Saturday 28 April 2012

BERSIH 3.0 - HARI INI MALAYSIA DI UJI...!!!

BERSIH 3.0: Hari Ini Malaysia Diuji

Saya tiba di kawasan sekitar Dataran Merdeka kira-kira pukul 1 pagi tadi. Saya tidak memakai baju berwarna kuning, apatah lagi beruniform biru dengan cota dan senjata di sisi.
Kalau mengikut jadual, perhimpunan Bersih 3.0 kali ini hanya akan bermula pada pukul 2 petang. Namun nampaknya ia tidak mampu lagi menahan ‘tentera-tentera’ kuning ini daripada meneruskan ‘impian’ rakus mereka untuk menguasai segenap ruang dataran yang cukup bersejarah ini.
Jerit pekik sudah pun bermula, yang tua atau muda yang entah dari mana datangnya mula bersemangat seolah-olah kemenangan sudah pun menjadi milik mereka.
Malah pelancong asing yang ada di situ, sama ada tahu atau tidak apa yang sedang berlaku, turut sama bergembira sambil mengambil gambar kenangan, untuk dimuatkan dalam Facebook mungkin.
Anak muda jangan cakaplah. Yang belajar takat PMR pun mengaku mahasiswa, yang mahasiswa apatah lagi.
Begitu juga dengan pakcik dan makcik, benar zaman sudah berubah, kalau dulu waktu begini masing-masing sudah ke kamar, senang nak bangun Subuh bila waktunya tiba.
Tapi pakcik dan makcik era ini tidak lagi se-orthodoks dulu. Kalau anak muda boleh menjerit dan bertempik, pakcik dan makcik ini pun tak mahu kalah, istilah rumah kata pergi,  kubur kata mari sudah tidak wujud dalam kamus pakcik dan makcik Bersih 3.0 ini.
Yang paling kesian adalah anggota-anggota polis kita.
Sehingga artikel ini ditulis, mereka nampaknya masih bertahan dengan provokasi yang berlaku.
Dalam hati hanya mereka saja yang tahu.
Maki hamun yang diterima dah tak terkira, setakat ini senjata mereka masih kemas di pinggang, yang ada pada mereka hanyalah senjata yang bernama KESABARAN.
Namun sampai bila ianya bertahan, saya sendiri tidak tahu.
Mungkin di saat anda membaca artikel ini, mereka sudahpun bertukar ROBOCOP!
Di pihak pak Menteri, bunyi kesalan nampaknya sudah kedengaran.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah melakukan segala-galanya untuk menghadapi apa jua yang akan berlaku.
” Hati nurani saya jelas. Saya telah lakukan semua yang saya boleh sebagai Menteri Dalam Negeri dan Najib telah melakukan semua yang beliau boleh untuk membawa pembaharuan,” katanya.
Beliau berkata, apa-apa jua boleh berlaku dan NGO-NGO tulen yang mahu mendapat manfaat daripada pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri, akan rugi terutamanya jika ahli politik merampas perhimpunan BERSIH 3.0.
Tindakan polis, tambahnya, akan bergantung kepada apa yang penganjur BERSIH 3.0 putuskan pada hari protes dan bergantung kepada keadaan.
Hishammuddin berkata, beliau agak kecewa kerana menurutnya BERSIH nampaknya menolak setiap peluang yang telah diberikan kepada mereka.
Beliau merujuk lokasi alternatif  yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada BERSIH untuk mengadakan perhimpunannya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka tetapi pihak penganjur perhimpunan itu bertegas untuk mengadakan perhimpunan duduk bantah di situ.
Bagaimanapun, berikutan perintah mahkamah yang diperolehi oleh pihak polis awal hari ini melarang semua pihak berkumpul di dataran bersejarah itu, maka penganjur BERSIH 3.0 berkata mereka akan mematuhinya tetapi akan cuba berada seberapa hampir yang mungkin ke Dataran Merdeka.
Ketika saya menulis perenggan terakhir artikel ini, jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.
Suasana semakin panas, jerit pekik semakin kuat, bunyi hon kereta dan ekzos Mat Rempit semakin bingit.
Ternyata negara diuji lagi. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin. – Oleh ABDULLAH RUMANI

MUNGKINKAH PERTUMPAHAN DARAH AKAN BERLAKU... DAN SUDAH DIJANGKAKAN..???

Venue : Markas PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur
Date : 27/4/2012 @ 10.00 pm

Adakah Chegu Bard dan Mat Sabu sudah mengetahui atau menjangkakan akan berlaku nya pertumpahan darah kali ini??





***SEDARLAH DAN MUHASABAH LAH DIRI MASING-MASING.....INI TANAH MELAYU...!!! JANGAN SAMAKAN MALAYSIA DENGAN MESIR, LIBYA, SUDAN....!!!

PROVOKASI PESERTA DEMO BERSIH 3.0 SUDAH BERMULA SEAWAL LEWAT PETANG SEMALAM..!!!



KUALA LUMPUR – Sekitar kawasan Dataran Merdeka di sini dilaporkan kecoh apabila beberapa kumpulan penyokong demonstrasi itu mula berkumpul.
Setakat ini wujud laporan yang bercanggah akan jumlah sebenar mereka yang berada di kawasan berkenaan namun anggaran ialah antara 300 ke 1,500 orang.
Keadaan dikatakan semakin tidak terkawal dengan beberapa peserta Bersih 3.0 menyepak kenderaan polis yang bergerak perlahan di sekitar Dataran Merdeka.
Situasi itu nyata berbeza dengan janji Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga bahawa Bersih 3.0 akan hanya bermula pukul 2 petang ini dengan peserta melakukan bantahan secara simbolik dengan hanya duduk.
Berikut adalah beberapa keping gambar sumber internet menceritakan keadaan di kawasan berkenaan :


Dataran Semakin Kecoh


BANGANGNYA REMAJA MELAYU YANG SOKONG BERSIH 3.0...!!!


Walaupun telah diberi amaran oleh pihak polis, mereka tetao berdegil dan mahunmasuk ke Dataran Merdeka yang telah di pagar dengan pagar kawat



Dataran Semakin Kecoh



Lihat betul-betul paparan beberapa gambar di atas. Mana Ambiga? Mana Ambiga berada..?? Mana Anwar..?? Depa sedap tido kat umah beralaskan tilam yang empuk dan udara nyaman bilik dari alat pendingin hawa.... tapi.... remaja Melayu kita yang pastinya beragama Islam ni, begitu bodoh, bahlol, bangang, tolol, tengin...... sanggup menjadi alat untuk mengkucar-kacirkan keamanan negara dan menjatuhkan maruah AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR..!!!!