Tuesday 13 December 2011

21 TAHUN DI KELANTAN... BARU 1 MASJID... KINI NAK BINA LEBIH BANYAK KUIL PULAK DAHHH....!!!

PAS Semakin Songsang !!! AKAN BINA BANYAK KUIL..???!!!

INILAH PERJUANGAN PAS..???
Harakah Edisi Khas.


*Nilai-nilaikan perjuangan PAS sekarang ini.

10 HUJAH.... PAS VS BN....!!!

10 Hujah Tawaran BN Lebih Baik Dari Negara Berkebajikan PAS.



  • Fakta dari Berita Harian.


    CREDIT TO ::: MyMassa

    FAKTA MENARIK PERTABALAN DYMM SULTAN KEDAH SEBAGAI SPB YDP AGONG KE -14...

    Fakta Menarik Mengenai Pertabalan DYMM Sultan Kedah Sebagai SPB YDP Agong.


    Kali pertama menjadi SPB YDP Agong, Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Abdul Razak.






    Kali kedua menjadi SPB YDP Agong, Perdana Menteri ketika ini adalah anak Tun Abdul Razak iaitu Dato' Sri Mohd Najib.






    *Adakah ini suratan atau kebetulan?

    CREDIT TO MyMassa

    CERITA SEBAHAGIAN CALON PAS PRU 13....!!!


    Kafir Harbi Lawan Jihad  (DARI RAKAN FACEBOOK)
    KOTA BHARU - Ramai pemimpin hari ini mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada 
    pemimpin Pas terdahulu. Ini hasil daripada perniagaan mereka, gaji jawatan yang disandang dalam
    Kerajaan Pas Kelantan serta kutipan lumayan daripada ceramah.

    Antara manifestasi kekayaan mereka ialah rumah besar, kereta mewah, main saham dan
     menambah bilangan isteri. Berikut senarai beberapa pemain Pas yang ada koleksi isteri.

    1) Datuk Abdul Rahim Abdullah : Cerita bekas Speaked Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini 

    menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu bernikah dengan dengan wanita Kemboja lewat 20-an heboh 
    diperkatakan satu masa dahulu. Isteri pertamanya tidak tahu cerita tentang pernikahan ini, 
    Dengar cerita, kes pergaduhan isteri -isterinya terpaksa dileraikan pemimpin Pas. 
    Dengar cerita terkini, dia telah menceraikan isteri baru itu dan berkahwin dengan seorang lagi 
    gadis Kemboja. Dengar cerita lagi, dia kerap berulang alik ke Kemboja sekarang.

    2) Nassuruddin Daud : Jejak langkah Abdul Rahim diikuti oleh, Nassurruddin. 

    Dia juga mengamalkan poligami dengan memiliki dua isteri. 
    ADUN Meranti itu yang juga bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan amat 
    hebat di atas pentas ceramah,. Kehebatannya itu diterjemahkan dalam memastikan dia mendapat banyak isteri.

    3) Mat Sabu : Ayam tambatan Pas yang ada girlfriend di Kelantan walaupun mempunyai 

    isteri yang sah di Kedah, Menjadi terkenal kerana kes khalwat di Bilik 121, Hotel Perdana, 
    Kota Bharu beberapa tahun lalu. Menjadi lebih terkenal apabila terlepas daripada dakwaan 
    Mahkamah Syariah Kelantan hasil campurtangan pemimpin negeri.

    4) Saiful Bahri Mohamed : ADUN selising ini mempunyai seorang isteri tetapi pernah ditangkap

     khalwat dengan isteri orang dalam gerabak keratapi. Bekas ketua petugas keselamatan Pasir Puteh,
     Ustaz Saidi telah bersumpah dengan al-Quran mengaku bahawa beliau menangkap Saiful Bahari 
    di atas gerabak keretapi. Menurut Ustaz Saidi kes tersebut telah di bawa kepada Nik Aziz tetapi 
    ditolak kerana Allah telah mengampunkannya.

    5) Husam Musa : Manusia paling istimewa yang diutuskan Allah kepada rakyat Malaysia - Nik Aziz.

     Dia juga tidak terlepas dengan status gila kahwin. Kata orang, dia telah berkahwin dengan seorang
     kolumnis berbangsa Cina. Setakat mana kebenaran tidak diketahui lagi.

    6) Takiyuddin Hassan : Orang Kedah tetapi dapat menjadi Ketua Pemuda Pas Kelantan. 

    Apa yang pasti sebelum ini dia mempunyai dua isteri tetapi katanya telah bertambah sehingga 
    kuotanya telah penuh. Dia juga dikatakan sedang membina rumah untuk kesemua isterinya serentak.

    Inilah wajah-wajah pemimpin Pas. Cerita mengenai perkahwinan mereka sering diperkatakan 

    oleh rakyat tetapi sejauh mana kebenarannya tidak diketahui kerana mereka amat bijak menutupnya.

    PENDIRIAN HASSAN ALI.....

    ‘Saya tak kisah’


    Dr. Hasan Ali


    SELEPAS 48 jam berita Datuk Dr. Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor digugurkan daripada senarai calon pilihan raya Pas tersebar, semalam beliau tampil memberikan penjelasan.
    Hasan yang pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan dan kemudian menjadi pakar motivasi, menyifatkan pengguguran daripada senarai calon pilihan raya negeri adalah perkara kecil sahaja.
    “Soal pencalonan ini bagi saya kecil,” tegas Hasan pada sidang media di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur semalam yang mengulas kontroversi pencalonan itu yang didedahkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib.
    Hasan yang menjadi tokoh kontroversi sejak isu perpaduan antara Pas dan UMNO dibangkitkan sehingga beliau tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, tetap tidak berganjak meneruskan misi perpaduan umat Islam melangkaui ideologi politik dan bangsa.
    Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini, beliau tidak memerlukan pengiktirafan daripada mana-mana pihak termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
    ADAKAH Datuk bersedia tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

    HASAN: Saya tiada halangan untuk tidak calonkan semula. Malah ia menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya berjuang atas nama Islam dan Melayu. Ia tidak tertakluk kepada pemberian apa jua bentuk ganjaran sama ada berbentuk wang, pangkat dan jawatan. Jika ganjaran itu diberikan, ia hanyalah secara kebetulan. Sebab itu saya tegaskan pencalonan ini bagi saya soal kecil. Agenda kita adalah memartabatkan Islam. Oleh itu, tiada sebab saya berasa kecewa kerana cita-cita saya adalah untuk menegakkan Islam.

    Apa pandangan Datuk tindakan Saari Sungib yang mendedahkan nama Datuk tidak disenarai?

    Saya ingin jelaskan beberapa perkara untuk mengelakkan kekeliruan berterusan. Pencalonan daripada cawangan diambil kira dalam menentukan pencalonan tetapi ada ketikanya faktor ini tidak menjadi penentu kerana wujudnya pertimbangan lain. Contohnya, saya sendiri diminta untuk bertanding di DUN Gombak Setia bukan atas dasar pencalonan cawangan.

    Setakat saya ingat, Ketua Penerangan Pas Selangor sekarang ini yang bertanding di DUN Hulu Kelang juga tidak ikut proses penerimaan pencalonan cawangan. Hal-hal ini diputuskan Pas Pusat setelah melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama. Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak mendahului pimpinan tertinggi dalam hal ini.

    Saya juga musykil kenyataan itu disebarkan bertepatan dengan suasana seorang pemimpin Pas menerima pengiktirafan daripada Sultan Selangor. Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan wujudnya satu kebetulan ini.

    Datuk dimaklumkan mengenai pengguguran sebagai calon?

    Tidak. Berapa pencalonan diterima saya tidak tahu. Bila pencalonan dibuka dan ditutup saya tidak tahu. Berapa cawangan yang sokong saya tidak tahu. Tiba-tiba isu ini `meletup’ dua hari lalu dan semalam dilaporkan di dalam akhbar iaitu ketika saya hendak menerima anugerah daripada Sultan. Cuba bayangkan hati sebagai insan. Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada para sahabat dari serata tempat termasuk England dan Jeddah. Tiba-tiba keluar berita Dr. Hasan tidak menerima pencalonan yang cukup. Bagaimana kita rasa. Kita manusia. Kita ada hati. Namun Insya-Allah saya tidak akan hilang pertimbangan.

    Presiden parti telah buat kenyataan semalam bahawa apa yang disebutkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor dari segi pimpinan tertinggi parti ia tidak dirujuk dan setakat ini tidak dipertimbangkan lagi mengenai calon ini. Saya rasakan ada sedikit gangguan di peringkat negeri ini. Gangguan mungkin untuk menganggu kemaraan Dr. Hasan. Saya pun tak tahu tetapi ini spekulasi dari saya. Tetapi saya amat berharap itu tidak berlaku, konspirasi ke saya harap itu tidak berlaku.

    Setakat ini sejauh mana kesediaan Datuk untuk tidak dicalonkan?

    Saya bersedia, Saya tidak boleh paksa mana-mana pihak. Saya dahulu pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama empat penggal (lapan tahun). Saya pun tahu di mana had sebagai Pesuruhjaya, di mana kebolehan dan kemampuan.

    Saya tinggalkan jawatan ini baru tujuh bulan lalu. Jadi maknanya soalan mengenai sama ada digugurkan atau tidak digugurkan tidak ada masalah. Orang Pas Selangor hendak atau tidak mengiktiraf saya tidak ada masalah.

    Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja.

    Jika benar tidak dicalonkan, apakah sedia bertanding atas tiket Bebas?

    Itu saya tidak dapat jawab hari ini. Hakikatnya politik ini bertukar setiap hari. setiap minggu dan setiap bulan. Sekiranya saya jawab soalan saudara hari ini, ia mungkin berubah pada minggu dan bulan depan.

    Bagi saya sesiapa yang membawa Islam saya sokong. Kumpulan yang membawa Islam saya sokong. Parti yang membawa Islam saya sokong. Pemimpin yang bawa Islam saya sokong. Itu prinsip saya. Jadi sama ada saya bertanding atas calon apa, atas tiket apa itu bersandar kepada kemampuan saya menggarap Islam dalam perjuangan. Mungkin orang akan membuat andaian kalau begitu saya akan memilih parti X atau memilih parti Y. Bukan begitu.
    Politik adalah sesuatu yang tidak pasti. Dalam soal ini biar masa dan keadaan yang menentukan tetapi masa dan keadaan mengikut aliran saya. Aliran saya adalah Islam. Aliran saya adalah bangsa Melayu dan aliran saya adalah kedaulatan raja-raja Melayu.

    Adakah usaha meningkatkan perpaduan tanpa mengira ideologi ini perlu diteruskan?

    Mesti. Pada saya itulah gunanya saya lahir ke dunia. Itulah gunanya saya dilahirkan sebagai muslim. Itulah gunanya saya belajar sehingga peringkat doktor falsafah (PhD). Itulah gunanya saya menguasai ilmu-ilmu dunia ini untuk digabungkan dengan ilmu-ilmu dalam al-Quran bagi kita menjunjung tugas itu. Bahkan tujuan saya ada dunia ini adalah untuk menjalankan tugas menyatukan umat manusia demi mengagungkan Allah SWT.

    Adakah Datuk sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar Pas?.

    Saya sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia membawa tiga elemen penting perjuangan saya iaitu Islam, Melayu dan institusi raja. Kalau ini ada tidak ada masalah.
    Dengan Pas saya tidak ada masalah, di luar Pas pun saya tidak ada masalah. Dengan NGO saya tidak ada masalah. Hubungan saya dengan NGO cukup baik dan dapat jemputan setiap hari untuk berkongsi pengalaman seperti kes murtad, persoalan orang Melayu dan perpaduan.

    Usaha menyatukan UMNO dan Pas atas nama kepentingan Islam sebelum ini gagal antaranya kerana tentangan daripada Pas. Apa yang boleh Datuk jelaskan?

    Soal perpaduan dituntut oleh mana-mana agama khasnya agama Islam yang saya anuti sejak lahir ke dunia. Dalam hal perpaduan ia melangkau segala-galanya - bangsa, agama, sempadan dan ideologi. Agenda ini sungguh besar.

    Ada pun penyatuan antara Pas dan UMNO ini hanyalah satu penyatuan yang kecil. Namun usaha yang kecil ini telah menerima pelbagai tanggapan dan pandangan yang akhirnya saya rasa kita perlu salahkan diri sendiri. Saya sebenarnya sangat positif jika Islam itu menjadi alat penyatunya. Saya sangat positif jika Islam itu menjadi tonggak kepada perjuangan penyatuan itu.

    Apa sumbangan yang boleh Datuk hulurkan untuk meningkatkan usaha perpaduan ini?

    Saya harap dipelawa untuk menganggotai jawatankuasa peringkat tertinggi untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah ini. Saya ada ramuan yang boleh kita kongsi. Ramuan ini telah digunakan oleh kumpulan kecil dan sederhana sejak belasan tahun lalu dan didapati hasilnya positif dalam usaha kita memupuk kesepaduan sejati.

    Lebih cantik lagi di peringkat Persekutuan yang melibatkan kementerian atau Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak ada masalah. Jika Perdana Menteri kata kami lantik kamu untuk mendapatkan input atas nama perpaduan yang saya dibenarkan menggunakan Islam sebagai tonggaknya, Insya-Allah saya akan berikan jawapan positif.

    Adakah Datuk akan tinggalkan Pas jika parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja?

    Itu bergantung kerana ini soalan untuk akan datang. Hakikatnya, bukan mudah untuk kita ambil keputusan apabila menyentuh perkara ini. Untuk meninggalkan parti begitu sahaja, bukan mudah. Ia melibatkan satu pertimbangan yang sewajarnya dan dalam hal ini walau apa langkah hendak dibuat saya akan rujuk dengan ulama, rakan-rakan politik dan penasihat hal ehwal agama saya.

    - Utusan Malaysia

    WAYANG ANWAR..... PAKAIAN ISTIADAT DALAM MAHKAMAH..!!!

    GILA GLAMOUR ATAU GILA BERPAKAIAN NI..???




    Dalam sejarah kes-kes mahkamah selama ini...ada sesiapa pernah tengok orang tertuduh masuk perbicaraan memakai pakaian istiadat warna putih atau disebut Number One Dress. Ia hanya dipakai pembesar seperti Menteri, Ahli Parlimen, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya untuk hadiri istiadat.

    Apa macam kalau baju istiadat seumpama ini di bawa masuk ke dalam perbicaraan apa lagi oleh tertuduh kes liwat?
    Inilah nampaknya " wayang' Datuk seri Anwar Ibrahim ketika hadir di kes liwatnya yang disambung bicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin.
    Kes itu sepatutnya disambung semula 9 pagi namun ditangguhkan ke jam 12 tengahari kerana beliau menghadiri upacara perpisahan Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di pekarangan Parlimen.
    Terdengar bisikan dikalangan beberapa orang di lobi mahkamah tak kan beliau tidak boleh salin sekejap dulu pakai pakaian lain sebelum ke mahkamah.
    Kalangan wartawan dan jurugambar yang menbuat liputan juga kata mereka tidak pernah lihat sesiapapun sebelum ini pakai pakaian istiadat ke mahkamah selama ini.
    "Ni wayang Anwarlah...."kata seorang di lobi mahkamah dengan nada sinis melihat gelagatnya buat sardin melangkah masuk  dengan pakaian itu - AgendaDaily
    Ia dilihat seolah-olah 'mencemarkan' pakaian istiadat negara....

    'HADIAH' UNTUK NGA KOR MING...???

    Memorandum Amaran Terbesar Untuk Nga Kor Ming


    Pekerja Di Pejabat DAP Perak Di Panggil Untuk Melihat Memorandum Yang Akan Diberi Kepada Nga Kor Ming

    SULTAN KEDAH.....YANG DIPERTUAN AGONG KE 14...


    Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14, berharap Malaysia akan terus aman damai dan semua kaum hidup dengan persefahaman dan bertoleransi.
    Baginda melahirkan rasa gembira kerana secara keseluruhannya perpaduan rakyat adalah baik tetapi boleh ditingkatkan jika semua pihak meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum atau politik.
    Sultan Abdul Halim, yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975, mengimbau kembali peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan berharap ianya tidak harus dibiarkan berlaku lagi.
    “Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu-isu agama dan perkauman.
    “Inilah yang membuatkan keresahan dan kucar-kacir di dalam masyarakat yang mungkin hanya menjadi pengikut yang tidak langsung faham isu yang diapi-apikan itu,” titah baginda kepada Bernama.
    Sultan Abdul Halim, 84, yang berkelulusan dalam bidang sains sosial dan pentadbiaran awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom, amat bersyukur kerana pertama kali baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri pada masa itu, dan kali ini apabila dilantik bagi kedua kalinya sebagai Yang di-Pertuan Agong, anak Abdul Razak, Datuk Seri Najib, pula menjadi Perdana Menteri.
    Menyentuh mengenai kemajuan dan pencapaian negara sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan, baginda bertitah Malaysia telah mencapai usia yang matang.
    “Jadi pemimpin dan rakyat haruslah juga matang membuat sesuatu tindakan.
    “Kekuatan negara kita terletak kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam, dan untuk kemajuan masa hadapan dua perkara ini haruslah dipertahankan,” titah baginda yang pernah menyertai perkhidmatan awam negeri Kedah pada tahun 1950an sebelum dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957 apabila ayahandanya, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.
    Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah, dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Feb 1959. Pada Julai 2008 sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda telah diadakan secara besar-besaran di Kedah.
    Mengenai peranan institusi beraja, Sultan Abdul Halim bertitah bahawa raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan.
    “Raja adalah payung kepada rakyat dan rakyat adalah tunjang kepada raja. Jadi peranan terbesar raja adalah untuk memastikan tidak berlakunya kezaliman dan kemusnahan kepada negara dan rakyat.
    “Dalam sistem Raja Berperlembagaan peranan yang dimainkan oleh raja adalah sebagai penimbang tara supaya keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam dikekalkan sentiasa,” titah baginda.
    Pada setiap majlis yang dihadiri, baginda sentiasa menekankan supaya rakyat hidup bersatu padu selain meminta umat Islam supaya sentiasa patuh kepada ajaran agama.
    Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid, mengisi masa lapang baginda dengan membaca buku, bermain golf serta meluang masa bersama keluarga.
    Hasil perkahwinan baginda dengan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada 9 Mac 1956, baginda dikurniakan tiga puteri iaitu pasangan kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri Diraja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.
    Puteri sulung baginda Tunku Sarina kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun di Istana Anak Bukit, Kedah. Sultanah Bahiyah pula mangkat pada 26 Ogos 2003 pada usia 73 tahun.
    Sultan Abdul Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Dis 1975 yang ditabalkan sebagai Sultanah pada 9 Jan 2004.
    Sultan Abdul Halim merupakan penyokong kuat pasukan bola sepak Kedah, dan semangat ini dibuktikan pada perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perlis pada 30 Jun 2007 di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang apabila baginda sanggup berjalan hampir dua kilometer kerana kenderaan rasmi baginda terperangkap dalam kesesakan menuju ke stadium itu. – BERNAMA