Monday 3 November 2014

PELAJAR LELAKI TINGKATAN 4 HILANG KETIKA SERTAI MARATON TERENGGANU INTERNATIONAL MOUNT GAJAH TEROM


HULU TERENGGANU : Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini petang semalam, kata polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hussin Deraman berkata Ahmad Rafikin Azman, 16, tidak menyelesaikan acara maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Ohtman, 50, membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang.