Saturday 8 September 2012

BAS MEWAH PKR KENA SIMBAH CAT LAGI...???

Bas PKR
Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim





Bas PKR
Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua. -Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim



SHAH ALAM - Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua dalam seminggu ini, kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali ini insiden itu terjadi di Melaka.

"Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadab!" kata mesej Twitter Anwar hari ini.

Kata beliau, gerombolan dipercayai anggota Pemuda sebuah parti melempar cat merah di bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaik menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong Kelubi, Jasin.

Sinar Harian

HAKIM ARAH TUTUP AKAUN FACEBOOK


DHAKA : Sebuah mahkamah Bangladesh mengarahkan pihak berkuasa menutup lima halaman Facebook dan sebuah laman web kerana menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran dan beberapa agama lain.

Hakim di mahkamah tinggi di ibu kota Dhaka mengarahkan pemantau
telekomunikasi, pegawai Kementerian Dalam Negeri dan polis menyekat halaman terbabit serta merta.

Malah, beberapa kartun yang dipaparkan juga hampir menyamai maksud pornografi. – Hakim
“Halaman berkenaan mengandungi kata-kata cacian dan kartun menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran selain Jesus Nabi Isa AS, Buddha dan Hindu,” kata peguam yang membawa kes itu ke mahkamah, Nawshad Zamir.

“Sasaran utama mereka ialah nabi dan al-Quran. Halaman di laman web berkenaan menjejaskan sentimen negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam selain pengikut agama lain juga.

“Malah, beberapa kartun yang dipaparkan juga hampir menyamai maksud pornografi,” kata hakim itu. Bagaimanapun, nama halaman web itu tidak didedahkan.

Hakim meluluskan perintah itu selepas satu petisyen bersama dikemukakan oleh seorang tenaga pengajar Universiti Dhaka dan ketua sebuah sekolah undang-undang.

Zamir berkata, pihak mahkamah juga meminta pihak berkuasa menyiasat siapa yang menghantar kartun itu selain ulasan menghina secara online.

Ia adalah kali pertama sebuah mahkamah Bangladesh bertindak untuk menutup halaman tertentu dalam Facebook atas dakwaan menjejaskan sentimen agama. Satu kes sama mengenai dakwaan ia mengandungi unsur penghinaan juga berlaku di negara jiran, India.

Pihak berkuasa Bangladesh sudah mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan internet sebelum ini.
Januari lalu, seorang pelajar ditahan di sebuah kampung pedalaman atas dakwaan menyiarkan kenyataan di Facebook yang menghina bapa Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Pada bulan yang sama, seorang pelajar Bangladesh berusia 29 tahun dihukum penjara enam bulan, meskipun tidak hadir di mahkamah, selepas menghantar satu mesej di Facebook mendoakan perdana menteri mati dalam satu kemalangan jalan raya.


Berita Harian