Monday 26 February 2018

MAHATHIR LANJUTKAN TOL PLUS YANG SEPATUTNYA TAMAT PADA MEI 2018


Tol Lebuhraya Utara Selatan sepatutnya tamat pada bulan Mei 2018, Mahathir yang lanjutkan

AHLI PPBM LARUT KELUAR PARTI KECEWA TIDAK DIENDAHKAN OLEH PENGERUSI NEGERI


BATU KURAU – Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Larut kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu di Perak terutamanya Pengerusi PPBM negeri, Ahmad Faizal Azumu yang didakwa tidak mengambil berat mengenai permasalahan ahli di peringkat akar umbi.

TIDAK ADIL TUDING JARI PADA NAJIB


Tidak Adil Menuding Jari Kepada Najib Dalam Perjanjian Konsesi Tol Tun Mahathir

Oleh: Eric See To

1. Saya merujuk kepada artikel portal MalaysiaKini menyiarkan berita bertajuk _“Where was Najib when toll deals signed, asks ex-NST editor” (“Di mana Najib ketika perjanjian tol ditandatangani, tanya bekas editor NST”)_. Penulis cuba menuding jari kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak sebagai terlibat dalam perjanjian konsesi tol, yang kebanyakannya adalah berat sebelah, yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau berkhidmat, atas sebab Najib juga merupakan anggota kabinet ketika itu.