KONTROVERSI hiburan paling panas di media sosial minggu lepas adalah mengenai perceraian ex-pelakon Abby Abadi (Arbakyah Manan) dengan suaminya yang muda belia, Muhamad Farhan. Aku bukan nak komen pasal perceraian tu, dah jodoh sampai setakat itu aje, itu semua ketentuan dari Allah SWT jua. Tetapi yang aku rasa tidak berapa enak adalah cara pasangan itu 'handle' perkara itu, terutamanya Abby Abadi (PRU13 hari tu cukup popular dengan gelaran 'Ustazah Mee Segera'). Berbalas-balas antara satu sama lain, tuduh-menuduh dan pertahankan kebenaran masing-masing.