Wednesday 11 April 2012

AMARAN TSUNAMI TELAH DIKELUARKAN


PALING CEPAT...OMBAK TSUNAMI DIJANGKA TIBA DI GEORGETOWN PADA JAM 9.11 PM DAN DI PORT DICKSON PADA 2.10 AM...

OMBAK setinggi 6 meter dikesan melanda Pulau Simeulue....

Amaran Tsunami untuk lautan Hindi. Lokasi pertama tsunami akan tiba: Banda Aceh (beberapa minit lagi)

Lokasi lain seperti di Myanmar, India, Thailand, Sri Lanka juga akan dilanggar dalam beberapa jam lagi. - CNN




Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini.

Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

BBC Indonesia melaporkan.., gempa dengan kekuatan 8,9 skala Richter melanda kawasan Banda Aceh dan sekitarnya sementara peringatan tsunami sudah dikeluarkan.

"Orang-orang masih panik di luar rumah dan menuju kawasan yang tinggi," tutur Munawardai Ismail, wartawan Harian Waspada di Banda Aceh kepada BBC Indonesia.


Namun tidak terlihat kerusakan yang besar di kawasan Banda Aceh.

Guncangan gempa juga dilaporkan terasa di beberapa tempat lain, seperti di Malaysia, Singapura, maupun Thailand.

Sebuah peringatan dini gempa dan tsunami dirilis oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika beberapa saat menjelang pukul 16.00 WIB.

Sementara itu Kepala Pusat Data dan Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Sutopo, mengtakan kepada BBC Indonesia pasang surut yang teramati masih norma.

"Berdasarkan data pasang surut di wilayah Aceh dan Sumut hingga saat ini normal, seperti di Sinabang, Meulaboh, Sirombu Nias, Lahewa Nias Utara dan Singkil Aceh.

Artinya indikasi air surut yang terjadi sebelum tsunami belum terdeteksi. Namun masyarakat diminta tetap waspada," tuturnya.

GEMPAR! GEMPA DI ACEH...!



Gempa susulan berkekuatan 6,1 Skala Richter kembali mengguncang wilayah Aceh, Rabu (11/4/2012) sore.

Berdasarkan maklumat dari   Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa susulan terjadi pukul 16.48 WIB berkedalaman 10 km, dengan pusat gempa 630 km Barat Daya Kabupaten Simeulue, Aceh.

titik gempa yang berukuran 8.9 SR 

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.  Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.  Kepada rakyat Malaysia , jangan hampiri pesisir pantai ketika waktu ini .

Maklumat terkini ,  Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j.  Penduduk di Acheh sudah lari ke tempat tinggi iaitu gunung untuk mencari perlindungan di tempat yang selamat .






Laporan Reuters telah mengesahkan ombak Tsunami telah terbentuk di Sumatera dan sedang menuju ke Pantai Acheh.


BANDA ACEH, Indonesia — Indonesia has issued a fresh tsunami warning after an aftershock with a preliminary magnitude of 8.2 shook its western coast.

The first 8.6-magnitude quake off Aceh province, hours earlier, spawned a wave around 30 inches (80 centimeters) high but caused no serious damage.

The U.S. Geological Survey said the strong temblor that followed was centered 10 miles (16 kilometers) beneath the ocean around 380 miles (615 kilometers) from the provincial capital, Banda Aceh.

Harjadi, a local official who goes by only one name, said the new tsunami warning was for residents living along the western coast of the country.

It included Sumatra island and the Mentawai islands. - AP




FILE - This satellite image released by DigitalGlobe shows an overview taken Jan. 2, 2005 of southern Banda Aceh, Sumatra, Indonesia after the Indian Ocean tsunamis. The U.S. Geological Survey said early Wednesday April 11, 2012 a 8.7-magnitude quake was centered 20 miles (33 kilometers) beneath the ocean floor around 269 miles (434 kilometers) from Aceh's provincial capital. Photo: DigitalGlobe / AP

3 PROKLAMASI DARURAT DIBATAL KERANA YAKIN RAKYAT BERSEDIA



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah membatalkan tiga proklamasi darurat adalah kerana yakin rakyat kini telah bersedia untuk memasuki era baru.

"Kerajaan percaya bahawa setelah lebih separuh kurun merdeka dan mengamalkan demokrasi, masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang tinggi.

"Berpegang kepada hal itu, kita kini bersedia memasuki era baru di mana fungsi kerajaan tidak lagi dilihat sebagai mengehadkan kebebasan individu, sebaliknya, untuk memastikan bahawa hak-hak asasi yang dilindungi Perlembagaan bagi setiap individu itu terjamin,” katanya dalam ucapannya pada istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara, di sini hari ini.

Najib berkata: “Selanjutnya, satu perimbangan adil, dapat pula ditemui antara kebebasan seseorang dan keselamatan kebangsaan.”

Beliau berkata, bersesuaian dengan iltizam itu, kerajaan melalui Parlimen telah pun membatalkan tiga proklamasi darurat yang masih berkuasa dan akan membiarkan kesemua ordinan di bawah perisytiharan tersebut mansuh pada bulan Jun ini kecuali tiga ordinan yang akan dibentangkan sebagai rang undang-undang baru di Parlimen iaitu yang berkaitan dengan RELA, Rukun Tetangga dan Undang-Undang Laut Wilayah. - BERNAMA

LAKNATULLAH ~ IMAM GAY 'MENIKAHKAN' PASANGAN GAY ISLAM..!!!!!

Ludovic Mohamed Zahed sebelah kanan

Dua lelaki gay yang mengaku Islam, dan saling mencintai antara satu sama lain, telah bernikah di Perancis oleh seorang "imam".

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin sesuai dengan Syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania bernama Jamal, dan melaksanakan perkahwinan mereka pada 12 Februari 2012, menurut laporan laman Albawbaba pada 2 April lalu.

Keduanya boleh berkahwin di Afrika Selatan di bawah rang undang-undang perkahwinan sejenis yang telah diiktiraf di sana, tetapi Perancis tidak mengiiktiraf pernikahan sesama jenis.

Zahed menjelaskan kepada stesen TV France 24 bahawa bagaimana ia bertemu dengan Din pada tahun lalu di sebuah konvensyen mengenai AIDS di Afrika Selatan.

"Saya berada di dewan kuliah ketika seorang imam di mana yang  juga seorang gay, telah memperkenalkan saya kepada Din. Kami mendapati bahawa kami mempunyai banyak persamaan. Selepas  dua bulan, saya memutuskan untuk berkahwin, kerana undang-undang Afrika Selatan mengiiktiraf perkahwinan sejenis, "ujarnya.

Setelah pernikahan yang diadakan oleh keluarga Din, pasangan ini memutuskan untuk kembali ke Perancis dan menetap di kota Paris, mereka berharap bahawa kerajaan Perancis akan mengiiktiraf perkahwinan mereka.

Namun kerajaan Perancis menolak sebulat-bulatnya perkahwinan mereka.

Zahed, yang mendapat restu dari keluarganya untuk perkahwinan sejenis, mengatakan bahawa dia menghadapi lebih banyak halangan dari undang-undang Perancis daripada diskriminasi dari kalangan umat Islam sendiri.

Walaupun penyelesaian hukumnya masih tertunda, Zahed memutuskan untuk membuat pernikahannya dengan seorang imam yang berasal dari Mauritania itu yang telah banyak menyokongnya. Pernikahan terjadi di sebuah rumah sederhana di Servon di Paris, dan dihadiri oleh orang tuanya dan kaum kerabat terdekat.

"Bernikah di depan keluarga saya, adalah seperti kehidupan baru bagi saya, saya tidak akan pernah membayangkan hari ini dan hari akan datang, melihat kegembiraan di mata orang tua saya setelah mereka berusaha berjuang dengan perilaku seksual saya dan cuba dengan sedaya upaya mungkin untuk mengubah arah orientasi seksual saya, "tegasnya.

Zahed merupakan pesakit AIDS sejak usia 19 tahun, semenjak menderita AIDS dia mendakwa mencari tujuan hidup yang baru untuk lebih dekat dengan agama.

"Aku berubah untuk menjadi lebih beribadah dan berdoa; saya merasa lebih beragama, dan aku telah menunaikan Umrah dan haji sebanyak dua kali, untuk mencari sebuah kehidupan yang sederhana dan normal," katanya.

"Walaupun banyak ancaman yang saya terima melalui telefon dan Internet, saya tetap akan berada dalam perjuangan saya untuk menentang pandangan negatif yang saya terima dari orang Arab dan Muslim. Saat ini saya merasa lebih selesa berkeadaan begini," katanya.

Zahed ingin melanjutkan pelajaran PHD dalam Islam dan homoseksualiti dan dia juga mengetuai sebuah organisasi yang meneliti masalah yang berkaitan dengan Islam dan homoseksualiti. Dia mengatakan keutamaan utama adalah untuk mendapatkan izin  untuk pasangan barunya agar tinggal dan bekerja di Perancis.-Halim Islam



WALAU APA PUN ALASAN MEREKA..... DI DALAM AL-QURAN ALLAH TELAH BERFIRMAN DENGAN JELAS BAHAWA PERBUATAN LIWAT SEPERTI YANG DIAMALKAN OLEH KAUM NABI LUTH ADALAH DILAKNAT ALLAH!!!



“Ketika Luth berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu
Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki (homosex), menyamun dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” [Al 'Ankabuut Ayat 28-29]
“Dan Kami mengutus Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?”
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. ” [Al A'Raaf Ayat 81-82]
“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah itu sedang kamu memperlihatkan(nya)?”
“Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu (mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu).”
Maka tidak lain jawaban kaumnya melainkan mengatakan: “Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (menda’wakan dirinya) bersih.”
Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). ” [An Naml Ayat 54-57]

IKRAR TUANKU ABDUL HALIM SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG KE 14


Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.


“BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.” — BERNAMA

TUANKU ABDUL HALIM SELAMAT DITABAL YANG DIPERTUAN AGONG KE 14


  • Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.
  • Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.
  • Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu“Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.
  • Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.
  • Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya. - BERNAMA