1. LYNAS ADALAH TELUS
Maklumat LYNAS adalah berdasarkan FAKTA SAINTIFIK yang boleh diuji dan dibuktikan.
Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.
Namun begitu, puak-puak berhaluan kiri (pembangkang) tetap tidak puashati dan mengatakan bahawa LYNAS sangat membahayakan terutama kesan-kesan radioaktif terhadap alam sekitar dan penduduk Kuantan khasnya, yang kononnya akan disebabkan oleh operasi LYNAS.
Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka sengaja memutarkan belitkan maklumat tersebut demi untuk menggagalkan projek LYNAS. Yang pasti mereka telah mempolitkkan isu-isu LYNAS ini yang pada mulanya ianya hanyalah sekadar isu teknikal sahaja.
Mereka tidak tahu atau pura-pura tidak tahu (masakan seorang ahli politik yang adil lagi bijaksana tidak tahu mengenai isu pembinaan sesuatu projek besar di tempat naungannya!), sebenarnya LYNAS sentiasa mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujikaji mereka sendiri dan menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar.
Kilang LYNAS hanyalah kilang kimia biasa dan BUKAN KILANG NUKLEAR. Bahan yang digunakan untuk memproses nadir bumi itu hanyalah carosine minyak tanah yang dicampur dengan sejenis bahan kimia. Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalah BUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah. Pelepasan air dan udara dari kilang LYNAS langsung TIADA bahan radioaktif dan kilang tersebut berteknologi tinggi dan MEMATUHI undang-undang antarabangsa dan Malaysia. Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT rendah jika dibandingkan dengan punca-punca tradisi radiasi di sekeliling kita....
Moh tengok perbandingan carta di bawah :
KERATAN 1
2. BERAPAKAH ANGKA DEDAHAN RADIASI YG MEMBAHAYAKAN ORANG AWAM ??
Sama ada undang-undang antarabangsa atau Malaysia, faktanya adalah sama :
ORANG AWAM : TIDAK MELEBIHI 1.0mSv / setahun
PEKERJA SINARAN : TIDAK MELEBIHI 20 mSv / setahun
Sumbernya adalah seperti carta berikut :
KESAN RADIASI TERHADAP ORANG AWAM
KERATAN 2
3. ADAKAH LYNAS SAMA DENGAN ASIAN RARE EARTH (ARE), BUKIT MERAH..???
- Bahan mentah Kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
- Manakala, Bahan mentah LYNAS adalah tanah dari lombong dan BUKAN BAHAN BUANGAN.
- Kandungan radioaktif bahan mentah LYNAS adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bukit Merah.
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari LYNAS.
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari LYNAS.
4. KENAPA LYNAS TIDAK MEMILIH AUSTRALIA..???
Sebenarnya LYNAS telah mendapat kelulusan membina kilang di Australia. Namun begitu cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia. Apabila beroperasi kelak, kilang LYNAS dijangka menggunakan sebanyak 500m padu air sehari dan harga bagi semeter padu air di Australia adalah RM6 berbanding di Pahang RM0.85.
SURAT KELULUSAN EPA BAGI CADANGAN PEMBINAAN KILANG ASHTON (LYNAS) RARE EARTH DI AUSTRALIA
5. KENAPA TIDAK MEMILIH CHINA...???
Walaupun telah mendapat kelulusan untuk bina kilang di China tetapi China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'.
SURAT KELULUSAN EIA BAGI CADANGAN PEMBINAAN KILANG RARE EARTH DI CHINA :
6. KENAPA TIDAK DI KEMAMAN..???
Kemaman ke, Gebeng ke.... dalam Malaysia jugak kan... hehehe
Walaupun kelulusan untuk membina kilang di Kemaman telah diterima, tetapi sementara menunggu kelulusan tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan LYNAS bertukar ke Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.
SURAT KELULUSAN DARI EIA, CADANGAN BINA KILANG LYNAS DI KEMAMAN. TERENGGANU
7. AKHIRNYA.... KENAPA GEBENG JADI PILIHAN..???
LYNAS telah mendapat kelulusan untuk membina kilang di Gebeng berdasarkan faktor-faktor berikut :
- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan
- Bekalan bahan kimia yang sedia ada
- Bekalan gas asli yang sedia ada
- Bekalan air yang mencukupi dan harga yang sangat berpatutan
- Wujud tenaga kerja mahir
- Kos operasi yang kompetitif secara global
SURAT KELULUSAN DARI JABATAN ALAM SEKITAR BAGI KILANG LYNAS DI
KAWASAN PERINDUSTRIAN, GEBENG, KUANTAN
LESEN LEMBAGA TENAGA ATOM MALAYSIA BAGI LYNAS DI GEBENG
8. PENGURUSAN BAHAN SISA
Bahan sisa LYNAS mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya kepada orang awam, alam sekitar dan para pekerjanya.
Walapun bahan sisa ini tidak merbahaya, pihak berkuasa tetap mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain. LYNAS melalui makmal antarabangsanya sendiri telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa buangan kilangnya. Malahan negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk permbuatan jalan.
Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah seperti keterangan di dalam 2 keratan di atas (sila rujuk kembali KERATAN 1 dan KERATAN 2).
9. SENARIO TERBURUK PENGURUSAN BAHAN SISA
Senario terburuk adalah jika bahan sisa ini tidak dapat digunapakai semula.
Namun begitu, ianya boleh diatasi dengan salah satu daripada cara berikut :
- Bahan sisa akan dicarikan (dilute) dengan bahan lain atau tanah biasa untuk menjadikannya bahan bukan radioaktif (takrif antarabangsa kurang dari 1Bq/g adalah bahan bukan radioaktif). Bahan campuran ini boleh digunakan untuk sebarang aplikasi yang berfaedah.
ATAU
- Bahan sisa ini akan disimpan dengan selamat di tempat simpanansisa kekal yang direkabentuk mengikut standard antarabangsa setelah mendapat kelulusan dari AELB dan DOE.
10. PELEPASAN UDARA
- Jangan bimbang mengenainya kerana LYNAS mempunyai Waste Gas Treatment System yang mempunyai 5 peringkat tapisan untuk memastikan pelepasan udara adalah selamat.
- Tahap radioaktif yang dikeluarkan adalah amat rendah hingga sukar untuk dikesan.
- Bahan-bahan yang diproses di LYNAS tidak mengandungi Uranium (tidak boleh diukur).
- Ianya hanya mengandungi Thorium yang mempunyai kadar radioaktif yang amat rendah.
- Disebabkan kadar radioaktif Thorium yang amat rendah, maka gas Thoron (bukan Fauziah Toron) yang mempunyai jangka separuh hayat hanya selama 55.6 saat sahaja, yang dihasilkan juga amat rendah.
- Pendedahan radiasi di pinggir pagar kilang LYNAS adalah 0.002mSv setahun. Berbanding menonton TV selama 4 jam yang memberikan radiasi 10 kali lebih tinggi.
- Untuk mengesahkan dan memantau kualiti pelepasan udara, LYNAS telah memasang Airbone Monitoring System (AMS) di tapak kilang dan akan memasang satu unit tambahan di bandar Kuantan.
11. PELEPASAN AIR
- Proses LYNAS akan membuatkan Thorium tidak larut dalam air.
- Thorium di dalam bentuk pepejal akan ditapis oleh Filter Press.
- Air yang diasingkan tidak mengandungi Thorium dan air ini akan dirawat di Waste Water Treatment Plant.
- Air yang telah dirawat tidak mengandungi bahan-bahan radioaktif serta memenuhi 32 parameter yang ditetapkan oleh DOE sebelum dilepaskan ke Sungai Balok.. (amat melucukan bila puak2 yang membantah pembinaan kilang ini telah menemui ikan berkepala 2 di Sungai Balok, meskipun kilang masih dalam pembinaan dan belum beroperasi).
- Kualiti air yang telah dirawat memnuhi piawaian World Health Organization (WHO).
12. DI MANAKAH LAGI KILANG SEPERTI LYNAS INI BERADA SELAIN DI CHINA..???
Bukalah minda kamu wahai puak2 Pakatan Kencing Rakyat... jangan asyik nak kencing merata-rata, hancing lah!!!
- KILANG LYNAS PROSESAN SEPENUHNYA :
- Molycorp di California, Amerika Syarikat.
- Indian Rare Earths di India
- Solikampsk di Russia & Silmet di Estonia (Eropah)
2. KILANG LYNAS PROSESAN SEPARA :
- Rhodia di Perancis
- Shin Etsu di Jepun
- Nippon Yttrium di Jepun
3. KILANG-KILANG DALAM PERANCANGAN
- Arafura di Whayalla Australia
- Great Western Minerals di Steenkampskraal South Africa
- Avalon Rare Metal di Thor Lake Canada
- Alkane di Dubbo New South Wales Australia
13. LAGI BUKTI LYNAS ADALAH SELAMAT, LIHAT VIDEO BERIKUT :
Fuziah Saleh tetiba jadi Fuziah Toron.... !!!
.................BERSAMBUNG KE EDISI 2....... TUNGGUUU!!!!