Monday, 12 October 2015

BEKAS ADUN DAN SEPUPU DITEMBAK OLEH ORANG YANG SAMA ???


Polis sedang menyiasat sama ada kes kamatian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah yang dipercayai ditembak di rumahnya, di Kampung Alor Limbat, Jumaat lalu, mempunyai kaitan dengan kematian sepupunya yang turut ditembak dua bulan lalu.

Ini adalah satu daripada kemungkinan yang polis siasat, kerana kedua-dua lelaki itu ditembak di rumah masing-masing dan polis mengesyaki ia adalah tindakan seorang pembunuh upahan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden tersebut dilakukan pihak sama, namun menggunakan senjata berbeza.
“Pihak polis juga sedang menyiasat sama ada kes tersebut mempunyai kaitan dengan kes tembakan melibatkan seorang pesara guru yang juga sepupu kepada mangsa pada Ogos lalu.
“Tembakan itu (yang menyasarkan Aduan Terengganu dua penggal itu) ada motif dan mungkin dirancang selama sebulan. Tiada elemen rompakan terlibat.
“Jika kita lihat, kedua-dua kes berlaku pada tarikh yang sama (iaitu 9 Ogos dan 9 Oktober),” katanya sambil menambah, polis telah menubuhkan pasukan bagi menyiasat secara terperinci dan mencari petunjuk bagi kes berkenaan,” katanya pada satu sidang media semalam.
Pesara itu, Mat Jusoh Ali, 56, maut dipercayai ditembak dari jarak jauh di kawasan rumahnya, di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu, pada jam 7.15 pagi 9 Ogos lalu.
Katanya, seramai 10 orang yang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan jiran Alias telah dipanggil bagi memberi keterangan.
“Bagaimanapun, kami belum mengambil keterangan isteri mangsa, kerana beliau masih trauma,” katanya.
Rosli berkata, kes tersebut memang telah dirancang terlebih dahulu.

- The Rakyat Post

Post a Comment