Wednesday 16 May 2012

OBAMA OH! OBAMA....

obama

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama minggu lalu buat pertama kali secara terbuka menyatakan sokongan kepada perkahwinan sejenis. Beliau merupakan Presiden AS pertama berbuat demikian.
Ia sekali gus mengubah suasana politik AS. Kempen pilihan raya Presiden AS, yang sebelum ini mengenengahkan isu sosial, ekonomi, keselamatan negara, kini dibayangi satu isu lebih besar dan sensitif, 'perkahwinan sejenis'.
Pendirian terbaru Obama itu jelas mempunyai tujuan tertentu sebagai strategi menjelang pilihan raya Presiden AS pada November ini.
Berbeza dengan calon daripada Parti Republikan, Mitt Romney yang menolak perkahwinan sejenis, Presiden AS itu dilihat cuba menggunakan segala peluang yang ada untuk menarik undi atas pagar, sekaligus mengekalkan jawatannya.
Reaksi Romney? Beliau tetap menentang perkahwinan sejenis dan berpegang dengan takrifan 'perkahwinan adalah penyatuan antara lelaki dan wanita'.
Akhbar Washington Post yang pro-Obama mendedahkan bahawa calon Presiden Parti Republikan itu pernah membuli seorang rakannya yang homoseksual semasa zaman remajanya di Sekolah Cranbrook. Lelaki itu, John Lauber, meninggal dunia pada 2004 kerana penyakit kanser hati.
Menurut akhbar berkenaan, Romney yang memegang gunting ketika kejadian menjatuhkan Lauber dan menggunting rambut rakan sekelasnya itu tanpa belas kasihan walaupun Lauber menangis.
Insiden itu membuatkan Lauber tauma sehinggakan dia memberitahu seorang lagi rakan sekelas, Thomas Buford, kini seorang peguam yang telah bersara, bahawa peristiwa itu tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.
Seorang lagi teman sekelas yang melihat insiden itu, Phillip Maxwell berkata, dia tidak akan lupa ketakutan yang dilihat pada mata Lauber.
Romney, bagaimanapun ketika diajukan mengenai perkara itu menyatakan, beliau lupa jika ia pernah berlaku.
Kenyataan Romney itulah yang dimainkan media-media pro-Obama di AS manakala sesetengah media mula menggelar beliau 'si pembuli'.
Para penganalisis berpendapat pendirian Obama menyokong perkahwinan sejenis dibuat tepat pasa masanya.
Ia seolah-olah dirancang kerana pendedahan mengenai kisah lama Romney itu dibuat 24 jam selepas Obama mengumumkan sokongannya kepada perkahwinan sesama jantina.
Namun, pendedahan kisah hidup Romney semasa remaja itu mungkin tidak cukup kuat untuk rakyat AS menolak beliau. Ia hanya satu kenakalan yang pasti dilakukan oleh ramai lagi pemimpin lain sebelum mereka menceburi politik.
Mengapa sekarang Obama menyatakan pendiriannya menyokong perkahwinan sejenis, tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk menambat hati rakyat AS, terutama golongan muda untuk kembali mengundinya selepas popuraliti beliau merudum sejak awal tahun ini.
Beberapa minggu selepas menjawat jawatan Presiden pada 2008, populariti Obama naik ke paras tertinggi dengan 66 peratus, namun ia merosot kepada hanya 46 peratus pada Mac lalu.
Ia antara lain disebabkan kegagalannya menunaikan janji-janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya Presiden AS 2008, termasuk melaksanakan reformasi dalam polisi cukai, polisi tenaga dan juga pembaharuan penjagaan kesihatan yang mendapat sambutan dingin.
Dengan membawa imej 'bersih' (menggantikan George W. Bush), pelantikan beliau juga sedikit masa dulu dilihat sebagai perubahan kepada pentadbiran sebuah negara kuasa dunia, ditambah dengan latar belakang etnik Afrika-Amerika serta bapa tirinya, Lolo Soetoro, seorang rakyat Indonesia beragama Islam.
Obama selepas memenangi pilihan raya 2008 juga pernah cuba mendekati semula dunia Islam bagi mengubah persepsi 'Islam adalah pengganas', namun beliau dilihat gagal, berikutan caranya mengendalikan isu Palestin dengan terus menyokong Israel.
Obama mempertaruhkan karier politiknya dengan membuat pengumuman tersebut. Namun, pengumuman itu dilihat mampu menarik pengundi belia atas pagar terutamanya di North Carolina dan Florida - dan itulah rancangan Obama.
Pada pilihan raya Presiden AS 2008, Obama menewaskan John McCain daripada Parti Republikan dengan menerima undian paling tinggi daripada golongan belia, diikuti undian daripada etnik kulit hitam dan pengundi wanita.
Pada pilihan raya lalu, golongan kulit hitam memberi sokongan kuat kepada Obama dan kali ini apakah etnik ini akan sekali lagi membantu kemenangan Obama, walaupun menentang perkahwinan sejenis?
Statistik terkini di AS menunjukkan sebanyak 30 daripada 50 negeri di AS membantah perkahwinan sejenis, namun penerimaan masyarakat negara itu terhadap perkahwinan sesama jantina dilaporkan semakin meningkat.
Tinjauan pada 2009 mendapati sebanyak 40 peratus rakyat AS menyokong perkahwinan sejenis, sementara ia meningkat kepada 51 peratus sehari selepas Obama menyatakan pendiriannya.
Melihatkan kepada keadaan ini sahaja tanpa mengambil kira faktor lain, Obama dan Romney kini dilihat mempunyai kelebihan sama rata untuk memenangi pilihan raya Presiden AS nanti.
Namun, sesetengah penganalisis pula berpendapat pendirian Obama itu akan memakan dirinya sendiri apabila beliau diramal tewas di Indiana, Virginia, North Carolina, pedalaman Pennsylvania, utara Florida, pedalaman Missouri dan beberapa lokasi penting lain. AD 

DAP CUBA 'BELI' TUNKU ABD AZIZ....!!!


MANA agaknya Lim Guan Eng nak sorok muka dengan pendedahan terbaru Tunku Abdul Aziz Ibrahim ini. DAP selalu mengambarkan ia sebuah parti yang ‘baik-baik’,tak main duit dan sogok jawatan.
Apa yang berlaku pada Naib Pengerusi DAP yang letak jawatan Selasa membuka habis pekong yang terselindung selama ini. Dalam interbiu dengan akhbar The Star yang disiar Rabu,Tunku Aziz mendedahkan Guan Eng ada menelefon pada hari Ahad lalu untuk memujuknya jangan keluar parti.
Ganjaran yang menjadi umpan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ialah fellow dalam badan pemikir Penang Institute yang membolehkannya ‘berjalan sakan’  Katanya kemudianya Setiausaha Politik Ketua Menteri itu,Zairil Khir Johari pula menelefonnya bagitau tawaran itu datang dengan ganjaran elaun RM50,000.
Ini semua sebagai ganti jawatan Senator beliau yang tidak disambung semula. Tunku Aziz bukanlah orang sebarangan.Beliau adalah bekas penasihat Bank Negara dan bekas Naib Presiden Tranparency International.
Nak main-main dengan orang macam ini. Maka Guan Eng kena sebijik dimuka bila beliau sifatkan Setiausaha Agung DAP itu ‘biadap’.
Katanya mereka tiada adap dan tiada rasa hormat pada orang. Lebih teruk lagi Tunku Aziz kata Guan Eng orang yang tidak boleh dipercayai.
Katanya keputusan letak jawatan parti itu adalah muktamad dan tidak boleh dipujuk lagi.
BERIKUT KAMI SIARKAN SEDUTAN TERJEMAHAN TEMUBUAL TUNKU ABDUL AZIZ DENGAN THE STAR
Terjemahan temubual bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan The Star Rabu.
S: Bagaimana malam tadi (selepas umum keluar DAP) ?
A: Saya fikir ia lancar, telefon saya tidak berhenti berdering selama dua jam. Saya terpaksa untuk mematikannya kerana terlalu banyak panggilan masuk dan juga  SMS yang diterima dari seluruh negara.
S: Adakah anda tahu berapa banyak panggilan anda terima?
Cukup banyak, saya tidak tahu siapakah mereka, kerana mereka bukan orang yang  saya kenali, kerana jika tidak nama mereka akan muncul di skrin. Saya percaya sesetengahnya mungkin wartawan, saya jawab hanya satu, yang saya kenal (wartawan) dari Sin Chew, saya katakan bahawa tiada apa lagi yang hendak dikatakan malam ini selepas apa yang saya katakan di TV.
S: Adakah terdapat panggilan dari pemimpin-pemimpin parti DAP?
Tiada. Tiada sesiapapun. Mesej yang datang daripada ahli parti. Semua mengatakan bahawa mereka menghormati keputusan saya dan mereka dan kesal kerana saya telah membuat keputusan untuk keluar parti.
S: Adakah anda memberitahu pemimpin DAP sebelum perletakan jawatan anda disiarkan media bahawa anda akan berhenti?
Sebelum ini, sejurus selepas Bersih, saya telah sebutkan dalam e-mel saya kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) bahawa memandangkan apa yang mereka katakan bahawa wujud sentimen (rasa tidak puas hati) terhadap saya. Saya kata, saya akan meletakkan jawatan dari CEC. Dan selepas waktu yang sesuai, saya akan meletak jawatan dari parti jika ia akan memulihkan keharmonian dalam DAP. Mereka tidak menjawab, tetapi Lim Kit Siang ada datang ke rumah saya, dua kali, yang pada dasarnya untuk mengatakan bahawa beliau berharap sangat ia tidak berlaku (letak jawatan dan keluar parti).
S: Adakah itu kunjungan biasa tanpa urusan rasmi?
Kit Siang dan saya cukup serasi, kami bersahabat. Jadi kunjungan tersebut adalah kunjungan mesra,  antara dua sahabat. Lawatan terakhir tempat minggu lepas. Tetapi mereka tahu bahawa saya akan memberikan interbiu (kepada NTV 7) kerana saya memberitahu Ketua Staf Ibu Pejabat parti untuk memberitahu semua ahli CEC bahawa saya akan ditemubual (oleh NTV 7). Saya mengandaikan mereka dapat menduganya.
S: Apakah tiada sesiapa pujuk dan berkata Tunku, tidak payah ke udara ?
Kit Siang mengatakan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan saya, beliau tidak berkata jangan ke udara, dia tahu bahawa saya akan menggunakan kebijaksanaan saya. Ketakutan utama mereka adalah bahawa ini (temubual tersebut) mungkin akan dieksploitasi.
Saya mahu ia menjadi jalan keluar yang bermaruah, dan berlaku adil. Kerana saya tidak melawan parti. Saya tidak setuju dengan sikap setiausaha agung. Khususnya apabila beliau mula-mula bertemu dengan saya, (selepas kritikan terhadap Bersih) beliau menuduh saya bertentangan dengan pendirian parti yang menyokong Bersih. Saya tidak apada bila-bila masa menentang Bersih.  Saya sentiasa menyokong Bersih untuk apa Bersih perjuangkan.
Saya bercakap untuk pilihanraya yang bebas dan adil beberapa kali. Tidak sebagai naib pengerusi DAP tetapi dalam kapasiti saya yang lain. Jadi untuk mengatakan bahawa Tunku menentang Bersih yang mana parti dan Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk menjayakannya, adalah tidak jujur. Entah bagaimana ia tidak berkeupayaan untuk melihat perbezaan di antara menyokong aktiviti bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, dan tidak menyokong aktiviti yang melanggar undang-undang. Terdapat perbezaan yang saya fikir mereka sengaja diabaikan. Lim Guan Eng menuduh saya sesuatu yang tidak saya lakukan.
S: Adakah anda akan mengatakan bahawa hubungan anda dengan Guan Eng tidak begitu mesra walaupun sebelum ini anda telahdijemput oleh bapanya, apakah anda rasa si anak tidak benar-benar berminat dengan anda?
Hubungan saya dengan Guan Eng sebelum ini mesra. Kedua-dua mereka (Kit Siang dan Guan Eng) yang menjemput saya, dan kerana penghormatan saya untuk Kit Siang, saya tidak teragak-agak sedikitpun(selepas dijemput)  kerana merasakan ini akan memberikan saya peluang untuk berada dalam parti tanpa menjadi seorang ahli politik, dan merupakan peluang untuk meneruskan kerja saya mempromosikan integriti, kedua-dua dalam kerajaan dan sektor korporat. Dalam erti kata lain, peluang untuk terlibat dalam membanteras rasuah, yang merupakan misi utama saya. Kerana tiada pihak lain yang sebenarnya secara terbuka berkata, anda tahu, kami akan memerangi rasuah kecuali DAP. Ia amat menarik.
S: Ini adalah usaha pertama anda ke politik?
Sudah tentu.
S: Adakah anda menyesal, empat tahun kemudian perlu meletakkan jawatan dari parti?
Saya rasa saya sedikit naif apabila memikirkan bahawa idealisme yang saya pegang adalah sebenarnya idealisme yang DAP amalkan. Saya tidak tahu mengenai parti-parti politik yang lain tetapi saya menjangkakan mereka lebih kurang sama.
S: Sebagai seorang yang sentiasa berjuang menentang perkara-perkara yang tidak beretika, apakah anda akan mengatakan DAP sebuah parti yang beretika selepas empat tahun berada di dalam?
Saya tidak akan berkata begitu. Sebagai contoh … salah satu daripada pemimpiun utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dan apabila ada ahli lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak di bawah karpet dan tiada tindakan diambil. Bagi saya, ia tidak cukup ini kerana Pakatan Rakyat adalah kerajaan Selangor dan DAP mempunyai ahli majlis yang dilantik di Selangor, PJ. Walaupun orang mengatakan “oh, ini perkara kecil”, bagi saya, ia adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu sendiri. Dan jika itulah sikap kamu terhadap undang-undang yang telah dibuat itu, pada saya, ia menunjukkan keadaan pentadbiran yang sangat menyedihkan dan pertimbangan yang buruk.
S: Adakah anda membangkitkan isu ini?
Saya bangkitkan isu ini, tetapi saya tahu ia bukan isu yang mereka mahu dengar. Dan jika anda lihat baru-baru ini laporan Dr Cheah dalam akhbar The Star (ADUN Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin), ini adalah isu yang sama. Terdapat orang baik dalam DAP yang mahu melihat bahawa kita melakukan perkara dengan cara yang beretika, tetapi terdapat orang lain yang anda tahu hanya akan pergi ke hadapan dan  melanggar peraturan mereka sendiri. Jika anda melakukan ini, lambat laun orang akan bertanya, bolehkah orang-orang ini benar-benar dipercayai untuk tugas yang lebih besar?
S: Apakah ada perkara-perkara lain yang membimbangkan anda dalam pentadbiran Selangor?
Saya berfikir bahawa secara berpasukan mereka telah mentadbir dengan baik, kita perlu beri kredit untuk itu. Tetapi ada seorang dua dua anggota exco mereka perlu diletakkan di bawah pemantauan teliti. Saya fikir apa yang Dr Cheah ketengahkan sebahagian kecil masalahnya.
S: Pulau Pinang.. adalah lebih baik daripada Selangor?
Saya fikir Pulau Pinang diurus dengan baik. Saya akan berkata ia ditadbir dengan baik, tetapi terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Antara perkara yang membimbangkan ramai orang adalah hakikat bahawa selepas beberapa tahun mentadbir negeri tersebut, kerajaan negeri masih gemar menyalahkan pentadbiran kerajaan sebelum ini, ia kelihatan seperti tukang yang tidak pandai menyalahkan perkakas.
S: Anda dikenali sebagai seorang yang berintegriti, apakah Bersih satu-satunya masalah anda dengan kepimpinan parti, apakah ada isu-isu lain?
Bersih yang melebarkan jurang ketidak sefahaman kami. Tetapi jelas, seperti mana-mana organisasi atau parti, wujud perkara-perkara yang tidak mengembirakan anda, tetapi tidaklah sampai anda berfikir mahu keluar parti. Tetapi bagi saya, isu etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting. Itulah mungkin sebabnya saya naif, kerana saya percaya bahawa integriti adalah samada anda mempunyai atau tidak sama sekali. Anda tidak boleh mengatakan, anda tahu, ya, ini adalah 70 peratus …
Tidak ada separuh-separuh untuk intergriti, samada mempunyainya atau tidak. Sebagai contoh, apabila PBT memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap penjaja haram, salah seorang dari pemimpin utama parti campur tangan dan mengatakan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada orang ini kerana mereka adalah penyokong parti. Bagi saya, ini adalah satu perbuatan serius yang menganggu sistem operasi dan pentadbiran kerajaan tempatan.
Ramai orang kita lupa bahawa kerajaan tempatan adalah pengalaman awam pertama berurusan dengan kerajaan. Ramai daripada mereka tidak berurusan dengan Putrajaya atau mana-mana kementerian, tetapi bagi orang biasa seperti anda atau saya yang tinggal di daerah atau kawasan tertentu, ia semua kerajaan tempatan.
S: Adakah Tunku Aziz seorang Melayu akan menerima layanan yang sama jika beliau merupakan Cina Malaysia? Jemputan anda, jawatan yang anda lepaskan apakah ada kena mengena dengan perkauman?
Saya tidak fikir begitu. Kecuali, saya berurusan dengan seseorang yang nampaknya tidak boleh melihat gambaran keseluruhan. Saya menyokong Bersih tetapi saya tidak menyokong melanggar undang-undang. Semudah itu. Anda boleh periksa, saya tidak menentang Bersih, saya menantang pendirian mahu duduk dan bantah di Dataran Merdeka kerana mahkamah telah
mengeluarkan perintah larangan. Mereka mengatakan, ia bukan milik DBKL. Tetapi bagi saya, sesiapa yang menjaga tempat itu, mereka mempunyai tanggungjawab.
S: Jadi, apa seterusnya?
Saya memberikan pertimbangan yang sangat berhati-hati untuk ini (keluar parti). Tindakan yang saya bukan dibuat ketika marah, saya berbincang dengan keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat saya, dan semua berkata perkara yang sama. Parti jelas tidak bersedia untuk menempatkan seseorang seperti saya. Saya dikenali akan meluahkan apa saja, (yang dirasakan benar) dan bukan seorang yang hanya komen yang baik-baik sahaja, pada saya, itu tidak beretika.
Masa depan… apabila saya menyertai parti, saya tidak mempunyai cita-cita lain kecuali menjadi ahli, dan cuba menerapkan kepada parti beberapa nilai-nilai yang berasaskan integriti dan etika, tadbir urus yang baik, perjuangan membanteras rasuah, dan sebagainya.
Saya tidak pernah minta untuk dilantik naib pengerusi, mereka kemudian mahu melantik saya, saya kata baiklah. Saya tidak pernah memohon untuk dilantik sebagai senator. Saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari kerajaan, walaupun anda tahu sebagai Bumiputera saya layak. Tapi saya fikir kerana saya masih menentang dasar ekonomi baru. Terutamanya apabila saya melihat bahawa mereka telah terpesong dari tujuan asal. Saya tidak pernah meminta-minta.
Tetapi apabila penggal saya (sebagai senator) bakal berakhir, Dewan Negara telah menghantar surat maklumat kerajaan Pulau Pinang. Pada ketika itu, saya menghantar Guan Eng nota menggunakan iPhone saya jika surat itu tiba, dan anda fikir mahu melanjutkan penggal saya, saya bersedia untuk berkhidmat, itu saja. Beliau berkata ya, okay, dan kemudian dia dengan manis berkata kepada saya bahawa dalam satu mesyuarat CEC baru-baru bahawa beliau sudah meletakkan nama saya dan mahu mengumumkan lanjutan penggal saya di dalam mesyuarat CEC tersebut tetapi teringat bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian kerana perkara perlu pengesahan dari DAP Pulau Pinang dan kerajaan negeri.
Kemudian selepas kenyataan Bersih, Kit Siang bertemu saya dan berkata ia adalah malang penggal senator saya tamat diwaktu-waktu begini. Katanya mungkin agak sukar bagi mereka untuk mencalonkan saya lagi. Dan saya berkata kepadanya, jika itu akan menyebabkan sebarang masalah bagi parti, sila jangan masukkan nama saya. Saya tidak pernah meminta pun dan saya tidak mahu yang saya dicalon semula bakal menjadi punca ketidakharmonian dalam parti. Jadi, mereka lakukan apa yang saya memberitahu mereka untuk tidak meletakkan nama saya.
S: Saya rasa (jika anda tidak beritahupun) mereka akan menggugurkan anda?
Oh, sudah tentu. Saya pasti mereka mengalu-alukan. Tetapi saya mahu kedudukan saya jelas sepenuhnya. Saya tidak menonjol diri ke hadapan. Saya juga katakan kepada mereka, tidak ada sesiapa lebih besar dari parti. Jika pada pendapat anda, saya telah melampaui batas, sayamengharapkan anda mengambil tindakan. Saya menggalakkan. Siasat saya melalui prosedur tatatertib.
S: Bila anda beritahu mengenai perkara itu?
Selepas saya ditegur. Dia (Guan Eng) membangkitkan beberapa perkara, saya telah melakukan ini, itu, dan yang lain. Dan mereka mengatakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang begitu serius sehingga memerlukan tindakan tatatertib, saya kata lakukan kerana itulah kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan adalah mengenai menangani tugas-tugas yang tidak menyenangkan dan tidak mengelaknya. Saya memberitahu Guan Eng, saya akan berfikir lebih banyak mengenai anda jika anda mengambil tindakan sewajarnya. Memanglah susah tetapi menjadi tanggungjawab anda demi kepentingan parti.
S: Apa yang beliau katakan?
Tiada reaksi. Tiada reaksi ketika saya mencadangkan bahawa saya mahu meletakkan jawatan dari CEC dan selepas beberapa waktu, saya akan meninggalkan parti.
S: Adakah anda kecewa dengan Guan Eng sebagai pemimpin? Anda jelas mempunyai kagum dengan bapanya.
Si anak berlainan. Saya tidak mahu menjadikannya isu peribadi. Beliau adalah seorang pemimpin yang baik, selain itu, pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, ini adalah dari pemerhatian saya.
S: Jadi dia pendengar yang baik?
Oleh pengamatan saya, dia perlu belajar untuk mendengar lebih banyak dan memberikan semua orang peluang untuk didengar. Anda perlu belajar dahulu, saya fikir, agak sederhana kerana bukan anda yang perlu katakan apa yang telah anda lakukan untuk Pulau Pinang. Biar rakyat Pulau Pinang memutuskan. Bahawa benar pencapaian yang anda lakukan. Apabila orang mengatakan “yang dilakukan dengan baik Guan Eng”. Tetapi apabila anda melaungkan CAT (slogan DAP untuk “kecekapan, akauntabiliti, ketelusan)? Apakah CAT? (orang ramai mengatakan) CAT adalah slogan. Tetapi bagi Guan Eng tidak. Apabila ia datang kepada 1Malaysia, 1Malaysia hanyalah slogan (bagi Guan Eng). Tetapi CAT tidak.
S: Jika semua ini tidak berlaku, anda akan bertanding sebagai calon jika anda diminta? Ya.
S: Adakah sesiapa bercakap kepada anda tentang itu? Tidak.
S: Tiada siapa yang bercakap kepada anda tentang perkara ini?
Tiada sesiapa, walaupun saya telah berkata kepada Guan Eng, Kit Siang, jika mereka perlukan, jika mereka kekurangan  calon dan rasa saya berkhidmat, saya sudah bersedia. Anda tahu, walaupun pada usia saya, jika pihak yang merasakan mereka memerlukan perkhidmatan saya, saya bersedia untuk berkhidmat.
S: Adakah ini penamat karier politik anda (dengan DAP)?
Tentu sekali, tidak ada soalan. Tetapi apa yang benar-benar membuat saya akhirnya memutuskan untuk meninggalkan DAP adalah kejadian Ahad lepas kira-kira jam 8.43 pagi. Saya menerima panggilan telefon daripada Guan Eng. Saya tidak tahu sama ada ia untuk mengambarkan penyesalan atau mereka merasakan perlu mengantikan saya (memberi pampasan) dengan sesuatu berikutan khidmat saya sebagai senator tidak disambung. Beliau menawarkan saya jawatan kanan di di Institut Pulau Pinang, dengan kemudahan perjalanan sebagai salah satu daya tarikan … Dan saya berkata saya perlu berfikir tentang hal itu.
Sehingga semalam, selepas saya telah membuat keputusan (meninggalkan parti). Pembantu beliau menelefon saya pada waktu makan tengahari mengulangi tawaran bosnya, tetapi menambah bahawa kali ini terdapat wang saku sebanyak RM50, 000 setahun, bersama-sama dengan faedah lain. Saya menganggap tawaran tersebut sepenuhnya menghina. Sama sekali menghina, dan saya hanya boleh menyimpulkan bahawa ia telah datang daripada seseorang yang mempunyai tidak berakal dan tidak mempunyai walaupun sedikit rasa hormat. Adakah beliau fikir saya ini orang jenis apa? Satu penghinaan, petama kerana anda ‘menyerang’ saya dengan sebab yang salah, kemudian tidak sambung pengkhidmatan saya, dan kemudian ditawarkan jawatan kanan di Institut Pulau Pinang. Ini adalah hal yang saya bimbangkan, orang ini tidak mempunyai rasa kesopanan, dalam erti kata lain.
S: Beliau tidak mempedulikan e-mel anda, kemudian menghina anda … Dan saya rasa sebagai seorang lelaki yang dikenali dengan etika dan integriti, Institut Pulau Pinang ini berbunyi seperti rasuah.
Ia adalah rasuah. Bagi saya, sebagai orang tua/lama… perkataan Melayu yang sesuai menggambarkan perbuatan mereka kepada saya adalah “biadap”. Itulah yang benar-benar membuat saya memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan lelaki ini.
S: Adakah anda berfikir bahawa ada tekanan dari Anwar Ibrahim atau orang lain untuk melakukan semua ini?
Saya tidak terfikir sehingga ke situ, tetapi Kit Siang ada memberitahu saya terdapat banyak tekanan daripada Pakatan Rakyat. Dan pada ketika itu saya berkata kepadanya, saya tidak menyertai Pakatan Rakyat. Setakat yang saya tahu, saya menyertai DAP. Saya ahli DAP. Hakikat bahawa kita adalah sebahagian daripada gabungan itu adalah suatu perkara yang berbeza, tetapi saya tidak menjual jiwa saya kepada parti dan sudah tentu tidak Pakatan Rakyat.
S: Anda seolah-olah keberatan untuk bercakap tentang Anwar, ada sebab tertentu?
Saya mahu mengekalkannya pada tahap yang bermaruah. Saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya katakan. Saya mahu menjadi adil kepada Guan Eng yang tiada di sini untuk mempertahankan parti atau dirinya. Tetapi Anwar, saya tidak pernah menjadi seorang yang mengagumi Anwar. Saya tidak kenal dia.
S: Jadi, bagaimana anda rasa (selepas letak jawatan?)
Saya rasa bebas. Ia adalah langkah yang diberkati, saya menerima banyak mesej galakan daripada orang-orang seperti Koh Tsu Koon, Presiden Senat, lain-lain lagi.
Ada yang datang berjumpa dengan saya, kami duduk dan minum bersama-sama. Orang-orang ini, mereka telah cuba dengan baik untuk mengubah DAP di peringkat mereka. Mereka mendapati terdapat kronisme yang begitu banyak, begitu banyak puak. Jika anda tidak tergolong dalam puak tertentu, anda disingkirkan, jika anda membuat komen yang tidak menguntungkan, anda disingkirkan. Saya rasa tiada parti yang bebas dari semua ini.
Chow (Chow Kon Yeow), ketua DAP Pulau Pinang, menghantar mesej yang mengatakan bahawa beliau menghormati keputusan saya. Beliau sepatutnya menjadi Ketua Menteri lagi mereka pilih Guan Eng. Beliau Ketua Menteri, Setiausaha Aguang parti dan Ahli Parlimen.
S: Apakah anda fikir PR akan tawan Putrajaya (menang PRU 13)?
Pada masa ini, saya fikir ini keadaan yang ada hari ini adalah yang paling hampir kepada Putrajaya, pakatan yang ada sangat rapuh kerana mereka tidak mampu untuk menyelesaikan beberapa soalan yang asas sebelum pergi kepada pilihan raya.
Sebagai contoh, negeri Islam. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menyelesaikan ini kerana PAS tidak akan meninggalkan ia. Ia adalah tunjang kepercayaan agama dan politik mereka. Ia seperti meminta seseorang untuk meninggalkan prinsip-prinsip mereka.
S: Apakah ini yang ada lihat?
Ini adalah apa yang saya lihat dari dalam. DAP, sebagai contoh, tidak gembira dengan sikap PAS. Satu hari mereka berkata ya, kita tidak akan menjadi sebuah negara Islam, hari seterusnya berkata, sebaliknya. Demi kepentingan politik mereka bersatu tetapi tiada perpaduan kukuh di dalamnya (PR). Anda boleh lihat, Karpal yang kecewa. Persoalannya bagaimana anda boleh pergi ke medan peperangan (bersama-sama) apabila strategi anda telah dikompromi kerana ideologi yang berbeza?
S: Jadi apa yang anda akan lakukan selepas ini?
Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus berkhidmat di negara kita, dan saya fikir saya telah mendapat banyak pendedahan, baik dalam perniagaan serta organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sekretariat Komanwel. Jika kerajaan atau sesiapa sahaja yang difikirkan saya mungkin berguna, saya gembira untuk berbuat demikian bagi negara kita.
Tetapi tidak akan menyertai politik lagi. Sebagaimana yang mereka katakan, sekali digigit dua kali malu. Tetapi dalam kes ini sekali digigit, selama-lamanya malu. Sekali cukup la. Saya naif dan kadang-kadang sangat bodoh, tetapi saya percaya saya melakukan perkara yang betul.
-AGENDADAILY, TERJEMAHAN BEBAS HELME HANAFI

TUNKU ABD AZIZ BUKTIKAN MELAYU TIDAK SESUAI BERADA DALAM DAP.....


DAP tidak sesuai untuk orang Melayu kerana parti itu bersikap pilih kasih dengan mengutamakan kepentingan satu kaum, selain tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin Melayu. 

Malah, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa parti itu juga tidak memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk menyatakan hak dan pendapat mereka.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP bahagian Jelutong juga berkata mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan atau menentang akan dicantas oleh pemimpin tertinggi parti.

“Apa yang diputuskan oleh parti, kita terpaksa setuju walaupun tidak bersependapat dengannya. Pemimpin Melayu tidak diberi peluang untuk menyatakan hak,” katanya ketika mengulas keputusan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar dari parti itu, kelmarin, berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti terbabit. 

Mohamed Razali dipecat daripada DAP pada 6 Julai tahun lalu selepas pendedahannya mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang pada Mei 2011. 

Berikutan itu, Mohamed Razali menyifatkan keputusan Tunku Abdul Aziz keluar DAP bukan sesuatu yang mengejutkannya, malah ia sudah dijangka lebih awal. 

Beliau berharap keputusan Tunku Abdul Aziz itu akan menyedarkan lebih ramai pemimpin dan ahli Melayu dalam DAP mengenai perjuangan parti yang didominasi kaum Cina itu. 

“Saya percaya, mereka akan sedar bahawa DAP bukan parti yang demokrasi untuk semua kaum, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja,” katanya yang mengakui membuat kesilapan ketika menyertai parti itu.

ALHAMDULILLAH....MB PERAK ISLAMKAN 161 SAUDARA BARU

SIMPANG PULAI - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengislamkan seramai 161 orang saudara baru di Majlis Pengislaman Beramai-ramai di Surau Kampung Orang Asli Kerawat, Simpang Pulai petang tadi.

Dr Zambry telah mengangkat pengucapan dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali dengan diikuti kesemua 161 saudara baru dengan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Datuk Haji Mohamed Yusof Hussain.

Terdahulu Dr Zambry dalam ucapannya di majlis itu mahukan kesemua saudara baru terbabit terus mendalami ilmu agama sebagai panduan untuk menghadapi kehidupan dan cabaran hidup yang mendatang.

Katanya, menuntut ilmu keagamaan itu amat penting kerana ia dapat menjadikan mereka seorang insan yang berilmu dan berguna kepada agama dan bangsanya.

"Agama Islam itu agama yang baik kerana ia menerangkan tentang kedamaian, kasih sayang, perpaduan dan bukan agama yang menganjurkan permusuhan,’’ katanya.
Menurut Dr Zambry apabila mereka sudah memeluk Islam tidak bermakna golongan yang bukan Islam dikalangan mereka perlu disisihkan.

Katanya Islam tidak menganjurkan sikap memisahkan diri dari bercampur dengan masyarakat bukan Islam.

Sebaliknya, kata Dr Zambry Islam menggalakkan umat mengukuhkan perhubungan sesama insan tanpa mengira latar belakang agama dan dimana sekalipun mereka berada. 

Pada majlis itu beliau meluluskan peruntukan RM150,000 bagi pembinaan padang futsal di kampung berkenaan bagi kemudahan bersukan untuk para belia.

Dr Zambry juga menyampaikan replika kunci surau baru Kampung Orang Asli Kerawat dan replika kunci van jenazah untuk kegunaan masyarakat Islam dikampung terbabit. - PerakNews

VIDEO SEDIH PESAKIT JANTUNG RAIH 1.3 JUTA PENONTON

Video Sedih Pesakit Jantung Telah Ditonton 1.3jAustralia – Video menyayat hati yang dihasilkan oleh seorang remaja berusia 17 tahun, Shaun Wilson-Miller yang menghidap penyakit jantung kritikal telah berjaya menarik perhatian ramai dan sudah ditonton oleh 1.3 juta orang.
Video itu sepatutnya dihasilkan sebagai ucapan selamat tinggal kepada rakan dan keluarganya di dalam facebook memandangkan dia hanya diberikan masa beberapa bulan sahaja untuk hidup.
Namun akibat masalah teknikal, ia telah dimuat naik dalam Youtube secara tidak sengaja oleh Shaun.
Tanpa disedarinya, selepas bangun tidur keesokan harinya, video itu telah ditonton oleh 10,000 orang.
Klip video itu dirakam tengah malam selepas dia dimaklumkan oleh doktor bahawa badannya menolak jantung baru yang diterima melalui pemindahan organ untuk kali kedua.
Shaun juga tidak boleh lagi menjalani pembedahan untuk kali ketiga.
Selepas mendengar berita sedih itu, Shaun merakamkan pesanan menggesa supaya rakan dan keluarganya menjaga diri dan bapanya selepas dia tiada lagi.
“Saya tidak akan berada lama di sini namun saya ingin memberitahu bahawa saya tidak menyesal kerana saya telah menjalani kehidupan yang menggembirakan,’’ katanya dalam klip tersebut.
Sejak tersebarnya klip video yang menyedihkan itu, Shaun telah dijemput untuk ditemubual dalam beberapa rancangan televisyen.
Dia juga sudah bertemu pemain bola sepak kegemarannya iaitu Jobe Watson dan yang penting telah bertemu seorang gadis seorang pesakit jantung.
“Ia adalah cinta. Perkara paling sukar bagi saya ialah meninggalkannya dan tidak sempat untuk berkahwin, mempunyai cahaya mata dan mengecapi hari tua bersama,’’ katanya.