Sunday 31 March 2013

DAZRIN DAN HAIRUL AZREEN UNGGULI CABARAN FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

Dazrin & Hairul

Pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen berjaya dinobatkan juara musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu Hefny dan Hafizul.

POLIS BURU MUHAMMAD RIDZWAN SULAIMAN

ridzwan

Polis sedang mencari seorang lelaki bergelar Datu Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

PAS MESTI KELUAR PR JIKA IKHLAS PERJUANGKAN AGAMA

"PAS TIADA KREDIBILITI"

Perjuangan PAS sebagai parti yang menegakkan Islam di negara ini semakin tersasar apabila PAS lebih sanggup untuk mengetepikan matlamat perjuangan demi menjaga hubungannya dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus cuba untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).Prinsip Islam yang cuba ditegak PAS seperti hudud dan negara Islam kini semakin lenyap daripada sebutan pemimpin parti itu lebih-lebih lagi apabila ia bersama DAP.

"PAS TIADA KREDIBILITI"

Perjuangan PAS sebagai parti yang menegakkan Islam di negara ini semakin tersasar apabila PAS lebih sanggup untuk mengetepikan matlamat perjuangan demi menjaga hubungannya dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus cuba untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Prinsip Islam yang cuba ditegak PAS seperti hudud dan negara Islam kini semakin lenyap daripada sebutan pemimpin parti itu lebih-lebih lagi apabila ia bersama DAP.

Beranikah PAS keluar dari PR sebagaimana beraninya menjual kalimah Allah kepada DAP..??

LAHAD DATU : ANGGOTA KESELAMATAN TERLIHAT LEMBAGA MENYERAMKAN WAKTU SENJA..???

Hiasan

Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

SAHIH !!! WANITA YANG DITAHAN DI MEKAH BERSAMA 5 ANAKNYA ADALAH SEORANG JUTAWAN DAN ISTERI ABUYA AL-ARQAM....!!!




SAH! Jutawan Wanita Yang Ditahan Di Mekah Adalah Isteri Ashaari Dan Lima Anaknya | Kuala Lumpur –  Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

PAPA HOMO GANGGU KETENTERAMAN AWAM, PENDUDUK BUAT LAPORAN POLIS...!!!


ALOR SETAR - Sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk.

Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini.

SEUMUR HIDUP DITIPU PAS


Pok Cik teruk-teruk pasang bendera sedangkan pemimpinnya enak menikmati hidangan kambing panggang dan kek harijadi.

Saturday 30 March 2013

LAHAD DATU : PENGGANAS KIRAM JADIKAN KAMPUNG TANJUNG BATU UMPAMA 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'....!!!


Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.


Keadaan sayu itu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.

RAHSIA KALIMAH ALLAH DI KEPALA CR7, HAFAL AL-FATIHAH DAN BELAJAR BERWUDUK.....

Photo: 1 Like 1 Respect

WanSFikri follow my twitter
Tweet me first and I will follow you back

Masih ingat kah anda dengan paparan dalam blog ini pada bulan November tahun lepas mengenai kalimah Allah yang kelihatan di kulit kepala pemain bolasepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo ketika beliau menerima rawatan di padang kerana tercedera pada bahagian matanya dalam permainan... Lihat di sini

PEGUAM BALING KASUT KE KEPALA PRESIDEN PAKISTAN....!!!


Karachi : Seorang peguam semalam membaling kasut ke arah bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf ketika beliau berjalan masuk bilik mahkamah untuk melanjutkan tempoh jaminan atas tuduhan bersubahat membunuh dan memecat hakim. 

HIDDEN AGENDA NUR MISUARI TERHADAP JAMALUL KIRAM III.....???


Pada tahun 2011, tausug-global melaporkan Nur Misuari mendekati ‘Sultan Sulu’ bernama Sultan Fuad A. Kiram I, seorang individu yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan Filipina.
“Bagaimana jika Malaysia tidak akan kembalikan Sabah, apa yang kita harus lakukan? ” tanya Nur Misuari kepada orang ramai di mana ketika itu Fuad A. Kiram I turut berada di sisinya.

SULTAN SULU KE BERAPA NI...???

Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II ibni Datu Wasik Aranan

KALAU tengok penampilan, kena pulak dengan payung kuning tu... memang nampak macam sultan la...

Jika tidak, masa kan mengaku sebagai Sultan Sulu....!!!

Kalau mengikut salahsilah keturunan Sultan Sulu.... sebenarnya tiada pewaris pun. Malah negara pun tidak ada, tapi mengaku pulak sultan. Bukankah Sultan tu adalah ketua sebuah negara/negeri..?

Jadi... siapakah Sultan Sulu yang sebenar-benarnya.???



AWAS !!! PUAK PR BAWAK DAKWAT KEKAL MASUK KAMPUNG SEBELUM HARI MENGUNDI....!!!


Lazimnya, tempoh berkempen yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya adalah antara 7-10 hari selepas penamaan calon hingga jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian.

Friday 29 March 2013

WAJIB BACA !!! FAKTA YANG MELAYU PERLU TAHU MENGENAI DAP !!!



Sejarah Melayu telah mencatatkan bahawa Singapura diasaskan oleh Sang Nila Utama yang juga anak Raja Melayu Palembang. Umum juga mengetahui bahawa nama asal pulau tersebut adalah Temasek sebelum ditukarkan kepada Singapura yang bermaksud ‘Kota Singa’. 

Walaubagaimanapun, jika kita merujuk kepada maklumat arus perdana pada hari ini, Stanford Raffles lebih ditonjolkan sebagai Bapa Singapura sementara Lee Kuan Yew dipaparkan sebagai Bapa Singapura Moden. 

( VIDEO ) : EKSKLUSIF MENYINGKAP SEJARAH TRAJEDI MEMALI BAHAGIAN KE-2


Dan seperti yang dijanjikan, di bawah adalah video bahagian II.

Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Sabah.

Anda saksikan video terbaru bahagian II :

LAHAD DATU : KURANG 10 PENGGANAS KIRAM KINI BERSEMBUNYI DAN HIDUP DALAM PELARIAN



Sidang media oleh Datuk Hamza Taib, CP Sabah pada petang ini mengesahkan bahawa baki jumlah pengganas Kiram yang masih hidup kurang daripada 10 orang dan hidup dalam pelarian dan persembunyian. Sedikit lega kedengarannya namun masih belum boleh dikatakan selamat sepenuhnya.

ANWAR KORBANKAN NURUL NUHA UNTUK BUKTIKAN KRONISME DI DALAM PKR...!!!


KUALA LUMPUR  - Pakatan pembangkang disifatkan cuba mewujudkan sistem pemerintahan kronisme jika meletakkan seorang lagi anak perempuan Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, jika benar Nurul Nuha bakal bertanding di kerusi yang kini disandang bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini bermakna pakatan pembangkang mempertaruhkan calon-calon dalam kalangan anak-beranak pada pilihan raya kali ini.

AMARAN SYED ALI : MOHON MAAF ATAU SAMAN !!!


Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti tersebut sebagai perbuatan khianat, berniat jahat dengan tujuan untuk mencemar reputasi dan kredibiliti beliau.

MENGETUAI AJARAN SESAT DI MEKAH, ISTERI ABUYA DITANGKAP...!!!


KUALA LUMPUR 28 Mac - Seorang wanita warga Malaysia berusia 52 tahun yang dipercayai isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad ditangkap di Kota Mekah, semalam kerana disyaki memimpin ajaran sesat di tanah suci itu.

Dia ditangkap bersama 95 lagi pengikutnya terdiri daripada rakyat Malaysia dan Indonesia dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Mekah dengan kerjasama Unit Risikan dan Pencegahan Jenayah semasa sedang menjalankan upacara keagamaan di situ.

Media tempatan negara itu, SABQ melaporkan, kumpulan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Laporan itu turut mendedahkan, wanita itu memperoleh pendapatan kira-kira RM850,000 sebulan hasil daripada menjalankan aktiviti keagamaan sesat tersebut  -  UM 29/3/13

SIOTTT !!! MORAL PEMIMPIN PKR... PANCUT DEPAN LAPPY JE, BRO...!!!


KELETAH NAKAL.... Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok, Kedah.

Malah melalui akaun facebooknya tercatat beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Seorang pembuat dasar bagi majlis tempatan malah seorang yang menjadi kepala dalam gerakan untuk memecat Yang Di Pertua Majlis Daerah Sungai Petani.

Beliau menjadi Ahli Majlis bagi kerusi kuota ahli politik memandangkan beliau adalah Ketua Cabang Pkr di sana.

PENGAKUAN ANWAR BERTEMU NUR MISUARI ......


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bertemu Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) pada tahun 1990-an iaitu ketika beliau masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri yang dilihat sebagai cubaan untuk menyembunyikan pertemuan pada Julai dan Ogos 2012, kira-kira enam bulan sebelum pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

AWAL ASHAARI DIKHABARKAN EKSIDEN DAN MENINGGAL DUNIA.....???

A

“Saya terkedu !”

Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita “kematiannya” yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini.

Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan.

MACAI MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW.....



Puak-puak pentaksub terlampau Anwar Ibrahim sanggup mengeluarkan kenyataan seperti di atas semata-mata untuk mempertahankan dosa maksiat pemimpin yang sangat mereka sanjung.. Semuanya bermatlamatkan PUTRAJAYA..!!!

NAMUN BEGITU.... ada kemungkinan empunya ID adalah orang bukan Islam, tetapi menggunakan gambar dan nama orang Islam untuk mengaburi mata para cybertrooper pro-kerajaan di samping menyebarkan dakyah kesesatan mereka..... yang pastinya mendapat bayaran sangat lumayan....gitu...!!!

Tapi apa nak heran..... dh nama pun MACAI....

Thursday 28 March 2013

SISI GELAP SEORANG MAK NYAH SEBELUM INSAF DAN BERTAUBAT.....

Foto


Bayan Lepas : “Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.
“Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.

IKAN YU BERKEPALA 2 DI TELUK MEXICO KESAN RADIASI LYNAS...!!!


detail berita

MASIHKAH anda ingat dengan kenyataan dari Fuziah Thoron (Ahli Parlimen PKR - Kuantan) yang menuduh bahawa pencemaran dari kilang Lynas boleh menyebabkan ikan tumbuh dua kepala dan banyak spesis ikan akan pupus di sekitar Laut China Selatan.

Baru-baru ini para peneliti berkaitan laut di Michigan State University, Michael Wegner, menginformasikan untuk pertama kalinya telah menemukan anak ikan yu (dari jenis bull shark) berkepala dua.  Anak ikan ini dikhabarkan bukan disebabkan kembar siam. Adakah kerana kesan radiasi dari kilang Lynas di Gebeng, Kuantan? Jika ia....maka Fuziah Thoron adalah individu yang akan melompat paling tinggi..!!!! 

(VIDEO) : SKANDAL SULIT BAPA SAIFUL DAN ANWAR, TERBONGKAR..!!!!

SEBELUM ke video Ummi Hafilda yang membongkar skandal sulit tersebut, mari kita lihat dulu strategi yang akan Anwar gunakan untuk melindungi dan sekaligus menyelamatkan dirinya dari terus dibenci dan dicemuh oleh masyarakat dan rakyat negara ini.... Rujuk juga ...di sini



PENDEDAHAN !!! 3 SEBAB SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR....

Post Pic

SHAH ALAM : Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba semalam mendedahkan tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu.
 
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar mengatakan masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau enggan bersama bekas rakan karibnya itu.

GADIS CINA PELUK ISLAM SETELAH ALAMI 2 PERISTIWA MENARIK



Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap peluk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

( VIDEO ) : MENYINGKAP SEJARAH TRAJEDI MEMALI


Bahagian 1

Lihat bagaimana PAS memperisaikan wanita sebagai benteng pertahanan mereka.....

SETERUSNYA.... BACA DI SINI

ANWAR LAHIRKAN GERILA MENENTANG KERAJAAN BN DI MARKAS UTAN KAYU...???


Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan ‘gerila’ sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan ‘seperguruan’ dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan ‘gerila’ buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.

PENDEDAHAN : KISAH SEBENAR DI SEBALIK INSIDEN LAHAD DATU....


Berikut adalah pendedahan RPK di dalam blognya....

Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.

Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.

JMM BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS JENERAL PENCEN TUA NYANYUK PEMBANGKANG


Badan Bukan Kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia, JMM siang tadi (semalam) membuat laporan polis terhadap dua bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana mendedahkan rahsia ketenteraan serta membuat tohmahan terhadap ATM. Mereka ialah bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim Hussein dan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir Abdul Hamid.

DATUK K. RAJAGOBAL AKAN DIDAKWA LANGGAR ARTIKEL 88

FAM: Datuk K Rajagobal Bakal Didakwa Minggu Depan - Terbakor

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.
Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.

PENGGANAS KIRAM ADA CHALET DI KUNDASANG...???

1
This is the place.. Kiram’s Village at Mesilau Kundasang.

Semasa membaca beberapa blog mengenai pelancongan, teman ternampak satu blog yang memaparkan percutian empunya blog bersama familynya yang menginap di salah sebuah chalet  dengan nama KIRAM'S VILLAGE.

Kiram's Village Chalet terletak di Mesilau, berdekatan dengan Desa Cattle Farm dan Kinabalu Golf.

Dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa 90 minit untuk sampai di sini.

***Mungkin sekadar mengambil nama Kiram sahaja dan tiada kaitan dengan pengganas Sulu tersebut... Mungkin juga pemiliknya adalah saudara mara atau keturunan pengganas itu.... Mungkin..mungkin...

PENGGANAS KIRAM OFFER PENDUDUK KAMPUNG JADI AHLI KESULTANAN SULU DENGAN CAJ RM50 UNTUK SARA HIDUPNYA...!!!

INILAH KAD PENGENALAN pengganas Sulu milik Komander Habib Musa A. Abdullah yang mati ditembak pasukan keselamatan Malaysia pada 7 Mac lalu.

SEMPORNA - Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.

PUSARA SENIMAN AGUNG P.RAMLEE, SALOMA DAN AR TOMPEL HANCUR DI TIMPA POKOK...

Astro Awani semalam melaporkan kubur seniman negara Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan AR Tompel musnah akibat ditimpa pokok yang tumbang di Tanah Perkuburan Islam Ampang. Turut musnah ialah beberapa makam lain yang berdekatan. Kesian pula kami melihatnya. 

Al-Fatihah buat mereka...semoga roh-roh mereka berada di kalangan roh orang-orang beriman dan beramal soleh...

Wednesday 27 March 2013

KAMPUNG TANDOU AKAN DITUTUP, PENDUDUK DIPINDAH KE LOKASI SELAMAT


Lahad Datu, 27 Mac - Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian. 

KENALI PASUKAN KHAS LAUT (PASKAL)


Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

STRATEGI ANWAR SELEPAS PENAMAAN CALON PRU 13 DIDEDAHKAN....!!!

Pernahkan anda lihat Najib dan Rosmah buat sidang media begini ?

TEMAN DENGAN SUKACITANYA..... ingin share dengan pembaca setia BICARA PERJUANGAN mengenai 10 point yang akan diguna pakai oleh Anwar Al-Juburi semasa Pilihanraya Umum kelak sebagaimana yang telah disenaraikan oleh YB Zul Nordin seperti berikut...

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku. 

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas. 

BANGSAT, KURANG AJAR !!! BLOGGER PEMBANGKANG PERSENDAKAN KEMATIAN SHEIKH UTHMAN EL-MUHAMMADY...!!!

uthman_mati

Tak sampai hati rasanya teman ingin paparkan semula apa yang telah ditulis oleh blogger PR mengenai kepergian ke Rahmatullah tokoh ilmuan agama tersohor tanahair, walaupun sekadar copy n paste. Mereka dengan bongkak dan takburnya mempersendakan tokoh tersebut seolah-olah tiada IMAN di hati mereka....

Begitukah akhlak dan keimanan yang diterapkan oleh PAS kepada para pengikutnya.... yang kononnya sangat islamik lebih dari orang lain..???

SESUNGGUHNYA..... KETAKSUBAN MEREKA TERHADAP PARTI IKUTAN MEREKA TELAH MEMBUATKAN MEREKA BERTAMBAH SESAT LAGI MENYESATKAN...!!!!!

Baca seterusnya .....di sini

PENGGANAS KIRAM BERBALAS SMS DENGAN INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA !!!



SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru mymassa mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

BOB LOKMAN MENGAKU TIDAK PANDAI BERPOLITIK DAN DIPERGUNAKAN PAS


SHAH ALAM - Bekas pelawak dan komposer, Bob Lokman mengaku dirinya dipergunakan untuk memancing kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah anjuran PAS.

Menurut beliau, populariti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik lebih ramai pengundi dan penyokong untuk hadir ke majlis-majlis ceramah PAS.

Bob juga berkata beliau hanya perlu tampil di khalayak dan tidak perlu menunjukkan sikap pandai dan tidak perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai politik.

MAYAT REPUT TANPA KEPALA DITEMUI....ADAKAH BADAN KEPADA KEPALA DI KUIL..???


Mayat lelaki tanpa kepala

Seminggu selepas kes kepala lelaki india dijumpai tanpa badan di satu kuil hindu di Johor pada 20 Mac lalu.... LIHAT DI SINI, muncul pula mayat badan lelaki tanpa kepala di Seremban. Mayat itu dijumpai dalam keadaan reput dalam Sungai Linggi. Walaupun terpisah sebanyak 179 km, adakah mayat badan ini seorang sama dengan mayat kepala yang dijumpai di Kluang, Johor? 

Mayat seorang lelaki tanpa kepala dijumpai di dalam Sungai Linggi berhampiran Kampung Kuala Sawah, Rantau, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 4 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan itu.

PENASIHAT AGAMA SULTAN KIRAM ADALAH SEORANG PADERI...!!!



Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

TAHUKAH ANDA : ULAMAK PUN DAH MELUAT DENGAN PAS...!!!


Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Tuesday 26 March 2013

MAHALNYA SCOPENE... INI FAKTANYA...!!!


Sehingga ke hari ini, puak-puak PR masih tidak berhenti-henti bercakap mengenai Scopene yang menurut mereka pembeliannya hanya membazir dan berlaku penyelewengan.... Walaupun telah dijelaskan berkali-kali dengan fakta-fakta yang diterima akal... tetapi biasalah puak-puak PR mana ada akal yang waras untuk bersetuju dengan semua itu.....

Kenapa Submarine (Kapal Selam) Scopene yang dibeli oleh Malaysia mahal??

PAS PERNAH BERKOMPLOT UNTUK CULIK DAN BUNUH TUN M...... fuhhh!!!



Komplot culik, bunuh Dr Mahathir didedah.. APAKAH INI PERJUANGAN ISLAM PAS..???

Pasir Puteh : Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pemimpin UMNO dibunuh.

Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak, di sini.

TUN DAIM BALUN ANWAR KAW-KAW...!!!


Bekas Menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah menjawab soalan-soalan wartawan berhubung PRU12, Anwar Ibrahim dan masa depan negara. Menurut Tun Daim, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

ROSMAH VS AZIZAH : ANTARA FAKTA DAN REALITI




Cerita-cerita seperti Rosmah kawal Najib, Rosmah PM dibelakang tabir, apa yang Najib nak buat semuanya kena dapat kelulusan Rosmah. Sekarang pula bila masuk musim pilihan raya timbul pula cerita Najib tidak bubarkan parlimen kerana Rosmah halang. Semua nama-nama calon ditentukan oleh Rosmah. Dipendekkan cerita, maksudkan mereka cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa Rosmah berkuasa dalam segala hal dan PM akan ikut apa yang Rosmah kata. 

Rosmah dibandingkan dengan Wan Azizah kononnya Wan Azizah seorang isteri yang baik, isteri yang zuhud, isteri yang beriman. 

KELUARGA PENGGANAS SULU CARI ORANG YANG KASI WANG BANYAK ...!!!!


Seperti yang kami janjikan beberapa hari yang lepas, ejen berpengalaman kami, 
Seorang palauk yang mahir di laut antara laluan pulau-pulau Jolo, Indanan, Talipao, Zamboanga, Tawi-Tawi dengan pusat pertukaran barang di Tunku Lahad Datu, Tg. Labian, Kunak dan sekitar 50 pulau-pulau kecil di sekitar Semporna.

Palauk ini sangat mahir dalam bahasa Tau suq atau bahasa Bajau, dan bahasa Melayu pelat Sabah. Ketangkasannya menyelam dalam laut sangat mengujakan kami, orangnya kurus namun tenaganya amat luar biasa. Dia hanya menghisap rokok daun kadangkala Gudang Garam. 


JUTAWAN RUSSIA BUNUH DIRI...


Kematian jutawan Russia, Boris Berezovsky, 67 tahun disahkan akibat bunuh diri.
Mayat Berezovsky ditemui di kediamannya yang terletak di Ascot, 40 kilometer di Barat London,
Berezovsky ditemui dalam bilik air yang terkunci dalam keadaan menggantung diri.
Tiada sebarang kesan pergelutan ditemui pada mayatnya.