Wednesday 18 July 2012

HARAKAHDAILY SELAMBA FITNAH BLOGGER MTK DAN DR. NOVANDRI..!!!



Ini artikel HARAKAHDAILY petik dari blog pencacai Pas Kedah. Link ke artikel ini  boleh dibaca di SINI. Namun Haramkah perlu bertanggung jawab keatas segala tulisannya kerana ia memetik dan meletakkan artikel terbabit di portalnya.

Artikel yang memburukkan nama Team Media Kedah kononnya di latih oleh APCO dan diselia oleh Dr. Novandri adalah satu artikel fitnah terbesar Pas Pusat dan Pas Kedah keatas kami. Mc sekalu Ketua Team Media Kedah berasa begitu terkejut dengan fitnah Harakahdaily keatas TMK.

SETERUSNYA.... KLIK  <  DI SINI  >

KUNJUNGAN HORMAT PEGUAM NEGARA AMERIKA KE







Kuala Lumpur, 18 Julai 2012 – Eric H. Holder Jr, Peguam Negara Amerika Syarikat, hari ini mengambil kesempatan melakukan kunjung hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. 

Pada pertemuan singkat itu, Tan Sri Dato Seri Haji ismail dan Eric H. Holder Jr, berbincang tentang peranan masing-masing dalam membawa kerjasama yang lebih erat untuk memerangi kegiatan jenayah merentasi sempadan. 


















HARAM JATUHKAN KERAJAAN NEGARA ISLAM




KUALA TERENGGANU - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

KERANA SEKEPING GAMBAR HIDUPNYA MUSNAH..!!!


Robert Cobb dari Columbia, Missouri suka menjelajah gua bersama rakan-rakannya. Bermula masalah dalam hidupnya selepas pulang dari menjelajah gua di Lost Springs, Arkansas  bersama dengan dua orang lelaki muda yang lain, John Wheldon, 23 dan Erik Seybock, 19. 

Ketiga-tiga mereka merupakan rakan dan pelajar di University of Missouri. John Wheldon merupakan tukang ambil gambar dalam misi itu dan beberapa hari selepas pulang dari penjelajahan, John telah memuat naik gambar penerokaan mereka di facebook dan terus "tag" dua rakannya itu. Robert Cobb yang melihat gambar itu terus me"like" gambar tanpa memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gambar iaitu terdapat batu yang mirip seperti zakar betul-betul berada di depan wajah Robert Coob.

Sejak itu, masalah mula datang, bermula dengan tanggapan salah kekasihnya, Jennifer Elders, 14, yang memutuskan hubungan dua tahun mereka melalui mesej kerana beranggapan gambar itu amat menjijikkan dan Robert Cobb pula kelihatan begitu gembira dalam gambar itu. 

Malah bos di tempat kerjanya sebagai pelayan selama hampir setahun telah memotong tempoh masa bekerjanya daripada 20 jam seminggu kepada 2-3 jam pada hanya hari rabu sahaja. Dia juga terpaksa meyakinkan ibunya bahawa dia bukan "GAY". Lebih teruk lagi apabila gambar itu di muat naik oleh seseorang ke laman Reddit.

"Saya letih dipanggil sebagai Enormous Stone Cock Guy" Kata Robert Cobb yang sejak kejadian itu suka berkurung di apartmentnya dan tidak menghadiri kesemua kelas musim panasnya.  < Sumber >

20 TANDA... ANDA MEMANG KETAGIHAN INTERNET....TAK SYAK LAGI.!!!!


20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet (Menarik!) |

Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet. Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Betul tak?

Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.

(1) Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.


( 2 )  Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.

KONSTABEL MAUT TERJUN MENARA TELEKOMUNIKASI



Hiasan - Tokyo Skytree...menara telekomunikasi tertinggi di dunia


SEPANG: Seorang anggota polis maut selepas terjun dari menara komunikasi yang terletak dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, pada ketinggian kira-kira 60 meter.


Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi semasa Konstabel Mohd Urin Subaiton, 27, yang sedang mengikuti kursus motosikal B2 di IPD itu, meminta diri untuk keluar ke tandas. 


Beliau berkata beberapa minit kemudian, beberapa pegawai dan anggota di IPD itu melihat Mohd Urin, yang bertugas di Balai Polis Sungai Buloh, memanjat tangga menara komunikasi setinggi kira-kira 80 meter itu, dan mereka cuba memujuknya supaya turun.

Konstabel yang berasal dari Semporna, Sabah, dan menyertai pasukan polis lebih dua tahun lalu, sebaliknya bertindak menanggalkan kasut serta stokinnya, dan terus terjun, katanya pada persidangan media di IPD di sini.



Zaldino berkata siasatan awal menunjukkan Mohd Urin tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan disiplin atau masalah peribadi, namun dia dipercayai mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini.


Beliau berkata allahyarham yang mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kaki, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. - Bernama

KECEWA DIBIARKAN 'BERSENDIRIAN', FIRDAUS BUANG PINGAT KE SUNGAI.....

Firdaus Abdul Razak ketika memenangi pingat gangsa acara angkat berat Sukan SEA di Palembang, tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Atlet angkat berat negara, Firdaus Abdul Razak yang positif doping dan perlu memulang pingat gangsa yang dimenanginya pada Sukan SEA tahun lalu mendedahkan dia telah pun membuang pingat tersebut daripada simpanannya. 


Menurutnya, dia bertindak demikian kerana baginya pingat gangsa itu meninggalkan kenangan yang cukup pahit dalam kariernya.


“Nak buat apa saya simpan lagi jika saya sakit hati melihatnya. Saya telah buang pingat itu ke sungai.


“Saya campak pingat itu di Sungai Kedah kerana airnya deras, jadi senang pingat itu hanyut," katanya.

NSTP KUNJUNGI PEJABAT MB PERAK


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, semalam, menerima kunjungan hormat pengurusan kanan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Kunjungan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, A Jalil Hamid itu bertujuan memantapkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan NSTP.

Hadir sama, Ketua Biro Harian Metro, Jamilul Anbia Md Denin; Ketua Biro Berita Harian Perak, Jalal Ali Mohd Abdul Rahim dan Ketua Biro New Straits Times, Audrey Dermawan, selain Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Nizamuddin Isa.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk perkembangan politik di Perak dan program pembangunan dilaksanakan sepanjang lebih tiga tahun Dr Zambry mentadbir negeri ini.



KERANA GAJET, GADIS SUNTI 14 TAHUN SANGGUP JUAL TUBUH....MASYA-ALLAH.!!!

Jual tubuh demi gajet

JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.

Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.


***Tahun depan, hp dan iPad khabarnya dibenarkan dibawa ke sekolah..... Mungkinkah gejala 'jual tubuh' itu akan semakin parah di kalangan murid perempuan...???

BANGLO ALLAHYARHAM MEGAT JUNID DISAMUN

KELANA JAYA - Banglo mewah milik bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub di sini, disamun awal pagi ini oleh tiga orang, dipercayai warga Indonesia.

Seorang pengawal keselamatan turut diikat sebelum ketiga-tiga penjenayah itu menggeledah banglo berkenaan dan melarikan pelbagai barangan berharga dalam kejadian yang berllaku kira-kira jam 5.40 pagi tadi.




NIAT MURNI BANTU ABANG BERNIAGA BAWA PADAH...!!!

BUKTI...Ab Rashid menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.
BUKTI...Ab Rashid menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.



KAJANG: Seorang pelajar yang masih bersekolah di tingkatan empat di sini, didapati membantu abang dan kakak iparnya mengedar dadah secara kecil-kecilan ketika mereka ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Damai Perdana, Cheras, dekat sini.  


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab , remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan bersama abang serta kakak iparnya masing-masing berusia 28 dan 30 tahun dan ketika serbuan serbuan pada jam 12.15 pagi, Jumaat lalu, Katanya, polis menemui 100 peket dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM8,000 dalam rumah berkenaan.


RAMPAS...dadah yang dirampas dalam serbuan.
RAMPAS...dadah yang dirampas dalam serbuan.

“Ujian air kencing terhadap abang remaja itu didapati positif dadah jenis heroin serta mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah.


“Mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu. Ketiga-tiganya direman hingga Jumaat ini,” katanya.

Kini, ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.


Menurut Ab Rashid, ketiga-tiga mereka dipercayai membungkus semula heroin ke dalam bungkusan kecil seberat satu gram setiap satu sebelum dijual dengan harga RM80.



Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan kemungkinan pelajar berkenaan turut menjual dadah di sekolahnya.

Dalam tangkapan kedua, dua lelaki berusia 20-an ditahan di Tanah Perkuburan Cina Jalan Kuari di sini, jam 7.40 pagi, Sabtu lalu.


Menurut Ab Rashid, kedua-dua suspek yang juga penganggur itu ditahan bersama 11 peket heroin seberat 21.5 gram dianggar bernilai lebih RM1,000.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan pertama dalam pengedaran dadah.


SEMAKAN ARAH KIBLAT BERUBAH

Semakan arah kiblat berubah
Mohd Nor (tiga kanan) membuat aplikasi mengukur arah kiblat di Kist.



BACHOK – Tarikh sepatutnya berlangsung proses istiwa adzam setiap tahun iaitu pada 16 Julai dianjak kepada 15 Julai tahun ini memandangkan tahun ini adalah tahun lompat. Pensyarah Pengajian Ilmu Falak dan Syarie Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist), Mohd Nor Husain berkata, semakan arah kiblat tahun ini berubah sehari daripada tarikh yang sama tahun-tahun sebelumnya termasuk juga pada 28 Mei (5.16 petang) lalu yang bertukar kepada 27 Mei.

FBI SIASAT PENEMUAN JARUM DALAM SANDWICH DI HIDANG DALAM KAPALTERBANG

Sandwich

Amerika Syarikat – FBI kini menjalankan siasatan jenayah selepas sandwich yang disediakan di dalam penerbangan Delta Air Lines dari Amsterdam ke Amerika Syarikat didapati mengandungi jarum.
Menurut syarikat penerbangan itu, jarum kecil itu ditemui di dalam enam keping sandwich dalam empat pesawatnya, semalam.
Salah seorang daripada penumpang dalam pesawat ke Minneapolis itu mengalami kecederaan, namun dia enggan mendapatkan rawatan.
Menurut jurucakap penerbangan Delta, Kristin Baur, jarum berkenaan turut ditemui dalam dua penerbangan ke Atlanta dan Seattle.
Baur berkata, susulan kejadian itu, syarikat penerbangan telah mengambil langkah perlu dengan meningkatkan kawalan keselamatan termasuk melakukan pemeriksaan ke atas semua makanan yang dihidangkan dalam pesawat.
“Sandwich itu disediakan oleh syarkat katering Gate Gourmet dan disediakan untuk penumpang kelas perniagaan,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Gate Gourmet, Christina Ulosevich berkata, setakat ini syarikat berkenaan belum menerima laporan mengenai insiden sama melibatkan penerbangan lain.
Jelasnya, Gate Gourmet juga tidak mengetahui berapa banyak jarum yang telah ditemui dalam sandwich berkenaan.
“Kami memandang berat isu ini dan siasatan dalaman telah dijalankan. Selain itu syarikat juga telah memperketatkan kawalan makanan serta prosedur keselamatan,’’ katanya.
Penemuan jarum ini merupakan insiden terbaru melibatkan syarikat penerbangan Delta, pada bulan ini.
Minggu lepas, sebuah pesawatnya yang dalam penerbangan dari Detroit ke Washington terpaksa mendarat cemas susulan masalah tekanan udara.
Ketika kejadian ia membawa 152 penumbang dan enam anak kapal.
Sementara pada malam Khamis lalu, sebuah pesawat Delta yang dalam perjalanan dari New York ke Madrid terpaksa berpatah balik selepas marshal udara menemui wayar yang mencurigakan dalam pesawat itu.
Biarpun tiada bahan letupan dijumpai namun pihak berkuasa menemui dua keping straw minuman yang diikat dengan wayar.
Kes berkenaan sedang disiasat.
**** Adakah puak2 PR akan kata... ini semua salah UMNO....!!!!

MANOHARA YANG SEMAKIN SENSASI DAN JELEK...???

Ingat lagi kisah Manohara Odelia Pinot seorang model seksi dari Indonesia yang pernah 'menggegarkan' Istana Kelantan kerana dituduh nusyuz oleh bekas suaminya Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra...??? 


Manohara terus dilingkari dengan kisah-kisah sensasi yang semakin panas selepas perceraiannya itu....


Beliau pernah digossipkan berkahwin dengan Gabenur Sulawesi Tenggara..... < di sini > juga disiarkan di Harian Metro bertarikh 3 Februari 2012 (Jumaat) tetapi dinafikan oleh manager beliau, Titin....




[imagetag]


Selepas itu, tersebar pula gambar seksi beliau sedang asyik menari di sebuah pub!!! < di sini  >





Mungkin ada lagi selepas itu....Cukuplah, teman tau setakat itu sahaja...
Namun begitu.......Pastinya yang lebih menggemparkan adalah gambar Manohara yang berikut...






       

Macam perempuan murahan...!!!

AWAS!!! JIKA ANDA BEKERJA DI KILANG PERCETAKAN...!!!

Anda bekerja di kilang..???



Perhatikan samada  anda menggunakan Dichloromethane atau 1,2 dichloropropane untuk mencuci peralatan terutamanya pada kilang percetakan.


Bahan kimia ini mempunyai sifat ‘super-fast dry’ yang membolehkan proses pencucian dilaksanakan dengan pantas untuk memendekkan ‘lost time’.

Tahuka anda proses pengeringan = proses evaporation; bahan kimia akan disejat keudara.

Lebih merbahaya lagi sekiranya kita bekerja di ‘confined space’ dan menyedut udara tersebut.

Di Jepun ramai pekerja menghidapi cancer seawal 20an ke 30an setelah bekerja dibahagian ini selama setahun.

Majikan sering menyembunyikan fakta ini, dan diharap ‘engineer2 kita tidak demikian demi menjana keuntungan………..

NABI ISA RAJA ISRAEL....???



Teman dapat info berikut melalui email dalam info SIM.... 

Nabi Isa akan diturunkan kembali ke bumi

Nabi Isa as. sehingga kini masih hidup dan hanya Allah SWT saja tahu dimana Nabi Isa ditempatkan. Dari keterangan hadis Nabi Muhammad saw. diceritakan bahawa menjelang hari kiamat / akhir zaman, Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah SWT dari langit ke bumi (The Second Coming dalam versi Kristian).
Peristiwa itu tergambar dari hadis berikut :
  • “Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya,maka ketahuilah;bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang,berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah,kepalanya seakan-akan meneteskan air walaupun ia tidak basah”. (HR Abu Dawud)
  • “Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab;”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. (HR Muslim & Ahmad)
  • “Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan berkumandangkanlah solat,maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah.” Ia menjawab:”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah dia yang mengimami solat kamu”. (HR Muslim & Ahmad)
Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadist berikut :
  • “Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’ (Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. (HR Thabrani dari Aus bin Aus)

Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan & peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi , setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan dajjal.

Doa agar dijauhi dari fitnah dajjal...



TALIAN ALTERNATIF 015 MILIK BUMIPUTERA SEPENUHNYA....


MEMILIKI beberapa nombor telefon daripada pembekal rangkaian telekomunikasi berbeza seolah-olah sudah menjadi budaya dalam masyarakat moden masa kini.
Mungkin kebiasaan itu disebabkan faktor keperluan tertentu, misalnya seseorang itu mempunyai kerjaya yang memerlukan mereka berhubung dengan pelbagai pihak daripada peringkat bawahan hingga atasan.

2013, ULANGTAHUN KE-100 BOLLYWOOD

Orang ramai lalu lalang ketika Dahiya menyempurnakan mural Amitabh Bachchan di Mumbai.
Orang ramai lalu lalang ketika Dahiya menyempurnakan mural Amitabh Bachchan di Mumbai...


Mumbai: Dua peminat filem Bollywood yang kecewa dengan kurangnya suasana glamor dan kemeriahan menjelang ulang tahun ke-100 industri filem berkenaan, cuba menyerikan bandar Mumbai dengan melakar mural bertemakan aktor terkenal India. 

Antara lukisan mereka termasuk imej pelakon Amitabh Bachchan menghisap rokok ketika zaman mudanya yang dilukis cantik di tembok tepi jalan, meniru gaya lukisan seni poster menggunakan tangan. 



Karektor Vijay dalam filem Deewar pada 1975 mengisahkan watak jahat dipegang oleh Bachchan.
 
Watak berkenaan kini diberi penghormatan untuk diletakkan di jalan raya daerah Bandra, kawasan kediaman ramai bintang filem Bollywood. - AFP