Monday 12 October 2015

TS MUHYIDDIN YASSIN TUDUH DS NAJIB BERADA DI LANDASAN YANG SALAH ???


Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bersama beberapa rakannya telah membuat satu sidang media sebentar tadi di Yayasan Perdana.


Antara yang hadir adalah, bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyidin Yassin, Shafie Apdal, Ong Tee Keat, Sanusi Junid serta Tengku Razaleigh Hamzah.




Sidang media berkenaan dibuat berikutan penahanan 2 orang kuat Mahathir yang digunakan untuk memburukkan kerajaan Malaysia di luar negara iaitu Khairuddin dan Mathias Chang.

Dua individu berkenaan kini ditahan dibawah Akta SOSMA yang bertujuan untuk menyekat mereka menyebarkan hasutan serta perkara-perkara tidak benar tentang pentadbiran kerajaan kepada negara luar.

Mahathir didalam satu kenyataanya menganggap penahanan kedua-dua orang suruhannya itu tidak sah dan sangat zalim. Mahathir mendesak kerajaan Malaysia membebaskan kedua-duanya secepat mungkin atau berisiko berdepan dengan kemarahan rakyat.

Mahathir turut menyelar sistem kehakiman dinegara ini yang didakwa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak. Pandangan yang sama ini turut dikongsi oleh Ku Li.

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang sebelum ini berikrar untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, kini nampaknya beralih arah apabila bersetuju dengan serangan terbaru Mahathir kepada Presiden Umno tersebut.

Didalam kenyataannya kepada media, Muhyiddin menegaskan walaupun beliau telah hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri, ia tidak menghalangnya untuk menyampaikan kebenaran pada rakyat.

Dan Muhyiddin amat yakin bahawa Mahathir berada dipihak yang benar.., ini sekaligus ia menunjukkan Muhyiddin seolah-olah mengatakan bahawa Perdana Menteri kini berada di pihak yang salah. - Utaranews.com


Dan mereka adalah........



No comments: