Saturday 22 December 2012

{ FOTO } - GAMBAR YANG DAPAT DILIHAT HANYA DI MALAYSIA SAHAJA.....

Jom releks sambil melihat beberapa gambar yang mungkin boleh menggeletek perasaan anda.  

CHECK-IT-OUT......

Tengok mata petai tu.....membuka selera!

MUSA HASSAN DI SAMAN RM 100 JUTA...???


Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 Juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini (semalam).

TUN DR LIM KENG YAIK MENINGGAL DUNIA



Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Petaling Jaya pada pukul 4.45 petang ini.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan kepada Bernama. - Bernama

TERGEMPAR..!!! BEKAS POLIS BUKTIKAN BAI'AH PAS MEMANG WAJIB, MENYESAL SERTAI PAS....!!!


Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

SPEAKER DUN DAN EXCO KANAN KERAJAAN PERAK BUAT LAPORAN POLIS


PERTAMA  :  Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita. 
    
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi tadi.
    
Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 12.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.

ISU TANAH DAN UPAYA PADU - NGA KOR MING MELATAH, UGUT YB MIDAH...!!!

Difahamkan... Nga Kor Ming telah membuat ugutan terhadap YB Datuk Hamidah Osman (YB Midah) berikutan pendedahan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu mengenai isu tanah 10,526 ekar dengan sebuah syarikat milik Ngeh Ko Ham. YB Midah dijangka akan membuat laporan polis pada hari ini di Balai Polis Kampung Rapat berkaitan ugutan tersebut yang disifatkan beliau sebagai mengancam diri dan keluarganya.


OLIVIA CULPO, RATU CANTIK UNIVERSE 2012


LAS VEGAS, Nevada - Peserta berusia 20 tahun dari Amerika Syarikat (AS), Olivia Culpo menewaskan 88 jelitawan lain untuk memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe 2012 di Planet Hollywood di sini kelmarin.

Pemenang tahun lalu, Leila Lopes dari Angola menyampaikan mahkota kemenangan kepada Culpo selepas dia diumumkan sebagai pemenang.

Peserta dari Filipina, Janine Tugonon menduduki tempat kedua manakala tempat ketiga menjadi milik Irene Sofia Esser Quintero dari Venezuela pada pertandingan kali ke-61 itu.

Para peserta menyertai acara pakaian renang, gaun malam dan wawancara pada peringkat separuh akhir yang disertai 16 peserta.

Culpo dari Pulau Rhode bakal menerima gaji yang jumlahnya tidak didedahkan, pelbagai koleksi pakaian, produk kecantikan dan seunit apartmen mewah di New York.

SPEAKER DUN PERAK DIFITNAH ADA SKANDAL SEKS...!!!


Tuduhan skandal seks, cubaan pembangkang alih isu di Persidangan DUN Perak : Speaker DUN

JIKA beberapa hari lalu, Pemuda PAS Perak telah ’menyerang’ Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan tuduhan menjual Rumah Perak, hari ini tiba pula giliran parti DAP untuk ’menyerang’ wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Hari ini, pihak pembangkang cuba memfitnah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan dengan mengaitkan beliau dengan tuduhan kononnya terlibat dalam dengan skandal seks.

Dua wakil rakyat pembangkang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar dan ADUN Buntong A. Sivasubramaniam kedua-duanya dari parti DAP pada sidang media di Ipoh, hari ini mendakwa menerima CD yang mengandungi aksi terlampau Speaker pagi ini.

{ FOTO } - SANTAI JAP.... NENEK YANG BRUTAL.....

Faktor usia bukan halangan untuk wanita-wanita di seluruh dunia ini mempamerkan naluri mereka... Bagi golongan muda, mungkin akan mencebik bibir atau mencemuh mereka.... Jangan gitu dek, akan tiba masa kita juga akan menjadi tua seperti mereka.... itupun jika kita panjang umur!!!


Tangkap gambor.... nak masuk facebok ni... 

{ VIDEO } - IKLAN YANG MEMPERSENDAKAN HARI KIAMAT....!!!

PERCAYA PADA HARI KIAMAT - RUKUN IMAN YANG KE-5.

Ramai manusia di seluruh dunia percaya bahawa.... kiamat akan berlaku pada hari ini, Jumaat,  21/12/12. Waktu artikel ini mula di tulis, jam di tangan teman menunjukkan tepat 9.34 PM (waktu Malaysia)... bermakna tinggal kurang dari dua setengah jam lagi akan melangkah ke tarikh 22/12/12.... dan dunia masih aman..... Kenapa percaya hari ini akan berlakunya kiamat...sedangkan Rasulullah SAW yang menjadi kekasih Allah pun tidak tahu bila akan berlakunya hari kiamat dan anda pandai2 meramalkannya.....!!! Berimanlah dan beramallah... kerana hari kiamat itu pasti....!!!