Sunday 18 August 2013

TUN M SARANKAN MAS DISWASTAKAN UNTUK JANA KEUNTUNGAN


KUALA LUMPUR : Penswastaan ​mungkin ​boleh menjadi jawapan kepada usaha menjana keuntungan Penerbangan Malaysia (MAS) selepas langkah memulihkan syarikat penerbangan itu gagal.

DR. JUANDA TUNGGU 5 JAM DI HUS HANYA DAPAT PANADOL DAN UBAT LUKA


KUCHING : Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

MODEL SEKSI PELUK ISLAM SELEPAS PERCUTIAN


ALHAMDULILLAH..... Seorang model jelita berambut perang, CARLEY WATTS dari Tunisia mengejutkan orang ramai dan pihak media di sana. Beliau yang keluar bercuti dengan berbikini di pantai dan disiarkan berpakaian separuh bogel sebagaimana model-model yang lain telah memeluk agama Islam ketika pulang dari percutian tersebut.

Menukar agamanya daripada Kristian kepada Islam atas hidayah Allah lantas segera menukar cara pemakaian juga cara hidup kepada cara muslim sejati dan meninggalkan gaya glamour model yang dilaluinya sejak sekian lama.

KENAPA 'PEGAWAI KHAS MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA' DITUKAR JAWATAN...???

Akhirnya, pengendali web rasmi Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menukar jawatan anak Nazri Aziz kepada "Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan GenY)"

Jawatan Asal:

CETEK AGAMA : AIDIL MINTA RITA CERMIN-CERMINLAH DIRI TU....

Rita Rudaini

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

RITA TUDUH AIDIL CETEK AGAMA.......???

Post image for AIDIL CETEK AGAMA, TAK LAYAK DIBUAT SUAMI ATAU MENANTU – RITA RUDAINI

AIDIL CETEK AGAMA, TAK LAYAK DIBUAT SUAMI ATAU MENANTU – RITA RUDAINI | Tak habis-habis lagi rupanya kes rumahtangga Rita Rudaini dan pasangannya Aidil Zafuan nie. Ingat selepas diceraikan pada 27 Julai lalu, akan hilang semua kontroversi. Namun, Rita Rudaini memberitahu hatinya sudah lama kosong, sekosongnya dan malah sudah dapat mengagak penceraian itu pasti akan berlaku.

LELAKI PARAH DITETAK DAN DITEMBAK.....


nya
JOHOR BARU -  Seorang pekerja bengkel kenderaan warga India parah selepas ditetak dan ditembak sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi di sini tengah malam Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata kejadian berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam apabila mangsa yang berusia 30-an berada di luar pekarangan kediaman majikannya sebelum dia tiba-tiba diserang suspek yang bersenjatakan parang dan senjata api.
“Beliau yang cedera ditetak cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun seorang daripada suspek sempat melepaskan dua das tembakan sebaik sahaja mangsa berjaya masuk ke dalam kediaman berkenaan,” katanya kepada pemberita, Sabtu.

SADIS !!! ANAK DISEMBELIH, DARAH DIHIRUP OLEH 'BAPAK PONTIANAK'...!!!


Seorang lelaki yang mengaku dimiliki semangat roh-roh membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan mengelar bahagian tekak sebelum bertindak minum darah anaknya sambil adegan seram itu dilihat ahli keluarga, di bahagian Pantai Timur, daerah Lahad Datu.

AZAH AZIZ DAN GAYA HIDUP TERKINI YANG TIDAK ISLAMIK....???

azah aziz

Masih ingat dengan pelakon dan model cantik Azah Aziz? Beliau telah pun berkahwin dengan 'Mat Saleh" dan hidup bahagia bersama keluarganya di luar negara.

Baru-baru ni penggiat di Forum Cari yang berjaya mendapatkan perkembangan terkini selebriti tanah air yang pernah popular satu ketika dahulu, Azah Aziz. Abang Nara pernah berkongsi gambar keluarga bahagia mereka satu ketika dahulu. Kini, Azah sedang menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta di Montreal, Canada.

IBU LINA JOY TETAP HARAP ANAKNYA PULANG DAN KEMBALI PADA ISLAM



Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam. 

Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda. 

Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.