Tuesday 4 September 2012

PENDERHAKAAN KEPADA NEGARA...!!!

Pelbagai perangai penderhakaan kepada negara di Perhimpunan Janji Demokrasi.........
Rakyat masih nak sokong PR lagi ke...?


Tunjuk punggung kat gambar PM dan isteri


Gambar pejuang komunis di agung-agungkan, seolah-olah Malaysia negara komunis!


Budak yang tunjuk bontot tu dah kena tangkap.... suspek bernama Muhammad Ammar B. Abd Rahim, K/p: 930301-01-6323, Pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatic, Taman Maluri, Cheras telah di tahan pada pukul 11 pagi tadi oleh sekumpulan pegawai D7 Bukit Aman, di kampungnya di Batu Pahat, Johor untuk disoal siasat sebelum diserahkan kepada IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.

Kebiadapan melampau.... smpai tahap nak tukar bendera..!!!

Inilah kerja rakyat yang menderhaka kepada negara....!

Wajah-wajah penderhaka negara... anda kenal mereka??? Ayuh! Bertindak segera!! Kalau nk belasah pun, belasah dulu.... terpulang korang..... tp yg penting, serahkan kepada polis!!!

KENAIKAN HAD UMUR PERSARAAN HANYA BERI KESAN POSITIF SEKIRANYA KAKITANGAN TNB KEKAL PRODUKTIF


Semalam kerajaan mengumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang berse...tuju melanjutkan had umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun.

Susulan itu timbul reaksi pelbagai dari kakitangan syarikat pembekal tenaga terbesar negara itu..

Noor Asyikin Md Zin, 27, Eksekutif Perancangan Sumber Manusia dan Perjawatan dan Bahagian Penjanaan TNB berpendapat, dengan peningkatan umur persaraan serta pertambahan kadar caruman KWSP, ia mampu memberi kehidupan yang lebih baik selepas pesara berumur 60 tahun.

JMM DAKWA ADA BUKTI TRANSAKSI DANA ASING UNTUK SUARA INISIATIF



PETALING JAYA : Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada Selasa mendakwa mempunyai bukti transaksi dana asing yang melibatkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suara Inisiatif), sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, dokumen itu menunjukkan transaksi dana antara Suara Inisiatif dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari luar negara.
“Saya menerima dokumen berkenaan pada pagi ini (Selasa). Selepas membuat penelitian awal, saya boleh katakan ia adalah 99 peratus betul.
“Selepas menelitinya secara terperinci di pihak JMM, saya akan bawanya kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) bagi membincangkan mengenainya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Azwanddin bagaimanapun enggan mendedahkan nama NGO tersebut, sumber maklumat dan nilai transaksi dana berkenaan.
“Itu saya tidak dapat dedahkan buat masa ini tetapi saya menerimanya daripada seseorang. Saya akan berbincang dan mendapatkan nasihat daripada SSM dalam sehari dua lagi sama ada ia boleh didedahkan secara terbuka atau tidak,” katanya.
Azwanddin pada 1 Julai lalu mendakwa Suaram bukan sebuah NGO tetapi mendapati ia merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif berdasarkan semakan dokumen SSM.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri pada Isnin mengakui terdapat kaitan antara Suaram dan Suara Inisiatif dari segi transaksi dana berdasarkan hasil siasatan awal.
“Sebab itulah mereka (SSM) kena panggil kita. Bukan baru tunggu semalam (Isnin) untuk beri penjelasan. Kalau tidak mahu dedahkan secara terbuka kerana ia masih dalam siasatan, mereka sepatutnya berhubung terus dengan kita,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengharapkan supaya desakan dan gesaan oleh JMM tidak disalahertikan kerana ia bertujuan untuk membantu negara dan kerajaan.
“Apa yang kita buat adalah satu teguran dan meminta supaya semua agensi dan jabatan kerajaan bertindak dengan lebih proaktif dan memberi kerjasama dengan semua NGO di negara ini.
“Suara Inisiatif dikesan mendapat dana asing dari luar negara dan kita tidak tahu apa agenda mereka.
"Sebab itu kita dedahkannya supaya siasatan segera diadakan,” katanya lagi.
Berdasarkan hasil siasatan awal oleh SSM, Suara Inisiatif yang didaftarkan agensi itu di bawah Akta Syarikat 1965 didapati menyalurkan dana kepada Suaram, yang menunjukkan terdapat kaitan antara kedua-duanya.
Ismail Sabri berkata, beberapa kebarangkalian kesalahan dikesan tetapi belum dipastikan sama ada betul atau tidak kerana siasatan masih dijalankan.

TERIMA TAWARAN BUAT PhD BIOKIMIA DI UNIVERSITI OXFORD DALAM USIA 24 TAHUN

Anak Muda Hulu Terengganu Ditawar Buat PhD Biokimia Di Universiti Oxford

KAMPUNG KEMAT – Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu.
Anak kedua Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini.
Berkongsi kegembiraan, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil Angah berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun itu disifatkannya hadiah untuk ibu bapanya.
“Tempoh pengajian di peringkat Sarjana sepatutnya selama dua tahun. Bagaimanapun, saya telah mendapat tawaran mengikuti PhD oleh pihak universiti berkenaan dan sepatutnya pengajian masih berbaki setahun lagi.
“Tawaran ini sekali gus mencapai impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD, cuma tidak sangka, ia digapai secepat ini, bagaimanapun saya bersyukur apatah lagi ibu bapa sentiasa berdoa untuk kejayaan saya serta adik-beradik lain,” katanya.
Menurut Mohd Firdaus, walaupun masih muda berbanding penuntut PhD lain yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, namun ia bukan halangan sebaliknya kelebihan kepadanya kerana boleh memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran tanpa memikirkan soal keluarga ataupun anak-anak.
“Paling penting, saya perlu berusaha lebih gigih kerana semua pelajar di sana terdiri daripada mereka yang genius. Persaingan sihat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD,” katanya.
Menyentuh perancangan masa hadapan, Mohd Firdaus berhasrat bekerja di sana terlebih dahulu bagi menimba pengalaman selain peluang yang lebih banyak, namun akhirnya dia akan tetap kembali ke tanah air untuk mencurahkan bakti.
“Saya menaruh keinginan untuk bekerja di syarikat berorientasikan farmasi atau ubat-ubatan kerana berminat menjalankan penyelidikan berkaitan perkara ini. Berdasarkan perancangan, saya ingin bekerja di sana dahulu selepas ini.
“Bagaimanapun, ia cuma sementara untuk menimba pengalaman terlebih dahulu kerana matlamat saya ialah ingin berbakti di tanah air. Malah, jika berpeluang saya ingin bekerja di negeri kelahiran iaitu Terengganu,” katanya.
Ditanya mengenai sosial pergaulan sepanjang melanjutkan pelajaran di tempat orang selama ini, Mohd Firdaus berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekalkan sahsiah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ragam kawan-kawan.
“Tidak dapat dinafikan, ada dalam kalangan pelajar Malaysia berubah sikap apabila belajar di luar negara dan dalam hal ini saya melihat kawan-kawan banyak mempengaruhi corak kehidupan. Oleh itu, saya juga perlu bijak berkawan.
“Ramai dalam kalangan pelajar dari negara-negara Eropah, bagaimanapun saya tidak mengalami masalah dalam pergaulan kerana kawan-kawan cukup menghormati saya sebagai seorang Muslim.
“Hobi saya sebenarnya suka membaca, namun saya tetap meluangkan masa keluar bersama kawan-kawan termasuk menonton wayang sebagai hiburan. Pesanan ibu bapa juga sentiasa saya sematkan dalam hati serta dipegang kuat sebagai azimat benteng pertahanan diri,” katanya.
Sementara itu, Samsudin berkata, sebagai seorang bapa sudah pasti dia berbangga melihat pencapaian anaknya itu apatah lagi pada usia masih muda dan berharap kejayaan demi kejayaan dapat dilakar selepas ini.
Samsudin berkata, dia dan isterinya memberi layanan sama rata kepada kesemua anak dan tidak memaksa memaksa mereka belajar, sebaliknya memberi galakan selain menjaga sumber rezeki.
“Aspek kerohanian juga sentiasa diterapkan kepada empat anak saya yang kesemuanya lelaki. Selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat, kami jadikan amalan membaca surah Yasin seisi keluarga sebagai rutin.,” katanya. SINAR HARIAN

KERUSI GERGASI DIIKTIRAF TERBESAR DI DUNIA

DUA orang berjalan di depan kerusi terbesar di dunia di sebuah pusat beli-belah di Shanghai semalam.

SHANGHAI - Sebuah kerusi setinggi 6.8 meter (m) dan lebar 7.7m telah diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia.
Pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Rekod Dunia yang beribu pejabat di Hong Kong.
Kerusi itu ketika ini dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini. - Reuters

WANITA TURKI TEMBAK DAN PENGGAL KEPALA LELAKI YANG MEMPERKOSANYA, DIANGGAP PAHLAWAN.....



Seorang wanita korban perkosaan Turki menembak dan memenggal penyerangnya kemudian meninggalkan kepalanya di alun-alun desa setempat.
Wanita yang hamil lima bulan akibat pemerkosaan itu menuntut pihak berwenang setempat untuk membiarkan dia melakukan pengguguuran, meskipun ia telah melampaui batas kehamilan yang diperbolehkan untuk menggugurkan anak di Turki, iaitu sepuluh minggu.
“Itu adalah ketua dari orang yang mempermainkan kehormatan saya.” tutur wanita tersebut saat polis menangkapnya di dekat ketua sang penyerang yang dipenggalnya.
Kelompok wanita di Turki telah memuji dia sebagai seorang pahlawan. Ternyata ibu dari dua anak yang diketahui berusia 26 tahun ini telah dilecehkan dan diperas oleh penyerang nya selama berbulan-bulan, sebelum ia melakukan aksi balas dendam.
Seperti yang dilansir Dailymail, wanita itu bahkan dilaporkan telah siap untuk mati selama dia diperbolehkan untuk melakukan pengguguran.
Diketahui, sang pemerkosa ternyata telah mengambil foto bogel dirinya dan mengancam akan mengirim foto-foto tersebut kepada orang tuanya, kecuali wanita itu terus tidur dengan dia.
Berdasarkan laporan, wanita tersebut kemudian mengambil pistol dan menembak lelaki tersebut sebanyak sepuluh kali, dan beberapa diantaranya ke bahagian pribadi, sebelum memotong kepalanya dan melemparkannya .
“Dia terus berkata bahawa ia akan memberitahu semua orang tentang pemerkosaan itu,” tutur sang wanita dalam kesaksiannya.
“Putriku akan mulai sekolah tahun ini. Semua orang akan menghina anak saya, namun sekarang tidak ada yang boleh. Aku menyelamatkan kehormatan saya, dan sekarang mereka akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak dari perempuan yang menyelamatkan kehormatannya, ” tambahnya lagi.

BRAINSTORMING OR BRA IN STORMING...???!!!


Fashion Disaster !!


Trend fashion selalu bergerak dengan cepat. Bagi para fashionista, 
khususnya para wanita, mengikuti trend fashion adalah sangat penting agar selalu 
dibilang up to date.

Namun pada kenyataannya, tidak semua trend fashion termasuk 
peraturan berpakaian itu bagus. Namun mereka yang selalu beralasan mengikuti 
trend tidak memusingkannya. Padahal seorang wanita adalah obyek fashion. 
Hampir semua karya perancang busana 90% berobyek pada wanita.

Akibatnya, banyak terjadi fashion disaster atau bencana dalam berpenampilan, 
begitu yang dikatakan oleh para kritisi mode. Dan sekali lagi, banyak perempuan 
tidak peduli.

Contohnya seperti kes ini. Pakaian dalam (underwear) pada hakikatnya 
adalah sebagai penunjang penampilan. Dan menurut etika berpenampilan 
yang namanya "pakaian dalam" adalah tabu untuk diperlihatkan. 

Tidak perlu ke luar negeri atau repot-repot melihatnya di media gosip, 
kerana kita dapat melihatnya dengan jamak di sekitar rumah, supermarket, mall, 
terminal dan tempat-tempat umum lainnya, bahkan di rumah sakit sekalipun!

Seperti inilah penampilan mereka:





















Benar-benar bencana fashion, bukan? Sekali lagi, tidak hanya di sekitar rumah, 
lapangan terbang, terminal, mall, rumah sakit, ATM, tetapi di semua tempat umum. 
Apakah yang demikian dapat di katakan (berpenampilan) terhormat 
walaupun dia membawa kereta mewah?

Pada hakikatnya, kes-kes atau kejadian pemerkosaan memang 
bersumber dari (imajinasi) laki-laki. Namun para perempuan yang 
berpenampilan seperti inilah yang sesungguhnya "mengundang" 
terjadinya tindak perkosaan.

Brainstorming atau bra in storming? Yang pasti, bra seperti diatas dapat 
menyebabkan "badai" di fikiran lelaki. 

PELAJAR MALAYSIA MAUT KEMALANGAN DI RUSSIA


Dua pelajar Malaysia terbunuh dan 5 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, pada Isnin.


Beliau berkata pelajar tersebut dikenal pasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; serta Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.
Kedua-duanya pelajar tahun 5 dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan 5 rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.
Beliau berkata pelajar tersebut baru saja pulang dari Malaysia setelah cuti Hari Raya bagi memulakan semester baru.
Zainol Abidin berkata Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen dalam perjalanan ke hospital.
Beliau berkata van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain.
Zainal Abidin berkata 5 lagi pelajar tersebut kini dirawat di sebuah hospital di Vladimirskaya.
Beliau mengenal pasti mereka sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.
Ketika memberikan butir-butir kepada wartawan Malaysia yang meliputi sidang APEC 2012, Zainal Abidin berkata bantuan segera telah ditawarkan kepada pelajar berkenaan berikutan laporan daripada seorang daripada mereka mengenai kemalangan itu.
“Segala bantuan akan diberikan kepada pelajar di hospital sementara persiapan sedang dibuat segera bagi membawa pulang jenazah kedua-dua pelajar tersebut,” kata beliau.
“Ini tragedi dahsyat dan yang pertama di sini,” kata beliau.
Beliau juga berkata keluarga semua pelajar berkenaan telah diberitahu mengenai kemalangan itu. “Mereka begitu terkejut, kerana baru saja beberapa jam sebelumnya pelajar itu meninggalkan Kuala Lumpur,” kata beliau.