Thursday 22 March 2012

LYNAS LAGI!!!!.... DI SINI ADA FAKTANYA....

Nadir bumi atau rare earth adalah logam yang diklasifikasikan sebagai strategik.
China kini hampir mencapai monopoli penuh terhadap nadir bumi di peringkat global.
Ironis nadir bumi, walaupun cuba dikaitkan dengan kesan radiasi, ia banyak digunakan dalam pembangunan teknologi hijau (untuk menjaga alam sekitar).
Nadir bumi adalah komponen terpenting dalam pembuatan telefon pintar dan kereta elektrik (yang dijangka akan menjadi kenderaan utama pada masa hadapan).
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.
Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.
Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.
Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:
Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.
Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.
Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.
Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China.
Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?
Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.
Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.
Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.
DAP didakwa banyak pihak terutama para bloggers sebagai dalang yang membantu China memastikan Malaysia tidak memiliki kilang nadir bumi.

PAS KHIANATI BANGSA SENDIRI..???

KOTA BHARU  - Rakyat Kelantan tidak dapat menerima tindakan kerajaan Pas negeri yang didakwa telah memajakkan tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera kerana menganggap perbuatan itu mengkhianati bangsa sendiri.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata rakyat Kelantan yang ditemui menyifatkan, tindakan kerajaan Pas tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak-hak istimewa orang Melayu.


Seorang penjawat awam, Mohd. Rashidi Zakaria, 36, berkata, tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan kerana ia melibatkan kepentingan kaum Melayu sendiri.


Selain mampu memberi kesan kepada nasib orang Melayu terutamanya golongan miskin, tindakan tersebut juga katanya, dilihat telah menutup ruang kepada pengusaha-pengusaha Melayu di Kelantan.


"Saya berharap kerajaan fikirkanlah nasib rakyat di negeri ini, janganlah asyik mengutamakan keuntungan semata-mata," katanya diminta mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan yang didakwa memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera.


Pelbagai pihak menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat-syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan dan mengenepikan penduduk tempatan yang rata-ratanya miskin sebagai perbuatan zalim.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula menganggap sikap kerajaan negeri yang berbuat demikian jelas menganiaya rakyat.
Bagi seorang usahawan, Sharul Fadhel, 32, tindakan kerajaan Pas Kelantan itu akan memberi kesan buruk kepada kaum Melayu di negeri ini pada masa akan datang.


"Mungkin sekarang tidak menampakkan kesan, tetapi bayangkan 20 tahun ke depan, apa nasib akan diterima generasi akan datang terutamanya golongan miskin negeri ini.


"Pembangunan yang dilaksanakan syarikat bukan bumiputera ini pasti akan menenggelamkan golongan Melayu miskin selepas ini," dakwanya.


Mohd. Zaidan Abd. Rahim, 36, pula berpendapat, kerajaan Pas sepatutnya memelihara tanah rizab Melayu yang ada, bukannya memajakkan tanah-tanah berkenaan kepada pihak luar.


"Kita mahu tanah Melayu ini dimajukan oleh orang Melayu sendiri, jangan melibatkan syarikat luar. Pas selama ini sering melaungkan slogan kerajaan Islam dan kerajaan berkebajikan, namun tindakan yang dilakukan ini jelas mencerminkan siapa Pas sebenarnya," dakwa beliau.
Arif Hakimi Zulkifli, 32, pula berharap, kerajaan Pas Kelantan menarik balik tindakan yang dilakukan itu kerana ia akan hanya merugikan rakyat negeri ini.


"Sepatutnya, sebagai pemerintah keutamaan kepada rakyat mesti didahulukan," katanya.


 

PUNCA TINGGALKAN PAS...



Oleh Dr Rahman Kadir
1. Isu Israel dan Yahudi kembali lagi.
2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, “boleh   


bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi”.
3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam 


Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.
4. PAS pada zaman sebelum turunnya ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam 


barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi 


yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini 


menghalalkan hubungan dengan Yahudi.
5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa 


masuk ke dalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti 


hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah 


dibantai dengan begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.
6. Saya tidak pasti sama ada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini 

disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan 

Anwar.
7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.
8. Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang 


diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan 


mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.
9. Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila 

berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila 

berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist 

dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat 

dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi 

dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-

amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.
10. Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang 


menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.
11. Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan 


kenyataan kepada Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of 


Israel…”
12. Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-


tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi 


Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan 


Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel 


apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit 


kesalahan liwat.
13. Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa 


cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.
14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila 


dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro-Israelnya, akan menuding jari 


terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan “kapal Israel” yang 


berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).
15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana parlimen menjadi zoo dengan 

ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar 

lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.
16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat 


APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad 


dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan 


Kerajaan Datuk Seri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.
17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah 


menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat Palestin berdemo dan memboikot apa 


sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat 


milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens 


dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki 


regional branch di Israel.
18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah


 ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak


 berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.
19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya 

konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di 

Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas 

sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu 

testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 

(PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah 

beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.
20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan 

hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan 

mem’ban’kan atau mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.
21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.
22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang

ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun 

belum tentu merekanya berfahaman Zionis.
23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran 


menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan 


dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum 


mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.
24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak 


terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu 


untuk diseksa dengan malaikat yang sama dengan malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab 


dan Abu Jahal.
25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, 

riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah

 jugasebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. 

Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.
26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam,


 apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada


 Negara Islam di dalam Al Quran.
27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. “Mati Syahid” Ibrahim Libya menjadi sia-sia.

 Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis,

 dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.
28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli


 syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan 


PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim 


Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon 


pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan “bijak” pimpinan parti yang 


kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.
29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus 




berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya 


bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.
30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan 


difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.
*Penulis adalah bekas aktivis PMIUM yang pernah menyokong PAS sejak dari tahun 1996. Dr Rahman menjelaskan alasan-alasannya kenapa beliau meninggalkan PAS.