Monday 12 March 2012

FACEBOOK, TWITTER DAN BLOG, PLATFORM SEKS SONGSANG...???!!!



KUALA LUMPUR  – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.



Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.

Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.

Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.



Lebih mengejutkan, terdapat kumpulan itu yang menerima sambutan cukup menggalakkan berdasarkan jumlah Like menerusi laman Facebook yang mencecah antara 3,000 hingga 8,000 penyertaan.


Sebahagian daripada ahli kelab-kelab itu juga secara terbuka berkongsi nombor telefon dan menyatakan kesudian untuk menjadi teman istimewa sesama mereka.


Kebanyakan daripada mereka juga menggunakan gambar profil yang mendedahkan susuk tubuh bagi menarik perhatian ahli kumpulan termasuk dari negara jiran.


Selain berkenalan, kumpulan itu turut menjadikan medium dalam talian tersebut bagi menganjurkan pertemuan dan mengadakan pelbagai program mempromosi seks bebas.


Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia juga menemui beberapa laman web pelancongan antarabangsa yang turut mempromosi negara ini sebagai destinasi LGBT dengan menyenaraikan hotel, pusat sauna serta pusat urut yang dikategorikan sebagai ‘mesra gay’.


Turut dikesan di laman web berkenaan adalah forum-forum yang membincangkan mengenai pelbagai isu dan menyediakan panduan berkaitan aktiviti tersebut sebagai rujukan kepada pengamal LGBT dari luar negara sebelum ke negara ini.


Antara maklumat lokasi gay yang dihubungkan di dalam laman web berkenaan adalah bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Kota Kinabalu, Melaka, Miri dan Johor.


Selain itu, laman web tersebut juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah dan khidmat teman sosial.



PENDEDAHAN!!! PR LUBUK PENGGANAS!!!

MYMASSA MENDEDAHKAN...................


FUYOOO!!! GANAS SUNGGUH PUAK2 PAS....!!!



Ingat dekat PAS je ramai penggaanas, rupa-rupanya DAP pun ada kaitan dengan pengganas.





Ini bukan tuduhan dari BN, tetapi pemimpin DAP sendiri.


 Untuk melengkapkan trio pengganas dalam pakatan pembangkang, jom kita tengok pengganas PKR pulak beraksi.



*Kalau tak ganas, bukan pembangkang namanya.

ANWAR SEMAKIN MALAP.....

AIDCNews – Agak luar biasa, apabila ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dibebaskan mahkamah daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, semakin kurang sambutannya.
Sepatutnya, apabila Anwar diputuskan ‘bersih’, ceramahnya akan dikerumuni rakyat jelata, namun keadaan sebaliknya berlaku.
5286785131_059c9fbef2
Malah, jika dibandingkan dengan siri-siri ceramah Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keahlian PAS, seumpama Anwar sudah kehilangan auranya.
Dr Hassan sentiasa dinanti dan dikerumuni rakyat jelata untuk mendengar setiap butir perkataan yang muncul dari mulutnya, tetapi Anwar semakin dijauhi rakyat yang menunjukkan rakyat tidak mahu lagi mendengar janji-janji kosong ketua pembangkang itu.
Portal pro Anwar, Malaysiakini, 11 Mac melaporkan, ceramah Anwar di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.
Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya “memulaukannya”.
Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu ‘tunjuk muka’ dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.
“Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral,” katanya yang juga anggota DAP kepada Malaysiakini.
Dr Novandri, dalam kupasannya bertajuk “Sambutan Dialog Anwar Ibrahim Sesejuk Aircond Dewan De Palma” berkata dialog itu tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.
“Tiada lagi x-factor yang dimiliki oleh pemimpin veteran tua itu, lebih-lebih lagi anak muda hari ini lebih kritis dan tidak akan menerima bulat-bulat sandiwara atau cerita yang dihiburkan oleh Anwar.
5500064942_74eab1d599
“Anak muda hari tahu kronologi dan penolakan demi penolakan orang-orang kuat Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu merupakan mereka yang sanggup buat apa sahaja demi veteran tua ini”, katanya.
Perkara sama turut dikongsi Agendadaily yang melaporkan dialog anak muda selama dua jam hanya dihadiri kira-kira 150 orang.
Seorang belia memulakan soalan dengan bertanyakan sekiranya Anwar tiada lagi, siapa yang akan menggantikannya.
“Siapa pengganti saya akan ikut proses demokratik. Dalam Keadilan, sekarang ini ada presiden, Wan Azizah, naib presiden Nurul Izzah, Fuziah, Surendran, Tian Chua dan sebagainya. Jangan bimbang. Dan .. mungkin, siapa tahu akan muncul tokoh baru pula,” jawab Anwar.
Seorang lagi belia minta pandangan dan pendiriannya terhadap pluralism dan Islam sekular, tetapi sebaliknya Anwar dengan panjang lebar bercerita pasal sejarah Islam, kisah sahabat nabi, khalifah dan sebagainya. Selepas itu dia bercerita tentang politik di Turki, Tunisia dan Mesir serta kisah-kisah malang dirinya disalah erti selama hampir 10 minit. Sesudahnya, soalan itu tidak terjawab.
Selepas itu Anwar ditanya pendapat peribadinya mengenai hukum Hudud dan bagaimana dia bercadang untuk melaksanakannya supaya sesuai dengan komuniti yang berbilang bangsa.
Anwar terus bercerita mengenai prinsip kebebasan, nilai islam, mahkamah syariah, sistem ekonomi dan rasuah. Selepas itu Anwar cakap berbelit-belit. Katanya, kalau sokong tapi tak faham konsep negara Islam, payahlah.
“Kalau kita yakin dengan Islam kita tak boleh kata Hudud itu tak ada dalam Quran. Tapi saya sebagai orang Islam, akan pertahankan undang-undang Islam. Soal perlaksanaannya kita putuskan dalam Pakatan Rakyat – orang yang menerangkannya biarlah PAS.
Orang yang rasa nak menentang, seperti DAP boleh berucap dan minta jelaskan.. Orang macam saya boleh tolong selaraskan. “Jawapan” Anwar itu membuat ramai yang hadir terpinga-pinga kebingungan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, chedet.cc, bertajuk “Peperangan Mesir Melawan NGO”, berkata hanya kuasa rakyat melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke-13 adalah satu-satu cara untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada terus bermaharaja lela di negara ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu berhubung dengan Israel, seperti dilaporkan Sinar Harian, 17 Februari lalu berkata, beliau sedia mendengar penjelasan Anwar, namun Ketua Umum PKR itu disyorkan untuk memberi penjelasan sendiri kepada rakyat berhubung dengan isu tersebut.
“Saya akan mendengar (penjelasan Anwar) tapi saya menyerahkan kepada Anwar untuk menjelaskan kepada orang ramai”, katanya.
Dalam isu berkenaan, Anwar secara tegas menolak kedua-dua saranan Dewan Ulama PAS Pusat yang mendesaknya supaya menarik balik kenyataan di Wall Street Journal atau menyaman media tersebut sekiranya tersalah lapor.
5266231224_57b97b3329
Anwar seperti dilaporkan WSJ, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
5540131920_e722d22374

HANYA DAP YANG SIGNIFICANT DALAM PAKATAN RAKYAT


“Hanya DAP yang signifikan dalam Pakatan Rakyat”
Demikian balas Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas mengenai kenyataan Adun Setiawan, Datuk Ngeh Ko Ham yang menyatakan parti komponen lain hanyalah boneka dalam kepimpinan BN.
Ngeh dalam kenyataannya di Twitter menyatakan bahawa hanya UMNO yang membawa kepentingan kepada BN manakala parti komponen yang lain seolah-olah diperlakukan seperti boneka semata-mata.
Justeru sebagai kenyataan balas, Zambry menyatakan bahawa parti DAP yang sebenarnya satu-satunya parti yang signifikan dalam Pakatan Rakyat berbanding dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat.
Apa yang dilihat, selama ini pun sememangnya DAP yang sering menonjol berbanding parti lain malah parti juga seolah-olah memBONEKAkan Pas dan PKR dan berlagak seperti ‘Abang Long’.






Terutama dalam Pakatan Rakyat Perak, segala keputusan seolah-olah dibawah penguasaan DAP dan parti-parti lain hanya akur sambil menutup sebelah mata.
Ini lah bukti yang menunjukkan pemimpin pembangkang hanya pandai mengutuk BN sedangkan segala tomahan untuk menunjukkan keperibadian dan apa yang sebenarnya berlaku dalam Pakatan Rakyat.

SEPUCUK SURAT DARI BANK DUNIA UNTUK ANWAR IBRAHIM

AIDCNews  – Sepucuk surat dari Bank Dunia yang menawarkan jawatan perunding jangka pendek telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Januari 2006, ketika Paul Wolfowitz menerajui kepimpinan bank berkenaan.
Surat dihantar oleh Akhila Narayanan dari Pusat Perkhidmatan Sumber Manusia, Bank Dunia, Washington DC kepada Anwar yang beralamat di Amerika Syarikat (AS), 11920 Sugarland Rd. Herndon, VA 201700000.












Menurut kandungan surat itu, tawaran jawatan perunding jangka pendek adalah tugasan sementara yang tidak boleh melebihi 150 hari atau 1,200 jam, termasuk kerja lebih masa.
Meskipun surat dihantar bertarikh 24 Januari 2006, namun surat itu menyebut jika Anwar memberi jawapan persetujuan dalam tempoh 24 jam, jawatannya akan efektif bermula pada 25 Januari 2006.
Anwar ditawarkan berkhidmat selama 30 hari di antara 25 Januari 2006 hingga 01 Mei 2006, sebagai ahli kakitangan Kumpulan Bank Dunia dan akan tertakluk kepada Peraturan Staf terkini institusi tersebut.
Surat itu menyebut “jika anda bukan warganegara AS yang menjalankan mana-mana bahagian tugasan ini di AS, anda mesti memiliki visa yang sah dan kebenaran kerja yang sah yang membolehkan anda untuk menerima pekerjaan dengan Kumpulan Bank Dunia di AS untuk tempoh tugasan ini dan apa-apa pelanjutan daripadanya, di mana visa dan kebenaran kerja itu boleh dipohon di Kedutaan atau Konsulat AS”.
Visa J1

Menurut rekod di atas, Anwar memiliki Visa J1 yang bermaksud visa untuk pertukaran pelawat dan scholar.
Menurut www.rususa.com untuk mendapatkan Visa J1 perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Negara AS.
Laman itu turut menyebut pemilik Visa J1 boleh bekerja tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada INS (Immigration and Naturalization Service).
Menurut wikipedia, Visa J1 boleh dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Persekutuan AS kepada sesiapa yang dikehendaki untuk bekerja dalam sesebuah projek atau kepentingan AS dan boleh menetap selama dua tahun di negara itu.
Satu dokumen yang diterbitkan Government Accountability Project (GAP), sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk “The Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal” yang memetik sumber dari WorldBankPresident.org mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim menerima upah sebanyak $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak yang bermula pada 25 Januari hingga 1 Mei 2006.
“Anwar Ibrahim menerima $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006 untuk kerja ‘meningkatkan permintaan bagi tadbir urus yang baik’..Namun menurut WorldBankPresident.org, ‘sumber daripada Bank Dunia tidak menerima sebarang laporan kerja daripada Anwar’.
“Kurang daripada sebulan selepas berucap di Bank Dunia itu, Anwar telah dipilih sebagai Pengerusi FFF, walaupun dia bukan dari kawasan itu..Kemudian, pada 13 Jun 2007, Anwar telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice di mana dia ‘menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden FFF secara sukarela’ dalam tempoh peletakan jawatan (Bakhtiar Amin, Presiden lama FFF), sehingga calon yang sesuai dapat dipilih”, dedah GAP.
Laporan GAP itu turut diulas oleh laman Asia Sentinel dengan tajuk “Anwar Ibrahim and the Bush Neocons“.

ANWAR ADA RANCANGAN BESAR BERSAMA PIHAK ASING!!!


KUALA LUMPUR 11 Mac – Kemenangan besar pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 bukan semata-mata kerana rakyat kecewa dengan kerajaan, sebaliknya ia hasil rancangan besar agensi perisikan antarabangsa selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon campur tangan asing.
Perkara tersebut didedahkan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman (gambar) dan dakwa pemegang ‘diari merah’ ketua pembangkang itu, segala gerak kerja, propaganda, slogan dan serangan politik pembangkang ditentukan pihak asing yang dibiayai pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Friedrich Naumann Foundation (FNF).
Menurutnya, permohonan supaya campur tangan itu telah dihantar kepada pihak berkenaan melalui dua pucuk surat pada 2007.
Sambil mengesahkan bahawa surat tulisan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman dan penyangak mata wang berbangsa Yahudi, George Soros adalah benar, Rahimi berkata, badan perisikan antarabangsa itu juga menghantar lima utusan khas bagi membantu pembangkang.
“ramai menyangka kemenangan luar biasa pakatan pembangkang pada 2008 adalah disebabkan kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) tetapi yang tidak tahu sebenarnya kemenangan bergaya itu khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan campur tangan pihak asing.
” Slogan Anwar, Harapan Baru Malaysia diputuskan oleh seorang konsultan Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat dengan Presiden Bill Clinton, manakala pemilihan gambar Anwar sambil mengangkat tangan untuk dijadikan bahan kempen pula diputuskan konsultan dari Turki yang dibiayai FNF.
“Selain itu, bermula pada 2007, seorang warga AS, Aasil kazi Ahmad dibayar hingga RM30,000 sebulan dan dia yang dibantu tiga lagi lelaki asing telah merangka gerak kerja, perang saraf serta latihan kepada PKR termasuk bagaimana maklumat dalam sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ‘diceroboh’.
‘Aasil Kazi Ahmad adalah utusan khas yang dikirim agensi perisikan antarabangsa tersebut bagi membantu menjayakan misi menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri, selepas permohonan rasmi dibuat Ketua Pembangkang melalui dua pucuk surat pada 2007″, katanya kepada Utusan malaysia di sini, hari ini.
Pada 7 Mac lalu, blog www. anwaraidc.com mendedahkan dua pucuk surat Anwar bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 julai 2007 menggunakan kepala surat Anwar Ibrahim & Associates (AIA) , sebuah syarikat milik ketua pembangkang itu yang berpengkalan di Virginia, AS bagi memohon campur tangan asing.
Pendedahan surat itu, serta penglibatan pihak asing dalam gerak kerja parti PKR kemudian diakui sendiri oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan turut sama mengesahkan perkara tersebut adalah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Muhamad Fairuz Khairuddin.
Dalam pada itu, Rahimi mendakwa rancangan besar pihak asing dalam membantu kemenangan pakatan pembangkang pada 2008 tidak hanya terhad kepada gerak kerja. sistem logistik dan program latihan sahaja, sebaliknya turut merangkumi penyaluran dana dalam jumlah hampir mencecah beratus-ratus juta dollar AS.
Katanya, hasil dana tersebut membolehkan Anwar membayar wang deposit kepada semua calon PKR yang bertanding pada tahun 2008 sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), mahupun parlimen, selain turut membekalkan antara RM5,000 hingga RM15,000 seorang bagi tujuan kempen pilihanraya.
“Pada pilihanraya 2008, tidak ada seorang pun calon PKR yang mengeluarkan duit poket sendiri bagi membayar wang deposit, semuanya ditanggung Anwar dan saya merupakan individu bertangungjawab diamanah untuk memasukkan semua wang tersebut ke dalam akuan calon masing-masing”, dakwanya –Utusan Malaysia

LIHATLAH!!! STATEMENT HUDUD PALING BEST!!!

Hudud Statement----> UMNO, PKR & PAS

UMNO:


1.Najib: Kita akui hudud adalah hukum yang datang daripada ALLAH, tetapi perlaksanaannya perlu dilihat kepada keadaan semasa dan realiti masakini.

2.Muhyiddin: Perlaksanaan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan didalam masa terdekat ini, mungkin akan mengambil masa.


PKR:


1.Khalid Ibrahim: Kerajaan PKR Selangor tidak akan melaksanakan hudud.

2.DSAI:Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan.

YB Khalid Samad: PAS tidak akan melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP & PKR!


PAS:


1.YB Azizan:Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana PAS berkongsi kuasa dengan DAp & PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan PAS Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.

PALING BEST DAN POPULAR  ----->  Nik Aziz: Tolak Hudud = Kafir, !!

Maka terpekik terlolonglah puak2 taksub PAS & The geng (PR) menyalahkan UMNO/BN jugak bila isu Hudud Timbul.

~PAS is DEAD~


( By - Nurul Nizam - di sini )




EKSKLUSIF!! VIDEO DS DR. ZAMBRY BANTU MANGSA KEMALANGAN MAUT!!!


Sebentar tadi telah disiarkan gambar-gambar dari Perak Today dalam blog ini mengenai MB Perak, DS Dr. Zambry Hj. Abd. Kadir membantu mangsa kemalangan ngeri di Kuala Gula, sekarang disiarkan pulak Video MB Perak sedang bantu mangsa kemalangan yang juga telah dipetik dari Peraktoday.com

Difahamkan ini adalah liputan dari Perak Today yang memang secara kebetulan mereka berada disana semasa kejadian.

SYABAS! MB... PERAK TODAY.....

EKSKLUSIF!!! DS DR. ZAMBRY.... BANTU MANGSA KEMALANGAN MAUT..!!!

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui detik cemas apabila menyaksikan sendiri kemalangan maut yang mengorbankan pasangan suami-isteri di Jalan Kuala Gula, petang semalam.

Sebelum itu, rombongan Dr Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Nayan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas mengadakan perjumpaan bersama masyarakat Cina di Kuala Kurau kira-kira jam 3 petang.

Sebaik tiba di tempat kejadian, beliau segera menghulurkan bantuan dan cuba mententeramkan mangsa kemalangan yang turut mencederakan lima penumpang yang lain termasuk dua kanak-kanak berbangsa Cina.
Salah seorang kanak-kanak itu cedera parah.
Kejadian itu dipercayai berlaku jam 6 petang ketika hujan lebat turun di kawasan berkenaan yang membabitkan pertembungan antara kereta Land Rover dan Toyota Harier yang dinaiki pasangan suami-isteri yang berbangsa Melayu.
Menurut saksi kejadian, Azlan Che Lob, Zambry antara orang pertama yang tiba di tempat kejadian dan cuba mententeramkan mangsa kemalangan yang terselamat dalam kemalangan itu.
Katanya,  sebelum tragedi malang itu berlaku, pasangan suami isteri berkenaan dalam perjalanan pulang selepas memancing ikan di Kuala Gula.
Sebaik tiba di tempat kejadian, Menteri Besar katanya, tanpa rasa takut menghampiri kereta yang remuk lalu mengajar si suami yang tersepit dalam kereta Toyota mengucap dua kalimah syahadah.
“Ketika itu, isteri mangsa sudah meninggal dunia dan yang lebih menyedihkan ialah melihat ikan sepat yang dapat dipancing masih berada dalam kereta Toyota Harier,” katanya.
Jelasnya, si suami yang dikenali sebagai Saadon sempat menatap wajah isteri yang sudah meninggal dunia sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
PERAKTODAY7
SUMBER : PERAK TODAY