Saturday 22 September 2012

DATO SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN HAJI ABDUL KADIR..... SATU NAMA UNTUK SELURUH RAKYAT PERAK


Seorang anak nelayan kepada pasangan Abdul Kadir bin Muhammad dan Saidatul Badru Abd Kader...
Lahir pada 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, Perak.
Seorang kanak-kanak yang cergas dan pintar seawal bersekolah di Sekolah Kebangsaan di Pangkor.....
Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sitiawan... di dalam Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Sekarang sekolah tersebut dikenali sebagai SMAB ( Sekolah Menengah Ahmad Boestamam).

BLOGGER PCT FAILKAN SAMAN TERHADAP KOR MING....???



IPOH - Penulis blog, Ahmad Sofian Yahya atau di kalangan rakan-rakan blogger lebih dikenali sebagai Sekupang Dua Anak Pak Ya, memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan kononnya dia mengaku salah dan menarik balik samannya berhubung dakwaan salah guna kuasa pemimpin tersebut.


Sidang akhbar tentang saman terhadap ngah kor ming, jam 11.30 pagi tadi, saman telah pun didaftar di makamah tinggi semalam jam 11 pagi, hari nie sekadar makluman kepada wartawan, PC adalah  untuk tindakan.


Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Norali & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini semalam.

Dalam saman tersebut, Ahmad Sofian menuntut perintah injunksi mengarahkan Kor Ming menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah di laman webnya dan menghalang beliau dan ejen-ejennya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Dia juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah serta kenyataan permohonan maaf secara terbuka oleh Kor Ming di mahkamah.

Berikut dipaparkan kandungan saman tersebut : 










Ahmad Sofian adalah pemilik blog sekupangduas.blogspot mendakwa Kor Ming telah mengeluarkan fitnah tersebut dalam laman sesawangnya www.ngakorming.com pada 12 September lalu.

MALAYSIA BOLEH!!! ESTINO TANIYU BERJAYA TAMATKAN RENANGAN SEBERANG SELAT INGGERIS


Perenang solo, Estino Taniyu (tiga, kanan) dari Semporna, Sabah muncul perenang kedua dari Malaysia menakluk Selat Inggeris bagi kategori tanpa sangkar selepas Lennard Lee pada tahun 2004. Estino yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamatkan renangan dalam masa 13 jam 45 minit dan 45 saat. 

SEGERAKAN PRU 13, KAMI DAH JEMU MENUNGGU....!!!



Saudara Pengarang,
AKHBAR The Star pada edisi 4 September telah memaparkan satu berita muka depan yang sangat menarik iaitu mengenai kalendar pilihan raya umum akan datang dengan mengemukakan beberapa tarikh yang difikirkan paling sesuai untuk diadakan.
Maka antara lain, tarikh yang difikirkan sesuai itu ialah pada 3, 5, 11, 14, 23 atau 25 November.

ISU FILEM HINA ISLAM : 60 RESTORAN KFC DI TUTUP DI PAKISTAN


60 Restoran KFC Di Pakistan Ditutup Susulan Protes
NEW YORK – Yum! Brands memutuskan untuk menutup kesemua restoran makanan segera KFC di Pakistan susulan protes anti-Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan filem menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.
Langkah itu diambil susulan serangan ke atas sebuah restoran KFC di Lubnan minggu lalu, demikian menurut syarikat itu, dipetik CNNMoney.
“Restoran KFC kami di Pakistan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga,” kata jurucakap Yum! Brands, Christopher Fuller.
“Mereka akan terus memantau situasi untuk memutuskan bila ia akan dibuka semula,” katanya lagi.
Angka kematian ekoran protes terbaru semalam telah mencecah 15 sehingga petang semalam.
KFC ada lebih 60 restoran di 21 bandar di Pakistan.
Rangkaian itu juga mempunyai cawangan di 21 bandar raya di rantau Timur Tengah.
Laporan CNN menyebut bahawa pada 14 September lalu, penunjuk perasaan yang memprotes filem Innocense of Muslims telah menyerang sebuah restoran KFC dan dua lagi francais AS iaitu Hardee’s dan Krisphy Kreme di Tripoli, Lubnan.
“Beberapa restoran jenama AS di Tripoli juga rosak termasuk satu restoran KFC,” katanya lagi. – SinarHarian

PUTERI SULTAN BRUNEI NIKAH STAF PEJABAT PERDANA MENTERI

SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.
SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.

CACING KERAWIT KELUAR DARI MULUT BUDAK TERBIAR

Hiasan

PASIR PUTEH: “Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan.

“Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga,” kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, dekat sini.

PERMOHONAN PELAKON 'INNOCENCE OF MUSLIMS' DITOLAK MAHKAMAH


LOS ANGELES - Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam menolak permohonan pelakon Innocence of Muslims, Cindy Lee Garcia agar treler filem itu ditarik balik dari laman YouTube.

Hakim Mahkamah Tinggi, Luis Lanvin enggan menerima permintaan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Garcia.