Wednesday 29 August 2012

PEMBANTU KHAS EXCO KERAJAAN PULAU PINANG DIBICARAKAN KES DADAH




Bernama hari ini melaporkan perbicaraan seorang pembantu khas  kepada exco kerajaan DAP Pulau Pinang telah dibicarakan oleh Mahkamah Majistret di atas pengalahgunaan dadah dana mahkamah menetapkan 10 Okt depan untuk mendengar perbicaraan kes penyalahgunaan dadah seorang pembantu khas kepada Exco Pulau Pinang.

Majistret Arif Mohamad Shariff menetapkan tarikh itu selepas dipanggil memberi keterangan di mahkamah pada perbicaraan kes itu.

Aidi Rafizul Idrus, 37, didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya di sebuah rumah di Jalan Paya, Berapit, di sini pada 10.30 pagi 29 Nov tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Bapa kepada tiga orang anak itu adalah pembantu khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Law Choo Kiang.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Sakinah Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam bela V.S. Kumar.

BEKAS TAHANAN DARURAT DITEMBAK MATI

KUALA LUMPUR  -  Seorang bekas tahanan darurat yang baru dibebaskan, ditembak mati ketika sedang menunggu anaknya di hadapan sebuah sekolah menengah di Selayang Baru, di sini hari ini.
   
K. Archuthan, 41, ditembak ketika dia dan isteri menunggu anak lelaki mereka yang berumur 16 tahun dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry pada pukul 1 tengah hari.
   
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat itu turut menyebabkan isteri lelaki berkenaan cedera di pinggang.
   
"Dua lelaki memakai topi keledar bertutup penuh yang menaiki sebuah motosikal menghampiri kereta mangsa dari arah belakang dan seorang daripadanya melepaskan tembakan.
   
"Enam kelongsong peluru 9mm ditemui di tempat kejadian. Motif kejadian masih disiasat," katanya dalam khidmat SMS di sini hari ini.
   
Abdul Rahim berkata mayat Archuthan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala isterinya dirawat di Hospital Selayang. -Bernama

KETIKA AMUK TAK PAKAI TOPENG, HADIR PERBICARAAN BERTOPENG POWER RANGERS....!!!!

Kes amuk: Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers

Muhdalena Ahmad

Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
 
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.


Amuk di JPM





LAJIM RUJUK SEMULA BN..???


Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Dipetik dari MyMassa