Saturday 1 December 2012

TEROWONG BAWAH TANAH PENINGGALAN TENTERA JEPUN JADI TUMPUAN....


Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.

Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.

Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

SELANGOR ADAKAN PILIHANRAYA BERSENDIRIAN



SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.

ANWAR MAHU MUSA HASSAN MASUK PKR BUKAN PAS...!!!

udahler

Benarkah berita yang kami terima ini?
Musa Hasan yang baru beberapa hari lepas mendapat promosi dan publisiti daripada portal-portal serta blog-blog dan di Facebook pro-Pakatan Rakyat, sekarang ini sedang cuba ditarik masuk ke PKR oleh Anwar Ibrahim menerusi perantaraan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR? 
Dalam keadaan sekarang, Anwar Ibrahim dan PKR sebenarnya sedang berada dalam kedudukan yang paling mendesak dan terdesak. PAS sudah berjaya mendapatkan beberapa orang individu yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan termasuklah dalam PDRM dan ATM. Sedangkan PKR pula nampaknya sangat ketinggalan dalam perlumbaan ini. 

PKR RAKUS GADAI ASET PKNS.....!!!


KUALA LUMPUR  –   Ketua Bahagian UMNO Selayang, Shukur Idrus mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR  hari ini sedang rancak menjual aset-aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang bernilai ratusan juta ringgit.
Beliau ternyata merasa hairan dan pelik, di mana hati perut mereka selama ni, langsung tidak tersentuh jiwa dan  perasaan   untuk membela nasib bangsa dan warisan generasi Melayu dan Bumiputera?
“Saya ingin bertanya kepada Menteri Besar Selangor, beginikah sikap seorang pemimpin Melayu yang kita harapkan akan menjaga kepentingan aset orang-orang Melayu dan Bumiputera? Inilah manusia yang bercakap bagai lidah bercabang dan mengaburi fikiran rakyat demi kepuasan nafsu politik  yang songsang.