Thursday 20 September 2012

MUDAHNYA MENGHINA, KEMUDIAN NGEH PUN MOHON MAAF!!!


Semudah itu kah permohonan maaf Ngeh Koo Ham setelah hati dan perasaan Umat Islam di Malaysia diperlekehkan ...???
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akhirnya memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman mikro Twitter berhubung tindakan umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims.
Demonstrasi akan diadakan esok.
Dalam satu kenyataannya kepada media, Koo Ham berkata, apa yang dinyatakan dalam mesej berkenaan hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.
“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan ‘tweet’ saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya.
Tahniahlah kepada Koo Ham.!!!


Pertama, tahniah kerana dia berjaya membuktikan siapa dirinya dan ‘isi hati’ parti itu dalam erti kata yang sebenarnya.
Kedua, tahniah kerana dia akhirnya tahu umat Islam cukup pantang apabila agama mereka ‘disentuh’, apabila junjungan besar mereka Rasulullah SAW dihina sebegitu rupa.
Ketiga, tahniah kerana dia berjaya menyedarkan orang Melayu dan Islam bahawa perjuangan dia dan partinya tidak lebih dari sekadar hendak memancing undi, bukan sangat hendak memperjuangkan keadilan seperti mana yang dimomok-momokkan itu.
Koo Ham boleh bagi sejuta alasan untuk mengjustifikasikan kenyataannya tetapi dia lupa pada pepatah – terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!
Permainan Koo Ham dan DAP dalam ‘membeli’ sentimen orang Melayu untuk menyokong mereka sebenarnya boleh dibaca dari dulu lagi.
Malangnya masih ada orang Melayu amnya dan Islam khususnya, yang gagal membaca apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Mereka hanya menilai kulit, tetapi bukan isi.
Mereka hanya menilai buku dari segi luaran, bukan dari segi kandungan.
Akhirnya lahirlah orang-orang Melayu yang sanggup bersekongkol dan menyokong perjuangan Koo Ham serta  juak-juaknya dalam DAP.
Mereka cukup seronok apabila ‘menang sorak’ tanpa mereka sedar tentang ‘kampung yang tergadai’.
Sebab itu orang macam Koo Ham berasa dirinya kuat dan hebat kerana dia tahu, dia juga ada penyokong di kalangan orang Melayu, di kalangan orang Islam.
Dia tahu dia tidak berseorangan.
Tetapi kini dia sedar, taktik dan muslihat politiknya semakin berjaya dihidu.
Akhirnya dia sendiri yang membuka pekung di dada, bukan musuhnya dalam Barisan Nasional (BN) atau UMNO.
Apa yang Koo Ham tulis dalam twitter itu bukan permainan ‘spin’ dari Utusan Malaysia atau TV3.
Ayatnya dalam twitter itu langsung tidak diubah walaupun satu abjad.
Tahniah kepada Datuk Ngeh Koo Ham atas semua ini.
Cuma satu perkara yang dia perlu ingat.
Dalam mempertahankan kesucian Islam dan agama yang dianuti ini, tiada istilah BUANG MASA DAN TENAGA buat para penganutnya.
Kalau siapa-siapa termasuk Koo Ham meragui kenyataan ini – silalah ‘test market’.
Masa tu, bak kata arwah Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk, mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaaaaa!!!
~  MyNewsHub  ~

SEWEL !!! DARA DILELONG PADA HARGA RM 218K



TEMAN RASA INI KES BETINA PUTUS WAYAR....!!!

AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor. 

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).

Sumber: Kosmo
 

{ FOTO } INNOCENCE OF MUSLIMS - FILEM BANGANG YANG TIMBULKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...!!!

Filem Innocence of Muslim menimbulkan #MuslimRage di seluruh dunia. Di beberapa negara timur tengah demo anti filem bangang ini membawa kepada kematian apabila konsulat Amerika dijadikan tempat melepaskan kemarahan para pendemostrasi. Di beberapa negara lain demo anti Amerika hanya melibatkan pembakaran bendera dan pertelingkahan antara demonstran dan polis anti rusuhan. DiIndonesia demo yang dianjurkan Front Pembela Islam siap ada konvoi mat motor. Tidak seperti di Malaysia rempit Indonesia lebih beriman dan mencintai agama mereka. Sungguhpun begitu mereka juga dibedil gas pemedih mata. Di Karachi pula efigi Obama, bendera Amerika dan sebaldi ayam Kentucky Fried Chicken dibakar  oleh pendemontrasi sebagai tanda kemarahan yang membuak-buak! 

Lihat paparan foto-foto berikut yang membuktikan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia mengenai filem tersebut yang di rakam oleh AFP dan Reuters.

TANDAS HOTEL TRANSPARENT




Pelancong yang menginap di Standard Hotel, Manhattan, Amerika Syariat, 
sempat terkejut apabila masuk ke tandas di tingkat 18.  
Bayangkan saja, saat sedang asyik buang air, tiba-tiba seseorang di jalan raya 
melambai-lambai tangan kepada anda.... huhu, tak ke pelik!

JARAK JAUH PUNCA YUNA DAN QI BERPISAH


Dipetik dari RotiKaya.

Teka teki hubungan cinta antara mereka berdua kini akhirnya terlerai juga apabila Yuna sendiri mengakui yang ikatan cinta antara mereka sudah tidak seperti dahulu.
Dalam kenyataan terbaru kepada GUA hari ini, Yuna mengakui yang dirinya kini telah kembali solo & sepakat bersama Qi untuk tidak terikat dengan komitmen kepada sesiapa.
“Susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia di sini. Saya hormati kemahuan dia, dan dia juga hormati kemahuan saya,” ujar Yuna baru baru ini.
Yuna turut mengatakan keputusan ini di’ambil supaya masing masing boleh menumpukan lebih perhatian kepada karier dan Yuna & Qi kini masih berkawan seperti biasa.
“Jarak jauh memang menyulitkan untuk saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing,” tambah Yuna yang kini solo tetapi not available.
Dari gaya Yuna, nampaknya semacam ada harapan untuk hubungan ini apabila beliau meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka di’masa hadapan.

NOVEL LUCAH PERANCIS DIHARAMKAN DI KOREA SELATAN




SEOUL - Korea Selatan mengharamkan penjualan sebuah novel lucah hasil nukilan penulis dan bangsawan Perancis abad ke-18, Marquis de Sade (gambar) kerana mengandungi kelucahan keterlaluan, kata seorang pegawai semalam.

JERMAN LARANG LAYARI INTERNET GUNA INTERNET EXPLORER



FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.
Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.
Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu.
Menurut Microsoft, penggodam boleh mengeksploitasi virus untuk menggodam komputer seseorang yang melayari satu laman web yang mengandungi virus, sebelum mengambil alih komputer mangsanya.
Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) menyatakan bahawa pihaknya sedar mengenai sasaran serangan tersebut.
"Virus yang tersebar dengan pantas itu amat membimbangkan," kata pihak berkuasa Jerman dalam satu kenyataan.
BSI menasihati semua pengguna Internet Explorer supaya menggunakan pelayar web alternatif sehingga Microsoft Corp. mengeluarkan satu perkembangan mengenai keselamatannya. - Reuters

HAMPIR 30 LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP KH NGEH


Lagi laporan polis dibuat terhadap Pengerusi DAP negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di laman sosial yang mempersoalkan usaha dan tindakan umat Islam menentang filem Innocence of Muslims yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.
Bertempat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat Medan Gopeng, hampir 30 laporan polis dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan terhadap Adun Sitiawan itu, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Sungai Rapat, Alang Abdul Rahman Ahmad Nazri.

PEMBEDAHAN PEMINDAHAN RAHIM IBU KEPADA ANAK, YANG PERTAMA DI DUNIA



TIGA daripada lebih sepuluh pakar bedah yang melakukan 
transplan rahim ibu kepada anak perempuan di Sweden. Dari kiri: Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom.



STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.
Identiti mereka tidak didedahkan.
"Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.
Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.
" Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.
Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.
Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
"Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.
"Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.
- Reuters