Monday 3 October 2011

KEUPAYAAN KOMPUTER

KEBIASAANNYA, bagi Windows XP, ia menggunakan versi 32 bit manakala bagi Windows 7 atau Windows Vista berkemungkinan besar ia menggunakan versi 64 bit.
Ini penting untuk diketahui apabila kita mahu memasang perisian pemacu untuk sesebuah perkakasan atau mana-mana program aplikasi pada sesebuah komputer.
Sekiranya tersilap versi, program komputer tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik atau boleh menyebabkan komputer bermasalah.
Bagi mengetahui sama ada Windows yang digunakan adalah versi 32 bit atau 64 bit, sila dapatkan maklumat pemasangan sistem pengoperasian atau Windows yang terdapat dalam program Control Panel>System and Maintenance>System.
Ia juga boleh diperoleh menerusi program System Information yang terdapat di dalam Windows.
Namun begitu, tiada Windows versi 64 bit bagi edisi Windows 7 StarterWindows Vista Starter,Windows XP Home dan Windows XP Media Center.
Pengkomputeran 32 bit atau 64 bit merupakan cara bagaimana pemproses komputer atau Unit Pemprosesan Pusat (CPU) mengendalikan data dalam sesebuah komputer.
Ia mempengaruhi saiz maksimum bagi sesebuah memori atau Random Access Memory (RAM) bagi sesebuah komputer.
Sebagai contoh, komputer 32 bit mempunyai saiz RAM yang maksimum bersamaan dengan 232 bersamaan 4GB berbanding komputer 64 bit iaitu 8GB ke atas bersamaan dengan 264.
Ia juga bergantung kepada keupayaan sistem komputer yang ada.
Begitu juga satu masa dahulu, kita menggunakan komputer 8 bit yang mempunyai had maksimum saiz RAMnya pada 28 bersamaan 256 MB.
Bila ditambah saiz RAM kepada 512 MB, komputer akan menjadi bertambah perlahan kerana komputer atau pemproses tidak berupaya untuk memproses lebihan saiz RAM tersebut.
Perbandingan komputer 32 bit dengan komputer 64 bit ini boleh diibaratkan seumpama sebuah lebuh raya yang mempunyai 32 laluan dan lebuh raya yang mempunyai 64 laluan. Manakah yang lebih baik, cepat dan berkesan?
Jadi, pengkomputeran 64 bit atau 32 bit ini adalah berasaskan kepada keupayaan pemproses atau CPU bagi sesebuah komputer.
Sekiranya menggunakan komputer 64 bit, penggunaan sistem pengoperasian, perisian-perisian pemacu dan aplikasi-aplikasi komputer pada komputer tersebut mestilah berasaskan 64 bit.
Kebanyakan aplikasi komputer yang dibangunkan berasaskan 32 bit biasanya boleh digunakan oleh komputer 64 bit tetapi aplikasi komputer 64 bit tidak boleh digunakan oleh komputer 32 bit.
Bagi aplikasi pemacu pula, ia perlu mengikut jenis komputer sama ada 32 bit atau 64 bit.
Komputer 64 bit juga tidak boleh mengoperasikan program komputer 16 bit.
Bagi mengetahui had maksimum saiz bagi sesebuah memori atau RAM ini ialah dengan melakukan formula, 2 kuasa dengan bit pengkomputerannya.
Sebagai contoh, bagi komputer 8 bit, 28 bersamaan dengan 256 MB saiz RAM-nya dan komputer 32 bit pula, 232 bersamaan dengan 4.3 ribu juta atau bilion atau 4GB saiz RAM-nya.
Ini kerana komputer hanya boleh membaca dua nombor sahaja iaitu 0 dan 1 bagi mewakili bit-bit tersebut.
Kelebihan pengkomputeran 64 bit ini adalah keupayaan pemproses atau CPU dapat digunakan dengan optimum yang mungkin dan komputer berupaya mendapatkan saiz memori RAM yang besar.
Ini dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan komputer dalam memproses arahan-arahan yang diberikan terutama aplikasi-aplikasi multimedia dan keselamatan.
Masalahnya ialah masih terdapat kekurangan aplikasi-aplikasi komputer yang ditulis untuk pengkomputeran 64 bit buat masa kini.
Namun demikian, ia akan terus berkembang untuk masa akan datang.