Thursday 1 December 2011

GOBALA BERANG PADA ANWAR....!!!

DULU SEIRING JALAN.....
HARI INI.... BOLEH JALAN......


Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan melahirkan kemarahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi gelaran yang menghina sebagai ‘berpendidikan rendah’ dan ‘pemabuk’ ketika beliau meminta laluan untuk bercakap di Dewan Rakyat.

“Pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum” kata Anwar kepada ahli parlimen Bebas itu.
LIHAT VIDEO DAN BACA SETERUSNYA....DI SINI....

BENARKAH... SYIAH DALAM PAS???





SILA RUJUK DI LINK DIBAWAH INI KALAU ANDA FIKIR KAMI MEREKA-REKA KENYATAAN INI :

1.   ARTIKEL BERTARIKH 20 NOVEMBER 2011 : ARTIKEL BERTAJUK "PEMUDA PAS DESAK BEBASKAN SEGERA TAHANAN ISA" :http://penyokongpas.wordpress.com/2011/11/20/pemuda-pas-desak-bebaskan-segera-tahanan-isa/



2.   ARTIKEL BERTARIKH 22 JUN 2010 : ARTIKEL BERTAJUK "KERUGIAN KEHILANGAN ASRI" http://penyokongpas.wordpress.com/2010/06/22/kerugian-kehilangan-asri/








JUGA VIDEO INI :




JUGA VIDEO DI BAWAH INI.... PENDAKYAH SYIAH BERLELUASA DLM PAS


APA ITU SYIAH....

Syiah adalah satu aliran atau mazhab di dalam Islam. Dalam Bahasa Arab ia bermaksud pembela dan pengikut seseorang.  Baca seterusnya.... KLIK DI SINI... 

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:

i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

ii. Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

iii. Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1. Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:

i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).


(Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)
a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. 

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi  

c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:  
i) Kasyf al-Asrar Oleh: Ayatullah al-Khomeini  
ii) AI-Hukumah al-Islamiah Oleh: Ayatullah al-Khomeini 
iii) Al-Sabah Min al-Salaf Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi 
iv) AI- Usul Min al-Kaft Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H)  
v) Tahrir al- Wasilah Oleh: Ayatullah al-Khomeini 
vi) Al-Murajaat Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi 
vii) Peshawar Nights Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin 
viii) Mafatih al-jittan Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi  
ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad) Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s? Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)  
xi) Al-Sahabah Oleh: Haidar  
xii) Ahlu al-Bait Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed  Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. 
Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.  Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:  
i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.  
ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah 
iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah  
iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik.  
v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.


PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH :

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan 

menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perbaduan bangsa dan

keamanan negara khususnya di Malaysia.  Fahaman dan ajaran ini perlu disekat

keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang

terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan perbagai

penyelewengan umun yang lain.

FIKIR2 KAN LAH BERSAMA.....

CREDIT TO PENA MINANGBADAR


LEMBU PR PASTI BERAK KAPUR....SIASATAN NFC : POLIS SAHKAN TIADA UNSUR PECAH AMANAH & SELEWENG..!!!



Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar di sini, yang dikaitkan dengan keluarga seorang Menteri Kabinet tidak mempunyai unsur pecah amanah dan penyelewengan.




Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan 74 individu termasuk suami kepada Menteri Kabinet berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum memanggil Menteri Kabinet terbabit bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Tetapi jika ada keperluan (memanggil beliau) dalam siasatan, maka kita akan panggil nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

- Utusan

10 CADANGAN DALAM LAPORAN AWAL PSC

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) mengemukakan 10 cadangan bagi memastikan proses itu dilaksanakan secara bebas dan adil.
Laporan itu yang diedarkan kepada Anggota Parlimen di Dewan Rakyat hari ini dijangka dibentangkan esok.
Cadangan itu dikemukakan selepas jawatankuasa berkenaan mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu, serta maklum balas yang diterima daripada anggota jawatankuasa.

AZMIL ALI.... AGUNGKAN AYAT BIBLE..???

Lihat video dan artikel di bawah :-


Video : Azmin Ali Children Of Darkness!


Ramai juga di kalangan pemerhati PAS yang hadir di Kongres PKR mula jadi keliru dengan arah pemikiran Azmin Ali. Ramai yang perasan. Ramai juga yang tidak. Tapi kebanyakan pemerhati PAS yang duduk bersama penulis di barisan belakang – mula memandang sesama sendiri.

LAGI.... 'HITAM METALIK'....???



SIAPAKAH BELIAU,,,???
MAMAT DARI MANA NI..???
APAKAH WARNA KULITNYA..???

KRIM APAKAH YG DIGUNAKAN PUTIH MELEPAK NI.... hahahaha!!!!

TIDAKKAH PUAK PAS SEDAR, KETIKA MEREKA KETAWA DGN KUAT SAMBIL ANGGUK2 SEMASA MENDENGAR CERAMAH NGA KOR MING :


YG MENGATAKAN BAHAWA DS DR. ZAMBRY 'HITAM METALIK', MEREKA JUGA SEBENARNYA JUGA SEDANG MENTERTAWAKAN MAMAT DI ATAS TU...

CREDIT TO : AAKJ