Wednesday 6 March 2013

( FOTO ) LANUN SULU 'MATI KATAK'....!!!!


Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar seorang penceroboh yang ditembak mati pagi ini.
Gambar ketiga menunjukkan satu kawasan pengebumian yang tidak memperlihatkan sebarang mayat, namun Hishammuddin mendakwa terdapat tiga mayat di dalam lahad tersebut.


ARTIS BARU WANITA TERBAIK AIM 1999 SUSPEK BELASAH SUAMI HINGGA MATI


Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

KESULTANAN SULU TIDAK BERHAK KE ATAS SABAH....!!!

tenterasultan

PETALING JAYA  : Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Menurutnya jika keadaan itu diguna pakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.

"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.

"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya yang dipetik Mstar Online.

'TANYA SAMA ANWAR KENAPA DIA BERANG, NANTI JAWAB ANWAR, AKU LAH DALANG'.........


Kesilapan Anwar Dalam Insiden Lahad Datu

‘Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu’ merupakan kenyataan yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak. Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri membuktikannya melalui tindakan, kata-kata dan responnya mengenai insiden ini sebelum dan selepas ia berlaku. 

Antara yang paling ketara ialah ‘nyanyian’ Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, “Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang." Nyanyian Anwar di beberapa ceramah ini telah pun di-upload dan disebar secara meluas di Youtube, sekali gus membuatkan para penyokongnya kelu untuk berkata-kata. 

4 LANUN SULU MENYAMAR ORANG AWAM DIBERKAS


SEMPORNA, 6 Mac — Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna  -  klik utk seterusnya

TIAN CHUA PENIPU...PEMBOHONG BESAR...PENAKUT..!!!! KEH! KEH! KEH!



Katanya nak dedahkan mengenai sandiwara UMNO di dalam krisis Lahad Datu... Katanya ada bukti kukuh.... Katanya nak dedahkan pada hari Selasa.... semalam Selasa dan telah tamat pada jam 12 tengah malam tadi.... mana sidang akhbarnya...???? Mana sidang akhbar pendedahan sandiwara UMNO ...tian chua hoiiiiii...!!!! So...siapa sebenarnya yang bersandiwara!!! keh! keh! keh!

KRISIS LAHAD DATU : PUAK PR TAK PUAS HATI JET PEJUANG DIGUNAKAN ....!!!



Dah nama pun pembangkang...kalau mulut tak celupar memang tak sah..... makanan harian untuk mengenyangkan tembolok mereka adalah dengan membangkang....

Lihat saja jika sebelum ini mulut longkang busuk mereka telah berkata ....KELUARKAN SEMUA YANG ADA, JET PEJUANG, KAPAL SELAM, KERETA KEBAL... BUAT APA SIMPAN DAN CUMA JADI PAMERAN MASA HARI MERDEKA JE???

PELAKON REMY ISHAK BANGGA ADIK BERJUANG MENENTANG LANUN SULU DI LAHAD DATU....

.

Sebagai abang, aktor kacak Remy Ishak berkata, dia berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah. Bagaimanapun Remy mengakui timbul rasa bimbang dalam diri untuk melepaskan adiknya itu pergi bertugas di sana.
Tetapi demi tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada diceroboh, Remy berkata dia hanya berserah kepada Allah berharap dia dan semua yang berada di sana selamat.

“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.