta penduduk Yaman dalam keadaan kelaparan, dilengkapi persenjataan berat. Mereka juga cemburu dengan kekayaan negara tetangganya, dan bersiap menyeberangi perbatasan. 

Jika perang saudara meletus di Yaman, gelombang pengungsi akan menggulung wilayah perbatasan. Para petinggi kerajaan Saudi juga masih bimbang memulangkan Presiden Ali Abdullah Saleh--yang kini memulihkan diri di Riyadh dari cedera serangan bom, ke Sana, ibukota Yaman.

Seandainya saat itu tiba, anggota kerajaan patut berdoa agar Kingdom Tower, projek ambisius dicanangkan Pangeran Walid, telah sempurna. Menara itu akan menjulang tinggi sekitar satu kilometer. Mungkin tempat itu sesuai untuk berlindung, sekaligus menjadi menara pengawas.
http://us.sorot.vivanews.com