Thursday 20 June 2013

KENAIKAN 44% HARGA PETROL BERKUATKUASA SABTU INI...... SALAH UMNO..???

Menteri Industri sendiri yang menyatakan bahawa esok beliau akan mengumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak 44% dan diesel sebanyak 22%...... 



BACA SETERUSNYA......

(VIDEO) : GADIS MANGSA ROGOL DIUMPAN PERANGKAP ASKAR MUJAHIDEEN

Empat askar Mujahideen dilaporkan terbunuh ketika dalam percubaan mereka untuk menyelamatkan seorang gadis yang terdampar di sebuah jalan dalam keadaan separuh bogel selepas diperkosa oleh askar Hizbullah, baru-baru ini.
Askar yang telah merogol gadis terbabit sengaja mahu menjadikan mangsanya sebagai perangkap untuk menembak mati askar Mujahideen yang mahu membantunya.

BLACKOUT 505 KUALA LUMPUR DIBATALKAN !!!

Sebelum ini penganjur NGO-NGO perhimpunan haram Black505 pada 23hb Jun ini malu besar kerana gesaan mereka agar Ahli Parlimen memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun ini tidak dipedulikan dan disampahkan oleh Pakatan Pembangkang. Baca Sini


Dek diperlekehkan oleh Pakatan Pembangkang, senarai NGO yang terlibat telah berkurangan berkemungkinan kerana mereka sedar telah dijadikan tunggangan dan ianya sia-sia belaka. Baca Sini

Yang terbaru ialah kenyataan pihak polis yang sekali gus mengesahkan perhimpunan di Padang Merbok adalah haram dan tidak benarkan. Kata mudah, perhimpunan itu patut dibatalkan.

Sila baca :

Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini. 
Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan. 
"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak. 
"Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini. - UM

SUMBER

BONGKAR!!! MARKAS SYIAH MELAYU DILANCARKAN DI KLANG SELANGOR...???!!!

TERLEBIH DAHULU.... MARI KITA LIHAT VIDEO BERIKUT :




PENDEDAHAN MARKAS SYIAH DI KLANG SELANGORVideo pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor - 12 JUN 2013

Perhatikan :

1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)
4. Ungkapan Selawat Mereka - "..Allahummasolli'ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Al Aimmah Wal Mahdiyyin Sallim Tasliiman Katsiiro.." (minit 3:45)

ROSMAH MANSOR UNGGULI 'WANITA PALING BERPENGARUH DI MALAYSIA' ... ???


Kelmarin, The Star telah mengeluarkan satu ranking khusus untuk wanita 'berpengaruh' di Malaysia (tidak diketahui dari mana sumbernya). Sebagai mana yang telah diketahui ramai, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah mengungguli ranking tersebut. Ramai yang setuju dan tentunya ramai juga yang langsung tidak bersetuju. Malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa ianya adalah 'sindiran' kepada PM dan UMNO.

APABILA ZAHID HAMIDI PELUK LIM KIT SIANG.....

Seorang yang mengaku bahawa kononnya dia adalah blogger dan facebooker Umno telah mengeluarkan kenyataan yang agak dangkal apabila gambar-gambar kemesraan antara Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng seperti yang tersiar di dalam entry blog Anak Seberang.... ( DI SINI ).