Monday 12 October 2015

WANITA MUSLIM AKHIRNYA BERJAYA LEMBUTKAN HATI WANITA ANTI-MUSLIM DI MICHIGAN


Apabila seorang wanita menyertai kempen anti-Muslim di Masjid Noor di Michigan kerana marahkan dengan kumpulan militan ISIS, dia tidak menyangka akhirnya dia akan memeluk seorang wanita Islam dan masuk ke dalam masjid untuk menikmati hidangan kopi bersama-sama.

`Perdamaian’ itu berlaku ketika sekumpulan lelaki dan wanita mengadakan bantahan anti-Islam dan kemudian berlaku perbalahan antara mereka dengan kumpulan jemaah dalam masjid berkenaan.
Salah seorang daripada jemaah dalam masjid itu kemudiannya mendekati wanita berkenaan dan mengajaknya untuk berbincang. Kita boleh berkawan, katanya.
“Jika awak orang Islam, saya tidak boleh berkawn dengan awak. Saya tidak percaya wujud perkara keamanan dalam Islam dan saya mahu penggal kepala dihentikan,” kata wanita berkenaan yang memberitahu dia mendapat semua maklumat mengenai keganasan berkenaan dalam Facebook.
Kemudian seorang lelaki yang berada di luar masjid itu berkata bahawa agama Islam yang sebenar tidak bercakap mengenai pancung kepala musuh.
Malah katanya, hanya disebabkan oleh seseorang menyatakan mereka berada dalam agama itu, tidak bermakna tindakan yang mereka lakukan itu adalah apa yang dituntut oleh agama itu.
Seorang wanita yang memakai tudung pula kemudiannya memberitahu bahawa dia berasal dari Mexico di mana kartel dadah melakukan pembunuhan dan merogol wanita setiap hari meskipun mereka adalah katolik.
Manakala seorang lelaki pula memberitahu Nazi juga melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mereka adalah kristian.
Mereka juga menerangkan bahawa ISIS, sama seperti Nazi, dan mereka ini bukan Islam yang sebenar. ISIS adalah hasil  konflik sosio-politik.

muslim2

Mendengar penerangan berkenaan, wanita itu kemudiannya berpelukan dan dijemput masuk ke dalam masjid untuk minum.
Wanita itu juga menyatakan bahawa dia tersentuh dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh mereka yang dibantahnya.
“Saya berdoa untuk saudara Islam saya. Saya mahu pembunuhan dihentikan,” kata wanita itu.

No comments: