Wednesday 30 October 2013

INILAH DALANG GAMBAR SUPERIMPOSE..... #PRKSgLimau


Semua dah tahu mengenai PENIPUAN PAS menggunakan gambar SUPERIMPOSED digunakan sebagai kempen meraih undi untuk PRK Sg. Limau. Baca di sini... Khabarnya kem jentera PAS kecoh hari ini. Mahfuz Omar naik minyak.

HINA NABI MUHAMMAD SAW : BLOGGER DIBEBASKAN


Riyadh: Seorang penulis blog dibebaskan semalam, 20 bulan selepas dia ditahan kerana menyiarkan perbualan rekaan dengan Nabi Muhammad melalui Twitter.

'PELABURAN' BN UNTUK SEKOLAH CINA..... BERBALOIKAH..??? #PRKSgLimau


Hari ini Utusan melaporkan Menteri Pelajaran, dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina DUN Sungai Limau di Markas BN, meluluskan peruntukan kira-kira RM2 juta untuk SJKC.

Apakah wajar Muhyiddiun meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina hanya untuk memenang? Hanya ada 1,842 pengundi Cina di DUN Sungai Limau dan hampir 90% daripada mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

LELAKI CHINA JADI HALIMUNAN


China - Seorang lelaki yang digelar ‘Invisible Man’ kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap seni penyamaran. Liu Bolin yang berusia 36 tahun bersama krew nya seramai 2 orang akan merayau-rayau keseluruh pelusuk negeri untuk membuat aktiviti penyamarannya itu. Hasil seninya semakin menjadi tumpuan semenjak akhir-akhir ini sehingga dikatakan mendapat permintaan yang tinggi terhadap koleksi gambar penyamarannya itu.

NABILA HUDA : HISAP ROKOK SAMBIL TAYANG PANGKAL PEHA


Artis yang tak pernah peduli dengan cemuhan dan kritikan dari orangramai... siapa lagi kalau bukan puteri sulung rocker Amy (Search).... Nabila Huda... Hanya kerana memuatnaik sekeping gambar aksi daring sambil merokok di akaun Instagram miliknya beberapa jam lepas, Nabila Huda telah mendapat kritikan negatif yang bertalu-talu dari peminat. Lebih hebat, gambar berkenaan telah menyebabkan para peminat bergaduh sesama sendiri.

3 JEMAAH HAJI BARU PULANG MAUT NAHAS JALANRAYA




KUANTAN : Tiga jemaah yang baru pulang menunaikan haji di Mekah maut selepas van dinaiki merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan jam 3.40 pagi tadi.

TAUKE EMAS CEDERA DITEMBAK


KOTA BHARU : Seorang peniaga emas yang sedang memandu kereta Mercedes Benz dalam perjalanan pulang ke rumahnya di di Kampung Sering di sini, malam tadi nyaris terbunuh selepas ditembak seorang pembonceng motosikal.

PR TIDAK PERLUKAN HAIRIE OTHMAN LAGI... ???



PETALING JAYA : Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah,"katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.