Sunday 11 March 2012

FITNAH MAJLIS PERTUNANGAN GUNA DUIT KERAJAAN, PEJABAT PM MAHU RAFIZI MOHON MAAF!!!!!



Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR),Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri,Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.

Menurut beliau,tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu,sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.


“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau,yang mana ia adalah palsu,fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.Majlis pertunangan tersebut tidak langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.

Rafizi membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Anak perempuan Perdana Menteri,Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan,Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu.


LIHAT BAGAIMANA PAKATAN HARAM JADAH MENGGUNAKAN GAMBAR  UNTUK MENABUR FITNAH SEANTERO ALAM TERHADAP PM DS NAJIB....


LIHAT GAMBAR DI BAWAH




FITNAH PAKATAN HARAM


FITNAH PAKATAN HARAM 



FITNAH PAKATAN HARAM



GAMBAR SEBENAR 


GAMBAR SEBENAR !!! YANG NI FITNAH DARI UMNO KER ???

RAFIZI NI TAK ADA CERITA LAIN KER ???

BERAPA RIBU PUN TERPULANG PADA PM LAH !!!

DUIT KELUARGA PM !!!

ATAUPUN RAFIZI NI NAK TACKLE ANAK PM LEPAS ITU TAK DAPAT ???

KENAPA NAK SIBUK SANGAT ???

INI LAH SIKAP PAKATAN HARAM !!!

JANJI PAKATAN HARAM BILA NAK TUNAIKAN ???

ASYIK RUGI JER KAT SELANGOR TU ???

SAMPAH DI SELANGOR BILA NAK SETTLE ???

MASALAH AIR DI KELANTAN BILA NAK SETTLE ???

BILA NAK SURUH ANWAR IBRAHIM MEMINTA MAAF BERKENAAN CALIT DI DAHI ???

KENAPA SAMPAI SEKARANG DIAM ???

KENYATAAN ISRAEL ???

APA CERITA ???

ANDA NAK FAKTA MENARIK BERKENAAN RAFIZI ???
KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KREDIT TO  BADUT RAKYAT

SHAHRIZAT LETAK JAWATAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KEKAL KETUA WANITA UMNO...


Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa pada 8 April ini apabila penggal beliau sebagai Ahli Dewan Negara tamat.

Bagaimanapun, beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO.

Keputusan beliau dilihat sebagai sangat sukar tetapi jelas membuktikan itulah pengorbanan besar seorang pejuang sebenar UMNO, meskipun beliau tidak terlibat dan tidak didapati bersalah terhadap isu NFC.

Jasa dan pengorbanan beliau terhadap keputusan yang diumumkan itu akan terus dikenang sepanjang zaman oleh para pejuang UMNO sebagai pejuang yang tidak tamakkan jawatan dan sanggup berkorban demi alif, ba dan ta.

SBPA DIBATALKAN : APA KOMEN ZUL NOORDIN....



Salam 2 all.

Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM,Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif.Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat.

Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.

Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.

Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam!

Contohnya:

1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang ! Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar !

2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan ! Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!

3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah),kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!

Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?

4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik ! Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!

5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut ! Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.

Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop ! Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!

ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1432
09 Mac 2012

Sumber Zul4Kulim

YAB DATO SERI, GAME SUDAH BERMULA.... MAMPUKAH UMNO..?????

RESPON KEPADA SURAT TERBUKA BUAT MB PERAK

Sokongan Terhadap Kebenaran Surat Terbuka Kepada MB Perak
Sebelum saya meneruskan artikel ini, soalan pertama saya kepada UMNO Perak terutama DS Zambry ,kerana soalan saya ini akan menjurus kepada nilaikerja yang dilakukan oleh Orang UMNO sendiri. Perlu diingatkan kita bukan lagi berpolitik secara Lama, sekarang kita berpolitik cara terbuka dan berangkai- Kepakaran dan strategi didalam semua medium  MESTI ada.
  1. Didalam semua Bahagian Negeri Perak, Berapa banyakkah Pakar Cybertrooper disetiap bahagian  yang mengendalikan Isu di Media sosial?
  2. Didalam Semua Bahagian, Berapa banyakkah Wacher dan Tracker yang dilantik oleh DS secara rasmi tanpa pengetahuan Ketua Bahagian untuk melakukan penilaian Orang UMNO sendiri ( musang Berbulu Ayam)
Rasanya cukup dua perkara tersebut untuk membongkar apa yang sedang berlaku didalam UMNO negeri Perak akibat kebocoran startegi serangan untuk menumbangkan pembangkang. Jangan kita lupa kekalahan  PRU 12 adalah akibat  daripada UMNO tiada mempunyai Trooper Media Sosial yang mantap  dan juga berlaku pengkhianatan didalam  UMNO Perak sendiri.
Setelah saya membaca surat khas untuk MB Perak oleh Aktivis Keadilan , maka disini saya mengakuinya apa yang dikatakan oleh beliau  memang telah berlaku didalam krisis  dalaman  UMNO sendiri. Setelah sekian lama saya memendamkan maklumat ini dan dikeluarkan secara terbuka oleh Aktivis Keadilan maka amat jelas sekali  apakah yang sebenarnya sedang dan telah berlaku didalam sistem yang sedia ada sekarang.
Dulu, saya pernah menyuarakan perkara ini dengan beberapa orang penjawat didalam UMNO , tetapai apa yang kami dapat hanya lah cemuhan dan agar perkara ini jangan dipanjangkan dan  masing masing melakukan kerja. Pembocoran maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh  Aktivis Keadilan tersebut  sememangnya benar berlaku-
Mari kita imbas kembali , sepanjang penubuhan War Room yang dicanangkan oleh kepimpinan pemuda  apakah  hasil yang telah didapati, jawapannya Tiada, Sepanjang itu juga  Trooper pro kerajaan sedaya upaya membantu  kerajaan untuk counter isu yang dibuat oleh orang UMNO sendiri untuk membunuh UMNO, apakah yang dilakukan oleh pejuang UMNO yang hanya bermulut besar dengan projek atas nama jawatan.. TIADA.
Selepas lantikan sebagai MB Perak , apakah DS tidak melihat siapakah yang berada dipersada jawatan  didalam sistem DS zamby sendiri yang dipercayai untuk mengendalikan strategi peperangan , Saya berani katakan semua nya dikalangan bekas pembangkang, Pernahkah DS mengkaji  latar belakang  mereka, rangkaian inner circle mereka, menempatkan tracker dan wacher untuk memestikan mereka ini benar benar setia pada Parti?
Sekarang Negeri Perak sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang amat teruk berbanding negeri lain dibawah kepimpinan DS Zambry, kenyataan saya ini bukan bersifat tidak menyokong akan tetapi ianya lebih kepada menjurus agar penelitian pemberian jawatan dan latar belakang penjawat tersebut akan tetapI SEPATUTNYA SETIAP INDIVIDU TERSEBUT  TELAH DIIKUTI SETIAP KESETIAAN BUKAN HANYA PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT MEREKA SAHAJA TETAPI DENGAN PERBUATAN TANPA IMBUAHAN – Penilaian ini seharusnya dilakukan  dan diperhatikan oleh Wacher dan Tracker yang  mana hanya DS sahaja yang tahu.
Kita pernah bersembang dalam hal politik ini dengan pelbagai pertanyaan yang saya kemukakan yang mana saya melihat tiada satupun jawapan yang berani  DS berikan sebagai seorang MB Perak. Persoalan saya cukup mudah kenapa Negeri Perak tidak dapat menerima pandanagn daripada Trooper dan blogger yang mana mempunyai terlalu banyak maklumat untuk dikongsikan bersama dgn UMNO? Kenapa didalam negeri lain  kesatuan ini boleh berlaku kenapa tidak didalam negeri perak.
Jawapan kepada persoalan tersebut ialah,  apa yang telah dituliskan oleh Aktivis Keadilan dibawah ini. Siapakah orang  yang ada disekeliling DS? Adakah mereka akan bermatian  berjuang tanpa Imbuhan untuk Parti? Adakah mereka akan mempertahankan parti dan akan menjual parti demi Imbuhan?
Ini yang sedang berlaku sekarang? Sebagai Blogger dan Trooper saya amat kecewa dengan apa yang sedang berlaku didalam negeri Perak sekarang, mungkin agak terlambat bagi kita  untuk mendapatkan  sokongan akibat kesilapan daripada DS  didalam mencatrurkan  apa yang DS percayai.
Sekarang DS telah menekan GAMES START  didalam   politik yang amat bahaya  yang mana  startegi peperangan bukan berdasarkan politik  lama akan tetapi Politik Berangkai yang mana kesemua strategi kepakaran  dimainkan didalam Maya dan realiti?
Sekian RMF7
BERIKUT ADALAH SURAT TERBUKA YANG DIMAKSUDKAN......

Surat Terbuka Buat MB Perak…

9 Mac 2012
YAB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak,
Pejabat Menteri Besar Perak,
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, PERAK.
YAB Dato’ Seri Diraja,
Moga YAB berada di dalam keadaan senang dan lenang; disaluti segala macam kekayaan yang sedang berterbangan masuk ke pejabat, rumah, kawasan, negeri dan segala jajahan takluk YAB. Kehebatan intelektual YAB memang tak ramai yang dapat menyangkal. Sangat hebat dan dihormati. Kawan dan lawan. Inilah masalahnya. Kalau dah kawan dan lawan pun hormat. Kita pun mulalah naik lupa dengan hakikat dari mana kita datang.
‘Grand Design Sabotage’ di Perak
Sebagai aktivis reformasi asal, saya memang tidak gemar dengan mereka yang berselindung di sebalik pendirian mereka yang sebenar. Warna mereka kadang-kadang tak jelas. Di depan cakap lain. Di belakang cakap lain. Depan YAB buat lain. Di belakang buat lain. Di depan hormat dan respek orang lain. Di belakang sebenarnya memuja dan mendewakan orang lain.
Sebagai aktivis reformasi asal, kita memang kenal dengan musang berbulu ayam, musuh dalam selimut, api dalam sekam, siapa yang sebenarnya telunjuk lurus; namun kelingking elok menganyam adu domba dan masalah. Kami tak pernah lupa perangai kawan-kawan yang mudah pada wajah dan kata-kata meninggalkan perjuangan; tapi masih lagi mengadap dewa politik yang sama. Di kanan makan. Di kiri makan. Ironinya, kebanyakan mereka ini di bawah lembayung kasih dan pemerintahan YAB jua. Apakah YAB menyedari semua perkara yang sedang berlaku ini?
Untuk makluman YAB, semua data, risikan, berita, strategi sudah lama tumpah ke pihak lawan. Sudah lama. Mereka gembira dan sedang menikmati buah-buah risikan politik yang dilakukan oleh gerombolan YAB. Mereka mampu mengkaji kedudukan politik Perak sehingga ke PDM. Termasuk di kawasan YAB sendiri!
Biarlah dikatakan, mereka sedang mengatur coup politik yang maha hebat dalam PRU yang akan datang. Maha hebat. Kami rasa YAB tahu. Atau sengaja buat-buat tak tahu. Sudahkah YAB selidiki semua mereka yang terlibat di dalam penyediaan war room di Perak. Sudah? Apakah sudah ditapis beberapa kali?
Daripada perbualan kami dengan inner circle YAB, maka sedarlah kami YAB sedang bermain dengan game yang sangat bahaya. Jangan begitu YAB. Lupakanlah pendewaan politik lama. Mereka tidak segan silu berkongsi cerita dengan kami yang nyata sudah terpinggir ini. Mereka bangga dengan jumlah harta karun yang mereka peroleh. Mereka membesarkan diri dengan segala macam kemudahan yang mereka dapat. Mereka gembira dengan hakikat mereka pegang YAB di dalam kocek mereka.
Apakah ini kumpulan yang YAB percayai, kasihi dan harapkan? Lama mana mereka dalam perjuangan UMNO? Berbaldi agaknya ludah mereka terhadap UMNO pada suatu ketika.
Mereka cukup bongkak mengatakan politik sudah menjadi sangat ‘fluid’ dan mereka berhak menentukan kiblat politik mereka. Ini sangat berbahaya YAB.
Harap dapat diselidik dan dinilai. Kami hanya berharap KESETIAAN YAB tidak berubah. Jangan cakap lain. Buat lain. Jangan YAB buat lain. ‘Turncoat brothers’ buat lain.
* sekali lagi kami tekankan: GAME ini sangat bahaya YAB.
Sekian. Wassalam.
AKTIVIS REFORMASI KEADILAN
1997 – 2006