Thursday 6 September 2012

KISAH BAITULMAQDIS DAN HAIKAL SULAIMAN




Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.

Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang. Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.



MARKAS BARU FACEBOOK

California, AS - Meskipun sedang berhadapan dengan ketidakpercayaan pasar di  bursa saham, setelah nilai sahamnya masih terumbang ambing, Facebook ternyata tetap menjadi jejaring laman sosial terbesar di dunia.

Maka, rancangan untuk membuat markas yang sangat megah pun terus dibuat Mark Zuckerberg. Tentu menarik mencari tahu seperti apa rekabentuk dan wajah rangkaian bangunan yang disebut sebagai kampus Facebook itu.

Zuckberger sendiri telah menyuruh arkitek ternama, Frank Gehry, sebagai perekabentuk dalam rancangan ekspansi besar-besaran ibupejabat Facebook di Menlo Park, California tersebut.

Diklaim, markas baru yang telah direnovasi ini akan menjadi 'rumah' yang sangat nyaman bagi ribuan pekerja Facebook dalam berkarya.


 Berikut adalah rekabentuknya seperti dipetik dari The Wall Street Journal, Rabu (5/9/2012)

1. Konsep Inovatif





PANJANGNYA NAMA DESA NI.... TAK TAU NAK SEBUT MACAM MANA....


Desa Dengan Nama Terpanjang Di Dunia (plus Foto)


Dengan 58 huruf, sebuah desa di Inggeris, sebenarnya di 
Wales menjadi satu-satu nya kampung yang mempunyai nama 
terpanjang di dunia kini. Desa ini mempunyai nama 
Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch,
fuhhhh!!!! mcm mana nak sebut ni.... pandai-pandai lah....
dan sebelumnya bernama Llanfair Pwllgwyngyll.

Seorang pelancung bergambar di bawah papan penunjuk arah ke 
desa ini

Kampung ini terletak di Pulau Anglesey, Wales Utara, 
untuk menarik minat pelancong asing pada tahun 1860an, 
desa ini sengaja diubah namanya. Idea penggantian nama ini 
memberi hasil positif. Setelah namanya ditukar banyak pelancong
yang berkunjung ke desa ini kerana didorong oleh rasa teruja.

Stasiun kereta

Selain kerana tertarik dengan nama desa yang sangat panjang, 
stesen keretapi bergaya Victorian juga mempamerkan lokomotif 
keretapi wap kuno, dan gedung-gedung souvenir dan kerajinan tangan 
khas Wales menjadi daya tarikan khusus. Bukan sekadar itu, 
desa ini juga mempunyai gereja yang dibangun pada abad ke-15 
iaitu Gereja St. Tysilio.

Gereja St. Tysilio yang dibangun pada abad ke-15

Nama desa ini juga menjadi makin terkenal setelah 
Putera William dan Kate Middleton membangun rumah pertama 
mereka di sini. Putera William ditempatkan oleh 
Angkatan Bersenjata Kerajaan Inggris di pulau ini, 
dan pusat latihan ketenteraan terletak 27 kilometer dari desa ini.

(Geograph, Linklup, Wikipedia, BBC)

NEGARA YANG MASIH BELUM ADA COCA-COLA.....ADA KE..???




Sepertinya tidak ada orang yang belum pernah meminum Coca – Cola. Dan sepertinya semua orang pasti mengenal minuman bersoda ini.

Namun ternyata fikiran kita salah, masih ada negara yang belum pernah merasai Coca-Cola iaitu Cuba dan Korea Utara. Sedangkan Myanmar baru akan merasai i minuman bersoda ini.

Berdasarkan khabar yang diberikan Associated Press, The Coca – Cola Company, minuman bersoda tersebut akan mulai menjual produknya lagi di Myanmar setelah sekitar 60 tahun berlalu.

The Coca – Cola Company sempat melakukan bisnes di Myanmar sekitar tahun 1927. Namun ketika itu AS melarang perusahaan ini berinvestasi di negara – negara Asia Tenggara yang masih dalam proses reformasi demokrasi.

Sehinggalah pada akhir tahun 2011, Myanmar masih dikuasi oleh militerisasi.

Dan bulan lalu, Pemerintahan AS telah menarik balik larangannya. Perusahaan – perusahaan terkenal seperti Coca – Cola Company sudah dapat berinvestasi kembali di Myanmar.




Coca – cola akan mengimport produk – produknya dari negara jiran selagi Perusahaan sedang dibangun di Myanmar. Perusahaan tersebut akan menyumbang 3 juta dollar untuk pembangunan perusahaan dan membuka peluang pekerjaan bagi wanita Myanmar.

Coca – cola bekerjasama dengan PACT iaitu kelompok bukan pemerintah yang mengamalkan inisiatif ekonomi dan kesihatan di negara – negara berkembang.

Sampai sekarang hanya Korea Utara yang belum pernah merasakan minuman bersoda Coca – Cola tersebut. Sebenarnya Cuba adalah salah satu negara pertama yang terdapat Coca – Cola. Namun kerana pemerintahan yang dipimpin oleh Fidel Castro, aset swasta telah disita selepas Revolusi Cuba.

HARTA KEKAYAAN BILL GATES....

Bill Gates adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya di dunia. Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya di dunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar-pencabar yang lain dengan harta dianggarkan boleh beli Malaysia dan beberapa negara asia lain.



So, sedikit susur galur Bill Gates dan duitnya....

1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

8. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

9. Akan tetap, jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang/rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!

Sumber:
http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com

SUARAM DAPAT DANA DARI KEDUTAAN JERMAN..???


Kedutaan Jerman Akui Salur Dana Kepada Suaram


KUALA LUMPUR : Kedutaan Jerman di sini mengaku menyalurkan dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber berkata, kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.
"Projek dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah (dana) adalah terhad".
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Malaysia Pahang dan dua syarikat Jerman di sini Rabu.
Siasatan awal oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud transaksi dana antara Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, dan Suaram.
SSM telah dikritik oleh beberapa NGO atas dakwaan gagal bertindak terhadap Suaram yang, antara lain mengaku menerima dana daripada negara-negara asing.
Kritikan itu berikutan laporan bahawa Suaram bukan sebuah NGO tetapi sebaliknya adalah sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Ketika ditanya sama ada kedutaan itu akan membiayai projek lain Suaram, Duta itu berkata, kedutaan akan mengkaji mana-mana cadangan "mengikut penilaian kami".
"Kami juga menyokong Majlis Peguam berhubung hak masyarakat pribumi. Kamilakukannya setiap masa. Ini adalah sebahagian sistem nilai-nilai kami," katanya. - BERNAMA

{ VIDEO } DARI HISTORY CHANNEL : KEHEBATAN GERUP GERAK KHAS (GGK)

VIDEO: Kehebatan Pasukan Komando Negara, Gerup Gerak Khas (GGK) Dalam History Channel

Gerup Gerak Khas (GGK) merupakan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan dan memiliki kelas tersendiri di kaca mata pasukan khas terkemuka di dunia.


PEMILIH BARU : 7 LANGKAH PENGUNDIAN.......


KHAS UNTUK MEREKA YANG PERTAMA KALI NAK MEMBUANG UNDI......
TETAPI.... sekiranya anda adalah pemilih yang dah pernah mengundi tapi ingat-ingat lupa  langkah-langkah di tempat pengundian.... apa salahnya kalau nak baca, tambahkan pengetahuan.....
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini telah mengeluarkan panduan mengenai tujuh langkah membuat pengundian dengan betul semasa PRU13 nanti.
Menerusi laman web SPR, panduan berkenaan dikeluarkan melalui lukisan poster berserta maklumat terperinci tentang apakah yang perlu dilakukan oleh pengundi semasa berada di pusat mengundi yang berkenaan.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut-
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
2. Serahkan MyKad/ Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk periksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar
pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
5. Maju ke petak undo dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon saja.
6. Masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7. Keluar segera dari Tempat Mengundi. Jadi bagi mereka yang pertama kali mahu mengundi, panduan ini amat membantu anda untuk mengetahui keadaan sebenar pada hari mengundi nanti.
Selamat menjalankan tanggungjawab anda!
Sumber : The Merdeka Online
Pssst.... Undi BN!!!!!

BANGSA DAN AGAMA AKAN DIHAPUSKAN OLEH PAKATAN PEMBANGKANG....!!!


Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara.  Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. 


RAKYAT SEMAKIN KURANG AJAR ADALAH KERANA HASUTAN PEMBANGKANG....!!!



Anak muda hasil didikan Pembangkang

Walaupun tindakan kerajaan pakatan pembangkang mengetepikan Sultan Selangor dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri itu dan perbuatan melondeh seluar serta memijak ke atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka menjelang 31 Ogos lalu mungkin insiden berasingan, ia mempunyai satu persamaan - mencerminkan sifat kurang ajar.


KENAPA..... 'HELLO'....???

Apabila menerima sebuah panggilan telepon, kita kerap mengucapkan kata sapaan "Hello" .... . Di Negara lain, kata sapaan bila menerima telefon bervariasi, seperti Halo (Indonesia), Moshi-Moshi (Jepang), Wei (Cina) dan Yeoboseyo (Korea). 

Pernahkah Anda bertanya kenapa harus kata Hello yang diucapkan? Kenapa bukan kata lain seperti Ya, Ada Apa atau Saya disini? 


Setelah diteliti, kata Hello yang sering diucapkan memiliki makna tolong beri perhatian. Yang jadi pertanyaan, saat menerima telepon wajah orang yang menelefon tidak kelihatan tapi kenapa minta tolong beri perhatian? 

Kenapa kabel telefon melingkar-lingkar dan tidak dibuat lurus saja? Kabel telefon sengaja diciptakan melingkar agar tidak bercelaru ketika tidak digunakan. Kabel yang dibuat melingkar-lingkar akan berfungsi seperti spiral yang boleh  memanjang ketika ditarik dan memendek sendiri ketika tidak digunakan. Selain itu, bentuk melingkar juga mencegah kabel telefon terlipat yang boleh mengakibatkan putusnya kabel telefon. 

Sejak telefon dicipta pertama kali oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1877 di AS, komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih menggunakan media transmisi signal elektrik dari jaringan telefon membuat ramai orang kagum. 

Walau sebagai pereka telepon, ironisnya Alexander Graham Bell tidak dapat menelefon isteri dan ibunya. Kedua orang tercintanya itu menderita tunarungu. 

Oleh itu, untuk meminta perhatian pemanggil agar berbicara ketika menelefon, maka digunapakailah suatu kata "Hello" yang bermaksud 'tolong beri perhatian'. Jadi itu juga alasan kenapa ketika pemanggil mendiamkan diri kita selalu mengucapkan kata Hello, Hello, Hellooooooo?? 

Bagaimana pula dengan maksud Halo Moshi-Moshi, Wei dan Yeoboseyo (dari lain-lain negara)? Apakah mereka mempunyai makna yang sama dengan kata Hello? Jawabannya adalah sama, hanya beza bahasanya saja.

Sumber di edit....