Tuesday 4 November 2014

MAKTAB MAHMUD BUAT LAPORAN POLIS NAFI VIDEO SAMSENG ASRAMA BULI JUNIOR BERLAKU DI SEKOLAHNYA


Lihat video di sini

PADANG TERAP 4 Nov - Pengurusan Maktab Mahmud Padang Terap, di sini, membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang hari ini menafikan kejadian buli yang tersebar di laman sosial sejak malam tadi, berlaku di sekolah mereka.

ADIK RAFIKIN DITEMUI SUDAH TIDAK BERNYAWA ... AL-FATIHAH..


Operasi mencari seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, adik Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang sewaktu menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu sejak Sabtu lalu, berakhir dengan penemuan mayat, jam 6.35 petang tadi. SUMBER


Difahamkan jenazah mangsa yang ditemui tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan telah dibawa turun ke kaki gunung pada jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. 

JOSEPH KURUP MENTERI PELAMPAU KRISTIAN ???


PERKASA mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menggesa Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula siasatan yang melibatkan ancaman Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible.

BAPA 'IBLIS' DERA ANAK PEREMPUAN BERUSIA SETAHUN HINGGA MATI !!!

 Hiasan

KUALA LUMPUR 3 Nov - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera bapanya di rumah mereka di Jalan SS2, Petaling Jaya pada Jumaat lepas.

KENAPA ANWAR TIDAK BUAT SENDIRI UJIAN DNA DI LUAR NEGARA UNTUK MENAFIKAN BUKTI MELIWAT ???


PUTRAJAYA 4 Nov - Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjalankan analisis DNA sendiri di negara lain dan menggunakannya untuk menafikan bukti mahkamah yang beliau meliwat bekas pembantunya, kata pihak pendakwaan dalam rayuan ahli politik itu terhadap sabitan kes liwatnya hari ini.

HARI KETIGA : ADIK RAFIKIN MASIH BELUM DITEMUI...

TR02_021114_PELAJAR

SEHINGGA semalam, dilaporkan bahawa kehilangan seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, adik Ahmad Rafikin Azman, 16, selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang pada Sabtu, 1 November 2014, masih belum ditemui.  Lihat berita kehilangan DI SINI

Laman terengganutimes memaklumkan bahawa operasi SAR masih giat dijalankan di lokasi berkenaan :

KES LIWAT II - HARI KEENAM : SAIFUL BERHARAP TIADA LAGI PEMIMPIN MASA DEPAN SEPERTI ANWAR IBRAHIM

HARI PENENTUAN, KEADILAN KEPADA SAIFUL 
Saudara-saudari semua,

Hari ini 4 November 2014 akan menjadi saksi ke atas seorang pelakon yang sangat kejam kerana telah melakukan banyak kerosakan kepada orang-orang lain sebelum saya sendiri. Anwar Ibrahim yang anda lihat alim itu, sebenarnya adalah seorang manusia yang sakit jiwa raganya. 

KES LIWAT II : HARI KEENAM - ANWAR MOHON MAAF.... RAIH KESIAAAAANNNN.................!!!

alt

PUTRAJAYA 4 Nov - Perbicaraan rayuan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ketepikan hukuman penjara lima tahun memasuki hari keenam pada Selasa dan keputusan juga dijangka dibuat oleh lima panel hakim pada hari ini.

KES LIWAT II : HARI KELIMA - MAHKAMAH DIGESA AMBIL KIRA HUBUNGAN INTIM


PUTRAJAYA 3 Nov. – Mahkamah Persekutuan hari ini digesa mengambil kira keterangan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menceritakan mengenai ‘hubungan intim’ yang berlaku beberapa kali sebelum kejadian liwat yang dilaporkan.

IBU TUNGGAL KOMA DISERANG MAT REMPIT CELAKA


Tindakan tidak berhati perut empat penjenayah menyerang seorang janda hingga menyebabkan mangsa cedera parah akibat kepalanya terhempas di atas jalan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, mangsa, Cheong Chooi Mee, 46, dikatakan menunggang motosikal berseorangan sebelum diserang empat suspek di Taman Semenyih Indah di sini.