Sunday 15 April 2012

KISAH BENAR ~ PADERI YANG TERPAKSA MEMBUKA KEBENARAN ISLAM..!!!

KISAH BERMULA................


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan :
  1. Satu yang tiada duanya, 
  2. Dua yang tiada tiganya, 
  3. Tiga yang tiada empatnya, 
  4. Empat yang tiada limanya, 
  5. Lima yang tiada enamnya, 
  6. Enam yang tiada tujuhnya, 
  7. Tujuh yang tiada delapannya, 
  8. Lapan yang tiada sembilannya, 
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya, 
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, 
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya, 
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya, 
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya.’
  14. Sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! 
  15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? 
  16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? 
  17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
  18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’
  19. ‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? 
  20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’
  21. ‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! 
  22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

  1. Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
  2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12)
  3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh
  4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
  5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
  6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
  7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).
  8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
  14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)
  15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)
  17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).
  18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).
  20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
  21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).
  22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci syurga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:



‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Kisah nyata ini diambil dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah melalui internet, www.gesah.net (شبكة قصة الإسلامية)

Wallahu’alam….
 
Sumber disini.

50 DALIL ~ WAJIB SINGKIRKAN PR..!!! EPISOD TERAKHIR





SEKIAN.... WALLAHU'ALAM....

50 DALIL ~ WAJIB SINGKIRKAN PR..!!! EPISOD 4






Jangan fed-up...ikuti pula  EPISOD TERAKHIR

50 DALIL ~ WAJIB SINGKIRKAN PR..!!! EPISOD 3








Belum habis lagi..... jumpa di EPISOD 4...

50 DALIL ~ WAJIB SINGKIRKAN PR..!!! EPISOD 2








Ada lagi di EPISOD 3.....

50 DALIL ~ WAJIB SINGKIRKAN PR..!!! EPISOD 1




 



Ikuti seterusnya.... di  EPISOD  2

BILA DEMONSTRASI LYNAS TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.... MAHASISWA PULA DIHASUT PORNO REJIM (PR)..!!!


Demonstrasi Lynas Semakin Tidak Dapat Sambutan
AKHBAR China Press melaporkan seramai 200 orang menyertai demonstrasi Solidariti Hijau SeMalaysia – Stop Lynas (SHS-SL) yang turut diadakan di 11 negeri yang lain serata negara semalam. 200 orang? Itu sahaja menunjukan bahawa demonstrasi anti-Lynas ini semakin tidak mendapat sambutan rakyat.
Itu baru bercakap tentang demonstrasi di Shah Alam, demonstrasi lain yang diadakan serentak di 11 negeri itu masih tidak ada cerita. Rasa-rasanya sekitar 11-12 orang sahaja kot. Kenapa penulis katakan begitu, sebab penulis mahir sangat dengan politik Pakatan Rakyat ini, kalau ada jumlah yang lebih besar dari di Shah Alam ini, ia akan digembar-gemburkan ke seluruh negara dengan hebat.
Kalau ikut cakap Pakatan Rakyat, pembinaan kilang ini mampu membunuh beribu-ribu orang akibat dari pencemaran sinaran radioaktif yang dilepaskan kilang tersebut. Belum lagi disebut pencemaran alam sekitar, sehingga ke satu tahap, Balok (kawasan dimana kilang Lynas dibina), berpotensi menjadi Chernobyl Malaysia jika pembinaan tersebut diteruskan.
Justeru, sepatutnya dengan ‘bahaya’ yang begitu teruk seperti disebutkan pembangkang, rakyat dari pelbagai bangsa di seluruh negara akan bangkit beramai-ramai menentang kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan kilang tersebut. Maklum beribu-ribu orang nak mati ni, kemusnahan ekosistem lagi. Seterusnya... di sini
SEBALIKNYA... PIHAK PORNO REJIM (PR) BERALIH ARAH DENGAN MENGHASUT PARA MAHASISWA AGAR MENENTANG KERAJAAN MELALUI DEMONSTRASI MENUNTUT PINJAMAN PELAJAR MELALUI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) DIHAPUSKAN....
DI SINI.......
**** Tanpa PTPTN... sebenarnya ianya menambahkan lagi KEMALASAN mahasiswa Melayu untuk menjadi cemerlang dan Kelas Pertama....!!! Hari ini... mahasiswa kalau dpt first class tak payah bayar balik. Makna nya Kerajaan tanggung semua utk Pelajar CEMERLANG.... 

PEMBANGKANG MUFLIS ISU...

Pemimpin pembangkang dilihat semakin terkapai-kapai dalam mencari isu untuk mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Justeru, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemimpin parti itu perlu sentiasa berhati-hati dan bersedia supaya tidak tersilap langkah dalam menangani kontroversi yang ditimbulkan oleh pembangkang.
BACA SELANJUTNYA.. DI SINI

KENAPA MELAYU PR NAK SANGAT HAPUSKAN PTPTN..???





Korang tengok statistik diatas ni.


Yang ramai dapat pengecualian ialah pelajar cina dimana mereka ini yang mendominasi untuk mendapat keputusan kelas pertama. Depa ni rajin dan manfaatkan betul-betul tawaran ptptn yang menukarkan pinjaman kepada biasiswa bagi sesiapa yang memperoleh 1st class.

Orang melayu yang pro pakatan yang baloq liat nilah harapkan pengecualian bayar hutang ptptn kerana mereka tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan keputusan kelas pertama.

Yang depa tau nak cara mudah, hutang yang perlu dibayar dapat dilupuskan dengan mudah tanpa memikirkan implikasi negattif terhadap kewangan negara.

Pelajar yang rasional akan memikirkan bahawa hutang perlu dibayar dan jika nak sesuatu dengan percuma, usaha gigih amat perlu untuk mencapai cita-cita itu.



Anak Seberang

BIADAP DAN SIAL..!!! MAHASISWA MELAYU LAKUKAN RITUAL HINDU HINA TPM DAN MPT..!!!

biadap mahasiswa

Kebiadapan mahasampah jalanan yang belajar-tak-pandai-tapi-nak-mentekedarah-duit-rakyat ini semakin menjadi-jadi apabila mereka mengalungkan bunga seperti Hindu mati pada potret Menteri Pengajian Tinggi dan Perdana Menteri semasa berhimpun untuk mendesak pemansuhan pinjaman PTPTN lewat tengahari tadi.
Perbuatan jijik gerombolan anak bangsa yang tidak sedar dek untung ini tidak lain hanyalah manifestasi kebodohan mereka di lapangan sosial yang berunjur dari ketengingan mereka dalam lapangan akademik.
Adalah salah di sisi agama Islam untuk mendesak dengan hinaan dan kecaman bagi tujuan mengelak dari membayar hutang yang telah digunakan untuk bukan hanya biaya pelajaran, malah untuk membeli gajet-gajet elektronik, kereta, malah ada yang mengembara ke luar negara dengan penerbangan tambang murah (sebelum menyertai demo ini kerana tidak boleh keluar negara lagi kerana tidak membayar pinjaman).
Mungkin kerana menyedari tindakan mendesak hutang dihapuskan mereka ini bercanggang dengan amalan Islam, mereka meniru ritual Hindu pula bagi menunjukkan akidah mereka kini sebenarnya atas dasar apa.
Inilah didikan Anwar Ibrahim yang perlu dicantas dari melalangi bendang masyarakat.

ANTARA MALU DAN KELIRU : AIR MUKA SIAPA YANG JATUH DI DATARAN MERDEKA..???

Demonstrasi yang dirancang oleh aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim di Dataran Merdeka hari ini untuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) benar-benar mengaibkan dirinya sendiri.


Demo Mansuh PTPTN: Memalukan Dan Mengelirukan!

Dalam demonstrasi tersebut, secara terang-terang mereka keliru dengan matlamat yang ingin disampaikan apabila ada di antara mereka menggunakan kain rentang dan risalah yang menyokong PTPTN dan tidak mahu perkara itu dipolitikkan.
Pada masa yang sama, ada yang menggunakan sama kain rentang dan risalah yang menuntut pendidikan secara percuma dan mansuhkan PTPTN.
Secara tidak langsung, keadaan itu menimbulkan kekeliruan dan rasa malu bagi pengikut-pengikut yang tidak mengerti dalam demonstrasi yang dikepalai oleh Adam itu sama ada menyokong atau membantah PTPTN?
Selain itu, lokasi demonstrasi mereka juga ditukar di saat-saat akhir daripada rancangan asal iaitu ingin berarak dari Padang Merbok ke Dataran Merdeka, sebaliknya telah berubah dengan berkumpul dahulu di Masjid Jame’ Kuala Lumpur dan bergerak ke pusat membeli belah SOGO.
Sewaktu mereka berkumpul di Masjid Jame’, sekumpulan remaja India yang dianggarkan seramai 20 orang datang secara tiba-tiba di perkarangan masjid itu.
Ketika ditanya di kalangan remaja India di sana, kebanyakan dari mereka tidak mengetahui tujuan demonstrasi itu diadakan.
Yang mereka tahu, dipanggil dan diarahkan memanggil kumpulan mereka beramai-ramai dan berkumpul di lokasi tersebut.
Berada di lokasi itu, penulis sempat berbual dengan kelompok remaja tersebut.
“Mereka telefon dan arahkan memanggil ramai lagi orang. Kemudian, berkumpul di sini. Tujuannya, hanya mengikut sahaja tindakan dan pergerakan yang lain,” kata mereka.
Sedikit memalukan bukan? Meraih perhatian orang ramai untuk hadirkan diri ke demonstrasi tersebut semata-mata untuk mencukupkan jumlah pengikut sehingga 5000 orang? Hakikatnya, pengikut yang menyertai demonstrasi itu hanyalah kurang dari 300 orang sahaja.
Selain itu, jelas dilihat, Adam Adli sempat menyuruh beberapa orang lain yang berada di dalam kereta untuk turun dan menyertai pertunjukan demonstrasi mereka ketika berlakunya kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Masjid Jamek.
Adam dengan bangga mengatakan jumlah yang menyertai demonstrasi itu pastinya mencecah 5000 orang dan majoritinya semestilah golongan pelajar.
Namun, di lokasi demonstrasi itu jelas kelihatan golongan pelajar-pelajar hanyalah duduk di tepi-tepi dan menyaksikan dirinya terpekik-pekik mengecam dan mengutuk Perdana Menteri.
Juga, ada sepasang kekasih yang datang ke demonstrasi itu hanyalah untuk ‘memadu cinta’ dan bukannya menyertai dan menyokong perhimpunan tersebut.
Jadi, di manakah rasional dan tujuan sebenar demonstrasi itu dilakukan?
Adam Adli juga dilihat kurang berucap dan hanya berusara bila perlu sahaja dan lebih memberikan peluang kepada orang lain yang berucap.
Jadi, dimanakah kelantangan suara Adam Adli ketika berbicara menegakkan perjuangan dan kebenarannya walhal secara terang-terang memang tiada kebenaran yang cuba dia tegakkan.
Jatuh sudah air muka Adam Adli ketika dia sendiri melakukan demonstrasi yang nyatanya terlalu goyah dalam merancang strategi yang berkesan.
Mahu mansuh atau mahu diteruskan?
Itulah yang menjadi tanda tanya ramai pihak apabila sekumpulan 250 orang yang mengaku mahasiswa berhimpun di ibu negara petang tadi.
Perhimpunan itu pada awalnya dikatakan hendak menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Mereka mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.



Demonstrasi itu bermula tepat jam 2.10 petang dari lokasi pertama, Masjid Jame’ Bandaraya Kuala Lumpur dan menuju ke pusat membeli belah SOGO di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Perarakan kumpulan itu tersasar dari rancangan asal yang ingin berarak dari Padang Merbok ke Dataran Merdeka.
Adam bagaimanapun kelihatan ‘tidak rancak’ mengetuai demonstrasi itu sebaliknya banyak dikepalai oleh Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas), Muhammad Safwan Anang Talib dan Khalid Mohd Ismath, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipendent.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya “Najib Altantuya”, “Mansuh PTPTN”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah”, “Reformasi” dan “Jahanam Najib.”
Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis ‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’ dan ‘Mansuh PTPTN’.
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan juga bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tetapi yang menghairankan pula, ada juga di antara mereka yang membawa poster yang mesejnya sama sekali berlawanan dengan objektif asal perhimpunan itu.
Lihat kekeliruan yang wujud antara poster menyokong PTPTN dan yang mahu ia dimansuhkan. Jadi demontrasi petang tadi untuk apa?

Demo Mansuh PTPTN: Memalukan Dan Mengelirukan!


Apa sudah jadi ni?
Adakah ini bermakna yang golongan mahasiswa itu sendiri tidak bersatu hingga telah berpecah kepada dua puak iaitu puak yang menyokong dan puak yang membantah?
Seorang pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut, Mohd Rafiq (bukan nama sebenar) menyatakan keliru dengan tujuan demonstrasi tersebut dengan kenyataan-kenyatan yang Adam keluarkan sebelum demonstrasi itu dijalankan.
 “Saya keliru sama ada demonstrasi ini membantah atau menyokong PTPTN? Sebab ada dua jenis kain rentang yang mereka guna, ‘Tuntutan Pendidikan Percuma, Mansuhkan PTPTN’ dan ‘Jangan Mansuhkan PTPTN’. Jadi, apa sebenarnya tujuan demontrasi ini. Saya rasa macam ditipu,” katanya di sini hari ini.
Lagi satu, apa sudah jadi kononnya perhimpunan itu akan disertai ribuan mahasiswa sedangkan yang muncul jauh dari angka yang sebenar? Sebahagian pula tak nampak macam mahasiswa mana-mana universiti pun seperti gambar di bawah.
Jika jumlah mereka yang kononnya mewakili anak dan adik (tapi sebenarnya mewakili parti politik semata-mata) ditolak, berapa ramai siswazah tulen yang hadir?









Adakah Adam Adli nak kata yang tak hadir ini penakut atau dia kena akui bukan semua mahasiswa mempunyai otak dan perangai buruk macam dia dan geng SSMnya itu?
Apa yang berlaku petang tadi juga menimbulkan kemarahan pada para pengguna jalan raya kerana ia telah mengakibatkan kelancaran kenderaan mereka terganggu dan terhalang.
Itu belum campur persepsi pelancong asing yang tertanya-tanya, apa kejadah anak-anak muda ini terpekik-pekik macam monyet tergigit cili.
Kalaulah mereka tahu yang terpekik terlolong itu mahasiswa, pasti mereka akan menggeleng-gelengkan kepala…dan kalau mereka tahu juga yang puak-puak ni menuntut agar boleh belajar ‘free of charge’ kat universiti, pasti mereka akan lebih menggeleng-gelengkan kepala masing-masing.
Buat Adam Adli dan puak-puaknya itu, sayugia diingatkan, sejak dilaksanakan menerusi Akta 556, iaitu Akta PTPTN 1997, sejumlah RM 43 bilion sudah digunakan menampung perbelanjaan pinjaman pendidikan peringkat tertiari bagi rakyat.
Ia bagi membolehkan sasaran kerajaan agar 40 peratus dari keseluruhan penduduk memperoleh pendidikan tertiari, sama ada di peringkat diploma ataupun ijazah, dicapai dengan jayanya.
Jumlah perbelanjaan itu sebenarnya hanya bagi menampung keperluan membayar yuran dan bagi penuntut IPTA, ia adalah dalam lingkungan 10 peratus daripada keseluruhan kos pendidikan.
Bagaimanapun, galakan itu sebenarnya belum boleh merangsang pertumbuhannya jika tiada satu dana untuk membiayai kos pengajian. Peranan itu sebelumnya dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan agensi-agensi kerajaan, tetapi ia terhad kepada pembiayaan di universiti awam.
Untuk menggalakkan pertumbuhan institusi pendidikan swasta, satu dana khusus dalam bentuk pinjaman disediakan menerusi PTPTN.
Jika PTPTN dihapuskan, bermakna lebih banyak kolej swasta akan berhadapan dengan masalah disebabkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat.
Kos yuran pengajian di peringkat diploma sudah mencecah RM20,000 dan ini akan menyebabkan lebih ramai rakyat negara ini tidak berpeluang, kerana mengharapkan kemasukan ke universiti awam, ia perlu bersaing sesama sendiri dan dengan lain-lain kaum.
Ini yang Adam Adli dan geng-gengnya lupa.





Oh yea, nak beritahu di sini, sejak melaksanakan dasar memberikan galakan kecemerlangan akademik, 11,764 orang dikecualikan bayaran balik pinjaman (berjumlah RM339 juta) kerana memperoleh ijazah kelas pertama.
Daripada jumlah itu, 8,818 orang ialah pelajar keturunan Cina, 2,347 orang keturunan Melayu, 456 orang keturunan India manakala 50 bumiputera Sabah, 34 bumiputera Sarawak dan 59 lain-lain keturunan.
Persoalannya, kenapakah pelajar Melayu hampir tiga kali lebih rendah diberikan pengecualian walaupun dari segi jumlah yang mendapat pinjaman berlipat kali ganda.
Mungkin Adam Adli dan kawan-kawannya itu PALING LAYAK menjawabnya.
Sebab dengar katanya puak-puak ini ‘cukup cemerlang’ dalam akademik mereka.
Ada berani?


mynewshub