
Cyberjaya, 5 Jan: Seekor babi hutan telah 'menyerang' perpustakaan Universiti Multimedia kira-kira jam 1.30 petang tadi. Kerana kekecohan yang terjadi, semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan itu diminta keluar bagi membenarkan pihak bomba menangkap haiwan liar tersebut.