Friday 28 December 2012

BERBOGEL DI ATAS TALI WAKTU SENJA........

Hayley Ashburn

BANGKOK : Peminat aksi lasak, Hayley Ashburn, mempamerkan keberaniannya berjalan meniti tali setinggi 36.5 meter pada waktu senja tanpa sebarang alat keselamatan atau pakaian.

Hayley, 24, menunjukkan kemahirannya itu di kawasan pelancongan Mai Leung.

Menurut wanita dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu, dia berbogel untuk berasa “bebas” dan menikmati detik penuh ketegangan itu walaupun tahu air di bawahnya cuma sedalam 0.3 meter.

“Sangat seronok dapat berbogel di tempat terbuka tanpa sesiapa boleh melihat saya,” katanya. Walaupun begitu, seorang rakan Hayley merakamkan aksi berkenaan untuk tatapan ramai. Hayley mula aktif dalam aktiviti berjalan di atas tali itu sejak 2008. 

TOLAK ANWAR : JANGAN SOKONG PUAK ISLAM LIBERAL


KAWAN KARIB ANWAR IBRAHIM, GUS DUR DIBAPTISKAN DALAM KERANGKA GERAKAN ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME AGAMA

Dr. Amini Amir bin Abdullah, dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, hari ini  dalam Suara Pusat Islam Universiti menulis supaya para pengundi di negara ini Menolak pemimpin dari parti-parti yang menyokong dan mengembangkan Pluralisme Agama dan Islam Liberal, dalam PRU13 nanti.


Dalam hal ini, Anwar Ibrahimm dalam satu wawancara pentingnya di Eropah telah berkata"semua agama adalah sama, yakni mempunyai Tuhan yang Satu". Bagi Anwar Islam dan semua agama yang mempunyai Tuhan yang satu, sama sahaja. Manakala, bagi kita umat Islam diajar bahawa agama Islam adalah satu-satunya yang diredhai dan diterima Allah SWT, bukannya agama-agama lain. Islam jauh berbeza dengan agama-agama lain!

Tidak hairanlah Anwar menyokong, nama Allah SWT digunakan juga oleh agama-agama lain dengan bebas dan meluas di negara kita. Walaupun Dato Harun Din, YB Taib Azamudin, YB Datuk Nasharudin Mat Isa, Datuk Ismail Kamus, dan lain-lain ulama menolak pegangan Anwar ini.

EPISOD PENGENALAN BLOGGER PEMBANGKANG YANG SADIS....!!!!!


Bukan niat MI nak menghina, jauh sekali nak jatuhkan maruah Blogger Tersohor Pakatan Haram, sekadar ingin berkongsi pandangan malah MI juga tidak terniat langsung ingin mengaibkan gadis yang jadi mangsa Blogger Tersohor Pakatan Haram. Ianya semata-mata supaya anak gadis yang lain berhati-hati dengan kumpulan penulis upahan parti anak beranak ini.

Episod Pengenalan

Kisah ini bukan baru dan bukannya lama sangat, MI ambil keputusan mendedahkan kisah ini semata-mata kerana Blogger ini makin lama makin keterlaluan memfitnah Perdana Menteri, isteri dan seluruh ahli keluarga PM serta pemimpin-pemimpin lain dalam BN.

Beliau juga amat suka mengaibkan Blogger-blogger Pro BN malah menjadi kegilaannya mendedahkan wajah-wajah pemilik blog Pro BN dan serta apa saja yang berhubung kait dengan Blogger Pro BN termasuk rumah dan kereta tanpa memikirkan risiko orang yang didedahkan.

'AMANAT PUAKA 1981' BUAT HADI AWANG JADI BISU....!!!!


SIAPA yang tidak kenal Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau seorang pemimpin Pas yang begitu tegas dan lantang mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Di bawah kepimpinannya juga, haluan perjuangan politik Pas dilihat berubah apabila meninggalkan usaha memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Malahan dalam apa juga situasi, biar pun dikecam oleh pelbagai pihak berikutan tindakan Pas bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang memungkinkan Pas dilihat hanya pak turut, Abdul Hadi akan ke depan - bermati-matian mempertahankan apa yang dipanggil tahaluf siyasi.

Orang Melayu dan umat Islam juga melihat betapa lantang dan beraninya Ahli Parlimen Marang itu muncul setiap masa untuk memperkatakan sesuatu isu khususnya demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

IMPIAN ANWAR KE PUTRAJAYA BAKAL DIMUSNAHKAN OLEH 10 ORANG ..!!!


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

GEMPAR !!! PAK MOKHTAR KEBUMI JENAZAH ISTERI DI LAMAN RUMAH



Hiasan...

MARANG  - Gara-gara tidak mahu berkongsi tanah perkuburan dengan penyokong UMNO kerana berpegang dengan Amanat Haji Hadi, Mokhtar Ismail, 58, sanggup mengebumikan jenazah isterinya di pinggir rumah di Banggol Katong, Serada dekat sini.

Walaupun anggota keluarga dan sebilangan saudara-maranya menganggap tindakan itu keterlaluan, dia tidak mengendahkan mereka dan cukup yakin langkahnya betul.

SAM KETOT TIDAK DIPERLUKAN DI NIBONG TEBAL...???


Keratan wall fb di atas menerangkan dengan jelas bahawa berlaku banyak kepincangan dalam barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat.

KLIK SINI untuk selanjutnya

Selepas dapat dilihat kurang berpuas hati dengan penamaan Mansor Othman sebagai bakal calon yang bakal menandingi kerusi Parlimen Nibong Tebal, kemarahan mereka akibat tersigkirnya Chegu Bard dari kerusi empuk tersebut turut membuatkan Sam Ketot terpalit sama.

VIDEO 3 DATUK HEBAT YANG RAMAI TIDAK TAHU....!!!

DATUK SERI IDRIS JALA :



Siapa sangka... Pengarah Urusan MAS yang dilantik menjadi Senator dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini rupanya hebat bermain 'lead guitar'.  Walaupun kehebatan beliau ketika meletakkan kembali MAS di landasannya setelah kerugian akibat menanggung beban hutang yang besar, tidak siapa boleh nafikan..... tetapi kehebatan beliau memetik gitar sambil mendendangkan lagu-lagu blues, sangat menyentuh perasaan... saksikan sendiri video berikut :