Thursday 9 February 2012

MENJELANG PRU 13 : ADA APA DENGAN GERAK SARAF, PERANG SARAF DAN PROPAGANDA..

MARI KITA IKUTI PAPARAN DARI MyMassa yg di edit dari sini




GERAKSARAF & PERANGSARAF DALAM TRANSFORMASI RAKYAT MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM 13

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah artikel yang saya menyentuh akal dan fikiran saya untuk berfikir. Ada benarnya artikel tulisan Mat Merapu di blog merapusakan.blogspot.com yang merasakan ada beberapa 'variable' penting yang harus diberi perhatian iaitu "war of perceptiondan  "kecenderungan pengundi siber" dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Apabila kita berbincang mengenai "PERCEPTION", ia amat sinonim dengan operasi Geraksaraf. GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud:

 “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur” 

Manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.



Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, 


"Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur".

GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).

        Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.


Agenda Setting Plan
Dipetik daripada Media Tenor: Strategic Media Intelligence



   Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan (terutamanya di kawasan bandar yang ada kemudahan dan akses kepada Internet!).

Artikel tersebut diambil dan diedit dari sini (http://www.merapusakan.blogspot.com/).

SKANDAL PASIR SELANGOR : ADUN SRI MUDA DAN BATU CAVES TERLIBAT..????!!!

Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin (RPK) mengemukakan dua nama pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, yang didakwanya terlibat di dalam skandal penyelewengan pasir di Selangor.
Selain itu, pemilik laman Malaysia Today itu turut mengemukakan beberapa dokumen berupa surat permohonan mengorek pasir di kawasan seluas 45 ekar di Dengkil, Selangor, cek-cek bank, borang kemasukan wang di Affin Bank serta transkrip rakaman perbualan telefon antara Mat Suhaimi dan kontraktor pasir.
Menurut RPK, Mat Suhaimi dan Amirudin merupakan Pengarah Syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd yang mengemukakan surat permohonan mengorek pasir dari syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
PANAS!!! :ADUN Sri Muda Dan Batu Caves Didakwa Terlibat Skandal Pasir Selangor
Penulis itu mendakwa bahawa Mat Suhaimi dan Amirudin menetapkan gaji mereka di syarikat itu sebanyak RM5,000 sebulan dan telah meminta wang dari kontraktor pasir untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan permohonan tersebut.
“Pada 23 Mei 2009, sekitar jam 5 petang, satu mesyuarat telah diadakan di antara kontraktor pasir dan Mat Suhaimi di Sunway Hotel di Seberang Perai, Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan mengenai projek perlombongan pasir di Selangor.
“Pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah mengemukakan surat permohonan melombong pasir di Dengkil (Sepang, Selangor), di kawasan seluas 45 ekar. Surat tersebut diberi salinan pada Mat Suhaimi dan Amirudin Shari. Amirudin menyokong surat tersebut dan menurunkan tandatangan sokongan surat permohonan itu.
Selain itu, RPK mendakwa Mat Suhaimi telah meminta wang sebanyak RM3,000 pada lebih kurang jam 10 pagi, 15 Ogos 2009, dan diberikan pada keesokannya sebelum menerima RM2,000 wang tunai dalam satu pertemuan di bilik 1514, Hotel Pearl View di Pulau Pinang pada 10.30 pagi, 25 Ogos kemudiannya.
Seterusnya, penulis itu menyatakan bahawa Mat Suhaimi telah meminta ‘Perbelanjaan Ramadhan’ dari kontraktor pasir itu sebanyak RM35,000 pada 9 September 2009 dan malam berikutnya wang tunai sejumlah yang diminta itu bertukar tangan di Restoran Nasi Kandar di USJ12, Subang Jaya, Selangor.
RPK menjelaskan bahawa Mat Suhaimi memberi alasan kepada kontraktor pasir itu bahawa wang tersebut digunakan untuk mendapatkan kelulusan dari Syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan membayar kepada beberapa orang di dalam syarikat tersebut.
Kemudian pada 16 September 2009, Mat Suhaimi juga dikatakan telah meminta kontraktor terbabit menganjur dan membiayai satu ‘majlis berbuka puasa’ dan meminta bayaran RM5,000 sebagai Pengarah Syarikat terbabit.
Menurut RPK lagi, segala permintaan Mat Suhaimi itu kemudiannya dipenuhi oleh kontraktor pasir berkenaan pada 17 September pada majlis yang diadakan di Hotel Legend di sini.
“Beberapa hari kemudian Mat Suhaimi menghubungi lagi kontraktor berkenaan untuk membayar sebanyak RM10,000 bagi sambutan ‘Jamuan Hari Raya’. Pada 30 September 2009, kontraktor pasir itu bertemu dengan Mat Suhaimi di Jaya Jusco di Klang dan menyerahkan wang tersebut,” tulis RPK lagi.
RPK juga menyatakan bahawa pada 5 Januari, Mat Suhaimi meminta lagi wang sebanyak RM50,000 dari kontraktor berkenaan dan wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat rakan baiknya, A&L Norash Enterprise di Affin Bank, Klang, pada 11 Januari 2010.
Penulis itu turut menyiarkan transkrip rakaman telefon di antara Mat Suhaimi dan kontraktor berkenaan ketika proses tersebut.
SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?
Mat Suhaimi: Dalam minggu depan ye…
SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…
Mat Suhaimi: Okay…
SC: Lepas tu takde masalah lah…
Mat Suhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?
SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…
Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?
SC: Dia 100 lebih ekar…
Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…
SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.
Pada 11 Januari 2010, perbualan Mat Suhaimi dan kontraktor itu didakwa seperti berikut:
SC: Konfirm ye nombor ini?….Affin Bank ni?…
Mat Suhaimi: Confirm, confirm, confirm…
SC: Ni company…company siapa ni YB?
Mat Suhaimi: Ini….company…yang supply….yang buat event….
SC: okay, okay, okay, okay…confirm ye boleh masuk ye?
Mat Suhaimi: Ya, ya…
SC: Takut lah…nanti tak sampai kepada YB…
Mat Suhaimi: Jangan risau…okay…
SC: Nanti kalau boleh saya contact YB lah…so ini saya masukkan 50 ribu dalam akaun ini…confirm ye…
Mat Suhaimi: ha, okay, okay…yang Amir punya ada dengan Amir…
Pada 24 Jun 2010, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz menjelaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi belum selesai menyiasat skandal pasir di Selangor dan masih meneruskan siasatan.
Sementara itu dalam perkembangan yang sama RPK semalam mendedahkan bahawa kematian rakannya, Datuk Patrick Wong Kie Yik, mempunyai hubung kait dengan skandal penyelewengan pasir di Selangor yang turut membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu.
Dalam penulisannya di laman Malaysia Today, RPK menyatakan bahawa sebab kematian mendiang bukanlah disebabkan terjatuh dari balkoni, sebaliknya ahli perniagaan itu telah dibunuh.
Menurut RPK, ketika bertemu dengan mendiang pada Oktober 2009, ahli perniagaan itu memaklumkan usahanya itu dan berjanji pada penulis tersebut untuk membekalkan segala maklumat yang diperoleh untuk disiarkan di dalam Malaysia Today.
“Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita ‘rasmi’. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.
“Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.
“Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik),” katanya yang dipetik dari laman web berkenaan.
Justeru, RPK berikrar untuk mencungkil dan mendedahkan segala bukti penyelewengan pasir serta rasuah yang didakwa didalangi oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat meskipun skandal tersebut diketahui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Mynewshub.my





PAS TIDAK MAMPU MENDOMINASI PAKATAN..!!!

Islam membenarkan persepakatan antara orang Islam dan orang bukan Islam dengan syarat pemimpin Islam mempunyai kuasa yang lebih dominan dalam sesebuah pentadbiran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak cukup sekadar menjadi seorang ketua, pemimpin Islam wajib memiliki keupayaan tersebut untuk memastikan pemerintahan tidak dikuasai oleh golongan bukan Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, dalam konteks tersebut, Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam dilihat gagal mendominasi pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


“Dalam keadaan sekarang Pas masih gagal mendominasi pemerintahan yang dikongsi bersama DAP sehingga terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan asal parti itu.

“Tidak seperti UMNO yang berdiri sebagai parti induk dan mempunyai pengaruh terhadap parti-parti di bawahnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Fathul Bari berkata, walaupun Pas mungkin mendakwa perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR dibuat secara berasingan tetapi pemimpin parti itu perlu sedar siapa sebenarnya yang menerajui pakatan pembangkang.

“Dalam hal ini pemimpin Islam perlu lebih tegas agar isu Islam dapat diselaraskan dengan betul. Pas tak boleh diam, sama juga dengan UMNO,” katanya.

Menurutnya, Islam meletakkan dominasi dalam pemerintahan yang dikongsi bersama golongan bukan Islam bagi memastikan kedudukan agama dan kepentingan umatnya diperjuangkan pada tempat paling atas.

“Dalam Surah Al-Maidah Allah SWT membenarkan persepakatan antara umat Islam dengan bukan Islam dalam perkara yang berkaitan kebajikan dan taqwa.

“Itu dengan syarat mesti ada dominasi Islam, kalau tak ada itu yang jadi masalah sehingga kena ikut telunjuk golongan yang buat keputusan berasaskan hawa nafsu,” katanya.