Monday 23 July 2012

MISTERI TASIK GALILEE


Dimana Tasik Galilee?

MISTERI TASIK GALILEE

Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melencongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurang. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.. Akibat dari tindakan rakus ini.. tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini..

{FOTO} MENARIK.................

Best pulak tengok gambar-gambar kat myMetro ni.....Ada banyak gambar sebenarnya.  Tetapi, teman tertarik  sebahagiannya sahaja....


 BALING: Hizam Hussin, 48, (kanan) bersama rakannya mengangkat ikan jenis Arapaima yang ditemui terdampar di Sungai Ketil, berdekatan Kampung Lubuk Pedati. FOTO Safuri Kamarudin (23 Julai 2012)
BALING: Hizam Hussin, 48, (kanan) bersama rakannya mengangkat ikan jenis Arapaima yang ditemui terdampar di Sungai Ketil, berdekatan Kampung Lubuk Pedati. FOTO Safuri Kamarudin



KERETA Honda Integra yang terbabas dan hampir terbalik sebelum merempuh tembok batu rumah seorang penduduk di Taman Lai Pau, Jalan Lapangan Terbang Miri. Foto: Abdul Rahman Adam (20/07/2012)
KERETA Honda Integra yang terbabas dan hampir terbalik sebelum merempuh tembok batu rumah seorang penduduk di Taman Lai Pau, Jalan Lapangan Terbang Miri. Foto: Abdul Rahman Adam


BALING: Penduduk menunjukkan jambatan sepanjang 50 meter yang runtuh dan membahayakan pengguna di Kampung Banggol Berangan Labu Besar, Mukim Bakai. FOTO Safuri Kamarudin
BALING: Penduduk menunjukkan jambatan sepanjang 50 meter yang runtuh dan membahayakan pengguna di Kampung Banggol Berangan Labu Besar, Mukim Bakai. FOTO Safuri Kamarudin


LIA Pulla ,53, menunjukkan batang kayu manis yang dijualnya pada harga RM2 hingga RM5 setiap satu bergantung kepada saiznya di pasar minggu Keningau, Sabah. - Foto: Malai Rosmah Tuah (29/06/2012)
LIA Pulla ,53, menunjukkan batang kayu manis yang dijualnya pada harga RM2 hingga RM5 setiap satu bergantung kepada saiznya di pasar minggu Keningau, Sabah. - Foto: Malai Rosmah Tuah


ANGGOTA Red Warrior dari Angkatan Tentera Malaysia menunjukkan kebolehan menggantungkan kaki sambil dibawa dua anggota yang menunggang motosikal pada pelancaran pasukan Askar Wataniah FELDA Peringkat Perak di FELDA Besout 1. Foto: Muhaizan Yahya (13/06/2012)
ANGGOTA Red Warrior dari Angkatan Tentera Malaysia menunjukkan kebolehan menggantungkan kaki sambil dibawa dua anggota yang menunggang motosikal pada pelancaran pasukan Askar Wataniah FELDA Peringkat Perak di FELDA Besout 1. Foto: Muhaizan Yahya


PENGUSAHA Ayam Salai, Siti Intan Nor Nadia Mohd Rozi, 20, menyusun Ayam Salai untuk dijual dengan harga RM18 hingga ke RM25 dengan mengikut saiz ayam. Daging ayam yang disalai ini boleh bertahan sehingga 3 hari dan tradisi ini dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sangat popular di sepanjang Jalan Kuala Pilah. Foto: Hazreen Mohamad (04/06/2012)
PENGUSAHA Ayam Salai, Siti Intan Nor Nadia Mohd Rozi, 20, menyusun Ayam Salai untuk dijual dengan harga RM18 hingga ke RM25 dengan mengikut saiz ayam. Daging ayam yang disalai ini boleh bertahan sehingga 3 hari dan tradisi ini dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sangat popular di sepanjang Jalan Kuala Pilah. Foto: Hazreen Mohamad 


SAPIAN Mohamad Husin, membaca surat khabar sambil menunggu pelanggan yang singgah membeli buah Labu di kedainya di Jalan Kuantan Kemaman berdekatan Sungai Ular. Beliau menjual labu pada harga RM10 untuk satu longgok dan RM2 sebiji. Foto: Afif Abd Halim (30/05/2012)
SAPIAN Mohamad Husin, membaca surat khabar sambil menunggu pelanggan yang singgah membeli buah Labu di kedainya di Jalan Kuantan Kemaman berdekatan Sungai Ular. Beliau menjual labu pada harga RM10 untuk satu longgok dan RM2 sebiji. Foto: Afif Abd Halim 


BASIKAL antik yang menyerupai vespa menarik perhatian orang ramai yang hadir di Karival Vespa, Lambretta & motor klasik Antarabangsa 2012 sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 84. Acara ini diadakan setiap tahun di Bandar Kuala Kangsar. Foto: Zulfadhli Zulkifli (14/06/2012)
BASIKAL antik yang menyerupai vespa menarik perhatian orang ramai yang hadir di Karival Vespa, Lambretta & motor klasik Antarabangsa 2012 sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 84. Acara ini diadakan setiap tahun di Bandar Kuala Kangsar. Foto: Zulfadhli Zulkifli 


ANTARA kraftangan dihasilkan oleh Mohd Rais yang dijual di Pantai Air Papan, Mersing menarik minat ramai pembeli. Foto: Ikhwan Muhammad (11/06/2012)
ANTARA kraftangan dihasilkan oleh Mohd Rais yang dijual di Pantai Air Papan, Mersing menarik minat ramai pembeli. Foto: Ikhwan Muhammad 

SEORANG penduduk Kampung Peramu, Wan Rahimi Wan Mokhtar, 49, sememangnya tersohor dengan sikap patriotik yang tinggi sedang menghiasi kereta mini miliknya dengan pelekat ketika ditemui demi memeriahkan lagi kejohanan sukan berprestij negara, Sukma 2012 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 16 Julai depan di Pahang. Foto: Bernama (28/06/2012)
SEORANG penduduk Kampung Peramu, Wan Rahimi Wan Mokhtar, 49, sememangnya tersohor dengan sikap patriotik yang tinggi sedang menghiasi kereta mini miliknya dengan pelekat ketika ditemui demi memeriahkan lagi kejohanan sukan berprestij negara, Sukma 2012 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 16 Julai depan di Pahang. Foto: Bernama


BEGINILAH keadaan awan berkepul di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu disusuli angin dan hujan lebat. Foto Ihsan: James Gimpas (12/06/2012)
BEGINILAH keadaan awan berkepul di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu pada 12/06/2012, disusuli angin dan hujan lebat. Foto Ihsan: James Gimpas 

AZMIN LAYAN WAN AZIZAH MACAM SAMPAH...???





Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia seorang presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding kecuali dalam PKR.

Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada pilihan raya umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan presidennya sendiri.

Sepatutnya seorang presiden parti politik mempunyai kuasa besar dalam perjalanan organisasinya.

Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya.

Bila datang musim pilihan raya, presiden juga punyai kuasai mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya.

Sebagai presiden beliau juga berotoriti untuk memilih mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding samada di negeri atau parlimen.

Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas.

Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'.

Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar sebagai Ketua Umum, sat jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi.

Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu membuat sebarang keputusan. 

Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi.

Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri meluahkan keinginan untuk bertanding semula.

Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada presidennya sendiri jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon.

Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat Umno-BN. 

Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa.

AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam menunjukkan simpati dengan nasib presiden dengan juga menawarkan kerusi.

Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan kroni-kroninya.

Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa.

Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa.

Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah.

Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta diterajui oleh Azmin sebagai pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya.

Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada anak-anak syarikat di bawah MBI. 

Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai bos PKR di Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan Azizah.

Inilah punca Azmin melayan presidennya macam sampah apabila beliau mahu bertanding di Selangor.

Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolnya sendiri.

AHLI PARLIMEN PKR KUALA LANGAT HARAM JADAH, HALAU ISTERI DARI RUMAH....???


Tentu anda mengenali Ahli Parlimen Kuala Langat yang sangat sinonim dengan HARAMJADAHnya setiap kali dia berceramah, kan? Dan tentunya anda juga mengetahui bagaimana dia cukup hafal dengan gejolak serta selok-belok rumahtangga Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, Perdana Menteri Malaysia dan isterinya, sehinggakan banyak perkara yang tidak diketahui oleh orang lain, Abdullah Sani tahu.

Namun tahukah anda, hari ini, isteri Abdullah Sani telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Kelang pagi tadi kerana telah dihalau oleh suaminya?


SELANJUTNYA.... DI SINI...... JUGA .... DI SINI

Berikut di paparkan video HARAMJADAHNYA di bawah... dengar apa yang dikatakannya tentang Rosmah Mansor!

MEREKA TIDAK MEMAKAI JAKET KESELAMATAN...


Helikopter Terhempas : Mangsa Tidak Memakai Jaket Keselamatan

Siti Khuzaimah sebelum nahas
KUCHING - Siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) terhadap helikopter Eurocopter EC120 yang mengorbankan tiga nyawa Jumaat lalu, menjurus kepada sama ada helikopter itu membawa jaket keselamatan atau tidak.
Ia disebabkan ketiga-tiga mangsa nahas di muara Sungai Lupar-Sungai Lingga itu, tidak memakai jaket keselamatan termasuk juruterbangnya, Rico Stiger yang dijumpai selamat.

Sumber industri penerbangan memberitahu BH, mandatori bagi semua pesawat di negara ini yang terbang melalui perairan atau dekat dengan perairan, menyediakan jaket keselamatan mencukupi dalam pesawat.

Katanya, ia penting bagi menghadapi kemungkinan pesawat berkenaan perlu melakukan pendaratan cemas di atas air.

“Namun persoalan itu hanya akan terjawab jika mereka berjaya mengangkat bangkai helikopter malang itu dari muara sungai    tempat ia terhempas, " katanya.
Henry Loh
Ketiga-tiga mereka disahkan anggota keluarga, tidak pandai berenang.

Pengarah DCA Sarawak, Ling Swee Ing yang dihubungi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan sama ada helikopter berkenaan menyediakan jaket keselamatan atau tidak.

Katanya, beliau juga tidak dapat memberi komen kerana hanya pihak di ibu pejabat Kuala Lumpur boleh berbuat demikian.

Pemilik Eurocopter EC120 Datuk Sng Chee Hua yang ditemui semalam enggan mengulas sama ada helikopter itu ada membawa jaket keselamatan atau tidak.

Sementara itu, anggota keluarga terdekat Siti Khuzaimah Annuar, 27, mempersoalkan mungkin Khuzaimah dan dua lagi mangsa mungkin selamat jika memakai jaket keselamatan - BH

ORANG RAMAI BERSORAK, BAPA TEMBAK MATI 2 ANAK GADIS SENDIRI....



KANDAHAR: Seorang lelaki membunuh dua anak perempuannya berusia belasan tahun apabila mereka pulang ke rumah empat hari selepas melarikan diri dengan seorang pemuda.

Si bapa yang menembak mati gadis berkenaan ditahan atas tuduhan membunuh di daerah Nad Ali di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kata jurucakap polis, Farid Ahmad Farhang.

“Dia membunuh dua anaknya. Kedua-dua gadis itu melarikan diri dengan seorang pemuda empat hari lalu. Apabila pulang, lelaki itu menembak mati kedua-duanya.

Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki muda terbabit yang dikatakan bekerja sebagai jurubahasa untuk tentera Nato di wilayah berkenaan.

Hubungan antara lelaki dan wanita dikawal ketat oleh undang-undang Islam dan kebanyakan keluarga di Afghanistan mengenakan hukuman berat terhadap anggota keluarga mereka yang melanggarnya. Tindakan ‘membunuh kerana maruah’ menjadi amalan biasa di negara itu.

Kumpulan Taliban yang memerang kerajaan Presiden Hamid Karzai yang disokong oleh Barat baru-baru ini melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap seorang wanita muda di sebuah kampung berhampiran Kabul selepas menuduhnya berzina.

Pembunuhan itu dikecam secara meluas di peringkat antarabangsa selepas video mengenainya disiarkan menerusi media Afghanistan.

Ia menunjukkan orang ramai bersorak ketika seorang lelaki menembak wanita itu. - AFP

PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA, SAYA ADA BUKTI......

BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video  penderitaan umat Islam Rohingya.
BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.

YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).


{VIDEO} PANAS : PENGAKUAN FARID ISMETH EMIR ADALAH EX-HUSBAND DS ROSMAH....!!!!


APAKAH YANG DIWAR-WARKAN OLEH PEMBANGKANG SELAMA INI BAHAWA DATIN SERI ROSMAH MANSOR PERNAH MENJADI ISTERI KEPADA PEMBACA BERITA RTM 1, FARID ISMETH EMIR, IAITU DIKATAKAN SEBAGAI SUAMI KEDUA .... ADALAH BENAR ATAU SEKADAR FITNAH JAHAT MAHA AGUNG UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN PERDANA MENTERI MELALUI BELIAU...???

MARI IKUTI... PENGAKUAN FARID ISMETH EMIR SENDIRI BERKAITAN ISU BELIAU BERSAMA DATIN SERI ROSMAH MANSOR.....




PAPAGOMO MENDEDAHKAN .... DI SINI .... SEBELUMNYA, IKUTI DULU BAGAIMANA PUAK-PUAK PEMBANGKANG HARAM JADAH MENABUR FITNAH ITU ...  DI SINI

**** MAMPOS LU.. PUAK-PUAK PAKATAN HARAM JADAH...!!!!!

35 TOKONG DI BAHAGIAN LUMUT DAPAT SUMBANGAN MB PERAK


Sebanyak 35 buah rumah ibadat kaum Cina di Bahagian Lumut menerima sumbangan bernilai RM140,000 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Pemberian sumbangan itu merupakan fasa terakhir daripada 547 buah rumah ibadah yang masing-masing telah menerima bantuan sama sebelum ini.
Antara rumah ibadah Cina yang menerima sumbangan ialah Persatuan Penganut Dewa Kuan Yin Pasir Panjang, Persatuan Penganut Dewi Pak E Neo Neo dan Persatuan Kuan Chee Tien, Tau Yen, Manjung.
Sementara itu, Dr Zambry menyifatkan pemberian sumbangan kepada kaum Cina itu membuktikan kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum di negara ini.
Beliau berkata, kerajaan mengambil berat serta mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyangkal dakwaan pihak pembangkang yang menyifatkan sumbangan serta bantuan yang disampaikan kepada kaum Cina mewajibkan mereka untuk terus menyokong Barisan Nasional.
“Kerajaan tidak pernah memaksa mana-mana pihak yang menerima bantuan diwajibkan untuk menyokong kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 35 buah tokong yang diadakan di Marina Cove, Teluk Batik dekat sini, kelmarin.

ISLAM MELARANG PERPECAHAN......


DR. ISMAIL LUTFI


Berikut adalah teks soal jawab Dr. Ismail Lutfi yang disediakan untuk Mingguan Malaysia yang meliputi beberapa isu kemaslahatan ummah terutama di negara ini. “Ingatlah bahawa Islam melarang perpecahan walaupun dibenarkan perselisihan dalam beberapa permasalahan yang tidak membawa perpecahan, kerana bukanlah setiap perselisihan itu perpecahan," katanya.


SOALAN  : Umat Islam di mana-mana menghadapi perpecahan yang serius. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ianya berlaku?

ISMAIL : Faktor utamanya yang membawa perpecahan umat ialah kejahilan atau kedegilan terhadap ajaran-ajaran Islam yang benar, serta kekotoran jiwa yang merupakan tanah berbaja dalam memujakan hawa nafsu dan mengutamakan kemaslahatan peribadi atau puak masing-masing ke atas yang lain.

SI CILIK MENYARA KELUARGA.........


Bulan Ramadhan yang mulia ini.... kata orang makruh dan boleh terbatal puasa jika menangis.... tetapi teman tidak mampu menahan sebak dan airmata tatkala membaca myMetro secara online pagi ini.... Sedih sangat dengan kisah 3 beradik yang terpaksa ponteng sekolah hanya kerana keletihan akibat 'berniaga untuk menyara keluarga'....semuanya kerana mahu membantu ibu mereka yang tiada punca pendapatan untuk menampung kehidupan kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh bapa mereka..... Di kala anak-anak lain sebaya mereka pergi ke sekolah menimba ilmu... tetapi mereka setiap hari berjalan kaki lebih kurang sejauh 3 kilometer untuk menjaja nasi lemak, bihun dan mee goreng yang dimasak oleh ibu mereka..... Bayangkan anak kecil kita seusia 8 tahun membawa bakul berisi makanan... berjalan kaki tanpa menghiraukan terik mentari...sambil berteriak.... nasi lemak! bihun goreng!!!! Yang simpati mungkin akan membeli tetapi yang tidak suka mungkin akan mengeji....... ohhhh!!! Macam mana teman mampu menahan airmata dari terus mengalir.....????

Ikuti kisah mereka sebagaimana yang dipaparkan di myMetro......

RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.

Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.

**** Berharap.... pihak yang berwajib ...yang berdekatan dengan keluarga ini atau ada para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, sekurang-kurangnya bagi meringankan beban ibu tersebut lebih-lebih lagi  dalam menghadapi Ramadhan , dan pastinya..Hari Raya yang bakal menjelang (walaupun masih terlalu awal utk memperkatakannya)...... Paling bagus bila .... anak-anak cilik itu dapat kembali semula ke sekolah.